Saturday, 27 July 2013

Zahir & Batin Collagen, Kini Terbongkar. Bukan Salah Shaklee

3 entry yang lepas adalah mengenai produk Shaklee iaitu Shaklee Collagen Powder. Hari ini banyak orang dok jual collagen kat pasaran, kat mall, kat kiosk, kat kedai jamu pun ada, malah boleh dikatakan setiap hari orang bercerita tentang kolagen (khas untuk wanita la ni, orang lelaki ada jugak, tapi tak cerita depan-depan la) ٩(●̮̃•)۶

shaklee collagen powderTapi tahukah anda apa sebenarnya yang dipanggil kolagen ni? Entry hari ini tiada kaitan dengan produk
Shaklee, sekadar nak cerita tentang kolagen supaya kita semua tahu dengan lebih mendalam segalanya tentang kolagen. Bila dah tau, boleh la digunakan sebagai panduan untuk memilih kolagen yang betul untuk diminum setiap hari agak kita semua dapat manfaat yang maksimum dari pengambilan produk kolagen itu....

Ok, apa itu kolagen (Collagen)??? ʃ(˘▽ƪ)

collagen
triple helix
Kolagen ==>> protein utama bagi tisu sokongan dalam protein badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan. Ia bertugas menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan manusia. Kolagen disusun 3 rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1,000-an dan ini merupaakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada : kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut & kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Terdapat 29% jenis kolagen, tetapi 90% daripadanya adalah terdiri daripada kolagen I, II, III dan IV.
    shaklee collagen powder
  • Kolagen I : terdapat pada tendon, pembuluh darah, kulit, ligatur, organ, tulang (komponen utama) dan gigi
  • Kolagen II : tulang rana (komponen utama) dan mata
  • Kolagen III : reticulate (komponen utama). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong tisu lembut seperti jantung, hati, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus dan rahim
  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang meliputi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata / endothelium yang melapisi permukaan dalam pembuluh darah
  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.
Jika kita kekurangan kolagen, apakah yang akan berlaku pada badan kita...(⊙.⊙(☉_☉)⊙.⊙) 

Penghasilan kolagen akan berkurang sebanyak 1.5% pada setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun. Walaubagaimanapun, kesan pengurangannya akan hanya dapat dikesan 10 tahun akan datang, iaitu seawal usia 35tahun. Selepas berusia 45-50 tahun, separuh daripada kolagen yang ada akan hilang. Ini bermakna, semakin kita bertambah usia, semakin berkurang kolagen dalam badan kita. Oleh disebabkan itu, kolagen banyak diambil bukan sahaja untuk tujuan kecantikan, tetapi juga dalam merawat penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporisis dan arteriosclerosis.

Kenapa kolagen diperlukan sebagai makanan tambahan/supplemen??
  1. pilih kolagen daripada sumber ikan kerana ianya adalah kolagen yang terulung
  2. ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  3. kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen I
  4. berat molekul rendah daripada 1,000 dalton adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi iaitu seberat 400,000 dalton
  5. menyediakan  predigested collagen telah dicernakan dahulu supaya cepat diserap
  6. kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
  7.  menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan)
  8. memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida
  9. menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan untuk mengekalkan fungsi sel
  10. mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  11. mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak 
  12. lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga
  13. mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi
  14. menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit
  15. mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Kini kita semua sudah celik dan tahu segalanya tentang kolagen, kira dah Master la kan...So apa lagi, jadikanlah kolagen sebagai salah satu makanan tambahan harian kita supaya kita sentiasa cergas, lebih bertenaga, tidak tua sebelum masanya dan dapat memikat hati suami setiap masa...

Yang pasti, Shaklee Collagen Powder tetap menjadi pilih saya...(✿◠‿◠)

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment