Wednesday 21 August 2013

Bahayanya Sibutramine, Nasib Shaklee BEBAS Sibutramine

August 21, 2013
Dalam beberapa minggu ni, sibuk orang dok perkatakan tentang Sibutramine...Bagi anda yang terlepas pandang tentang isu ni, jangan risau, sempat lagi nak amik tau. 

slimming shakleeSibutramine adalah sejenis dadah yang digunakan untuk mengawal selera makan dalam usaha membantu mereka yang menghadapi masalah obesiti dan yang berusaha untuk mengurangkan berat badan serta memaintain berat badan. Ianya berfungsi dengan cara menghantar isyarat kepada otak kita untuk mengurangkan selera makan individu tersebut. Biasanya sibutramine ini didatangkan dalam bentuk pil yang diambil dengan cara menelan bersama atau tanpa makanan sekali setiap hari.

Namun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan sejak kebelakangan ini, sibutramine didapati boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada mereka yang mengamalkan pengambilannya. Malah, sejak tahun 2010, US telah pun menghentikan dan mengharamkan pengeluaran sibutramine ini. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah mengharamkan sibutramine ini sejak Disember 23, 2010 lagi. Namun begitu, masih ada pengeluaran produk menguruskan badan/slimming yang masih menggunakan dan memasukkan sibutramine di dalam produk mereka. Malah masih ada pengguna yang TIDAK SEDAR mengenai bahayanya sibutramine ini dan MASIH memilih untuk menggunakan produk yang mengandungi sibutramine ini.

Antara kesan sampingan yang disebabkan oleh sibutramine adalah :
slimming shaklee
Beberapa kes yang direkodkan mengenai kesan sampingan sibutramine ini antaranya (sumber dipetik dari Malaysian Medical Association melalui New Straits Times)
  1. June 2002 : seorang guru berumur 39 tahun meninggal dunia selepas beberapa bulan mengambil pil diet yang berasal dari Korea. Pil tersebut telah menyebabkan metabolic depression dan kekurangan nutrisi. Malah, organ dalam beliau , termasuk buah pinggang turut mendapat kesan hasil daripada tindak balas bahan kimia yang terdapat di dalam pil tersebut 
  2. February 2007 : surirumah berusia 33 tahun dari Kedah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang selpeas mengambil pil pelangsingan Kintop selama 9 bulan
  3. Oktober 2009 : Andrea de Cruz, seorang artis Singapura menghadapi masalah kegagalan hati selepas mengamalkan pengambilan Slim 10 (sejenis slimming pil). Walaubagaimanapun, beliau selamat selepas melalui proses pemindahan hati melalui pembedahan. Namun, ada wanita lain yang dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan hati.
  4. Disember 2012 : seorang warga Singapura, berumur 24 tahun meninggal dunia akibat keracunan dinitrophenol (DNP) selepas mengambil slimming pil yang dibeli secara online. DNP ini membantu menurunkan berat badan  dengan pantasnya TETAPI mempunyai KESAN SAMPINGAN.
  5. August 2013 : seorang surirumah berusia 32 tahun membuat laporan kepada Perkhidmatan Awam dan Jabatan Pengaduan MCA selepas menghadapi beberapa masalah seperti jantung berdebar, sakit kepala dan masalah tidur selepas mengambil slimming pil yang mengandungi sibutramine.
Jadi, adakah BERBALOI anda merisikonya BADAN dan NYAWA anda hanya semata-mata untuk kurus secara CEPAT & PANTAS
 ATAU,
Adakah anda mahu menjadi salah seorang daripada STATISTIK mereka yang menghadapi masalah/MENINGGAL DUNIA akibat daripada SIBUTRAMINE ini??
Oleh itu, BE A WISE CONSUMER. Pilihlah slimming pil yang terbukti SELAMAT, BEBAS BAHAN KIMIA dan AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT demi kebahagian diri anda dan mereka yang tersayang...Selidiklah sebelum anda membeli sesuatu produk untuk menguruskan/menurunkan berat badan.
Sekiranya produk menguruskan badan yang anda beli TIDAK mampu menurunkan berat badan anda pada kadar yang sangat pantas, JANGAN BERPUTUS ASA kerana badan anda juga TIDAK naik secara mendadak, malah ianya memakan masa yang panjang juga, jadi begitu juga untuk menurunkannya...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday 17 August 2013

10 minit Vitalea Shaklee Diserap Sepenuhnya...WOW!!!

August 17, 2013
Malam ni (sebenarnya dah pagi buta dah, now dah pukul 3pagi), terasa nak share macam-macam sebab terjumpa banyak pulak info berkaitan Shaklee, yang saya rasa sangat patut dikongsikan dengan orang ramai supaya lebih ramai orang mendapat manfaatnya.

Sekarang saya nak berkongsi tentang ujikaji yang dilakukan terhadap Vitalea Shaklee. Untuk yang masih blur-blur dan tak tahu apa itu Vitalea Shaklee, bolehlah baca entry saya yang ini. In general, Vitalea Shaklee ini adalah multivitamin yang dikeluarkan oleh Shaklee yang mana ianya juga merupakan multivitamin yang pertama wujud di dunia ini [lagi 2 tahun cukup umur Vitalea ini 100 tahun \ (•◡•) / ]. 

Ada 2 ujikaji yang telah dilakukan oleh 2 orang pengedar dan juga pengguna tegar Shaklee. Seorang adalah Siti Al'Izzah, kenalan di facebook saya yang juga merupakan ahli kumpulan LadyBoss, manakala seorang lagi adalah pengguna dari luar negara. Keduanya cuba membuktikan betapa mudahnya Vitalea Shaklee ini melarut dalam badan kita dengan hanya dibantu oleh air masak sahaja dan TIDAK ditambah dengan unsur-unsur lain yang bersifat asid. Bukan sahaja Vitalea Shaklee ini mudah dilarut, malah ianya juga akan diserap dengan kadar maksimum oleh badan kita, dengan syarat anda mengambil Vitalea Shaklee ini bersama air masak dan bukannya air teh mahupun kopi kerana kedua ini boleh menggangu kadar penyerapan dan kelarutan Vitalea Shaklee ini.

Ujikaji 1 : Vitalea Shaklee vs Obimin

Multivitamin Shaklee
Mengikut ujikaji yang dijalankan ini, selepas 4 minit, dengan suhu bilik, Vitalea Shaklee mula melarut sedikit demi sedikit di dalam air masak dan mula melepaskan unsur b complex yang terdapat di dalamnya.

Sedangkan, obimin masih kekal dalam bentuk yang sama, dan hanya pewarnanya sahaja yang melarut di dalam air. Malah walaupun selepas 35minit ujikaji ini dijalankan, obimin masih kekal dalam bentuk yang sama tanpa sebarang tanda-tanda untuk ianya larut.

Jadi, bayangkan sepanjang tempoh 9 bulan mengandung (obimin diambil oleh ibu yang mengandung, yang mana ianya mengandungi pelbagai vitamin antaranya b complex, zink, asid folik dsbnya), badan kita menyerap lebih banyak PEWARNA berbanding vitamin, yang mana vitamin ini sangat diperlukan oleh badan ibu serta bayi yang dalam kandungan. Rugi sajalah ibu-ibu mengandung yang dok makan obimin nikan...

Mari kita lihat antara pengalaman ibu mengandung yang mengambil obimin TETAPI tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan, malah ada juga yang memuntahkan kembali obimin ini selepas dimakan.
testimoni Multivitamin Shaklee

Ujikaji 2 : Vitalea vs One A Day Multivitamin (OADM)

Ujikaji dilakukan antara multivitamin Shaklee (Vitalea) dan juga One A Day Multivitamin (vitamin dari luar negara). Sama seperti ujikaji di atas, Vitalea Shaklee mula menunjukkan tanda-tanda kelarutan di dalam air masak selepas 4 minit ianya direndam dalam air. Malah OADM juga menunjukkan tanda-tanda melarut seperti Vitalea Shaklee.

Akan tetapi, selepas beberapa minit, OADM secara perlahan berhenti melarut malah sehingga tamat ujikaji, dan apabila ianya dikeluarkan dari air, ianya masih lagi berada dalam bentuk pil seperti mula-mula dimasukkan ke dalam air dan masih keras lagi, sedangkan Vitalea Shaklee melarut sehingga habis kesemuanya sehingga tiada bentuk pil lagi. 

Ini menunjukkan betapa efektifnya Vitalea Shaklee sehingga ianya boleh melarut di dalam air secara 100% seterusnya diserap oleh badan kita tanpa sebarang pembaziran. Malah ianya juga tidak memudaratkan memandangkan ianya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan kepada badan kita.



Jadi, mengapa pilih yang lain apabila pilihan yang tepat sudah ada didepan mata. Pilihlah Vitalea Shaklee dan berpuashatilah dengan setiap sen yang anda belanjakan untuk membelinya... (>‿◠)✌

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Shaklee Tu Kan Multi Level Marketing...Ok Ke??

August 17, 2013
Shaklee MLM
MLM is about networking
Ada ke lagi yang TAK tahu bahawa Shaklee ni termasuk dalam kategori MLM (multi level marketing)?
Rasanya ramai yang tahukan, tapi tak kurang juga yang tak tahu, contohnya saya sendiri. Masa mula-mula join Shaklee ni, memang langsung tak tahu apa-apa pasal Shaklee. Namanya pun tak pernah dengar, kenal pun sebab penyewa umah sebelum saya, yang saya duduk yang kami diami sekarang ni kat Kerteh tu, ada tinggalkan beberapa produk Shaklee masa dia nak pindah. Antaranya Hand Dish Wash, Fabric Softener dan sabun pencuci baju.

First time guna Hand Dish Wash tu memang terus jatuh hati la. Mana taknya, bayangkan pinggan mangkuk plastik yang bersalut minyak, yang kalo guna pencuci basuh pinggan biasa kena tenyeh beberapa kali baru btul-btul hilang kotoran minyak tu, senang je nak basuh bila guna Dish Wash tu. Tak payah nak tenyeh banyak kali atau pun ulang-ulang basuh. Memang suka sangat, tapi masa tu tak tau pun kat mana nak dapatkan produk Shaklee ni sampai la 'mak' saya, Efie Muhammad, ajak join Shaklee ni.

Ok, tu intro sikit la pasal macam mana saya berkenal dan boleh berkecimpung dengan Shaklee. Masa decide nak join, memang langsung tak tahu yang Shaklee ni MLM. Apa yang ada dalam kepala masa tu, just join sebab nak jana pendapatan dan isi masa lapang sambil jaga anak. Bila dapat memberkit, baca-baca, barulah tahu yang Shaklee ni MLM. Tapi langsung tak rasa menyesal, sebab...
  • saya berada di landasan yang betul, i.e. saya join group yang memang kuat dalam business Shaklee ni, iaitu group Jutawan Shaklee dan LadyBoss
  • walaupun MLM, tetapi saya TAK pernah dipaksa untuk bekerja untuk upline saya. maksudnya, business Shaklee yang saya buat, adalah untuk diri saya, sebabnya, bila saya bekerja keras, pendapatan yang saya dapat totally untuk diri saya, dan bukan untuk upline saya
  • dalam group ini, saya TIDAK dipaksa untuk membeli stok beribu-ribu semata-mata nak kekal diranking saya ini. saya juga TIDAK pernah dipaksa untuk membuat loan beribu-ribu semata nak beli stok yang entahkan dapat dijual, entah kan tak dapat
  • leaders dalam group ini juga TIDAK lokek untuk memberikan tunjuk ajar dari A-Z. saya TIDAK ditinggalkan seorang diri terkontang-kanting selepas join Shaklee, malah kesemua leaders sudi memberikan tunjuk ajar pada bila-bila masa sahaja
  • tiada istilah HEAD HUNTING dalam group ini, malah sekiranya saya TIDAK bersedia untuk mempunyai downline (kerana takut tak mampu nak beri tunjuk ajar), saya sendiri perlu berusaha keras untuk memastikan saya kekal efektif setiap bulan, dan bukannya pergi mencari downline semata-mata untuk kepentingan saya sendiri
Shaklee MLMTahukah anda sebenarnya mengapa perniagaan Shaklee ini dijalankan secara MLM? Sebab yang paling utama adalah : Dr Forrest C. Shaklee mahukan produknya dikongsi dengan ramai seramai mungkin orang tanpa sebarang masalah dipertengahan jalan. Apakah maksudnya "tanpa sebarang masalah dipertengahan jalan"?

Mari kita lihat perbezaan di antara perjalanan perniagaan biasa berbanding Shaklee seperti dalam carta di sebelah. Dengan ketiadaan pemborong di dalam business flow Shaklee, kos produk dapat dijimatkan, malah harga produk boleh menjadi lebih rendah apabila produk yang dikeluarkan oleh pengeluar terus sampai kepada pengguna tanpa melalui pemborong mahupun pengedar. Ini boleh berlaku apabila pengguna menjadi ahli Shaklee yang mana pengguna bukan sahaja dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah, malah boleh menikmati pelbagai lagi benefit yang ditawarkan oleh Shaklee seperti peluang perniagaan, peluang pergi ke percutian mewah secara percuma, elaun kereta dan sebagainya. Dengan ini, produk Shaklee mampu digunakan oleh lebih ramai orang tanpa sebarang bebanan pada harganya. Dan cara ini hanya boleh digunakan apabila produk Shaklee dipasarkan menggunakan teknik MLM.

Walaupun Shaklee menjalankan business secara MLM, akan tetapi, TIADA PENINDASAN yang berlaku dalam group kami. Malah cara group kami menjalankan business Shaklee ini juga jauh berbeza dengan perniagaan yang dijalankan menggunakan teknik piramid (lain kali pulak cerita).

Shaklee MLMKesimpulannya, MLM yang dijalankan di dalam Shaklee adalah lebih kepada "networking business". Kerana, apabila kita menggunakan produk Shaklee, dan berkongi kebaikan dan keberkesanannya dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, serta orang lain, secara tidak langsung, kita telah mewujudkan satu networking business. Dan kebanyakan pengedar Shaklee hari ini adalah bermula sebagai pengguna produk Shaklee yang berpuas hati dengan produk yang digunakan dan mahu orang ramai turut merasai kebaikan produk ini. Bak kata bidalan, "Sharing is Caring", jadi ramailah yang suka nak berkongsi dengan orang yang mereka rapat dan seterusnya dengan orang-orang lain. Terus secara tidak langsung membantu masing-masing mendapatkan pendapatan lebih.


Saya tutup entry kali ini dengan satu video mengenai "Bagaimana Perniagaan Shaklee Berfungsi". Selamat menonton..


 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
 




Tuesday 6 August 2013

3 Tahun Berturut Berjaya Menyusu Bayi Di Bulan Ramadhan

August 06, 2013
Hari ini 28 Ramadhan, bermakna tinggal lagi sehari je kita akan berpuasa sebelum menyambut Syawal. Pasti semua persediaan telah pun siap, malah ramai yang telah mengambil cuti seawal minggu lepas untuk pulang ke kampung. Selain kita, 'mereka-mereka' yang kena ikat sepanjang bulan Ramadhan pun dah bersiap nak balik ke 'kampung' juga...Tak caya? Tengok ni..siap beratur lagi hihihi

Dalam diam, rupanya tahun ni merupakan tahun ke-3 saya menyusukan adik arsyad dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki adik acad sangat murah, meriah sungguh susu yang dikurniakan oleh Allah untuknya melalui mama. Tahun pertama, saya tidak dapat menyusukan adik acad secara direct kerana dia masih dalam inkubator (adik acad lahir tak cukup bulan). So saya hanya pam je susu sepanjang 3bulan adik acad di hospital. Tahun ke-2, iaitu tahun lepas, dapat la menyusu secara direct, dan begitu juga tahun ini.

Masa mula-mula saya decide nak menyusu adik acad sepenuhnya dengan susu badan, rasa tak yakin dapat completekan 2 tahun tu sememangnya wujud. Walaupun pasang niat nak menyusu selama 2 tahun, tapi ada juga terdetik dalam hati, jika dapat menyusu selama 1 tahun pun jadilah. Tapi nampaknya Allah telah mengizinkan dan memperkenankan permintaan saya yang pertama. Alhamdulillah...

Pada tahun pertama dan ke-2, tiada masalah yang saya hadapi, sebab sememangnya susu agak banyak. Menjenguk ke tahun ke-3 ni, ada juga la sedikit risau kuantiti susu terganggu sebab adik acad pun dah masuk 2 tahun, plus saya dah lama tak mengepam susu, hanya direct feeding je. Jadi saya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan adik acad dapat meyusu dengan secukupnya seperti biasa. Maka saya telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan susu badan sentiasa cukup, antaranya :
  • Minum air masak secukupnya bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur
  • Melewatkan makan pada waktu sahur
  • Makan kurma ketika bersahur dan berbuka
  • Mengambil supplemen Shaklee seperti Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan sebagainya
  • Sentiasa berfikiran positif dan tidak tertekan
  • Berdoa kepada Allah S.W.T
Jadi kepada para ibu yang menyusukan anak dalam bulan Ramadhan ini, jika saya mampu lakukan (menyusu anak 3 tahun berturut dalam bulan Ramadhan), saya pasti anda juga mampu melakukan. Sememangnya pada awalnya kita akan merasa bahawa ianya adalah sesuatu yang sukar, tetapi, apabila kita berfikiran positif dan berusaha untuk melakukanya dengan penuh bersemangat, pasti kita boleh, dan pastikan jangan lupa untuk berdoa kepada-Nya.

Shaklee n breastfeeding
Oh ya, sekiranya nak tahu apakah makanan yang boleh membantu anda untuk menambah kuantiti susu terutamanya dalam bulan Ramadhan, boleh la dapatknya dalam Majalah PaMa keluaran Julai 2013. Jangan lupa ya...Selain itu, boleh juga ambil supplemen Shaklee terutamanya vitamin seperti ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa dan Ostematrix, kerana ketiga-tiga vitamin ini sememangnya sangat terkenal sebagai milk booster juga

Shaklee Hari RayaInshaAllah tahun depan pun saya akan menyusukan anak juga dalam bulan Ramadhan tetapi bukan adik acad, tapi mungkin adik kepada adik acad sebab kami merancang untuk menambah ahli keluarga tahun depan... >_< Kalo tak sempat menyusu, mungkin masih mengandung kot hihihi...Semoga dimurahkan lagi rezeki kami...Amin...

Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan anda kata ada entry saya yang menyebabkan anda tersinggung, 10 jari saya susun meminta maaf... Selamat Hari Raya....

 
 
 
 
 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================



Monday 5 August 2013

Adik Aisyah Telah Dipulangkan..

August 05, 2013
Cikgu ArbaiyahAlhamdulillah, sekitar jam 11.30 pagi tadi adik Aisyah dilaporkan telah dipulangkan oleh si penculik ke balai
polis dengan dihantar oleh ibu kepada penculik itu. Pebagai spekulasi telah timbul mengenai kes ini, tambahan pula selepas laporan polis dari ibu Aisyah didedahkan kepada media. Dengan pantas, ramai yang menyalahkan ibu Aisyah ini, iaitu Cikgu Arbaiyah, malah ada yang mempersoalkan bagaimana seorang ibu yang berprofesion sebagai guru boleh dengan begitu mudah menyerahkan anaknya kepada seorang lelaki yang tiada ikatan kekeluargaan dengan mereka.

Suka sekali saya ingin menceritakan fakta sebenar tentang apa yang terjadi memandangkan mereka ini adalah anak tiri kepada arwah amk usu saya, yang mana merupakan saudara saya juga. Terlalu banyak spekulasi yang bukan-bukan, malah ada juga yang negatif yang tersebar di media kini.
  1.  Cikgu Arbaiyah dan suaminya telah bercerai
  2. Cikgu Arbaiyah dan suspek telah berkenal melalui facebook selama kira-kira 1 tahun. Mereka telah menjalin kasih dan telah berjanji untuk berkahwin selepas hari raya 
  3. Cikgu Arbaiyah dan suspek pernah berjumpa beberapa kali sebelum ini
  4. Aisyah adalah seorang anak yang mudah mesra dengan orang, disebabkan itu dia tidak menangis ketika didukung oleh suspek, tambahan pula Aisyah tahu bahawa suspek adalah kenalan ibunya
  5. Suspek BUKAN lah ayah kepada Aisyah
  6. Cikgu Arbaiyah dan bekas suami sama-sama meratapi kehilangan anak mereka ini
  7. Cikgu Arbaiyah menyerahkan surat beranak Aisyah kepada suspek kerana percayakan suspek yang mahu membuatkan passport untuk Aisyah kerana mereka merancang untuk pergi berbulan madu di luar negara selepas berkahwin
  8. Cikgu Arbaiyah menyerahkan duit sebanyak RM25,00 kepada suspek atas dasar percaya. Sememangnya ini adalah sesuatu yang TIDAK patut dilakukan, TETAPI sebagai seorang wanita yang lemah, yang meyangkakan bahawa janji-janji suspek itu adalah benar, perkara ini telah dilakukan oleh beliau. Malah beliau langsung tidak menceritakan hal ini kepada adik-beradik beliau.
Inilah sedikit sebanyak fakta mengenai kes ini yang dikongsikan oleh adik kepada Cikgu Arbaiyah ini kepada saya. Diharap semua pihak mengambil kes ini sebagai satu pengajaran dan bukanlah sebagai bahan gosip murahan. Saya tahu ada beberapa orang yang merasakan kes ini hanyalah menyusahkan orang ramai memandangkan suspek adalah kenalan ibu Aisyah tersebut, tapi cubalah anda berfikir dengan lebih meluas lagi, dan cuba letakkan diri anda di pihak Cikgu Arbaiyah tersebut.
 Adalah sangat MUSTAHIL Cikgu Arbaiyah itu akan melakukan perkara sebegini jika beliau tahu bahawa suspek itu hanya berniat jahat terhadapnya dari awal lagi. Dan beliau bukanlah seorang ibu yang tidak bertanggungjawab yang semudah itu hendak menyerahkan anaknya kepada orang lain, kerana beliau lah ibu yang mengandungkan si anak selama 9 bulan, melalui segala perit lelah dan sangat sayangkan anaknya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini dan sebolehnya saya berharap kita semua selaku ibubapa mengambil pengajaran dari kes ini dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

~~ pada waktu blog ini diupdate, adik Aisyah dan ibunya masih belum sampai ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu ~~

Terima kasih....≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Missing Kid - Adik Aisya

August 05, 2013
missing kid Aisyah
Malam ni timeline facebook saya dipenuhi dengan 1 gambar je, iaitu gambar adik Aisyah..(¬‿¬) Betapa comelnya anak itu, betapa innocentnya anak itu, betapa TIDAK BERPERIKEMANUSIAANnya manusia yang menculik anak itu. 

Sedang umat islam sibuk menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadhan, sedang sinar Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, ada manusia yang sanggup melakukan kerja yang terkutuk ini terhadap sebuah keluarga. Sudahla ibu kepada anak ini merupakan ibu tunggal, membesarkan ketiga anaknya dengan bersusah-payah, dengan lelahnya, dengan sendirian, tergamak manusia itu mengahncurkan kebahagiaan keluarga ini.

missing kid AisyahAdik Aisya telah hilang sejak hari selasa yang lepas, di JUSCO RAWANG. Dia dipercayai diculik oleh seorang lelaki yang dipercayai adalah kenalan kepada keluarga adik Aisyah. Dikatakan adik Aisyah telah dilarikan oleh suspek dengan menggunakan kereta VIVA PUTIH berplat no BLC 1894. Dan suspek adalah dipercayai dikenali sebagai SHARIZAL BIN YUSOFF

Ibu kepada adik Aisyah ini, iaitu Cikgu Bahiyah adalah merupakan anak tiri kepada arwah mak usu saya. Walaupun hubungan kami jauh, tetapi apabila berlaku perkara seperti ini, wujud rasa keperimanusiaan sekaligus ingin membantu setakat yang termampu sehingga adik Aisyah ini berjaya kembali ke pangkuan kelaurganya dengan selamat. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar penculik adik Aisyah ini diberikan HIDAYAH dan MENYESAL serta memulangkan kembali adik Aisyah kepada keluarganya dengan SECEPAT MUNGKIN tanpa sebarang kecederaan mahupun kecacatan. InshaAllah...

missing kid Aisyah"Ya Allah ya Tuhanku, demi keberkatan bulan Ramadhan ini, demi kasih sayang ibu kepada adik Aisyah yang telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, demi rahmat dan kekuasaanMu yang tiada tolok bandingnya, Kau lembutkanlah hati penculik adik Aisyah dan Kau pulangkanlah kembali adik Aisyah ini ke pangkuan ibunya tanpa sebarang cacat cela. Amin Ya Allah"....

Ini sahajalah yang dapat saya bantu keluarga mereka. Marilah kita sama-sama berdoa dan menyebarkan hal ini serta perhati-perhatikanlah di sekeliling kita kerana ada kemungkinan si penculik ini berada berdekatan kita. Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Bahiyah Md Zin ini. InshaAllah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Homeschooling @ Hotelschooling...Oh My Kids

August 05, 2013
Hujan lebat diluar..Cuaca yang suam-suam kuku sejak dari pagi tadi...Malam 27 Ramadhan...Adakah ini petanda LailatulQadar?? Wallahualam, hanya Dia sahaja yang tahu...

travel with kids Shaklee
Lately, kami sekeluarga kerap bertravel. Sepanjang bulan Ramadhan ni, rasanya hanya 2minggu sahaja kami di Kerteh, selebihnya di Kuala Lumpur. Ini gara-gara mengikut en asben yang ada kerja di Kuala Lumpur. Nak tinggal, tak best la pulak. Yelah, apa taknya, bila ikut en asben, dapat la jugak lari-lari balik Bangi kejap. Dapat la jugak mandi swimming pool (tapi kan bulan Ramadhan, so tak de la mand pool, kids je yang mandi pool), dapat la cuti masak hihihi..Lagipun, blong & adik acad ni bukannya bleh berjauhan dari ayahnya lama-lama, kang mula la demam, merengek tengah malam, nangis rindu ayah la, macam-macam la. So, nak elak semua ni dari berlaku, solutionnya ialah ikut jela en asben ke KL.

Bila kerap bertravel, maka bermakna blong kerap la jugak ponteng sekolah (read : tadika). Walaupun dalam perjumpaan yang lepas dengan cikgu kelasnya, blong boleh dikatakan masih mendahului rakan sekelasnya dalam semua subjek, tetapi sekiranya ilmu yang ada tidak direvise, lama-lama akan hilang juga. Jadi apa yang perlu saya lakukan bagi memastikan blong tak ketinggalan dalam pelajarannya walaupun kerap ponteng sekolah?

Ini adalah antara yang saya lakukan...
  1. bawa beberapa buku pelajarannya @ buku cerita untuk blong baca - melancarkan bacaannya
  2. bawa beberapa buku aktiviti untuk blong buat - aktifkan minda
  3. bagi blong tengok kartun berbahasa English - mengasah pemahaman & pertuturan bahasa English
  4. beri main games di dalam laptop yang berunsur ilmiah - bermain sambil belajar
  5. buka beberapa video clips di YouTube yang berkaitan dengan mengaji - ulangkaji Muqaddam
 Tapi, bila saya bawa buku, saya bukan hanya bawa buku untuk blong je off course kena bawak sekali buku untuk adik acad, supaya mereka tak bergaduh dan boleh sama-sama belajar. Sebab tulah setiap kali bertravel, beg laptop saya akan berat sebab selain laptop & buku-buku Shaklee saya, beg tersebut juga dipenuhi dengan buku-buku anak-anak dan alat tulis mereka. Jadi, mintak maaf la ye kepada bellman kat PNB Darby Park tu yang terpaksa angkat bag laptop saya yang berat setiap kali kami datang...ᕙ(`▽´)ᕗ

Anak Shaklee cergas
Dengan ini, walaupun kami kerap bertravel dan blong kerap ponteng sekolah, beliau inshaAllah tidak akan ketinggalan pelajaran. Saya juga akan pastikan blong makan 1 biji OmegaGuard Shaklee setiap pagi dan Mealshakes Shaklee bersama susu sebelum tidur bagi memastikan tahap kecergasan badan dan minda blong sentiasa terjamin. Untuk adik acad pula, semestinya Vitamin C Chewable yang sangat digemarinya.

Jadi, jika anda adalah ibubapa yang selalu bertravel dan perlu membawa anak-anak bersama, pastikan segala persiapan untuk pelajaran anak-anak dibawa bersama selain pakaian mereka. Walaupun pergi bersukaria, pelajaran tetap harus diutamakan dan bukan dilupakan atau dicutikan begitu sahaja.

**tapi kebiasaannya buku-buku yang dibawa, tak semua dibaca pun sebab asek balik umah atuk kat Bangi je...ataupun ikut mama uruskan hal-hal berkaitan Shaklee (─‿‿─) hihihi**
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Sunday 4 August 2013

Sayangi Sendi Anda, Dapatkan Set Sendi Shaklee

August 04, 2013
Pernahkah anda mengalami pengalaman seperti ini?

badan lemah gemalaiTerpaksa panjat tangga bangunan 10 tingkat, tapi baru naik 3
tingkat badan dah mengah, kaki dah sakit, kepala dah 'pusing'? Tapi kena redah jugak sebab tak ada option lain....

Ini lah yang terjadi pada saya 2 hari lepas. As intro, saya ni bukan la jenis yang pergi bersukan setiap hari. Setakat naik turun tangga kat umah sendiri, kemas-kemas umah, cuci umah, main kejar-kejar dengan anak-anak tu adalah dan itulah pun senaman saya setiap hari as a surirumah. Kalo ada ikut en asben oustation,  berpeluangla pergi swimming kat swimming pool hotel. Dulu masa duduk kat Bangi, adalah juga pergi gym yang untuk perempuan kat Bangi and kadang pergi main squash kat UKM. Tapi sekarang bila pindah Kerteh, terhad sikit. Nak pergi bersukan kat Kelab Rekreasi Petronas kat Rantau tu, tak terpergi-pergi. Ada je halangannya huhuhu...

Ok, berbalik pada cerita tadi. Malam tu saya mendobi baju kat tingkat 8 hotel tu. Bilik kami di tingkat 18. Lepas masukkan baju dalam washing machine, saya tinggalkan la sebab it takes 45minutes untuk dibasuh. Saya pun naik ke bilik, en asben pun pergi la ke Masjid As-syakirin untuk solat isya' n terawih. Layan anak kat bilik, main & menyusu adik acad. Tak lama tu, adik acad pun tido. Blong stable lagi main game kat laptop. Cukup masa, saya perlu turun pulak untuk masukkan baju ke dalam dryer. Tapi masalahnya, kad access untuk hotel ada 1 je dan kalau saya cabut, maka anak-anak akan tinggal dalam kegelapan. Nak bawa mereka turun, adik acad baru tdo, lagipun macam mana saya nak masukkan baju dalam dryer kalo kena pegang adik acad.

Apa option yang ada? Tinggalkan anak-anak, selak pintu dan turun TANPA bawa access kad. Sounds dangerous kan sebab anak-anak kena tinggal. Tapi saya positif je sebab it's will only take like 5 minit kot untuk buat keje tu. So saya pun turun la. Siap keje, nak naik ke bilik, tak boleh guna lif, sebab, saya TAK bawa access card. Jadi, terpaksalah panjat tangga. 

10 tingkat nak naik. Setiap level 20 anak tangga, jadi in total 200 anak tangga saya perlu panjat. 3 tingkat yang pertama, masih ok lagi. Naik tingkat ke-4, kaki kanan dah mula sakit. Rasa macam dah tak boleh nak angkat. Usaha juga, berjaya naik 3 tingkat lagi. Lepas tu, kepala pulak pening, mula rasa macam nak pitam dah. Tapi paksakan juga sebab pikir anak-anak yang kena tinggal. Naik lagi 2 tingkat. Time ni memang dah rasa nak surrender, jadi apa yang saya buat, saya stop kejap. Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Saya buat 2-3x kali. Agak jantung dah gak tenang, tak berdenyut terlalu laju, kepala pun dah tak pusing, kaki pun dah relax sikit, saya gagahkan panjat lagi 2 tingkat terakhir. Demi anak-anak, saya push diri saya.

Alhamdulillah berjaya sampai ke bilik. Dan alhamdulillah adik acad masih lena tidurnya dan blong masih bermain laptop dengan selesa. Bukak je tudung dan jubah, terus saya rebah kat coach. Memang habis terus energy masa tu. Nak bercakap pun tak larat. Kaki sakit tak yang cerita la, memang tak tertahan. Baring pun sambil gantung kaki. Tak lama, terus tertido, tau-tau en asben dah balik dari masjid. Mintak tolong dia jela g amikkan baju yang dah siap nak atas.

Jadi apa kesimpulan yang boleh saya amik pada hari tu adalah, bersenam la setiap hari supaya badan kita sentiasa cergas. Peliharalah juga sendi-sendi di badan kita supaya mereka dapat melakukan tugas mereka dengan baik. Bagaimana caranya? Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari. Tapi kalo agak-agak TAK dapat nak penuhi pemakanan seperti piramid makanan, tambahkan pengambilan supplemen dalam diet seharian, dan pilihan saya semestinya SHAKLEE kerana ianya sudah bertapak dengan kukuhnya selama 50tahun, malah ianya DIJAMIN BERKESAN, MESRA ALAM & SELAMAT....
shaklee difference
Oh ya, sebelum tidur malam tu, saya telan 4biji Ostematrix. Alhamdulillah bangun pagi hilang dah sakit kaki dan badan pun lebih segar. Semuanya dengan izin daripada-Nya juga...(>‿◠)✌ Tapi sempena bulan promo Advance Joint Health Tablet ni, rasa nak ambil jugak la. Bukan selalu HARGANYA JATUH MENJUNAM kan...Anda macam mana? Jangan dok pikir lama-lama, nanti melepas ye...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Friday 2 August 2013

Joint Health Set Shaklee...Saya Sayang Mak

Sempena promosi Advance Joint Health Tablet ni juga, suka la saya nak bercerita tentang set untuk sendi yang dikeluarkan oleh Shaklee. Dengan tema, "Pendekatan Secara Semulajadi Untuk Kekal Sihat", Shaklee membawakan set ini yang terdiri daripada : Advance Joint Health Tablet, OmegaGuard dan Ostematrix khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan sendi.
Advance Joint Health Tablet Shaklee

Yelah, sendi ini sangat penting kepada kita. Jika sendi kita sakit, banyak benda dan kerja yang TERGENDALA. Sendi yang sakit adalah berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya rhematoid arthritis mahupun osteoarthritis. Walau apapun puncanya, ianya sememangnya ternyata membebankan. Cukup sekali kita diserang, pasti tidak mahu ianya berulang dan apabila terkena, kita akan terus mencari cara untuk melegakannya secepat mungkin. Untuk itu, Shaklee menawarkan set Joint Health ini bagi menjamin kesihatan sendi yang OPTIMUM!! (͡° ͜ʖ ͡°)

Apakah kebaikan set ini??
  • memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
  • membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi
♥♥♥Testimoni Pengguna♥♥♥
Testimoni Shaklee
 Bagaimana? Bestkan Joint Health set ni...Jom dapatkan 2 set HARI INI untuk dihadiahkan kepada ibubapa kita...≧◠◡◠≦✌

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================