Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Wednesday, 11 March 2015

Suami Pun Mampu Buat Banyak Kerja Macam Isteri, Cuma...

March 11, 2015
Cuma ianya akan masa berjam-jam la...Sebabnya, biasa orang lelaki ni akan buat satu keje je dalam satu masa. Jaranggggg sangat saya jumpa orang lelaki yang boleh buat beberapa kerja rumah seperti masa, jaga anak, basuh pinggan dalam satu masa....Paling biasa saya tengok, kalo ada 2 anak pun, jarang anak-anak tu dimandikan serentak. Mesti mandikan one by one...Ataupun, kalo mandi serentak, anak-anak tu mandi sendiri je sebenarnya...Si ayah ni standaby kat luar toilet tu....

(Ini en asben saya la.....dan juga orang-orang lelaki dalam keluarga saya.....)

suami jadi surirumah
si ayah jadi surirumah??? wow....
 Tapi...

Kenapa ek orang perempuan ni boleh dan lebih suka buat banyak sekali keje dalam satu masa. Sambil suap anak, kadang boleh dok layan pm customer, boleh lagi update blog, boleh lagi sembang dengan anak sorang lagi dan macam-macam lagi....Memang ibarat sotong sungguh la kadang tu kan....

Tak percaya? Meh dengar cerita dari akak chantek ni.....



Kesimpulannya, kaum wanita yang super hebat ni, mampu membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Jadi, kenapa tak manfaatkan keupayaan itu untuk menjana pendapatan untuk keluarga demi kehidupan yang lebih selesa? Tak semestinya menjadi surirumah bermaksud kita hanyalah sekadar duduk dirumah dan jaga anak sahaja....

Surirumah sebenarnya mampu membuat lebih daripada itu. Dengan jadual yang betul, bimbingan yang secukupnya, keinginan yang meluap, surirumah mampu membantu menjana pendapatan untuk keluarga, malah ada ramai sebenarnya surirumah yang kini adalah "jutawan". Bukan setakat itu sahaja, pendapatan mereka sebenarnya lebih banyak berbanding suami, dan ada juga yang telah dapat membantu suami supaya berhenti bekerja dan hanya bekerja dari rumah sahaja seperti mereka..

Tak percaya???

Apa kata anda sertai kami di iReach Family...Segala yang saya perkatakan di atas anda akan dapat saksikan, dan jika anda mempunyai passion yang tinggi untuk berjaya, anda boleh lah mengambil langkah pertama dengan menyertai kami sebagai Shaklee Independent Distributor (SID). Saya pasti, anda tidak akan menyesal....

Hubungi saya dengan segera jika anda betul-betul mahu berubah dan mahu keluar dari kepompong anda yang tahap biasa-biasa je tu....

shaklee kerteh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Banyak Sangat Yang Diterima, Namun Tetap Susah Nak Memberi

March 11, 2015
Banyak nikmat yang kita terima setiap hari. Tak terhitung rasanya. Nikmat bernafas, nikmat bangun pagi dengan segar, nikmat hidup, dan macam-macam lagi. Namun, sangat sedikit kita bersyukur. Dan sangat sikit kita memberi...

Memberi dan bersyukur boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya, memberi sedekah ke dalam tabung surau atau masjid jika berkesempatan pergi ke masjid/surau. Ataupun belanja kawan sekolah anak ketika rehat dengan membekalkan makanan yang lebih. Paling mudah, senyum....Senyum saje pada sesiapa yang anda jumpa setiap hari.

Namun, saya nak share satu cara memberi dan membalas balik sebagai tanda terima kasih dan bersyukur kita kepada-Nya. Direct kita lakukan hanya untukNya, iaitu melalui solat dhuha. Banyak sangat fadilah solat dhuha ni. Antaranya adalah sebagai pembuka rezeki. Ianya sangat la mudah sebab dilakukan pada siang hari. Malah, kalo di kerteh ni, seawal jam 7.45am dah masuk waktu dhuha. Jadi kalo kata masuk kerja pukul 8pagi, masih sempat la nak g ke surau kat opis tu untuk tunaikan solat dhuha, 2 rakaat je pun.

dhuha pembuka rezeki

Solat dhuha ini sangat la ditekankan oleh Rasulullah S.A.W. Jadi, jika kita betul-betul sayangkan baginda, lakukan lah apa yang disukai oleh baginda. 

Berbanding solat tahajud yang kena bangun malam, mungkin la kita liat sikit walaupun sebenarnya kalo betul nak buat, pasti kita akan bangun. Namun, jika kita bangun seawal jam 5.30pagi, kita masih sempat  lagi bertahajud sebenarnya memandangkan sekarang ni subuh masuk lebih kurang jam 6pagi.

Jadi, apakah lagi alasan kita untuk tidak memberi padaNya sedangkan terlalu banyak yang kita dok terima daripadaNya setiap hari, setiap waktu, setiap jam...

Andaikata kita boleh pergi turun makan ke kafe untuk makan pagi pada jam 9-10pagi, mengapa kita tidak gunakan waktu itu untuk pergi ke surau, instead untuk menunaikan dhuha. 10minit maksimum memadai untuk kita berdhuha. Masih sempat lagi nak pergi makan dan berborak kosong pun lepas tu kan..Satu pun tak rugi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Tuesday, 10 March 2015

20KG Hilang Sebaik Sahaja Habis Berpantang....

March 10, 2015
Biasalakan.....Kalo mengandung je mesti jadi gemuk...Paling-paling pun, kalo tak gemuk, berat mesti naik dalam 10kg (minimum kot...)...Lepas tu, mulalah jenuh nak turunkan balik berat yang terlebey itu...Pastu mula la stress bila orang cakap dia gemuk...Haaaa...Inilah dilema seorang wanita selepas melahirkan anak.....Tak yah dok tengok orang lain, saya sendiri ni ha pun sama...Dah 3 kali lalui, memang tak best...Tapi bila tengok anak membesar dengan sihat, bersyukur jela..

Tapi...

Tak mustahil sebenarnya untuk kita kaum wanita, untuk turunkan berat badan tu selepas bersalin. Banyak sangat caranya, tapi 4 tips dari akak ni saya rasa sangat bermanfaat dan sangat berguna untuk mereka-mereka yang nak juga buang 20kg berat yang berlebihan akibat dari mengandung tu...Jom tengok apa la agaknya 4 rahsia akak ni...



OOOOOOOO...ok, mudah je sebenarnya....Tapi tip yang no 1 tu yang saya paling suka, iaitu susukan bayi...Sebab apa saya suka? Sebab bila menyusukan baby, bukan sahaja ibu yang dapat manfaat, malah yang paling penting baby pun dapat manfaatnya, terutamanya menguatkan antibodi baby...Untungkan...

Dan ini adalah antara produk yang cik kak kita amik tu.....
1- Energizing Soy Protein : diperbuat daripada 30kilo soya non-gmo yang terpilih, yang bebas alkohol, yang mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan serta sangat kaya dengan protein...ESP ini sahaja sudah mampu membekalkan tenaga, menambah susu badan dan mencantikkan kulit wajah.....(all in 1 can) [tengah promo ni ye...jangan lepaskan)
2- Vitamin C : semua orang tau Vitamin c ni mampu mencantikkan wajah, dan juga kulit. vitamin c shaklee ni dah la murah, berkualiti, malah mempunyai teknologi sustaina release lagi....5 jam makan pun, vitamin c masih belum habis dalam badan sebab ianya dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut jam
3- Omegaguard & Lecitihin : membantu membakar lemak yang berlebihan yang terkumpul sepanjang tempoh kehamilan. Yelah, biasa time preggy teringin nak makan macam-macam kan, pastu bersenamnya kurang, so memang banyak la lemak yang terkumpul
4- Alfalfa : tak perlu lagi diperkenalkan sebab sememangnya sudah diketahui ianya merupakan milk booster yang sangat berkesan, selain ianya mampu membantu menyingkirkan lemak-lemak yang kena bakar dek lecitihin dan omegaguard tadi hihihi

Untuk set penuh apa yang cik kak kita ni amik tadi, boleh la refer kat poster-poster comey saya ni ye....Dah ahbis belek-belek poster, boleh la hubungi saya untuk mendapatkan set-set vitamin anda...Tapi kalo takat nak beli 1-2-3-4-5 botol je pun boleh, saya tetap setia melayan anda....Yang pasti, sila jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sekurangnya 1 can ESP Shaklee yang sangat best tu di bulan ni sebab sekarang tengah dalam promosi. Rugi berganda-ganda kalo tak dapatkan...Bulan depan GST ye, so lebih baik dapatkan sekarang....

set menyusu esp alfalfa shaklee
set menyusu : tambah tenaga, banyakkan susu, cantikkan kulit
esp vitamin c cantik shaklee
testimoni set kecantikan shaklee...tiada lagi kulit kusam
bakar bina buang kurus shaklee
bakar-buang-bina dengan set kurus shaklee

 Hubungi saya sekarang jika anda serius nak buang 20kg lemak berlebih anda itu....

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Friday, 6 March 2015

Melentur Buluh Dari Rebungnya

March 06, 2015
Tiga kali pregnant dan masih belum dikurniakan anak perempuan bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat suami dan saya. Kalo ikutkan planning masih ada 2 peluang lagi untuk dapatkan anak perempuan, tapi mungkin kena revise balik kot....Anyway, kami tak de la kecewa sangat pun sebab anak lelaki ke ataupun anak perempuan, pada kami sama je...Yang penting, didikan yang sepatutnya kami berikan tu..Yelah, anak ni kan amanah Allah...Tak berani kot nanti nak mengadapNya, tapi amanah yang diberikan tak dijaga dengan baik....

3 boys in the house, memang la boleh buat mama ni sokmo jadi tarzan. Yelah, bayangkan bila diorang start main, memang kluar segala macam tok nenenk mainan la...Dari yang kecik sampai ke yang besar (cuma yang kecik tu terkawal la sikit sebab tiap hari mama dok bebel yang kecik jangan sepah-sepah, nanti baby anas masuk mulut...fiiuuhhhhh.....)

Luckly diorang pandai la nak kemas balik lepas tu. Thanks to blong la sebenarnya yang rajin mengemas balik mainan. Bngah pulak, kadang kita suruh kemas balik, ikut mood dia..Kadang dia kemas,kadang tak huhuhu...Tapi kalo blong ada, dia rajin la sama-sama kemas (ada masanya cakap blong lebih valid dari apa yang mama cakap T_T)...Blong memang dah diajarlah dari kecik dulu (time dia masih anak tunggal hihihi), supaya kemas setiap toys yang dah dimain. Masa kecik dulu, blong ni hantu Thomas...Mana-mana pergi mesti ada Thomas dia..Sampai g hotel pun kadang bawa...Bngah pula, diajar juga, tapi biasala, lain anak lain perangai kan....

Adakalanya, hujung minggu, mama adalah rasa nak berehatkan..Tapi hujung minggu la juga anak-anak dan en asben ada kat rumah kan...Bila diorang ni pun ada kat rumah (hari biasa sibuk g skul n keje), mulalah makan macam-macam, end up bersepah la rumah...So memandangkan hujung minggu mama nak rehat jadi, tugas anak-anak dan en asben untuk mengemas...orang kata, "pandai sepah, pepandaila kemas balik kan...." 

Maka, tak hairan lah kalo kat rumah kami ni, kadang hujung minggu malam-malam boleh dengar bunyi vakum ke, atau siang boleh dengar bunyi tang tung bising basuh pinggan la, tu belum kira dapur sepah dan comot sebab en asben masak...Tapi it's okla, buat la camne pun janji semuanya happy...Lepas tu nanti, pandai-pandai la kemas balik ye...Ataupun kalo tak mencapai standard mama, nanti mama kemas la balik semula ye bila korang tidur....

anak-anak syurga dan suami tercinta
camni ke ayah?...tanya bngah...
anak-anak syurga dan suami tercinta
en asben mendemokan kepada blong cara menvakum yang btul
anak-anak syurga dan suami tercinta
ooo...camni ye ayah...senang je ni...

anak-anak syurga dan suami tercinta
apa yang penting? kerjasama....
anak-anak syurga dan suami tercinta
seskali, tolong "lipat" kain
anak-anak syurga dan suami tercinta
makan sepah, sapu sendiri
anak-anak syurga dan suami tercinta
askar kecik ditangkap menyorok bawah meja
 **********************************************
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
agen shaklee kemasik


Tuesday, 10 February 2015

Berjaya Megamall Kuantan Ada Tempat Mainan Untuk Kanak-kanak

February 10, 2015
Assalamualaikum....

Duduk kat kertih ni, memang seriously tak banyak tempat untuk anak-anak bermain. Playground pun ada la 2-3 tempat, tapi fasilitinya agak menyedihkan lah. Dengan rosaknya, dengan dah terkopaknya, langsung takde ciri-ciri keselamatan. Ada satu tempat tu, usha juga nak pergi, tapi tak terpergi-pergi sebab ianya kat open space, pastu langsung tak de pokok-pokok kat area situ. So kalo g waktu petang, kena tunggu tak panas sangat la pulak. Kalo time hujan memang tak dapat langsung la nak main kan.

Paling kerap kitorg g bawa anak-anak beriadah adalah kat kelab rekreasi petronas tu. Mandi swimming pool atau pun main badminton. Jadila, at least anak-anak ada la juga beriadah. Kadang bawa juga bola g court badminton tu. Budak-budak ni, janji dapat berlari dengan bebas, sukan sikit-sikit, hati sudah gembira.

Last week, kami g lagi lepak kat rumah adik kat kuantan. Hajat hati nak g repair handphone kat kuantan parade tu, tengok-tengok LED yang rosak. Terus tak jadi repair sebab kos repair tu dah boleh dapat 1 handphone baru. En asben pun g usha roof carrier untuk alza pun tak jumpa yang berkenan. 

castle bouncer kanak-kanakFikir-fikir, dah sampai kuantan, nak la bawa anak-anak g main. So kami pun menuju la ke Berjaya Megamall. Hajat nak g main kat rumah angin yang boleh lompat-lompat tu. Tak tau la namanya apa huhuhu. Tempat ni ada kat level satu Berjaya Megamall tu, betul-betul depan Mr DIY. Harga untuk seorang budak RM8 kalo tak silap. Boleh la main selama mana nak. Ada 2 benda alah ni, pastu ada a few lagi la mainan macam jongkang jongkit tu, buaian dan lain-lain. Okla untuk level blong n bngah kan...

Nak dijadikan cerita, hari tu en asben yang drive dan dia masuk parking thru entrance lain. Wah...quite scary jalan parking tu. Dah la sempit, pastu parkingnya sangat limited. Sempat la juga jumpa kereta yang selfish, yang sesuka hati parking kat laluan orang. Dah kena tegur dengan security pun tak enjak jugak. Last-last kena high beam dengan driver lain baru nak kalih.

Kami dapat parking kat level 3. Kiranya kalo kluar tangga tu trus smapai kat tempat boling dan panggung wayang tu. Kluar dari tangga, trus nampak sesuatu yang membuatkan blong n bngah melompat keriangan. Tempat main yang sangat best, macam yang diorang biasa g kat The Mines. Siap ada area pasir tu lagi. Apa lagi...Terus budak-budak ni bukak selipar, dan masuk. Kelam-kabut la en asben nak membayar. Tak menyempat-nyempat dah diorang nak main. Dan bermain la mereka 2 beradik dengan gembiranya beberapa jam. Satu yang saya suka tempat-tempat macam ni adalah, kita boleh kluar dan masuk sepanjang hari tanpa had. Kira berbaloi la dengan harga yang dibayar kan. Sesekali bagi anak-anak happy, apa salahnya.

Jom layan gambar-gambar tempat tu. Nanti anda pun boleh la bawa anak anda bermain kat situ sampai diorang pengsan hihihi....

tempat main kanak-kanak di kuantan
main pasir ni memang favourite bngah

tempat main kanak-kanak di kuantan
tempat main yang luas

tempat main kanak-kanak di kuantan
turut disediakan tempat duduk untuk ibubapa yang menunggu anak bermain
tempat main kanak-kanak di kuantan
happily main pasir yang tak mengotorkan baju & seluar
tempat main kanak-kanak di kuantan
panjat ball tower pula
tempat main kanak-kanak di kuantan
turun kat slides berpusing
tempat main kanak-kanak di kuantan
soft board everywhere
tempat main kanak-kanak di kuantan
the happiness - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
the smiles - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
ada juga slides biasa
tempat main kanak-kanak di kuantan
information
tempat main kanak-kanak di kuantan
the entrance
Inginkan anak anda sihat dan cergas selalu? Berikan mereka khasiat yang mereka perlukan setiap hari semaksimum mungkin agar mereka dapat membesar dengan cerdasnya. Set anak bijak Shaklee membantu anak anda mendapatkan nutrisi secukupnya setiap hari.

anak cergas shaklee

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

Monday, 9 February 2015

2 Rahsia Cara Makan GLA Shaklee Untuk Hamil

February 09, 2015
Saya suka GLA Complex Shaklee, bukan sebab ianya produk Shaklee, tapi sebab GLA Shaklee ni mengandungi borage yang 3 kali ganda lebih tahan dan lebih berkesan berbanding evening primrose oil (EPO). EPO sememangnya sangat baik untuk kaum wanita, ianya banyak manfaat, namun sekiranya ada sesuatu yang sama macam EPO, tetapi lebih baik daripada EPO, maka ofkos la kita akan amik yang lebih tu kan....

Banyak sangat kelebihan GLA Complex Shaklee ni, antaranya ia dapat membantu wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur membetulkan kitaran haid itu. Malah, ianya turut dapat membantu seseorang wanita untuk hamil. Namun, perlulah tahu bagaimana cara makan GLA Complex Shaklee dengan betul supaya anda mendapat hasil seperti yang diidamkan (getting preggy...yeaayyyy....)

Ok, hari ni saya nak dedahkan rahsia cara makan GLA Complex yang betul bagi mereka yang ingin hamil. Rahsia ni diajar oleh para nutritionist Shaklee kami la, dan saya rujuk sifu saya juga. Tak mau la bagi ajaran sesat kan...Macam ni caranya ye....Saya akan pecahkan kepada 2 situasi...

gla complex shaklee untuk hamil1- Period/kitaran haid teratur

Kira kitaran haid anda (ianya berbeza antara individu)
Contohnya : 28hari / 2 = 14 hari
Maka...
Cara makannya : ambil GLA Complex setiap hari dari hari pertama haid sehingga hari ke 14
Telan 2 biji sehari : sebiji selepas lunch dan sebiji lagi selepas dinner
 
Cukup 14 hari, stop amik GLA sehinggalah haid seterusnya
In case haid tak datang, sila la pergi beli pregnancy test dengan kadar yang segera ye...

2- Period/kitaran haid TIDAK teratur

Amalkan mengambil GLA Complex setiap hari setiap 8 jam, kiranya 3 kali sehari lah...
Ulang setiap hari sehinggan anda rasa kitaran haid anda sudah teratur...
Lepas tu, follow la cara makan seperti no (1) di atas...

Semoga cita-cita anda untuk menimang cahaya mata berhasil dengan bantuan GLA Complex Shaklee ini dan dengan izin dari-Nya....Boleh hubungi saya untuk pembelian dan juga tips-tips lain...Eksklusif untuk anda, para pelanggan kesayangan saya....

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
contact agen shaklee kemasik
 

Wednesday, 4 February 2015

Rahsia Tampil Jelita Di Mata Suami Sehingga Suami Tak Alih Pandangan

February 04, 2015
Siapa sini tak pernah kena chicken pox?? [bajet ramai la readers yang baca posting ni kan hehehe]...

Bagi yang dah pernah kena, pasti tau kan betapa azabnya bila kena chicken pox ni. Dah la gatal-gatal satu badan, pastu nak garu tak boleh sebab nanti habis berparut sana sini. Nak tahan je memang tak mampu la sebab memang gatal sangat-sangat. Pulak tu, bila tengok biji-biji tu, rasa gerammmmje...Rasa nak picit-picit je. Stress wei....

Kebah je dari chicken pox ni, datang pulak 'kerja' lain. Iaitu kerja nak menghilangkan parut-parut akibat dari tangan yang gatal dok menggaru biji-biji air yang kluar tu. Kalo yang kat badan tu, ok la, boleh cover. Tapi masalahnya yang kat muka. Memang bleh buat self confident menurun sampai tahap negative la. Tak percaya? Meh dengar apa kata akak ni...



Haaa...tu dia..Muka memang berparut tahap kalo tepek bedak 10 inci pun still nampak la. Kalo ikut akak tu, katanya, memang malu la. Nak jumpa orang pun segan. Dan yang paling terkesan adalah, terasa dirinya sudah tidak cantik di mata suami. Bahaya tu...Takkan nak biar suami tengok muka kita yang dok berparut sana sini tu kan. Kesian la dia...Kalo nasib baik, suami tu tahan je. Dapat suami yang tak berapa nak baik, ditinggalkan nya, haaa tak ke haru..kan...

Nasib akak ni cepat-cepat cari penyelesaian. Apakah vitamin yang akak ni try? Sama seperti apa yang akak cantik lagi sorang ni guna....Tak percaya? Meh baca testimoni dia plak...

kulit cantik shaklee

Ada Energizing Soy Protein, ada b complex, ada vitamin c, ada vitamin E dan ada juga GLA complex..5 jenis vitamin je, dah mampu memberikan hasil yang sangat memberangsangkan. Malah, harga 5 jenis vitamin ni adalah lebih murah dari set penjagaan kulit berjenama yang terdapat di pasaran tu....

Apa yang penting, vitamin-vitamin ini merawat badan anda secara keseluruhan dari dalam bagi memastikan anda mendapat hasil yang betul-betul memuaskan hati dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Jadi, memang sangat disyorkanlah bagi wanita yang ingin kembali jelita di mata suami untuk mendapatkan 5 jenis vitamin ini. Dijamin puas hati...

Ketahui dengan lebih lanjut dengan menghubungi saya ye...Free consultation khas untuk para pelanggan saya...

contact agen shaklee kertih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee kerteh contact

Wednesday, 21 January 2015

Biskut Chocolate Chips Yang Setanding Famous Amos Tapi Lebih Murah

January 21, 2015
Assalamualaikum.....

Sape sini suka makan biskut choclate chip yang beli kat Famous Amos tu??? Sila angkat tangan....ლ(◒̃‿◒͠)ლ..

Ok...anak saya, both, blong n bngah suka sangat. Tiap kali pegi mana-mana mall yang ada kdai Famous Amos tu, mesti beli. Beli 100gram jela, cukup la untuk sekali ngap. Selalu kami beli yang no nuts tu sebab blong dia tak suka yang ada kacang@pecan dsbnya. Kalo korang biasa beli, mesti korang perasan harga dia dah naik.

Last year, dekat-dekat hujung tahu, tak ingat exact timenya, beli dalam RM9.90 kot gitu...Masuk tahun 2015, biskut yang sama, berat yang sama, dah naik jadi RM11 gitu...Entah berapa pulak harganya akan jadi bila GST start bulan 4 nanti...

So, hari ni nak ajar cara nak buat biskut chocolate chips ni. Caranya memang senang, sangat -sangat senang. Saya rajin jugak la nak buat, tapi saya suka buh almond (sebab tu blong jarang makan yang mama buat huhuhu), lebih sedap. Kalo buat sendiri, boleh pilih nak buh banyak mana almond n chocolate chips tu, ikut tekak kita kan. Resepi ni memang originally dari mak saya. Tak ercaya, cuba tengok gambar resepi ni...Memang sna direct dari buku resepi mak hahaha

chocolate chip cookies kerteh
resepi yang diambil dari buku resepi hikmat mak...
Tak clear ek? Tak pe..Meh baca bahan-bahan dan cara nak membuatnya di bawah ni ye....

Bahan-bahan
  1. 1 buku butter
  2. 2 cawan gula merah
  3. 3 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu teh garam
  5. 1 sudu teh soda bikarbonat
  6. 1 sudu teh emplex
  7. 1 sudu teh vanilla essence
  8. 1 biji telur
  9. 1 sudu makan koko powder (optional)
  10. 1 cawan chocolate chips (nak buh lebih pun boleh)
  11. 1 cawan almond nips yang dah dibakar (lebih pun boleh)
Cara Membuat
  1. Pukul butter, gula merah dan emplex sampai jadi macam cream
  2. Masukkan tepung yang telah digaul rata dengan garam, soda bikarbonat dan koko powder (kalo nak masukkan) secara bergilir-gilir dengan telur. Jangan matikan mixer anda ketika ini, biarkan ianya dalam mode yang paling slow
  3. Masukkan pula vanilla essence
  4. Pukul sekejap bagi semuanya rata dan tutup
  5. Masukkan chocolate chips dan almonds nip berganti-ganti dan kacau dengan spatula supaya ianya sekata
  6. Ambil sikit-sikit bancuhan dan bulatan kecil-kecil. Kemudian, letakkan di dalam tray yang telah disapu dengan margerin supaya ianya tidak melekat
  7. Bakar dalam api 180 darjah selama lebih kurang 15minit (agak-agak bancuhan tu masak)
  8. Siap dan ready untuk dimakan....Yeayy....
Macam mana? Senang kan... Ni kalo buat business time raya memang sangat-sangat untung. Sedap, mudah dan sihat. Sekali makan, memang tak boleh nak stop, percaya la....Jangan lupa mencuba ye...Nanti boleh la share dengan saya hasilnya macam mana.....

Jemput layan gambar semasa proses membuat biskut ini berjalan...[baru buat hari sabtu lepas hari selasa dah licin....(╥︣﹏᷅╥)]

chocholate chips cookies kerteh
campuran butter, gula merah & emplex dipukul
chocholate chips cookies kerteh
tepung+garam+koko+soda bikarbonat
chocholate chips cookies kerteh
telur 1 biji
chocholate chips cookies kerteh
lupa nak buh vanilla essence, kacau sendiri jela
chocholate chips cookies kerteh
campurkan chocolate chips dan almond nip
chocholate chips cookies kerteh
gumpal kecik-keck dan buh dalam tray yang dah sapu marjerin
chocholate chips cookies kerteh
siappp....tada.....
chocholate chips cookies kerteh
komen mak buyung yang dok teringin dan akhirnya dapat juga hihihi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya juga adalah pengedar sahk produk Shaklee yang sememangnya selamat, berkesan dan semulajadi (vitamin, penjagaan kulit, barang pencuci rumah dan filter air). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya melalui mana-mana cara seperti gambar di bawah...Selamat mencuba....

shaklee kerteh