Wednesday 21 January 2015

Biskut Chocolate Chips Yang Setanding Famous Amos Tapi Lebih Murah

Assalamualaikum.....

Sape sini suka makan biskut choclate chip yang beli kat Famous Amos tu??? Sila angkat tangan....ლ(◒̃‿◒͠)ლ..

Ok...anak saya, both, blong n bngah suka sangat. Tiap kali pegi mana-mana mall yang ada kdai Famous Amos tu, mesti beli. Beli 100gram jela, cukup la untuk sekali ngap. Selalu kami beli yang no nuts tu sebab blong dia tak suka yang ada kacang@pecan dsbnya. Kalo korang biasa beli, mesti korang perasan harga dia dah naik.

Last year, dekat-dekat hujung tahu, tak ingat exact timenya, beli dalam RM9.90 kot gitu...Masuk tahun 2015, biskut yang sama, berat yang sama, dah naik jadi RM11 gitu...Entah berapa pulak harganya akan jadi bila GST start bulan 4 nanti...

So, hari ni nak ajar cara nak buat biskut chocolate chips ni. Caranya memang senang, sangat -sangat senang. Saya rajin jugak la nak buat, tapi saya suka buh almond (sebab tu blong jarang makan yang mama buat huhuhu), lebih sedap. Kalo buat sendiri, boleh pilih nak buh banyak mana almond n chocolate chips tu, ikut tekak kita kan. Resepi ni memang originally dari mak saya. Tak ercaya, cuba tengok gambar resepi ni...Memang sna direct dari buku resepi mak hahaha

chocolate chip cookies kerteh
resepi yang diambil dari buku resepi hikmat mak...
Tak clear ek? Tak pe..Meh baca bahan-bahan dan cara nak membuatnya di bawah ni ye....

Bahan-bahan
  1. 1 buku butter
  2. 2 cawan gula merah
  3. 3 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu teh garam
  5. 1 sudu teh soda bikarbonat
  6. 1 sudu teh emplex
  7. 1 sudu teh vanilla essence
  8. 1 biji telur
  9. 1 sudu makan koko powder (optional)
  10. 1 cawan chocolate chips (nak buh lebih pun boleh)
  11. 1 cawan almond nips yang dah dibakar (lebih pun boleh)
Cara Membuat
  1. Pukul butter, gula merah dan emplex sampai jadi macam cream
  2. Masukkan tepung yang telah digaul rata dengan garam, soda bikarbonat dan koko powder (kalo nak masukkan) secara bergilir-gilir dengan telur. Jangan matikan mixer anda ketika ini, biarkan ianya dalam mode yang paling slow
  3. Masukkan pula vanilla essence
  4. Pukul sekejap bagi semuanya rata dan tutup
  5. Masukkan chocolate chips dan almonds nip berganti-ganti dan kacau dengan spatula supaya ianya sekata
  6. Ambil sikit-sikit bancuhan dan bulatan kecil-kecil. Kemudian, letakkan di dalam tray yang telah disapu dengan margerin supaya ianya tidak melekat
  7. Bakar dalam api 180 darjah selama lebih kurang 15minit (agak-agak bancuhan tu masak)
  8. Siap dan ready untuk dimakan....Yeayy....
Macam mana? Senang kan... Ni kalo buat business time raya memang sangat-sangat untung. Sedap, mudah dan sihat. Sekali makan, memang tak boleh nak stop, percaya la....Jangan lupa mencuba ye...Nanti boleh la share dengan saya hasilnya macam mana.....

Jemput layan gambar semasa proses membuat biskut ini berjalan...[baru buat hari sabtu lepas hari selasa dah licin....(╥︣﹏᷅╥)]

chocholate chips cookies kerteh
campuran butter, gula merah & emplex dipukul
chocholate chips cookies kerteh
tepung+garam+koko+soda bikarbonat
chocholate chips cookies kerteh
telur 1 biji
chocholate chips cookies kerteh
lupa nak buh vanilla essence, kacau sendiri jela
chocholate chips cookies kerteh
campurkan chocolate chips dan almond nip
chocholate chips cookies kerteh
gumpal kecik-keck dan buh dalam tray yang dah sapu marjerin
chocholate chips cookies kerteh
siappp....tada.....
chocholate chips cookies kerteh
komen mak buyung yang dok teringin dan akhirnya dapat juga hihihi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya juga adalah pengedar sahk produk Shaklee yang sememangnya selamat, berkesan dan semulajadi (vitamin, penjagaan kulit, barang pencuci rumah dan filter air). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya melalui mana-mana cara seperti gambar di bawah...Selamat mencuba....

shaklee kerteh

No comments:

Post a Comment