Friday 27 September 2013

Bermasker di Malam Minggu Dengan Vitamin C

September 27, 2013
RM0.00 Shaklee : Great News! Sustainable Release Vita C Plus will be available 4 sales end of Oct 13. We'll inform you when stock is ready 4 sales. TQ.

Sememangnya berita yang SANGAT ditunggu oleh semua peminat VITAMIN C ni...Dan saya pun salah sorang daripadanya. Yelah saya mula kenal dan jatuh cinta pada Shaklee ni pun disebabkan vitamin ni. Sebabnya....ada dalam entry ni...

Ok, kali ni saya nak kongsikan cara nak buat masker dengan Vitamin C ini. Bukan ESP sahaja boleh digunakan untuk buat masker, Vitamin C pun boleh juga. Ada lagi 2 vitamin pun bleh juga dijadikan masker, tapi tu kita cerita dalam lain kali ye...

Tak sabar dah nak bermasker dengan Vitamin C? Mari ikuti cara-caranya ye...
masker vitamin c shaklee
Camne? Mudah bukan...Thanks to kak Najihah yang sudi menjadi model masker Vitamin C ini. 

Cuba lihat juga dalam pic tu, banyakkan kelebihan masker Vitamin C ini. Semuanya ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cantik dan bersinar. Vitamin C ini adalah sumber masker yang sangat murah kerana sebiji Vitamin C hanya berharga tak sampai RM1 pun. Malah sebijik Vitamin C tu boleh dijadikan masker sebanyak 3 kali❣❣❣ Jadi setiap kali anda bermasker dengan Vitamin C ini, anda hanya berbelanja tak sampai 50sen pun....Tak ada masker kat luar tu yang lebih murah daripada masker Vitamin C Shaklee ini....Untung bukan?? (>‿◠)✌

Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan Vitamin C Shaklee ini apabila stoknya sampai nanti. Anda juga boleh menghubungi saya untuk membuat reservation jika risau stok kehabisan. 

Oh ya, satu lagi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C ini, pastikan anda mendapatkannya daripada pengedar Shaklee yang sah ye dan bukanlah dari penjual Vitamin C organik/Vitamin C tiruan yang lain kerana mereka itu membeli dari Shaklee dan kemudiannya membuat repack dan menjual di pasaran dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi. Jadi pastikan anda tidak menjadi mangsa mereka. Jadi, nak senang, apa kata anda beli saja dengan saya sebab kompen anda takkan tertipu sebab saya memang pengedar Shaklee yang sah...
shaklee kerteh

Jadi bertindak la segera ye...≧◉◡◉≦
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 26 September 2013

Tindakan Pantas Ibu Menyelamatkan Bayinya

September 26, 2013
keselamatan bayi
Gambar sekadar hiasan












**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday 23 September 2013

WAHM dan Faedah 3C Bersama Shaklee

September 23, 2013
Shaklee berkesanRamai yang meminati Shaklee kerana produknya bermutu, kualitinya terjamin, ada research paper untuk setiap produk yang dihasilkan malah bahan-bahan yang digunakan sememangnya diekstrak dari bahan yang semulajadi. Shaklee juga terkenal disebabkan keberkesanannya dan kemesra alam bagi setiap produk, dan disebabkan itulah ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi ahli Shaklee.

Selain boleh mendapatkan setiap produk pada harga ahli yang sememangnya murah dalam 15-20% daripada harga pasaran, Shaklee juga menjanjikan beberapa faedah lain. Faedah-faedah ini dikenali sebagai faedah 3C iaitu C-Cash, C-Convention dan C-Car bonus.
TETAPI....

shaklee 3C opportunity
Harus diingatkan.... Untuk melayakkan anda mendapatkan 3C ini, bukan sekadar goyang kaki sahaja. Usaha harus ada, amalan rohani mesti dipertingkatkan dan diamalkan setiap hari, hubugan sesama manusia dan Allah haruslah sentiasa digilap dan sentiasa cekal untuk mengahadapi segala halangan dan dugaan. Namun, ujian dan rintangan ini sebenarnya SANGAT SENANG untuk dihadapi, yang penting NIAT mesti betul...☕☕☕

Ok, jom kita tengok dengan lebih lanjut apa yang ada dalam 3C ini...

bonus dari pelbagai bahagian1- Cash : ini adalah terdiri daripada bonus yang diterima apabila anda berjaya mencapai jualan mengikut peratus yang ditetapkan oleh Shaklee. Bonus ini bukan semata atas jualan yang anda buat sendiri sahaja, tetapi juga turut merangkumi jualan keseluruhan yang dibuat oleh kumpulan anda. Sekiranya anda bekerja keras bersama 'anak-anak' dalam kumpulan anda, maka banyakla habungan yang akan anda terima. Ada juga bonus diatas bimbingan yang anda berikan kepada 'anak-anak' anda ini.

2- Convention : percutian bertaraf 6 bintang disediakan kepada anda sekiranya anda mampu mengumpulkan point seperti yang ditetapkan oleh Shaklee. Terdapat 3 pilihan untuk percutian ini, satu adalah percutian di dalam Malaysia, satu lagi adalah percutian ke luar negara dan yang terakhir adalah pakej mengerjakan umrah dan lawatan ke negara yang terpilih. Kesemua perbelanjaan adalah ditanggung oleh Shaklee, malah anda juga boleh membawa suami dan anak-anak sekiranya point anda mencukupi.

car bonus shaklee3- Car : anda juga mampu membeli kereta hanya dengan mengumpulkan point sahaja di dalam Shaklee ini. walaupun ianya dinamakan car bonus, tetapi bukanlah bermaksud anda akan menerima sebiji kereta, sebaliknya anda akan menerima duit yang mana duit tersebut bolehlah anda gunakan untuk membeli kereta ataupun barangan lain yang anda suka. Ianya tertakluk kepada diri anda sendiri.  

Macam mana? Seronokkan berbusiness Shaklee ni. Selain dapat membantu lebih ramai lagi orang mendapatkan kesihatan yang lebih baik, kehidupan yang lebih bahagia dan cerdas, anda juga mampu mencapai impian anda. Kan seronok macam ni....Membantu dan memberi, semestinya impian setiap orang kan...

Bila dah berjaya capai kesemua 3C ini, semestinya anda mampu menyediakan apa sahaja permintaan anak-anak, dan yang paling best, mampu menghulurkan sejumlah wang kepada ibubapa setiap bulan tanpa perlu berkira-kira lagi. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?? Sertai kami untuk masa depan yang lebih cemerlang dan sihat...Hanya dengan modal serendah RM75 (SM) dan RM85 (SS)  anda mampu menjana pendapatan berkali ganda banyaknya, Insha Allah...( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ ) 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
 

Sunday 22 September 2013

Antara Surirumah dan Bekerja Di Rumah, Yang Mana Pilihan Anda...

September 22, 2013
Di zaman ini, ramai ibu-ibu yang memilih untuk menjadi surirumah. Terutamanya mereka yang baru mendapatkan anak ataupun mereka yang dikurniakan anak yang 'special' seperti kelahiran pramatang, bayi kembar dan sebagainya. Semestinya sukar nak tinggalkan bayi-bayi ni rumah pengasuh ataupun nursery kerana bimbang dengan penjagaan terhadap bayi-bayi ini. Ditambah pula dengan kes kematian bayi di pusat penjagaan yang saban hari kita terbaca di suratkhabar.

Ada ibu-ibu yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji, malah ada yang sanggup berhenti terus dari bekerja kerana sukar nak mendapatkan cuti. Apapun pilihan yang dibuat, semestinya anda telah menimbangkan yang terbaik demi anak-anak dan keluarga anda secara keseluruhannya.

Tetapi...

Bagaimana dengan tahap kewangan keluarga anda sekiranya si ibu berhenti kerja? Adakah masih seperti dahulu ataupun anda terpaksa memotong beberapa perbelanjaan demi memenuhi keperluan yang lebih penting? Sudah pasti anak-anak yang dahulunya boleh mendapatkan apa sahaja, akan terasa sekiranya kini permintaannya tidak dapat dipenuhi oleh ibubapa. Sedih bukan sekiranya terpaksa menolak permintaan anak-anak...(╥﹏╥)

jana pendapatan sampinganNamun..anda tidak sepatutnya berasa gundah. Kerana kini ramai surirumah yang mampu menjana pendapatan yang setanding malah ada juga yang lebih tinggi dari pendapatan yang diperolehi ketika bekerja dahulu. Golongan ini dikenali sebagai Work-At-Home-Mom (WAHM). Mereka bekerja di rumah, sambil menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga. Multitasker adalah perkataan yang paling sinonim dengan golongan ini. Membesarkan anak-anak didepan mata, menguruskan rumahtangga mengikut cara sendiri, memasak untuk suami dan anak-anak tercinta disamping menjana pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan secara online sahaja

TIDAK perlu keluar rumah seawal pagi, TIDAK perlu pening kepala memikirkan cuti demi menjaga anak yang sakit, TIDAK perlu bersesak menghadap jalan yang jamed setiap hari dan yang paling penting, MASA yang lebih BERKUALITI dapat dihabiskan besama keluarga tersayang setiap masa. Ini adalah antara kelebihan yang dinikmati oleh golongan WAHM ini. Seronok bukan... (>‿◠)✌

Kini anda juga mampu untuk menyertai golongan ini. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah berikut :

1- Mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee dibawah jaringan group EXCLUSIVE saya
2- Bersedia untuk bercoaching secepat mungkin
3- Mula menjalankan business online anda. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan medium blog, fanpage ataupun sekadar di facebook sahaja untuk menjalankan perniagaan anda.

WAHM ShakleeModal yang diperlukan adalah SERENDAH RM75 (SM) / RM85 (SS) SAHAJA! Anda akan diberikan tunjuk ajar, ilmu-ilmu berkaitan, tips-tips berbusiness dan 1001 lagi ilmu. Apa yang anda perlu sumbang hanyalah sekeping hati yang betul-betul cekal hendak berbusiness, kesanggupan anda untuk belajar ilmu baru dan kesediaan untuk anda mengorbankan masa lapang anda demi berbusiness. Sekiranya kesemua kriteria ini ada pada anda, dan anda betul-betul ingin menjana pendapatan untuk keluarga dan membantu suami, sertai kami HARI INI. Bagaimana pantasnya anda menyertai kami, sebegitu pantas la juga anda bakal mendapatkan pendapatan anda yang pertama bersama Shaklee. Jadi jangan tunggu lagi, rebut peluang KEEMASAN ini tanpa berlengah dan melangkahlah anda ke dunia WAHM dengan gembira dan selesanya dan mulalah menjana pendapatan sebanyak yang anda mahu, malah sehingga mencapat 6 angka pun boleh❣ 

Ingin tahu apa yang Shaklee boleh berikan pada anda sekiranya anda menyertai Shaklee? Ketahuinya di sini...

Owh, rupanya tiada entry lagi tentang keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi dengan menyertai Shaklee ni. Tak pe, nanti saya akan buat selepas ini ye. Nantikan ye.. ^__^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Jalan-jalan Makan Durian

September 22, 2013
Musim durian kembali lagi, tapi saya belum berkesempatan memborong dan makan durian seperti tahun-tahun sebelum ni, sehinggalah hari selasa lepas. Terjumpa pulak port baru yang memang best. Duriannya sedap, murah dan menepati citarasa saya (saya suka durian yang isi tebal dan lembut)..

Kisahnya, selasa lepas saya pergi ke branch Shaklee di Wangsa Maju. On the way dari hotel (PNB Darby Park) ke branch, terjumpa la beberapa gerai yang menjual durian. Balik dari branch, pick up en asben, then terus pergi. Walaupun jalan jamed (sebab orang dah start balik kerja), demi durian, ku redah jua...✌✌✌

Pilih punya pilih, last-last kami pilih gerai yang ke-2 sebabnya...

1- Senang nak parking. Pakcik tu bukak gerai betul-betul tepi kawasan bangunan shoplots yang baru siap. So memang banyak la parking, semuanya kosong dan dekat je dengan gerai tu.

2- Ada disediakan tempat duduk yang selesa sebab plan nak makan kat situ je. Lagipun mana bleh bawak durian masuk hotel huhuhu

3- Ada juga disediakan air minuman percuma dan tempat basuh tangan untuk kemudian pelanggan

4- Layanan yang baik. Malah duriannya juga sedap walaupun sekadar durian yang berharga RM10 untuk 2 biji. Isinya yang tebal dan lembut serta manis je. Yang pasti bukan durian masak sebab diperam ye.

5- Harga pun murah, siap kira main cincai je lagi..

Mulanya makan berdua je dengan en asben. Blong tak minat, dia sibuk nak tolong buangkan bijik dan kulit durian dalam tong sampah je, adik acad pulak lena. Habis mengadap 2 biji durian biasa, gatal pulak nak makan yang D24. Cakap kat en asben nak beli yang kecik je sebab nak merasa, lagipun kalo amik yang besar, tak abis kang rugi pulak. En asben awal-awal dah serender...⚑⚑⚑

S So beli lah sebijik D24 yang seberat 2kg je (harga dalam RM10 je, kalau kat bangi tak dapat rege ni ☹). Bukak je durian tu, isinya banyak jugak. Kuning keemasan, memang tak sabarla tengok. En asben yang kunun tadi serender pun laju je makan, adik acad yang tido pun bangun bila terbau aroma durian tu, even blong yang tadi kunun tak mo makan pun layan jugak (selepas dipaksa rasa sikit oleh ayahnya, lepas tu sedap pulak, layan terus...)

So total kami makan 3 biji durian petang tu dan harga keseluruhannya hanyalaha RM20 sahaja. Lepas tu konon nak layan cendol kat Kedai Cendol Wahab, tapi sebab dah kekenyangan dan time tu pulak dah dekat nak maghrib, so kitorang decide untuk balik hotel je. Tapi sempat singgah dekat food court kat jalan seberangnya (tak sure namanya tapi macam ada Tasik la kat namanya sebab sebelah tu ada taman dan tasik [tapi en asben cakap tu bukan tasik, tapi loji kumbahan, ntah la]). Tapau tomyam, ketiou goreng, udang tepong, telur goreng n nasik. Balik hotel, mandi, makan-makan pastu semua tdo kekenyangan... Alhamdulillah...❤❤❤ Sempat telan Lecithin, OmegaGuard dan Alfalfa juga sebelum tdo, barulah tak risau berat naik hehehehe

Seronok dah jumpa port makan durian baru. Ingatkan besoknya nak g lagi, nak tapau durian dan cempedak untuk bawa balik umah, tapi plan bertukar...Kira tak de rezeki la...Tak pe, lain kali boleh pergi lagi....InshaAllah...
port durian wangsa maju
blong main susun air je, tak mo makan durian
port durian wangsa maju
bersungguh en asben mengopek durian sebelah tangan
port durian wangsa maju
tadi jual mahal, now dia yang beria makan
port durian wangsa maju
bangun tdo terus ngadap durian, padahal demam n batuk ni
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday 18 September 2013

Bengkak Susu...Lecithin Helppp...✿✿✿

September 18, 2013
Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan. Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit, bertambah teruk lagi jika jika dah dijangkiti kuman. Dah la sakit, pulak kalo sampai dah bernanah, memang bergandalah sakit. Susu pun tak boleh nak bagi kat baby, membuang dan membazir jela jawabnya..

Kalo dah tahap macam ni, ubatnya hanyalah antibiotik. Worst case senario adalah operate. Saya sendiri penah kena sampai hampir nak dioperate, tapi lepas pikir balik, untuk jangka masa panjang, cancel kan n trus rawat dengan antibiotik sahaja...Alhamdulillah akhirnya selesai dan semua nanah serta darah keluar dengan baiknya sampai betul-betul clear...

Satu lagi cara yang pada saya agak mujarab jugak, bagi case bengkak susu yang biasa-biasa je, boleh amalkan mengambil LECITHIN. tak kiralah apa brand pun, tapi sememangnya LECITHIN sangat membantu. Tahun lepas, lepas saya dapat tau LECITHIN boleh membantu memnyurutkan bengkak susu, memang trus pegi farmasi dan beli LECITIN. time tu blum kenal SHAKLEE, so beli jenama SA**A je sebab yakin dengan keHALALannya. Tapi masalah lain pulak lepas tu, susu jadi merudum. Tak tau la kenapa. 2-3 kali kena, memang saya terus amalkan LECITHIN tu tapi bila susu pulak merudum, saya pun stop dan cari alternatif lain. Alhamdulillah dipertemukan dengan SHAKLEE...terus tak risau dah nak makan LECITHIN lepas tu sebab susu pun tak merudum. Plus bleh bantu turunkan berat badan pulak tu hihihi

Ok, ni ada beberapa petua yang boleh membantu menyurutkan bengkak susu anda sekiranya anda tidak mahu mencuba mengambil LECITHIN mahupun antibiotik..

1- Pastikan anda memakai coli untuk menyusu yang mempunyai sokongan. Pastikan juga coli anda itu dipakai dengan selesa dan tidak terlalu ketat ataupun menekan payudara anda.

2- Bayi yang sedang membesar memerlukan susu yang secukupnya. Jadi susuilah bayi anda dengan kekerapan 2-3 jam sekali. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul dan cara yang betul. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual dan bukan lah menunggu sehingga payudara anda bengkak baru nak pergi mengepam

3- Bagi ibu yang menghadapi masalah susu susah nak keluar, boleh la amalkan menuam payudara anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Tekap perlahan-lahan kain tersebut pada payudara anda sambil mengurutnya dengan perlahan.

4- Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.

urutan melegakan bengkak susu
teknik mengurut bagi melancarkan susu badan
5- Sekiranya suami ada disisi, boleh minta pertolongan beliau untuk mengurut di bahagian belakang badan
anda. Kemungkinan terdapat urat yang tidak betul sehingga menyebabkan susu tidak dapat disalurkan dengan baik.

6- Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda dengan cara dari pangkal payudara ke arah puting anda. Lakukan perlahan-lahan. Proses ini adakalanya agak menyakitkan tetapi anda perluah bersabar dan berusaha dengan sebaiknya.

7- Susukan bayi anda sambil mengurut-urut payudara anda dengan perlahan. Pastikan teknik dan posisi penyusuan tersebut betul bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

8- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Celupkan kapas ke dalam bancuhan tersebut dan tekap perlahan-lahan ke payudara anda. Buatkan dengan berhati-hati supaya tidak terkena puting anda. Lakukannya setiap hari sehingga bengkak menyusut.

9- Dapatkan beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun dipermukaan daun sirih tersebut dan layurkan di atas tudung periuk. Apabila daun sudah agak suam, tekapkan perlahan-lahan ke payudara anda. Ianya dapat membantu melancarkan susu dan mengurangkan kesakitan bengkak susu anda.

bengkak susu10- Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, anda bolehla membuat teknik mermet ataupun mengepam menggunakan pam supaya susu yang dihasilkan dapat dialirkan seterusnya mengurangkan bengkak tersebut.

Jadi mommies, sekiranya anda mula merasakan payudara anda mulai sakit, cepat-cepat la cari penawarnya dan jangan sampai dah membengkak teruk baru nak rawat. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.. 

 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday 17 September 2013

Tips Membanyakkan Susu Badan

September 17, 2013
Soalan yang bermain di minda bila mula decide nak menyusukan anak semestinya cukupkah susu badan saya?? Mampukah diri ni nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Anak yang 1st dulu dapat menyusukan sekejap je, anak yang 2nd ni ada chance ke nak fully BF...

Errmmm....Jawapan saya hanyalah : BOLEH dan BOLEH...apa yang perlu hanyalah YAKIN dengan diri anda SETIAP MASA...senang kan...

Ok, macam mana pun, hari ni saya sharekan beberapa TIPS yang boleh ibu-ibu applykan bagi menjayakan tempoh penyusuan anda (dan ini adalah antara tips yang sememangnya saya sendiri gunakan) :

penyusuan susu ibu1- Pastikan ibu-ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami. Tidak mengapa jika orang lain di sekeliling anda tidak menyokong niat anda untuk menyusukan bayi anda, yang penting suami mesti sentiasa disisi

2- Bergaul dengan komuniti atau kumpulan-kumpulan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu. Kata-kata semangat daripada mereka adakalanya akan dapat membantu anda kembali bersemangat.

3- Ikut jadual penyusuan yang disyorkan oleh pakar-pakar laktasi. Sekiranya anda berkerja, pastikan anda mengikut jadual mengepam susu dengan sebaiknya. Pastikan juga anda maklumkan kepada bos anda mengenai jadual mengepam susu anda sekiranya perlu supaya tiada masalah di masa hadapan.

penyusuan susu ibu
4- Kerapkan bangun di waktu malam samada untuk menyusu mahupun mengepam kerana pada waktu malam susu akan dihasilkan dengan lebih banyak berbanding pada waktu siang. Jadi jangan sia-sia kan susu tersebut.

5- Pastikan payudara anda betul-betul dah kosong setiap kali selepas penyusuan. Setiap kali selepas bayi anda direct feeding (DF), anda masih boleh memerah/mengepam susu kerana adakalanya masih terdapat lagi susu di dalam payudara anda walaupun selepas bayi menyusu. Apabila payudara telah betul-betul kosong, otak akan dapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi anda.

6- Pada setiap sesi mengepam susu, pastikan anda berada dalam keadaan yang betul-betul tenang dan tidak merasa tertekan. Dinasihatkan juga supaya anda melihat gambar-gambar bayi anda sepanjang tempoh mengepam.

7- Berdoalah setiap masa supaya urusan anda dipermudahkan oleh-Nya kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya.

set 3m shaklee8- Amalkan pengambilan vitamin sepanjang tempoh penyusuan kerana ianya akan dapat membantu anda lebih segar, bertenaga, sihat dan cergas. Malah bayi anda juga akan mendapat manfaatnya juga.

9- Jika anda lebih gemarkan mengambil makanan lain yang boleh membantu penghasilan lebih banyak susu badan, adalah sangat digalakkan juga kerana semuanya adalah yang terbaik demi bayi kita semua.

10- Sentiasa yakin dengan diri anda dan bergembiralah dengan apa yang anda lalui kerana tempoh penyusuan adalah tempoh yang terbaik antara untuk anak dan ibu dalam mengeratkan hubungan anak-ibu.

Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Yakinlah bahawa susu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak-anak kita,  melainkan keadaan betul-betul TIDAK mengizinkan anda. InshaAllah...≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday 14 September 2013

Doa dan Zikir Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

September 14, 2013
Sebagai umat Islam, kita semua yakin bahawa rezeki kita semua adalah dari Allah S.W.T. Begitu juga dengan rezeki anak-anak, dan dalam hal ini adalah rezeki dari segi susu. Saya akui, sememangnya bukan mudah untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun ini. Ada masanya, susu memang akan merudum, terutamanya pada waktu-waktu seperti datang bulan, stress, demam dan sebagainya. 

Namun, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Jadi pada waktu-waktu yang sebegini, kita tidak seharusnya merasa down mahupun berputus asa, sebaliknya teruskan berdoa dan berzikir memohon rahmat dan kasih-sayang dari-Nya. Berikut adalah beberapa tips dan doa khas untuk para ibu yang menyusukan bayi....\ (•◡•) /

1- Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

2- Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

3- Baca doa untuk para ibu, " Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

4- Amalkan membaca ayat berikut yang dipertik daripada surah Ar-ad, ayat 8-9...
breastfeeding doa

5- Boleh juga diamalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun....
doa ketika menyusukan bayi

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

 Selamat mengamalkannya dan semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja sehingga bayi berumur 2 tahun...InshaAllah....(>‿◠)✌

Mari kita lihat antara inisiatif yang diambil oleh jururawat di IJN ini yang risaukan bayinya tidak cukup susu badan....


Dapatkan info mengenai set penyusuan Shaklee dengan menghubungi saya melalui cara-cara berikut :
contact agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Thursday 12 September 2013

Jangan Amalkan Makan dan Minum Ini Jika Sayangkan Anak Anda

September 12, 2013
Apakah?? Knapa pulak tak boleh makan dan minum ni? Apa kaitan makanan dan minuman dengan sayang anak ni? Tak pe, tak pe...baca lagi...

Masih lagi berkaitan penyusuan bayi sebab minggu ni tema saya adalah mengenai penyusuan. Banyak info yang nak saya sharekan dengan para anda semua. Sesetengah info adalah dari pembaca saya dan sesetengah info adalah dari pengalaman saya sendiri. Jadi saya nak sharekan supaya ramai yang mendapat manfaat seterusnya membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana menyusukan anak mereka senhingga bayi berusia 2 tahun.

Kalo entry sebelum ni cerita tentang makanan dan minuman yang boleh membantu membanyakkan susu badan, entry kali ni pula saya nak cerita tentang beberapa makanan dan minuman yang boleh mengurangkan susu badan. Tapi seperti yang saya mention dalam entry sebelum ni, setiap badan manusia adalah berbeza, jadi tak semestinya kalo saya makan dan minum makanan ni susu saya merudum, makanya anda pun sama. Mungkin susu anda akan lebih banyak, siapa tahu kan....It's about trial and error juga tapi boleh la digunakan sebagai panduan.

Antaranya :
    breastfeeding shaklee
1- Minuman yang berais : Minuman yang berais ni jika diambil dalam kuantiti yang banyak, sememangnya akan mengurangkan kuantiti susu badan. Saya dulu tak tau juga, so bantai minum milo ais pagi-pagi setiap hari, tau-tau je susu start merudum..Walaupun MILO boleh membantu penghasilan susu yang lebih banyak, tetapi apabila dicampurkan dengan ais yang banyak, kesannya natural jela sebab MILO umpama cas +ve, ditambah dengan ais yang bercas -ve, hasilnya kan natural...

2- Kubis mentah : ok ramai yang cakap kalau bengkak susu, letakkan kobis kat breast yang bengkak tu kan. even doktor kat Miri dulu pun cakap macam tu. Dia siap pesan suh potong kecik2 lepas tu sejukkan sebelum letak kat breast. Unfortunately, ianya tidak berjaya bagi saya, malah semakin bengkak adalah huhuhu. Tapi doktor yang saya jumpa kat Bangi pulak cakap, teori tu tak betul sebenarnya hehehe...entah la, tak tau nak cakap la. Cumanya ramai yang percaya kalo makan kobis mentah ni boleh mengurangkan susu badan, pe kata anda cuba try test tengok betul ke tak..≧◔◡◔≦


susu merudum
3- Herba seperti peppermint, oregano, sage dan parsley. Bab herba ni saya tak tahu sangat sebab saya bukanlah peminat herba. Mungkin ada yang lebih tahu dan lebih arif tentang ni dan berpengalaman dan berkongsi tentang herba ni..



Jadi kepada ibu-ibu yang menyusu, pandai-pandai lah elakkan makanan dan minuman ni kalo tak mau susu merudum tiba-tiba. Yelah kadang kita ni tak perasan, tau-tau anak mengamuk tak cukup susu atau pun pam susu tapi dapat sikit je...☻☻☻

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================