Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Tips Membanyakkan Susu Badan

September 17, 2013
Soalan yang bermain di minda bila mula decide nak menyusukan anak semestinya cukupkah susu badan saya?? Mampukah diri ni nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Anak yang 1st dulu dapat menyusukan sekejap je, anak yang 2nd ni ada chance ke nak fully BF...

Errmmm....Jawapan saya hanyalah : BOLEH dan BOLEH...apa yang perlu hanyalah YAKIN dengan diri anda SETIAP MASA...senang kan...

Ok, macam mana pun, hari ni saya sharekan beberapa TIPS yang boleh ibu-ibu applykan bagi menjayakan tempoh penyusuan anda (dan ini adalah antara tips yang sememangnya saya sendiri gunakan) :

penyusuan susu ibu1- Pastikan ibu-ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami. Tidak mengapa jika orang lain di sekeliling anda tidak menyokong niat anda untuk menyusukan bayi anda, yang penting suami mesti sentiasa disisi

2- Bergaul dengan komuniti atau kumpulan-kumpulan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu. Kata-kata semangat daripada mereka adakalanya akan dapat membantu anda kembali bersemangat.

3- Ikut jadual penyusuan yang disyorkan oleh pakar-pakar laktasi. Sekiranya anda berkerja, pastikan anda mengikut jadual mengepam susu dengan sebaiknya. Pastikan juga anda maklumkan kepada bos anda mengenai jadual mengepam susu anda sekiranya perlu supaya tiada masalah di masa hadapan.

penyusuan susu ibu
4- Kerapkan bangun di waktu malam samada untuk menyusu mahupun mengepam kerana pada waktu malam susu akan dihasilkan dengan lebih banyak berbanding pada waktu siang. Jadi jangan sia-sia kan susu tersebut.

5- Pastikan payudara anda betul-betul dah kosong setiap kali selepas penyusuan. Setiap kali selepas bayi anda direct feeding (DF), anda masih boleh memerah/mengepam susu kerana adakalanya masih terdapat lagi susu di dalam payudara anda walaupun selepas bayi menyusu. Apabila payudara telah betul-betul kosong, otak akan dapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi anda.

6- Pada setiap sesi mengepam susu, pastikan anda berada dalam keadaan yang betul-betul tenang dan tidak merasa tertekan. Dinasihatkan juga supaya anda melihat gambar-gambar bayi anda sepanjang tempoh mengepam.

7- Berdoalah setiap masa supaya urusan anda dipermudahkan oleh-Nya kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya.

set 3m shaklee8- Amalkan pengambilan vitamin sepanjang tempoh penyusuan kerana ianya akan dapat membantu anda lebih segar, bertenaga, sihat dan cergas. Malah bayi anda juga akan mendapat manfaatnya juga.

9- Jika anda lebih gemarkan mengambil makanan lain yang boleh membantu penghasilan lebih banyak susu badan, adalah sangat digalakkan juga kerana semuanya adalah yang terbaik demi bayi kita semua.

10- Sentiasa yakin dengan diri anda dan bergembiralah dengan apa yang anda lalui kerana tempoh penyusuan adalah tempoh yang terbaik antara untuk anak dan ibu dalam mengeratkan hubungan anak-ibu.

Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Yakinlah bahawa susu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak-anak kita,  melainkan keadaan betul-betul TIDAK mengizinkan anda. InshaAllah...≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 25 June 2013

Susu Badan Tiada?? Mustahil...

June 25, 2013
Sekadar nak berkongsi mengenai pengalaman saya menyusukan adik acad selama 2tahun 1bulan 10hari ni.

Ok, rasanya anda semua pasti dah tau yang adik acad dilahirkan sebagai bayi pramatang. Dia lahir pada kandungan saya berusia 26minggu, lebih kurang 6 bulan lebih. Cerita lanjut bleh baca di sini ye, untuk pembaca yang baru. Tak sanggup kot nak bercerita lagi sekali, takut ada yang banjir malam-malam ni, dah la tengah rindu giler kat en asben yang nun jauh di offshore T_T. Wishing & pray very hard supaya cepat en asben abis keje n boleh balik hari Rabu ni. Amin...≧☉_☉≦

Berbalik pada sharing saya tadi. Sepanjang 25minggu saya mengandung tu, sampai la hari adik acad dilahirkan, tak ada setitik susu pun kluar dari payudara saya. Berbanding masa mengandungkan blong, susu mula kluar sikit-sikit masa kandungan 8 bulan lebih. Masa bersalin tu pun, tak terpikir langsung pasal susu badan, sampailah nurse mintak susu sebab adik acad dah mula kelaparan, pada hari ke-2 dia dilahirkan. Time tulah baru terpikir, ada ke susu sedangkan belum cukup 9 bulan pun mengandung (masih kurang ilmu penyusuan time tu huhuhu). Peralatan menyusu satu pulak langsung tak bawa ke hospital walaupun seminggu dah bertapa kat situ (sebab langsung tak terdetik dalam hati yang baby akan lahir awal...)

Kalut la saya kol en asben suh datang hantar beg pam susu dan botol. Sampai je barang, terus mula proses mengepam. Siap tutup langsir bilik lagi, bukan sebab malu, tapi sebab takut kena marah sebab guna letrik spital untuk mengepam. Yelah, kat dinding bilik diorang dah tepek "Dilarang mengecas di sini", kang tak pasal je kena sound kan hohoho....
pam menyusu medela
nilah peneman saya tiap kali saya mengepam susu sepanjang adik acad dalam NICU
Start pam, langsung tak rasa apa-apa. Tak rasa pun macam susu ada. En asben pun cuak je mukanya menengok saya mengepam, mbe dia pun ragu-ragu ada ke tak susu ni. Yelah, x de susu kang, pe plak adik acad nak minum, kebuluran la nanti kan...Tapi saya buat-buat positif. Time tu tak pikir apa dah, pikir adik acad je. Sakit hati dengan kes semalam, yang time bersalin tu pun lupa dah. Fokus sefokusnya pada proses mengepam. 

1 minit...2 minit...3 minit...4 minit...5 minit...dannn....

Tip tip tip (exaggeration ye di sini...) kolostrum mula mengalir keluar dan masuk ke dalam botol yang ditadah...Subhanallah, menitik air mata kami masa tu ಥ_ಥ Tak sangka walaupun bayi lahir tak cukup bulan, susu badan tetap ada. Rupanya bukanlah susu badan ni terhasil bila kandungan dah cukup 9 bulan, tapi sebaliknya bila bayi dilahirkan, Allah dah tentukan, rezeki anak tu pun terus ada. Subhanallah, cantiknya aturan yang dibuat oleh-Nya. 

Tak ingat berapa oz je masa tu dapat susu, tapi kalau tak silap dalam 2-3oz je kot. Cukup la untuk menampung keperluan adik acad ketika itu. Selesai mengepam, terus kami bergerak ke NICU untuk melihat adik acad. Ni lah kali pertama saya melihat adik acad selepas melahirkannya. Susu terus saya berikan kepada nurse untuk beliau masukkan ke dalam tiub memandangkan adik acad minum menggunakan tiub. Menitik air mata bila melihat adik acad yang hanya seberat 945gm, dengan panjang yang tak sampai setengah  hasta, berselirat dengan pelbagai wayar. Tapi saya tak boleh menangis sebab saya kena kuat, demi adik acad.
keperluan susu oleh bayi
carta maksimum kapasiti perut bayi
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, kepada ibu-ibu, terutama yang pertama kali mengandung, mahupun bukan yang pertama kali, tapi beazam untuk menyusukan anak selama mungkin, ialah...

ღ Jangan risau jika anda tidak dapat rasa kehadiran susu badan ketika mengandung terutamanya menjelang hari-hari kelahiran kerana badan kita akan secara automatik akan menghasilkan susu apabila bayi dilahirkan. Ini adalah satu fitrah yang telah ditentukan oleh-Nya
ღ Haruslah sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri yang sememangnya mampu menyusukan bayi sendiri selama mungkin
ღ Sentiasalah fikir tentang bayi atau sekurangnya tengok gambar anak kita tu setiap kali kita mengepam/menyusukan dia. Ini kerana, apabila kita berbuat demikian, sudah tentu kita berada dalam mood yang happy, dan mood ini akan mempengaruhi pengeluaran susu

Jadi persoalan seperti "Saya ni ada ke susu badan", "Cukup ke susu badan saya ni", "Mampu ke saya nak susukan baby ni sebab time abang/kakak dia dulu susu tak banyak" dan sebagainya adalah sesuatu yang tak perlu difikirkan langsung. Kerana ianya sangatlah tak relevan. Marilah kita tukar mindsetting kita dan sentiasalah berdoa dan yakin bahawa kita mampu menyusukan anak-anak kita semuanya sehingga mereka berumur 2 tahun...InshaAllah...(✿◠‿◠)

Kini persoalan yang saya perlu fikirkan adalah bila nak wean off kan adik acad ni. Risau jugak nak bagi dia minum susu formula yang ada jual kat pasaraya tu sebab pilihannya terlalu banyak, sampaikan tak tau nak pilih yang sesuai untuk dia. Risau jugak kalo dia x serasi dengan susu tu, kang membazir plak. Dah la harga susu formula ni boleh tahan mahalnya huhuhu..

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================