Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Pil Susu On Sales....Alfalfa Shaklee...

January 02, 2014
pretty breastfeeding mummyCalling for all breastfeeding mommies....

Januari 2014 Shaklee sales...Alfalfa Complex....Salah satu vitamin yang sememangnya sinonim dengan pengeluaran susu badan....Ramai yang dah mencubanya secara konsisten, dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Ada yang sampai terpaksa stopkan kejap pengambilannya sebab susu dah banyak sangat.
alfalfa complex shaklee
TAPI....

Betul ke Alfalfa Complex ni penyebab susu badan jadi banyak? Banyak sampai melimpah-limpah macam air terjun tu? Sungguh ke? Atau sekadar propa penjual Shaklee yang nak melariskan produknya sahaja?

Jawapannya...

Obvious SALAH dan BUKAN. Bila menyusu, kita mesti sentiasa ingat dan pegang konsep demand dan supply dalam penyusuan ni. Apa maksudnya? Maknanya di sini, ibu menyusu perlu kerap menyusukan atau mengepam susu mengikut jadual yang dicadangkan oleh pakar penyusuan. Bila ibu kerap mengosongkan payudara (melalui penyusuan/mengepam), sekaligus otak dan badan akan dapat rasakan keperluan and permintaan yang tinggi terhadap susu, seterusnya ianya akan dihasilkan dengan banyaknya. 
Jika ibu malas atau menyusukan/mengepam susu dalam jarak masa yang panjang, badan tidak dapat merasakan kepentingan menghasilkan susu yang banyak. Bila ini berlaku, sekaligus menyebabkan penghasilan susu juga tidak banyak. Inilah yang kerap melanda ibu-ibu menyusu yang sering mengadu tiada/susu badan sedikit. Maka mula la episod mencari milk booster disana sini oleh si ibu itu.

Jadi, kenapa orang selalu mengaitkan alfalfa dengan penghasilan susu badan yang banyak? Ini kerana alfalfa memang memang membantu dapat penghasilan susu badan, tetapi hanyalah sebagai pemangkin sahaja dan bukanlah faktor utamanya. Jadi ibu-ibu masih perlu merajinkan diri untuk bangun menyusukan bayi/mengepam jika berjauhkan dengan bayi, dan bukanlah bergantung 100% kepada milk booster ini. Kerana, sememangnya tiada short-cut dalam penyusuan badan....

Namun, saya pasti ibu-ibu pasti dapat lakukannya kerana terdapat 1001 kebaikan dalam susu ibu serta faedah-faedah lain kepada para ibu...Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita....

Note : Jangan lepaskan peluang mendapatkan Alfalfa Shaklee pada yang sedang dalam promosi di sepanjang bulan Januari 2014 ini kerana kebaikan Alfalfa Shaklee bukan sekadar untuk penyusuan sahaja ye....Ingat tahu lebih lanjut?? Hubungi saya untuk info yang lebih detail.....


JANGAN KETINGGALAN!!! ≥Ö‿Ö≤

Wednesday, 18 September 2013

Bengkak Susu...Lecithin Helppp...✿✿✿

September 18, 2013
Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan. Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit, bertambah teruk lagi jika jika dah dijangkiti kuman. Dah la sakit, pulak kalo sampai dah bernanah, memang bergandalah sakit. Susu pun tak boleh nak bagi kat baby, membuang dan membazir jela jawabnya..

Kalo dah tahap macam ni, ubatnya hanyalah antibiotik. Worst case senario adalah operate. Saya sendiri penah kena sampai hampir nak dioperate, tapi lepas pikir balik, untuk jangka masa panjang, cancel kan n trus rawat dengan antibiotik sahaja...Alhamdulillah akhirnya selesai dan semua nanah serta darah keluar dengan baiknya sampai betul-betul clear...

Satu lagi cara yang pada saya agak mujarab jugak, bagi case bengkak susu yang biasa-biasa je, boleh amalkan mengambil LECITHIN. tak kiralah apa brand pun, tapi sememangnya LECITHIN sangat membantu. Tahun lepas, lepas saya dapat tau LECITHIN boleh membantu memnyurutkan bengkak susu, memang trus pegi farmasi dan beli LECITIN. time tu blum kenal SHAKLEE, so beli jenama SA**A je sebab yakin dengan keHALALannya. Tapi masalah lain pulak lepas tu, susu jadi merudum. Tak tau la kenapa. 2-3 kali kena, memang saya terus amalkan LECITHIN tu tapi bila susu pulak merudum, saya pun stop dan cari alternatif lain. Alhamdulillah dipertemukan dengan SHAKLEE...terus tak risau dah nak makan LECITHIN lepas tu sebab susu pun tak merudum. Plus bleh bantu turunkan berat badan pulak tu hihihi

Ok, ni ada beberapa petua yang boleh membantu menyurutkan bengkak susu anda sekiranya anda tidak mahu mencuba mengambil LECITHIN mahupun antibiotik..

1- Pastikan anda memakai coli untuk menyusu yang mempunyai sokongan. Pastikan juga coli anda itu dipakai dengan selesa dan tidak terlalu ketat ataupun menekan payudara anda.

2- Bayi yang sedang membesar memerlukan susu yang secukupnya. Jadi susuilah bayi anda dengan kekerapan 2-3 jam sekali. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul dan cara yang betul. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual dan bukan lah menunggu sehingga payudara anda bengkak baru nak pergi mengepam

3- Bagi ibu yang menghadapi masalah susu susah nak keluar, boleh la amalkan menuam payudara anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Tekap perlahan-lahan kain tersebut pada payudara anda sambil mengurutnya dengan perlahan.

4- Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.

urutan melegakan bengkak susu
teknik mengurut bagi melancarkan susu badan
5- Sekiranya suami ada disisi, boleh minta pertolongan beliau untuk mengurut di bahagian belakang badan
anda. Kemungkinan terdapat urat yang tidak betul sehingga menyebabkan susu tidak dapat disalurkan dengan baik.

6- Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda dengan cara dari pangkal payudara ke arah puting anda. Lakukan perlahan-lahan. Proses ini adakalanya agak menyakitkan tetapi anda perluah bersabar dan berusaha dengan sebaiknya.

7- Susukan bayi anda sambil mengurut-urut payudara anda dengan perlahan. Pastikan teknik dan posisi penyusuan tersebut betul bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

8- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Celupkan kapas ke dalam bancuhan tersebut dan tekap perlahan-lahan ke payudara anda. Buatkan dengan berhati-hati supaya tidak terkena puting anda. Lakukannya setiap hari sehingga bengkak menyusut.

9- Dapatkan beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun dipermukaan daun sirih tersebut dan layurkan di atas tudung periuk. Apabila daun sudah agak suam, tekapkan perlahan-lahan ke payudara anda. Ianya dapat membantu melancarkan susu dan mengurangkan kesakitan bengkak susu anda.

bengkak susu10- Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, anda bolehla membuat teknik mermet ataupun mengepam menggunakan pam supaya susu yang dihasilkan dapat dialirkan seterusnya mengurangkan bengkak tersebut.

Jadi mommies, sekiranya anda mula merasakan payudara anda mulai sakit, cepat-cepat la cari penawarnya dan jangan sampai dah membengkak teruk baru nak rawat. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.. 

 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 17 September 2013

Tips Membanyakkan Susu Badan

September 17, 2013
Soalan yang bermain di minda bila mula decide nak menyusukan anak semestinya cukupkah susu badan saya?? Mampukah diri ni nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Anak yang 1st dulu dapat menyusukan sekejap je, anak yang 2nd ni ada chance ke nak fully BF...

Errmmm....Jawapan saya hanyalah : BOLEH dan BOLEH...apa yang perlu hanyalah YAKIN dengan diri anda SETIAP MASA...senang kan...

Ok, macam mana pun, hari ni saya sharekan beberapa TIPS yang boleh ibu-ibu applykan bagi menjayakan tempoh penyusuan anda (dan ini adalah antara tips yang sememangnya saya sendiri gunakan) :

penyusuan susu ibu1- Pastikan ibu-ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami. Tidak mengapa jika orang lain di sekeliling anda tidak menyokong niat anda untuk menyusukan bayi anda, yang penting suami mesti sentiasa disisi

2- Bergaul dengan komuniti atau kumpulan-kumpulan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu. Kata-kata semangat daripada mereka adakalanya akan dapat membantu anda kembali bersemangat.

3- Ikut jadual penyusuan yang disyorkan oleh pakar-pakar laktasi. Sekiranya anda berkerja, pastikan anda mengikut jadual mengepam susu dengan sebaiknya. Pastikan juga anda maklumkan kepada bos anda mengenai jadual mengepam susu anda sekiranya perlu supaya tiada masalah di masa hadapan.

penyusuan susu ibu
4- Kerapkan bangun di waktu malam samada untuk menyusu mahupun mengepam kerana pada waktu malam susu akan dihasilkan dengan lebih banyak berbanding pada waktu siang. Jadi jangan sia-sia kan susu tersebut.

5- Pastikan payudara anda betul-betul dah kosong setiap kali selepas penyusuan. Setiap kali selepas bayi anda direct feeding (DF), anda masih boleh memerah/mengepam susu kerana adakalanya masih terdapat lagi susu di dalam payudara anda walaupun selepas bayi menyusu. Apabila payudara telah betul-betul kosong, otak akan dapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi anda.

6- Pada setiap sesi mengepam susu, pastikan anda berada dalam keadaan yang betul-betul tenang dan tidak merasa tertekan. Dinasihatkan juga supaya anda melihat gambar-gambar bayi anda sepanjang tempoh mengepam.

7- Berdoalah setiap masa supaya urusan anda dipermudahkan oleh-Nya kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya.

set 3m shaklee8- Amalkan pengambilan vitamin sepanjang tempoh penyusuan kerana ianya akan dapat membantu anda lebih segar, bertenaga, sihat dan cergas. Malah bayi anda juga akan mendapat manfaatnya juga.

9- Jika anda lebih gemarkan mengambil makanan lain yang boleh membantu penghasilan lebih banyak susu badan, adalah sangat digalakkan juga kerana semuanya adalah yang terbaik demi bayi kita semua.

10- Sentiasa yakin dengan diri anda dan bergembiralah dengan apa yang anda lalui kerana tempoh penyusuan adalah tempoh yang terbaik antara untuk anak dan ibu dalam mengeratkan hubungan anak-ibu.

Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Yakinlah bahawa susu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak-anak kita,  melainkan keadaan betul-betul TIDAK mengizinkan anda. InshaAllah...≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday, 14 September 2013

Doa dan Zikir Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

September 14, 2013
Sebagai umat Islam, kita semua yakin bahawa rezeki kita semua adalah dari Allah S.W.T. Begitu juga dengan rezeki anak-anak, dan dalam hal ini adalah rezeki dari segi susu. Saya akui, sememangnya bukan mudah untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun ini. Ada masanya, susu memang akan merudum, terutamanya pada waktu-waktu seperti datang bulan, stress, demam dan sebagainya. 

Namun, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Jadi pada waktu-waktu yang sebegini, kita tidak seharusnya merasa down mahupun berputus asa, sebaliknya teruskan berdoa dan berzikir memohon rahmat dan kasih-sayang dari-Nya. Berikut adalah beberapa tips dan doa khas untuk para ibu yang menyusukan bayi....\ (•◡•) /

1- Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

2- Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

3- Baca doa untuk para ibu, " Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

4- Amalkan membaca ayat berikut yang dipertik daripada surah Ar-ad, ayat 8-9...
breastfeeding doa

5- Boleh juga diamalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun....
doa ketika menyusukan bayi

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

 Selamat mengamalkannya dan semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja sehingga bayi berumur 2 tahun...InshaAllah....(>‿◠)✌

Mari kita lihat antara inisiatif yang diambil oleh jururawat di IJN ini yang risaukan bayinya tidak cukup susu badan....


Dapatkan info mengenai set penyusuan Shaklee dengan menghubungi saya melalui cara-cara berikut :
contact agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Thursday, 12 September 2013

Makanan dan Minuman Penyumbang Penghasilan Susu Badan

September 12, 2013
Tanpa kita sedar, banyak makanan dan minuman di sekeliling kita yang mampu membantu penghasilan susu badan buat ibu-ibu yang menyusu. Cuma sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Jadi hari ini saya nak share beberapa makanan dan minuman yang mampu membantu anda mendapatkan susu badan yang lebih banyak tanpa perlu bersusah payah...❤❤❤

Antara makanan yang paling femes adalah halba, longan kering dan juga lobak putih. Lobak putih pasti ramai yang dok amalkan dari dalam berpantang lagi kan. Kalo saya dulu, sememangnya sup lobak putih menjadi juadah saya sepanjang berpantang. Sebab tu la susu sangat banyak lepas bersalin blong dulu. Cuma masa bersalinkan adik acad, tak berapa sangat makan lobak putih ni sebab tak sempat nak buat. Bersalin prem kan, macam-macam hal huhuhu

Kalo halba pulak, agak-agak bila susu dah nak merudum, memang trus gi beli halba, rebus dan minum. Rasanya memang subhanallah la pahit, tapi demi anak, semua pun telan hihihi..Tapi rasanya sekarang dah mudah, ada dah coklat halba, air minuman berhalba dan sebagainya. So tak de la 'bercinta' sangat nak minum air rebusan halba dah...(͡° ͜ʖ ͡°)

Jom kita lihat apa lagi yang ada....
breastfeeding
Tidak terhad pada bahan-bahan makanan yang diatas sahaja, masih banyak lagi sumber lain seperti durian (it works for me too hihihi), sawi, kucai, pucuk manis, geti, peria, jantung pisang, betik, jintan hitam, barli, oat, tempe dan tauhu. Tapi ibu harus berwaspada juga, mungkin ada di antara sumber ini yang boleh mendatangkan alergik kepada bayi, jadi haruslah sentiasa berjaga-jaga.

Bahan-bahan di atas juga tidak semuanya perlu dimasak, ada juga yang boleh dimakan begitu sahaja terutamanya yang dalam kategori buah-buahan. Jadi be creative ye mommies...(ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)

minuman penyumbang susu ibuLagi satu sumber yang best, dan pada saya sangat sedap dan sangat mu dah ialah minuman yang mengandungi malt. Tips ni saya dapat dari blog Dr Harlina. It's really works jugak la, tapi bila dah kerap sangat lama dah tak menjadi hihihi...mbe sebab badan dah immune kot ho!ho!ho! so kita try plak MILO.....sedap, lazat dan berkrim...Bestkan...sambil2 minum, sambil dapat tingkatkan susu...

Jadi anda boleh la mencuba mana-mana makanan atau pun minuman yang saya sebutkan di atas ye. Kalo rajin, kongsikan lah hasilnya bersama saya....sharing is caring, caring is love...≧◠◡◠≦♥♥

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Wednesday, 11 September 2013

Penyusuan Melalui Pengalaman Sendiri

September 11, 2013
Minggu ni rasa nak bercerita tentang penyusuan je...Ntah la kenapa, mbe sebab terasa nak menshare sedikit sebanyak ilmu berkaitan penyusuan dengan readers..

Sebenarnya, the best teacher in our life is our own experience. Seriusly saya katakan and this really apply to me. Dulu masa pregnant anak sulung, saya memang berhajat sungguh nak menyusukan blong sampai cukup umurnya 2 tahun. Mula la cari info, cari barang-barang kelengkapan untuk penyusuan, baca sana-sini, tapi end up dapat menyusu sampai blong umur 6 bulan je. Time tu saya keje, pastu stil tak cukup experience, so semangat tu kejap je ada. Sokongan memang ada dari en asben, even majikan pun tak menghalang, tapi mbe sebab semangat tu kureeeng, tambah pulak ada 2-3 kali breast bengkak sebab susu tak mo kluar, jadi macam serik.. Tapi itulah pengalaman yang terbaik sekali yang akhirnya mengajar saya macam-macam ilmu tentang penyusuan. Yelah, bila kita dah terkena sdri, barulah kita dok sibuk nak cari camne nak selesaikan masalah tu btul tak? Dan kita juga akan lebih ingat sebab tak mau dah kena lagi macam tu in futurekan...

Kedai yang saya dok pergi masa tu sememangnya MomslittleOne la. Satunya sebab dekat dengan umah mak. Time tu kdai ni baru je bukak sebab sebelum ni diorg bukak secara online je. Bertuah pulak dapat jumpa owner kdai tu, Pn Rita Rahayu, so memang banyak la yang disembangkan. Tapi walaupun banyak tips yang Pn Rita Rahayu ni bagi, saya setakat dengar jelah sebab time tu blum bersalin lagi. Blum ada experience lagi tentang penyusuan ni. Then banyak jugak la soalan-soalan yang saya tanyakan time tu Pn Rita hanya jawab gini, " Nanti baby yang akan decide sdri", "Nanti baby yang akan stopkan sdri", "Nanti puan akan tahu sdri"...

Masa Pn Rita cakap gitu, ada jugak rasa tak berapa puas hati. Tapi bila fikir-fikir balik, btul la apa yang beliau cakapkan tu. Lagipun macam mana dia nak terangkan sedangkan diri sendiri blum tempuhi lagi experience tu. Dia pun tak dapat la nak tunjukkan sebab badan kita sdri kan...

Once dah bersalin, time tu baru la tau automaticly dengan sdrinya..Memang terjawab terus la soalan-soalan saya sebab sedang dan telah melaluinya sendiri...≧◉◡◉≦

So itulah dia...Memang kita boleh blaja macam-macam benda kat dunia ni, tapi kalo kita tak applykan, kita tak laluinya, tak berguna jugak ilmu yang banyak tu..Begitu juga dalam penyusuan bayi. Kita boleh baca, kita boleh blaja tapi kalo kita tak apply, memang tak de maknalah. Lagi satu kalo nak blaja, seeloknya blajar la dengan mereka yang pakar atau sekurangnya memang mengapply ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan bukanlah belajar dengan mereka hanya tahu tentang teori sahaja....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 22 January 2013

Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi

January 22, 2013
Assalamualaikum......

Saja gatal tangan google2 tengok gambar tadi, jumpa satu gambar tentang khasiat susu ibu kepada bayi..jom rasa nak share ramai-ramai. jom pakat baca....

Banyak rupanya khasiat susu ibu kepada bayi. Boleh dikatakan bermanfaat untuk seluruh organ sistem badan bayi. Patutla islam menggalakkan penyusuan susu ibu kepada bayi seawal kelahiran bayi...

InshaAllah akan berusaha tuk bagi acad susu badan sampai umurnya 2tahun. 4 more months to go, I know I can do it..so do you mothers out there... 




Penyusuan dan Energizing Soy Protein Shaklee...

January 22, 2013
Assalamualaikum.....

Banyak orang suggest kalo nak tambah susu badan, amik Energizing Soy Protein Shaklee. Ni paling asas la, kalo ada bajet lebih, bleh tambah amik alfalfa, kalo banyakk lagi duit, bleh rembat terus set 3M. Tapi tula, agak-agak nape Energizing Soy Protein Shaklee is on the top of the list?

ESP Shaklee dan susu ibu

Dulu masa anak 1st, ilmu pasal penyusuan x cukup sangat, tp dapatla susukan abg long selama 6bln, alhamdulillah. Bila masuk anak 2nd, ilmu dah bertambah, tp still x banyak sangat lagi, but nekad nak fully bf acad sampai umur 2 tahun sbb dia lahir premature. Susu memang banyak giler, sampai berbuang, sampai tumpang fridge umah orang 2bijik, beli plak deep freezer tapi still x muat gak. Masa tu plak memang langsung x amik pape suplemen pun, acad pun duduk kat NICU for almost 3months, so susu memang pam je. Sampai mak-mak baby lain kat NICU tu heran cemana susu saya banyak.
stok ebm yang banyak 
suku dari stok susu yang dibuang. x tau kali ke berapa tah
Bila acad dah makin besar, dah makin lasak, saya dah mula rasa badan letih-letih, susu pun mula la kejap naik kejap turun. Masa tu dah mula berfikir-fikir tentang supplemen, tentang fm. Tapi still nak cuba gak genapkan 2tahun fully bf acad. Di sinilah mulanya datang Energizing Soy Protein Shaklee. Jeng jeng jeng....

Bila badan dah penat, otak akan dapat isyarat penat, so perlukan rehat, maka secara automatik production susu akan merudum sebab dia pun dapat isyarat rehat. Sedangkan sebenarnya kita bukan nak suruh production susu berehat jugak..haru kan huhuhu....

Disinilah datang nya fungsi supplemen a.k.a. Energizing Soy Protein Shaklee tadi. Energizing Soy Protein Shaklee yang bertindak sebagai pemberi tenaga membuatkan badan saya jadi hilang letih walaupun dok sibuk uruskan anak2, suami, umah dan sebagainya. Bila hilang letih, otak trus dapat isyarat bekerja, so susu pun trus banyak & cukup untuk tampung keperluan acad. Saya jenis tak pam/ buat power pumping / mermet. Df je sbb acad tak suka susu yang tak fresh...

Ini pengalaman saya sendiri dari sinilah saya tau apa sebenarnya kaitan Energizing Soy Protein Shaklee dan susu badan yang banyak. So kalo orang cakap Energizing Soy Protein Shaklee yang menyebabkan susu badan banyak, saya kurang bersetuju sebab Energizing Soy Protein Shaklee hanya bertindak sebagai pemangkin kepada pengeluaran susu badan yang banyak.

p/s : sebab tu Energizing Soy Protein Shaklee sesuai jugak tuk lelaki dan semua peringkat umur. sebab bukan Energizing Soy Protein Shaklee yang kluarkan susu badan... (",)

my kiddos
abg long bergambar smbil tgk tv
kiddos
adik acad yang bergaya