Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

Vitamin Cinta Shaklee BUKAN Untuk Pasangan Skandal

April 17, 2014
married set shaklee
Ramai yang dah mencuba Vitamin Cinta Shaklee dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Yelah, daripada dok amik pil-pil yang belum disahkan keselamatannya serta kehalalannya, lebih baik amik Vitamin Cinta Shaklee yang sememangnya telah terbuka. Malah ianya juga selamat sebab diperbuat daripada bahan semulajadi serta mendapat kelulusan daripada KKM. Jadi memang tak de apa yang nak dirisaukan.

Pasangan-pasangan yang telah berkahwin, yang telah mengambil dan mencuba mengakui akan keberkesanan Vitamin Cinta Shaklee ini. Selain dapat merepatkan keintiman mereka suami isteri, Vitamin Cinta Shaklee ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan masing-masing. 

couple set shakleeApakah dia Vitamin Cinta Shaklee ini? Walaupun dah ramai yang mencuba, tapi mungkin ada juga lain yang tak berapa tahu tentang Vitamin Cinta Shaklee ini. Okla, hari ini saya nak memperkenalkan 2 vitamin yang terdapat dalam set ini. Ianya tak lain dan tak bukan, Vitamin E dan Alfalfa Complex. Ini set yang paling minimum, namun hasilnya tetap mampu mengeratkan hubungan intim suami isteri.

Vitamin E  adalah untuk sang suami, manakala Alfalfa Complex adalah untuk isteri. Bagaimanakah kedua jenis vitamin in berfungsi? Secara amnya, Vitamin E dapat membantu meningkatkan kualiti air mani serta tahap mobiliti spermaa. Jadi, bagi pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan cahaya mata, ataupun sedang merancang untuk menambah cahaya mata, sememangnya Vitamin E ini sangat sesuai untuk anda. Ianya dapat membantu membuka peluang yang lebih besar untuk kebarangkalian persenyawaan berlaku kerana kualiti sperma yang lebih baik serta ianya mampu bertahan lama dan cukup kuat untuk berenang mencari telur untuk tujuan persenyawaan.

Alfalfa Complex pula, yang lebih sesuai untuk si isteri, dapat membantu isteri mengatasi masalah keputihan dan merapatkan serta menguatkan otot vagina untuk kepuasan yang lebih sesama hubungan intim berlaku. Alfalfa juga boleh dikatakan mampu bertindak sebagai kacip fatimah untuk kaum wanita, jadi isteri-isteri tidak perlulah bersusah payah mencari dan makan kacip fatimah untuk tujuan ini lagi. Cukup dengan mengambil alfalfa complex, mereka mampu mendapatkan hasil yang setanding kacip fatimah.

Namun awas ye...Vitamin Cinta Shaklee ini hanya untuk kegunaan pasangan suami isteri yang dah sah berkahwin sahaja ye..Bukan pasangan skandal mahupun mereka-mereka yang belum berkahwin. Sat g ada yang terhasil daripada hubungan ini, sape yang susah?? Jadi, pastikan anda sudah berkahwin dengan sah barulah beli set Vitamin Cinta Shaklee ni ye....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan keahlian shaklee
 


Keputihan Penghalang Hubungan Suami Isteri

April 17, 2014
Keputihan, agak sinonim bagi kaum wanita. Ramai kaum wanita yang menghadapai masalah ini, terutamanya mereka yang telah berkahwin (yang berkahwin juga turut mengalaminya). Ada ketikanya, keputihan ini boleh mencapai tahap yang ekstrem dimana ianya menyebabkan rasa ketidakselesaan kepada wanita tersebut dan adakalanya ia akan mengeluarkan bau yang sangat kurang menyenangkan. Malah warnanya juga mungkin bertukar menjadi kuning atau pun hijau (tahap yang kronik). 

Masalah ini boleh menyumbang kepada hubungan suami isteri yang dingin kerana rasa tidak selesa kepada si isteri (akibat rendah diri) mahupun kepada sang suami (tidak tahan dengan bau/merasa geli). Jadi, sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera, ianya mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar. Maka, puan-puan di luar sana yang sering menghadapi masalah ini, haruslah mencari jalan penyelesaiannya dengan segera supaya rumahtangga anda kembali harmoni.

Apakah punca sebenar masalah keputihan ini?

Keputihan ini adalah disebabkan sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans dan masalah ini juga dikenali sebagai vulvovaginal candidiasis.

Mungkin ada dikala wanita yang tidak sedar bahawa mereka ini sedang diserang keputihan dan tidak mengambil berat tentangnya. Hanya apabila keadaan sudah menjadi teruk, barulah mereka tersedar. Mari kenali apakan tanda-tanda mereka yang sedang mengalami masalah keputihan ini :
  1. rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj
  2. kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan)
  3. pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi
  4. penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks
  5. sakit masa buang air kecil
 Jadi, sekiranya anda mengalami salah satu daripada simptom di atas, adalah dinasihatkan supaya anda segera mencari jalan penyelesaiannya agar ianya tidak melarat dan mengganggu hubungan suami isteri anda (adakalanya keputihan ini boleh mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan sehingga mewujudkan rasa tidak selesa sesama pasangan).

Bagaimanakah cara untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini? Terdapat beberapa cara, dan anda boleh memilih antara cara moden mahupun tradisional. Antaranya :
  
1- Berjumpalah dengan pakar sakit puan/doktor perempuan bagi memastikan keputihan anda itu masih ditahap normal. Anda akan diberikan sejenis ubat untuk dimasukkan ke dalam faraj dan juga krim kulat yang bertujuan mematikan kulat yang terdapat dikawasan kemaluan anda yang menjadi punca kepada masalah ini. 
 
2- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat mahupun seluar yang ketat serta bukan dari jenis kapas kerana ianya menyebabkan kurangnya pengaliran udara ke bahagian kemaluan anda.
 
atasi keputihan dengan garlic shaklee3- Sekiranya anda sedang hamil, bolehlah amalkan pengambilan Garlic Shaklee 1-2 biji setiap hari. Garlic/bawang putih sememangnya terkenal sebagai sumber antibiotik yang semulajadi. Selain berkesan, ianya juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan kerana antibitok dalam badan dapat dipertingkatkan secara semulajadi tanpa sebarang rangsangan dari dadah. Anda akan dapat merasai perbezaannya hanya dalam masa 2-3 hari selepas mengamalkannya.
keputihan vs alfalfa shaklee
4-  Bagi wanita yang tidak hamil pula, disyorkan supaya anda mengambil Alfalfa Shaklee yang sememangnya terbukti mampu merawat masalah ini. Malah, anda bakal mendapat bonus kerana alfalfa juga mampu bertindak sebagai kacip fatimah yang membantu mengetatkan bahagian vagina untuk kepuasan hubungan suami isteri yang lebih maksimum.
 
 5- Pastikan anda mencuci kawasan kemaluan dengan bersih setiap kali ke tandas dan mengeringkannya dengan tuala/tisu dengan betul.
 
6- Elakkan penggunaan sabun untuk mencuci bahagian tersebut kerana sabun biasa mempunyai pH yang tidak sesuai untuk bahgian tersebut dan akan menggangu pH semulajadi di situ.
 
7- Elakkan penggunaan pantyliner yang sama untuk satu jangka masa yang panjang kerana ianya boleh menjadi penyumbang kepada pembiakan kulat dengan lebih cepat.
 
8- Cuci bahagian kemaluan anda dengan menggunakan daun sireh. Caranya dengan mengambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya. Kemudian sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua tadi bersama-sama air suam tadi dan tapislah air tersebut. Kemudian, gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
 
9- Anda juga boleh merawat masalah ini dari dalam dengan meminum air jus pegaga. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian rebus pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam rebusan tersebut. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk. Kemudian, tapislah air rebusan itu dan minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa gatal itu sembuh.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
jana pendapatan dengan shaklee
 
 




 



Thursday, 2 January 2014

Pil Susu On Sales....Alfalfa Shaklee...

January 02, 2014
pretty breastfeeding mummyCalling for all breastfeeding mommies....

Januari 2014 Shaklee sales...Alfalfa Complex....Salah satu vitamin yang sememangnya sinonim dengan pengeluaran susu badan....Ramai yang dah mencubanya secara konsisten, dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Ada yang sampai terpaksa stopkan kejap pengambilannya sebab susu dah banyak sangat.
alfalfa complex shaklee
TAPI....

Betul ke Alfalfa Complex ni penyebab susu badan jadi banyak? Banyak sampai melimpah-limpah macam air terjun tu? Sungguh ke? Atau sekadar propa penjual Shaklee yang nak melariskan produknya sahaja?

Jawapannya...

Obvious SALAH dan BUKAN. Bila menyusu, kita mesti sentiasa ingat dan pegang konsep demand dan supply dalam penyusuan ni. Apa maksudnya? Maknanya di sini, ibu menyusu perlu kerap menyusukan atau mengepam susu mengikut jadual yang dicadangkan oleh pakar penyusuan. Bila ibu kerap mengosongkan payudara (melalui penyusuan/mengepam), sekaligus otak dan badan akan dapat rasakan keperluan and permintaan yang tinggi terhadap susu, seterusnya ianya akan dihasilkan dengan banyaknya. 
Jika ibu malas atau menyusukan/mengepam susu dalam jarak masa yang panjang, badan tidak dapat merasakan kepentingan menghasilkan susu yang banyak. Bila ini berlaku, sekaligus menyebabkan penghasilan susu juga tidak banyak. Inilah yang kerap melanda ibu-ibu menyusu yang sering mengadu tiada/susu badan sedikit. Maka mula la episod mencari milk booster disana sini oleh si ibu itu.

Jadi, kenapa orang selalu mengaitkan alfalfa dengan penghasilan susu badan yang banyak? Ini kerana alfalfa memang memang membantu dapat penghasilan susu badan, tetapi hanyalah sebagai pemangkin sahaja dan bukanlah faktor utamanya. Jadi ibu-ibu masih perlu merajinkan diri untuk bangun menyusukan bayi/mengepam jika berjauhkan dengan bayi, dan bukanlah bergantung 100% kepada milk booster ini. Kerana, sememangnya tiada short-cut dalam penyusuan badan....

Namun, saya pasti ibu-ibu pasti dapat lakukannya kerana terdapat 1001 kebaikan dalam susu ibu serta faedah-faedah lain kepada para ibu...Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita....

Note : Jangan lepaskan peluang mendapatkan Alfalfa Shaklee pada yang sedang dalam promosi di sepanjang bulan Januari 2014 ini kerana kebaikan Alfalfa Shaklee bukan sekadar untuk penyusuan sahaja ye....Ingat tahu lebih lanjut?? Hubungi saya untuk info yang lebih detail.....


JANGAN KETINGGALAN!!! ≥Ö‿Ö≤

Friday, 20 December 2013

Terbongkar Set Kurus Shaklee Yang Awesome

Sememangnya terdapat banyak banyak lambakan set kurus di pasaran hari ini. Ada yang mahal mencecah hampir beribu ringgit, ada juga yang murah dan tidak pun sampai berpuluh ringgit. Malah ramai pengguna yang mudah terpedaya dan membeli produk-produk ini. Namun, adakah anda pasti akan keselamatan produk tersebut? Pernah kah anda memeriksa kandungan set produk itu sebelum anda membelinya?

Beberapa bulan sekali pasti kita akan dihidangkan dengan berita mengenai rampasan produk-produk kecantikan dan produk-produk kurus oleh pegawai penguatkuasa. Mengapa ini berlaku? Kerana produk-produk tersebut sebenarnya TIDAK dikaji sebelum dipasarkan ataupun mengandungi BAHAN TERLARANG merbahaya yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.

Namun berbeza dengan produk Shaklee. Ianya telah melalui kajian, penapisan malah bahan kandungannya adalah terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang sememangnya SELAMAT. Malah produk Shaklee ini juga bukan sekadar membantu anda menurunkan berat badan, malah lebih daripada itu kerana ianya bertindak secara menyeluruh.

Mari ikuti pendedahan dari seorang pengguna Shaklee yang sangat berpuashati dengan set kurus Shaklee, malah bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, beliau mendapat manfaat yang LEBIH BAIK dari pada itu. Ikuti kisah beliau...



Bagaimana? Rasa ingin mencuba set kurus Shaklee? Anda boleh mulakan dengan set kurus Shaklee yang paling bajet yang berharga hanya RM100 sahaja. Ianya terdiri daripa Alfalfa (S) dan juga Lecithin. Sememangnya menjadi pilihan ramai pengguna yang bijak yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan tanpa kesan sampingan.

Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai set kurus Shaklee yang lain serta bersesuaian dengan anda. Jangan ketinggalan.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 9 December 2013

Mengandung Dengan Set Kehamilan Shaklee

December 09, 2013
set kehamilan shakleeAlhamdulillah, genap adik acad berumur 2 tahun setengah, saya telah disahkan hamil sekali lagi. Memang kami merancang untuk setiap anak biar ada gap dalam 2 tahun supaya kami dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap anak yang baru lahir, di samping tak abaikan si abang. So just nice, seperti yang kami rancangkan, dan turut diatur degan baik olehNya, kini adik acad bakal bergelar abang ngah acad...

2 bulan sahaja kami berusaha, dan tanpa disangka, bulan ke-2 terus 'melekat'. Mudah sungguh rezeki yang Allah berikan kepada kami kali ini. Memang sungguh tak disangka. Banyak pasangan yang mengalami masalah untuk hamil sekali lagi selepas mendapat anak pertama atau ke-2. Ada yang sampai kena pergi berubat, berurut dan sebagainya bagi memastikan mereka boleh mendapatkan zuriat lagi. Menurut dr zubaidi di dalam blognya, keadaan ini dinamakan ketidaksuburan sekuder. Ini biasa terjadi kerana beberapa faktor yang adakalanya tanpa kita sedari menjadi punca kepada permasalahan ini (sila ikuti link yang yang diberikan untuk mendapatkan info yang lebih lanjut)

hamil dengan shakleeDi sini ingin sekali saya kongsikan dengan anda bagaimana saya mampu hamil lagi mengikut perancangan kami, yang sememangnya direstui oleh Illahi. Sejak kami merancang untuk menambah ahli keluarga, saya dan suami terus mengamalkan set kehamilan Shaklee. Set yang terdiri daripada Vitamin E, Zink, Gla Complex dan Alfalfa ini sememangnya saya amalkan sebelum ini, tetapi untuk tujuan lain. Malah cara pengambilannya juga berbeza. Jadi, untuk merealisasikan impian kami, maka kami terus mengamalkanya mengikut cara makan untuk pasangan yang inginkan anak.

Zink dan Vitamin E untuk en suami manakala Gla Complex dan Alfalfa pula untuk saya. Apakah fungsi kesemua vitamin ini dan bagaimanakah ianya boleh membantu pasangan yang inginkan cahaya mata? Mudah sahaja caranya...

Zink & Vitamin E diambil oleh suami bagi membantu memekatkan air mani serta menghasilkan lebih banyak sperma yang kuat dan tahan lama serta lebih matang. Sperma yang dihasilkan juga akan lebih sihat dan berkualiti serta mampu bergerak jauh demi mencari telur untuk disenyawakan. Ini kerana, jika sperma yang dihasilkan adalah sperma yang tidak kuat, bagaimana ianya mahu berenang dan mencari telur untuk disenyawakan.

Gla Complex dan Alfalfa pula diambil oleh isteri. Tujuannya untuk menstabilkan hormon si isteri. Yelah, kalo hormon tak stabil, period tak barjalan mengikut aturan, telur yang dihasilkan juga kurang berkualiti. Malah tidak dapat ditentukan tempoh kesuburan isteri yang mana ianya adalah sangat penting kerana pada waktu subur isteri adalah waktu yang paling sesuai untuk persenyawaan berlaku. Alfalfa pula diperlukan untuk memastikan rahim betul bersedia untuk menerima bayi untuk tempoh 9 bulan ini. Juga ianya membantu menyelesaikan masalah keputihan yang mungkin dihadapi oleh isteri yang mana masalah ini juga boleh menjadi salah satu penghalang dalam proses mendapatkan bayi ini.

baby shakleeSekiranya anda juga sedang dalam proses untuk menambah cahayamata, atau mempunyai sedang berusaha untuk menadapatkan cahayamata, apa kata anda cuba tambahkan ke dalam usaha anda itu dengan pengambilan set kehamilan shaklee ini. Sudah ramai pasangan yang berjaya hamil dengan mengamalkan set ini. Malah ramai yang sangat berpuas hati kerana selain daripada membantu mereka mendapatkan cahaya mata, set ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka. Jadi, sememangnya ia nya sangat-sangat berbaloi, malah ianya mampu bertahan sehinga 3 bulan, jadi anda sebenarnya membelanjakan sedikit wang sahaja demi mencapai impian anda ini.

Jadi, mengapa tunggu lagi??? Dapatkan segera set kehamilan Shaklee ini dan nantikan berita gembira dalam masa beberapa bulan lagi. Pastikan anda membeli dari pengedar Shaklee yang sah dan mendapatkan konsultasi selepas pembelian bagi memastikan anda mendapat hasil seperti yang diidamkan...Dalam pada itu, jangan lupa berdoa dan memohon juga bantuan dari-Nya kerana setiap kejadian adalah dengan keizinan daripada-Nya.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 20 May 2013

Alfalfa, Bapa Kepada Segala Makanan

May 20, 2013
alfalfa shakleeAlfalfa merupakan produk Signature dalam business Shaklee. Ianya telah dicipta dalam tahun 1950an lagi oleh Dr Shaklee. Produk signature  bermaksud,

"an original, cohesive design based on the personality of your company that is carried across all print, digital and web communications" (extracted from here).

Pokok alfalfa juga terkenal sebagai "Bapa Kepada Segala Makanan" oleh masyarakat arab kerana, ianya dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya kencing manis, buah pinggang, perut dan sebagainya. Alfalfa ini sangat kaya dengan protein, mineral, kalsium serta vitamin A,B,C, D, E dan K.

Setiap Alfalfa tablet yang dikeluarkan oleh Shaklee, adalah diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) yang ditanam secara organik di California. Tanaman ini adalah bebas sebarang dari sebrang racun pestisid, herbasid mahupun sebarang bahan kimia kerana baja yang digunakan adalah baja kompos yang bebas bahan kimia. Setiap alfalfa yang ditanam, mengambil masa selama 2 tahun untuk tumbuh dengan baiknya, malah akarnya mampu pergi sejauh 20kaki ke dalam tanah demi mendapatkan nutrisi. Daun-daun alfalfa ini hanya dituai apabila ianya telah mencapai tahap kematangan mutlak. Prosesnya sangat unik, dimana daun-daun alfalfa ini dikeringkan secara semulajadi dengan mendedahkannya kepada udara bagi mengekalkan nutrisinya. Daun-daun ini kemudiannya dijadikan serbuk sebelum dikompress dan menjadi tablet yang mudah ditelan. Setiap tablet adalah mengandungi 300mg alfalfa.

Khasiat Alfalfa antaranya adalah....

khasiat alfalfa shaklee

10 tablet Alfalfa Shaklee adalah bersamaan dengan segelas susu!!!

Rekomendasi untuk pengambilan Alfalfa adalah seperti berikut:
  • untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari (10 biji setiap hari)
  • untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah & merawat kanser : 3-4 kali sehari, 10 biji setiap kali (diambil dengan air kosong)
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Friday, 29 March 2013

Travelling....

March 29, 2013
short entry je sebab stil berkelana n baru dapat internet  line...

2 hari duduk kat hotel mahal, line internet x de sebab kena bayo huhuhu....

malam tadi sampai taiping, trus check in hotel biasa ni je, n ada wifi free...tapi sebab dah pukul 1 pagi, x larat nak mengupdate blog mahupun facebook huhuhu

hari ni kami nak ke mrsm taiping, en asben ada urusan nak buat kejap, then nak bw bdk2 g zoo taiping..horeyyy....niat hati lama dah nak bawak diorg ni g zoo. ari tu dah bawak g zoo melaka, now bawa g zoo taiping plak. budak2 kan suka binatang hihihi...

zoo taiping

semalam gak masa dok pusing2 cari hotel, jumpa dah tempat makan kat belakang bomba yang dok disembang2kan dengan en asben, tapi x singgah sebab dah malam  n kids pun dah letih....kalo ada rezeki nak g la ari ni, sebelum bergerak ke ipoh plak....

bekalan sepanjang jalan? dah semestinya Energizing Soy Protein, CINCH, ALFALFA, LECITHIN & OSTEMATRIX dan juga OMEGAGUARD & MEALSHAKES untuk kids....

mcam mana cuti sekolah anda?? berjalan ke atau memerap je kat rumah? x kisah la mana pun, yang penting kita spend masa yang berkualiti dengan anak2 dan keluarga...

mode : happy sebab dapat anak buah baru malam tadi, bb gurl tapi jauhhhhhhh nun di Dubai huhuhu...sama besday dengan kakaknya plak tu, jimat blanja besday party   >___<

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================