Thursday 9 February 2017

Pil Kalsium Tanpa Rasa Susu

February 09, 2017
shaklee ostematrix kalsium
Assalamualaikum....

Arini saya try test buat posting dari handphone. Jenuh jugak nak adjust sebab skrin handphone ni takla sebesar laptop, yang senang nak diklik klik kan.. Jadi, kalo ada beberapa kesilapan ejaan ke, alignment ke, ampun maaf dipinta la ye...acah-acah nak kluar dari comfort zone ni pun ye jugak...

Dah 9 hari bulan ke 2 untuk tahun 2017 ni...kejap je masa berlalu...ada dah ke azam tahun baru korang yang korang dah start ke arah nak capai?? Saya punya azam untuk kurus tak taula macam mana nak capai huhuhu

Okla, bukan nak citer tu sebenarnya...

Lama nak citer tentang promo shaklee kan...bulan ni ada 4 vitamin yang dipromokan, tapi sekarang nak citer tentang ostematrix je dulu.

Pil kalsium ni saya sangat syorkan pada semua wanita. Sebab pe? Sebab pil ni sangat sesuai untuk kaum wanita yang kita tahu bila jejak je umur 30, kalsium dalam badan akan mula berkurang.

Nak pulak wanita ni sangat mudah kehilangan kalsium, terutama waktu hamil dan sepanjang tempoh menyusukan anak. Sepanjang tempoh ni, kalsium dalam badan tu akan dikongsi dengan anak. Jadi, bayangkan kalo badan kita ni tak ada stok kalsium yang banyak, yang cukup nak tampung keperluan kita dan anak tu, agak-agak, dari mana badan kita nak ambil? Taklain tak bukan, dari tulang dan gigi kita la. Sebab tu, kaum wanita ni paling ramai kena penyakit osteoporosis tu. Sebab, sendiri tak mau topup keperluan kalsium dalam badan sampai stok kalsium kat tulang dan gigi pun kena rembat.

Kalau yang tak tau tu, kalsium ni, badan kita tak boleh nak keluarkan, tak boleh nak produce. Memang kita kena dapatkan dari makanan dan minuman kita. Jadi, andai kata jika anda orangnya yang setiap hari, pengambilan makanan yang ada kalsium tu sangat kurang, ataupun jenis minum susu sebulan sekalu, saya syorkan sangat la untuk amalkan ostematrix ni.

Bukan apa, sebiji pil ostematrix tu, mampu supply dlm 200mg kalsium,bersamaan dengan setengah cawan susu. Just telan je macam biasa, dan pop..badan anda dah dapat supply kalsium yang diperlukan. Sehari makan dalam 4biji @ 2kali sehari pun dah ok sangat. Tak payah dah risau tentang kekurangan kalsium dalam badan dah. Pil ostematrix ni dah la sangat mudah ditelan, malah takde bau susu pun. Extra lagi ianya dilengkapi dengan magnesium dan vitamin d. Ok, nanti saya cerita plak apa bestnya dengan additional magnesium dan vitamin d ni ye.

So akak-akak dan kawan-kawan readers saya, wanita mahupun lelaki, cepat-cepatla dapatkan pil kalsium ostematrix ni sepanjang bulan ni sebab promosi sepanjang februari ni tau. Try dulu beli 2 botol untuk dapatkan diskaun 5%, n kalo suka, bolehla grab plak 6 botol sebab akan dapat FREE 1 botol. Untungkan...

Jadi, jangan tunggu lagi, call @ whatsapp je saya ok...jangan segan-segan lagi. Kalo segan, sendiri yang rugi tau...



Monday 6 February 2017

Homestay IbuBapaku Di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

February 06, 2017

Assalamualaikum...

Banyak hari dah mak saya suruh iklankan homestay diorang yang kat seksyen 4 tambahan tu. Biasalah orang tua kan, zaman diorang dulu bukan ada internet ni semua, so nak buat iklan online memang harap ke anak la... Masalahnya, anak dia  pun takde pengalaman bab-bab iklan ni hihihi...Sokmo tu dok iklan Shaklee je...Tapi takpe, sebab permintaan mak, kita try la jugak...

So sat g saya nak g baca page-page Airbnb, Cari Homestay, Trivago ke dan yang seumpamanya...Kot ada rezeki, boleh masuk ikklan dalam tu. Haaa....dan berkat doa mak ayah, kot la berjaya laku keras homestay ni, dapat la diorang duit tepi sikit-sikit tepi bulan kan...

Mana-mana readers saya, yang kot ada pengalaman tentang iklan homestay ni, sudi lah kiranya berkongsi ilmu dengan saya ye...Bak kata orang, kita bantu orang, InshaAllah Allah akan bantu kita balik...tak gitu...hihihihi

Anyway, ni saya cerita la sikit tentang homestay mak ayah saya ni ye...

Lokasi : Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. 
Ciri-ciri : Teres 2 tingkat (ada 3 bilik kat tingkat atas dengan 2 tandas, dan 1 bilik comel dan tandas kat tingkat bawah).
Kelengkapan :
1) 2 aircond di bilik master bedroom dan 1 bilik di tingkat atas
2) Bilik lain dilengkapi kipas angin
3) Semua bilik ada katil, almari, rak tuala 
4) Ruang tamu dilengkapi sofa, tv dan fully carpeted
5) Meja makan juga disediakan
6) Peralatan masak seperti dapur, perkakas, peti sejuk juga ada disediakan. 
7) Soon akan bubuh washing mashine untuk kegunaan penyewa

Lokasi homestay ini sangat strategik. Berdekatan dengan universiti seperti UKM, UPM, UNITEN dan universiti swasta yang lain. Malah, ianya juga berdekatan dengan PUTRAJAYA. Bagi yang suka bershopping, homestay ini sangat sesuai untuk anda kerana ianya berdekatan dengan tempat-tempat shoping terutama untuk kaum wanita di Bangi Sentral dan kawasan yang berdekatan. Malah, bagi peminat makanan juga, anda tidak perlu risau kerana homestay ini juga berdekataan dengan tempat-tempat makan yang sangat glamor seperti di Bangi Gateway, Menate dan sebagainya. Bagi yang sukakan makanan dari foodtrucks, anda boleh mengunjungi tempat letak kereta di PKNS Bangi pada malam minggu. Sekiranya nada suka berkunjung ke MegaMall, homestay ini patut menjadi pilihan anda kerana ianya sangat dekat dengan IOI Mall Putrajaya dan juga Alamanda Putrajaya. 

Andaikata anda atau keluarga anda perlu mengunjungi hospital samaada untuk melawat atau mendapatkan rawatan, homestay ini juga sesuai untuk anda kerana Hospital Serdang hanya beberapa minit sahaja dari homestay ini. 

Mungkin pada malam hari, anda berpeluang untuk berpusing-pusing di sekitar Bandar Baru Bangi kerana terdapat begitu banyak benda menarik yang boleh anda buat di sana. 

Oh ya, Bangi Wetland juga tidak jauh dari homestay ini. Jadi, anda tidak perlu risau atau kalut nak balik sekiranya anda ingin ke Bangi Wetland.

Terlalu banyak kebestan homestay mak ayah saya ni kan...

Jadi, tak usah ragu-ragu. Hubungi je mak ayah saya sekiranya anda mencari homestay di Bandar Baru Bangi. Jangan segan-segan ye....

Md Soot : 011- 2820 5227
NoorHabsah : 017- 376 6447
Farid : 019- 265 3708

Terima kasih atas kesudian anda menyewa di homestay makayah saya. Semoga anda berpuas hati dengan homestay tersebut....

(gambar akan menyusul tidak lama lagi.......)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tercari-cari supplemen yang paling selamat, terjamin kualiti dan sesuai untuk semua?

Dapatkan vitamin dari rangkaian Shaklee yang sememangnya terbaik....

Hubungi saya ye.....

shaklee kerteh kemasek