Saturday 30 March 2013

DREAM BIG vs Hangat-hangat Tahi Ayam

March 30, 2013
Saya ni bukan lah jenis orang yang suka bermimpi-mimpi sesuatu yang besar....

saya lebih suka ikut je flow...kalo teringin, baru usaha dapatkan, tapi KEBANYAKKANNYA hanyalah hangat-hangat tahi ayam je...kadang dapat, kadang dilupakan begitu saja huhuhu sedeykan.... ^_^"

dream big with shakleetapi, lately, saya termimpikan sesuatu yang sangat BESAR...sesuatu yang saya memang NAK SANGAT.....sesuatu yang saya MESTI DAPATKAN dalam tahun ni juga....

oleh itu, mulai bula April ni, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai MIMPI itu....bagaimana caranya saya sebagai surirumah sepenuh masa ingin merealisasikan impian tersebut?? Alhamdulillah Allah telah temukan saya dengan kumpulan bussiness yang telah saya join sejak Oktober tahun lepas.

team work in shakleeBusiness ini sangat bagus begitu juga kumpulan yang saya join ini. Kami bekerja sebagai satu kumpulan malah adakalanya sebagai keluarga walaupun tak pernah berjumpa antara satu sama lain. Masing2 saling membantu, berbincang sebarang permasalahan yang timbul, bersama2 mencari solusi, malah diberi tunjuk ajar oleh mentor@mommy yang bertindak sebagai ketua kumpulan. Namun begitu, setiap ahli kumpulan itu menjalankan business mereka sendiri, bekerja untuk diri sendiri malah merancang & berusaha sendiri untuk menaikkan & memajukan business mereka. dan bukanlah bekerja untuk leader mereka itu tadi.

Walaupun secara luarannya business yang saya sertai ini dikenali oleh orang ramai sebagai Multi-Level Marketing (MLM) business, tapi saya tidak pernah rasa ditekan oleh ketua saya untuk membuat business untuk mereka, sebaliknya saya sentiasa dibantu untuk memajukan business saya sendiri oleh leader itu tadi. Nampakkan perbezaannya.

Berbalik kepada cerita tentang DREAM BIG tadi, inshaAllah tahun ni saya yakin saya akan dapat capai MIMPI tersebut melalui BUSINESS yang saya jalankan secara separuh masa ini sebagai seorang SURIRUMAH sepenuh masa. Siapa kata suri rumah hanya tahu menjaga rumah & anak2 saja....Dah ramai suri rumah yang dalam kumpulan kami ini yang berjaya meraih pendapatan 5angka, malah lebih besar dari gaji bulanan suami mereka.

dream big with shakleeJika anda seorang SURIRUMAH, ingin mendapatkan PENDAPATAN mencecah 5 ANGKA dengan menjalankan business seraca PART TIME, ingin bebas dari BEBAN KEWANGAN, jom sertai saya & kumpulan saya. Segala bimbingan diberikan secara PERCUMA. Modal serendah RM75 je, x payah simpan stok banyak2, x payah susah2 cari orang dan yang paling best kita akan merasa HUBUNGAN yang LEBIH RAPAT DENGAN ALLAH lepas ni.


Jom ubah diri kita hari ini juga dan mulalah berMIMPI BESAR & capailah MIMPI tersebut secepat mungkin.

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Friday 29 March 2013

Travelling....

March 29, 2013
short entry je sebab stil berkelana n baru dapat internet  line...

2 hari duduk kat hotel mahal, line internet x de sebab kena bayo huhuhu....

malam tadi sampai taiping, trus check in hotel biasa ni je, n ada wifi free...tapi sebab dah pukul 1 pagi, x larat nak mengupdate blog mahupun facebook huhuhu

hari ni kami nak ke mrsm taiping, en asben ada urusan nak buat kejap, then nak bw bdk2 g zoo taiping..horeyyy....niat hati lama dah nak bawak diorg ni g zoo. ari tu dah bawak g zoo melaka, now bawa g zoo taiping plak. budak2 kan suka binatang hihihi...

zoo taiping

semalam gak masa dok pusing2 cari hotel, jumpa dah tempat makan kat belakang bomba yang dok disembang2kan dengan en asben, tapi x singgah sebab dah malam  n kids pun dah letih....kalo ada rezeki nak g la ari ni, sebelum bergerak ke ipoh plak....

bekalan sepanjang jalan? dah semestinya Energizing Soy Protein, CINCH, ALFALFA, LECITHIN & OSTEMATRIX dan juga OMEGAGUARD & MEALSHAKES untuk kids....

mcam mana cuti sekolah anda?? berjalan ke atau memerap je kat rumah? x kisah la mana pun, yang penting kita spend masa yang berkualiti dengan anak2 dan keluarga...

mode : happy sebab dapat anak buah baru malam tadi, bb gurl tapi jauhhhhhhh nun di Dubai huhuhu...sama besday dengan kakaknya plak tu, jimat blanja besday party   >___<

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 21 March 2013

Update Cabaran Kurus

March 21, 2013
Sedar tak sedar dah dekat sebulan lebih rupanya cabaran kurus saya ni berlangsung...Agak-agak brapa kg dah saya turun??? Jeng jeng jeng....

kurus dengan shakleeKalo nak ikut kiraan berat yang kat penimbang tu, memang la x banyak...tapi saya langsung x merasa keciwa...sebab pe??

Sebab walaupun nombor kat penimbang tu macam statik je (ekceli ada la bergerak jugak), tapi saya dah boleh pakai beberapa baju yang lama-lama dulu. Yang mana dulu ketat tang perut, now dah longgar...Yang mana dulu ketat sampai nampak shape p**gg**g, sekarang tidak lagi...

Dan yang paling bes of the best...cincin kawin, tunang & risik dah boleh pakai tanpa susah payah untuk dibukak dan dipakai...hohoho...sangat sangat teruja...dulu sikit punya jenuh nak sarung cincin2 tu suma, pastu bila nak bukak, satu keje lagi. but now, senang je..cabut n sarung macam masa mula-mula dapat cincin tu suma dulu...horeyyyyyy

So kiranya walaupun berat x turun sangat, tapi inch dah banyak loss...Alhamdulillah...tu anta target saya jugak sebab saya tak mo la kurus sampai kering macam papan tu...nak la kurus dengan bershape kan...atlis sedap la jugak en asben tengok...

Untuk pengetahuan, situasi ni memang biasa terjadi, dimana inch loss, tapi berat tak turun. Reason...muscle kita juga sebenarnya memainkan peranan sebab muscle beratnya adalah sama dengan berat lemak. So walaupun lemak dah berkurang (melalui inch loss), tapi muscle x kurang, sebab tula nombor kat penimbang tu nampak samaaa jee hehehe. So jangan keciwa ye kengkawan...teruskan usaha mu... (*,^)

Cuba tengok perbandingan dalam pic ni...kuantiti lemak tu lebih dari 2kali ganda kuantiti muscle. So agak2 faham dah kan konsep nya...so chill ye... ^__^

kurus cantik dengan shaklee

Jom layan satu lagi gambar tentang apa yang kita akan capai dengan diet cara yang betul...

kurus dan cantik dengan shaklee
Moh kita truskan berdiet dengan secara selamat & sihat bersama SHAKLEE yang dijamin berkesan, terbukti, selamat, semulajadi & HALAL...

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday 19 March 2013

Insuran Co vs AAM

March 19, 2013
Entah mana silapnya, kereta baru kami, baru guna 3 bulan dah rosak. Tak tau la pe masalahnya, tapi yang pasti x boleh nak start..waarggghhhhh......1st time beli keta auto, tak tau plak camni punya complicated. Selama ni dok guna keta manual je, x penah ada masalah kecuali clutch putus sekali lepas beberapa tahun guna...
- gambar sekadar hiasan -

Apa yang saya nak citer hari ni bukan pasal keta, tapi pasal insuran co & car service provider co. Nak dijadikan cerita, entah mana silapnya, kereta kami tak de dalam sistem insuran co yang kami guna untuk insured kan kereta kami. Bayangkan lepas dah 3 bulan kereta kami on the road, tiba-tiba kami dapat tau kereta kami tak de dalam sistem mereka. Kesannya, kami tak dapat nak gunakan towing service mereka selagi kereta kami tak dimasukkan dalam sistem mereka. Agak menghairankan bagaimana kereta kami ada Cover Notes, tapi tidak ada dalam sistem mereka.Agak-agak camne CN tu bleh diprint dan dibagi pada customer tapi x dimasukkan dalam sistem. Sangat sangat mendukacitakan. Nasib baik kereta kami rosak semasa di rumah, bayangkan sekiranya kereta kami rosak di tepi jalan dan kami memerlukan servis mereka, tapi tengok-tengok tak boleh guna servis mereka sebab x de info dalam sistem. Macam mana???Sapa nak jawab??

Besoknya, seharian saya menguruskan dengan pihak insuran untuk mengupdate sistem mereka. Seawal pkul 9am saya dah kol customer service insuran co tersebut. Pukul 3pm baru diorang selesai mengupdate (itu pun selepas saya mempush mereka beberapa kali). Malangnya selepas saya diberitahu sistem telah diupdate, saya masih tidak dapat menggunaka servis mereka kerana pihak towing dapati masih tiada info kami dalam sistem. Walaweiii...Apakah ini cobaan atau btul-btul huhuhu. Beberapa lagi panggilan telefon terpaksa dibuat dan akhirnya selesai jugak pada jam 4pm..

Akan tetapi......masalah lain pula yang timbul. Servis center Honda Kuantan tutup operasi pada jam 5.30pm dan tow truck hanya boleh sampai ke rumah kami di Kerteh pada jam 5pm. Makanya, x dapat la anta kereta untuk service sebab diorang memang x de la nak tunggu kereta kami sampai kan... Bengang giler rasa sebab dah la kelam kabut uruskan pasal update sistem diorang yang lambat gilos tu, pastu ada plak miscommunication antara diorang sendiri (in which sangat x patut), last2 x dapat anta jugak sebab dah terlebih masa. Tu belum kira kelam-kabut packing baju sebab nak kena g KL. Memang cobaan btul la....Sabar sabar.... (>o<)

Makanya petang tu kami pun bertolak ke KL dengan kereta lama saya. Nasib la kereta tu x jadi jual, kalo x, naya jeeee.....Tenkiu Picanto....lebiu u..muah... muahhh...
- ni gambar masa kami nak ngangkut barang dari Miri ke KL -
Hari ni, selepas dekat seminggu kereta kami tu x bleh bergerak, akhirnya berjaya juga ianya ditow ke Honda Service Center Kuantan....Tapi x dapat amik gambar sebab kamera hp ku sudah rosak huhuhu...Lebih kurang gini la rupanya kereta kami masa kena tarik tu..tapi kereta kami x de la kemek2 gitu sebab bukan accident...

Kereta kami sampai Kuantan, kami masih dalam perjalanan. Sesampainya kami kat Kuantan, kereta kami tu dah selesai diservice...waarrrgghhhhhh lagi sekali....Dugaan datang lagik....Malangnya time kami sampai, pomen tengah on lunch break, so sejam gak la menunggu.... Akhirnya penerangan yang diberikan hanyalah, ada pe tah, kabel ke, plug ke, nut ke, yang tercabut je, so lepas dia ketatkan, dah bleh start. It only takes like 5-10minute je untuk pomen tu settlekan problem kereta kami yang dekat seminggu tak bleh start tu...huhuhuhu....stress?? benggang?? bengkek?? x de perasaan pun sebab dah habis tenaga bengang masa uruskan dengan insuran co tu...

Actually kami ada mengambil perkhidmatan AAM untuk kereta kami tu. Tapi kenapa kami x gunakan je perkhidmatan tersebut dan kenapa kami begitu bersusah-payah nak gunakan jugak perkhidmatan towing dari insuran co tu...

Sebabnya :

1- towing dengan AAM akan dicharge perjalanan 2 hala, i.e. Kerteh-Kuantan-Kerteh, yang mana kosnya adalah RM500 (rasa macam diorang tipu je sebab penah guna AAM masa kat KL, xde plak kena charge pape except tol je, tu pun one way tol je). towing dengan insuran co hanya dicharge perjalanan sehala sahaja i.e. Kerteh-Kuantan
2- AAM (basic plan), hanya cover setakat RM200 sahaja, maka kami perlu membayar extra RM300, sedangkan towing co cover 50km pertama dan balance tu baru kami kena bayar.
3- kos/km charged by AAM adalah dalam RM1.50-2, manakala insurance co rm3/km. nampak macam lagi mahalkan kos/km oleh insuran co, tapiii......

Jom kita tengok perbandingan kosnya (total milage dari Kerteh-Kuantan ialah 95km) :

AAM
Insuran Co
Fixed rate @ RM500
Free for 1st 50km, rm3/km for the next km
Cover only up to RM200,
remaining RM300 kena bayar sendiri
50km – free, next 45km=RM45*3=RM135 
(x de tol sebab guna jalan dalam)


So inilah sebabnya kenapa kami opt untuk guna towing service dari insuran co dan bukan AAM. Apa yang kami pelajari dari pengalaman ni adalah:

1- bila beli kereta baru, jangan dok terima je pe yang salesman tu bagi, sebaliknya cek suma benda, even sekecil-kecilnya (kereta ni jugak salah plat no masa kami amik, perasan lepas dah sebulan guna, radio x function dengan baik sebab ada kabel yang x disambungkan)
2- x salah pun kalo saje2 kol insuran co untuk cek pasal kereta kita sebab kita bayar diorang. cek jugak pe pekhidmatan yang insuran co tu offer sebab kami hanya tau pasal towing tu bila diberitahu oleh pihak bengkel lain
3- nak amik perkhidmatan AAM tu bagus, cuma perlu tau dengan mendalam tentang perkhidmatan diorang.

Makanya, kami dah spend RM135 hanya untuk tarik kereta kami g Kuantan semata-mata untuk mengketatkan & membetulkan kabel yang x betul...huhuhuhu...salah kami ke itu??? Sumanya sebab kereta stil dalam waranty jadi kami x brani nak guna perkhidmatan dari bengkel luar sebab takut warantynya void. Agak-agaknya kalo claim dengan Honda, diorang akan bayar x kerugian kami ni....  (>o<)"

Nota kaki : Insuran co tersebut ialah Etiqa Takaful...





================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday 18 March 2013

OsteMatrix, Penyumbang Kalsium Harianku

Rasanya semua sudah sedia maklum yang bulan ni SHAKLEE membuat promosi bagi OsteMatrix. Sama konsepnya bagi setiap bulan, pembelian sebanyak 6 botol akan menerima 1 botol percuma (buy 6 FREE 1). Tahukah anda apa itu OsteMatrix? Jom layan gambar botol OsteMatrix ni dulu ^__^
-kecik je tabletnya, sangat mudah untuk ditelan-
OsteMatrix atau dalam perkataan yang mudahnya adalah tablet kalsium yang mengandungi 250mg kalsium per tablet yang juga mempunyai khasiat-khasiat lain seperti Magnesium, Vitamin D, Zink, Copper, Manganese & Boron. Ianya sangat antara tablet kalsium yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan sangat diperlukan oleh setiap orang. Mengapa OsteMatrix ini TIDAK hanya terdiri dari KALSIUM semata-mata?

Ini kerana, 

* nutrisi-nutrisi yang lain itu diperlukan bagi memastikan kalsium dapat diserap sepenuhnya oleh tulang kita dan bukannya mendapat ke tempat lain yang tak sepatutnya seperti buah pinggang,
* gabungan nutrisi ini adalah seperti binaan rumah yang sangat kukuh yang terdiri dari batu-bata dan simen di mana kalsium adalah ibarat batu-bata dan nutrisi lain adalah ibarat simen yang bertindak sebagai pengikat & pengukuh kepada batu-bata tadi

Apa pentingnya kalsium dalam kehidupan seharian kita? Mengapa kita memerlukan kalsium yang mana ianya bukan hanya penting kepada kaum wanita sahaja, tetapi juga pada kaum lelaki.

Kalsium sangat penting kerana ianya membantu menguatkan tulang yang mana tulang ini merupakan struktur yang sangat penting kepada badan kita. Ia juga merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Disebabkan itu, kita perlulah mengekalkan kesihatan tulang secara optima agar kita dapat menjalani kehidupan seharian kita dengan secara optimum juga. Tiada seorang manusia pun yang ingin hidup dengan gigi yang mudah pecah, tulang yang mudah rapuh, badan yang bongkok, pinggang yang sakit dan sebagainya. Pastikan aktiviti seharian anda akan terjejas sekiranya anda sering menghadapi situasi sebegini.
ostematrix kalsium shaklee

Kelebihan OsteMatrix berbanding produk kalsium yang lain :

1- lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan
2- semulajadi & berkesan
3- mudah ditelan
4- sesuai untuk mereka2 yang tidak gemarkan susu

Mereka-mereka yang memerlukan OsteMatrix adalah...

1- kaum ibu yang mengandung & menyusukan anak
2- wanita-wanita yang sering menghadapi masalah PMS
3- mereka yang kurang zat makanan & sangat jarang minum susu
4- wanita yang berumur 30tahun ke atas, juga remaja & kanak-kanak
5- mereka yang bekerja keras menggunakan tulang 4 kerat (macam Ali Baba)
6- mereka yang menghadapi masalah sembelit
7- kaum lelaki & wanita yang mementingkan kesihatan tulang untuk jangka masa panjang, seperti ANDA & SAYA

ostematrix kalsium shaklee

Jom baca beberapa testimoni dari mereka yang sudah mengambil & mengamalkan OsteMatrix...
testimoni ostematrix shaklee
testimoni ostematrix shaklee
testimoni ostematrix shaklee
testimoni ostematrix shaklee
testimoni ostematrix shaklee
**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================



Sunday 17 March 2013

Hidup Itu Sangat Singkat

March 17, 2013
Dalam 2 tahun ni, saya telah kehilangan 2 orang makcik di sebelah ayah & emak, iaitu Mak Ngah Esah & Mak Usu Ummi. Innalillah...

Apa yang saya nak ceritakan hari ini adalah situasi makcik-makcik saya ini sebelum kematian mereka. Untuk pengetahuan semua, mereka ini lah yang menjaga kami semasa kecil sewaktu mak & ayah pergi menunaikan haji. Mereka ini jugalah yang bertungkus lumus setiap kali ada kenduri diadakan, terutama sekali time kenduri kawin kami adik beradik. oleh dikatakan mereka antara makcik yang agak rapat dengan kami.

Mak Ngah Esah, kakak ipar kepada ayah. Arwah adalah seorang yang sangat cergas, aktif dalam kehidupan seharian, sihat & tegap tubuh badannya. Malah beliau merupakan ketua blok di kawasan Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi. Pantang ada majlis dikawasannya, arwah lah yang paling sibuk memasak & menguruskan segala hal. Arwah sangat baik & langsung x pernah berkira dengan sesiapa. Sepanjang hidupnya, seingat saya, arwah sangat jarang sakit. Sentiasa cergas walaupun berumur 60tahun lebih. Sebab itulah tiada siapa yang menjangka beliau diserang kanser, malah apabila dikesan, ianya sudah ditahap akhir. Hanya dalam masa 2bulan lebih saje, beliau sakit & akhirnya meninggal dunia di hospital.

Mak Usu Ummi, menemui jodoh pada umur yang lambat. Beliau berkahwin dengan Pak Usu, duda anak 7 yang kematian isteri kerana penyakit. Sepanjang perkahwinan mereka, tiada anak dikurniakan, tetapi anak-anak tiri beliau sangat menyayangi beliau seperti mak sendiri. Beberapa tahun selepas perkahwinan mereka, arwah mula mendapat beberapa penyakit. Ketika itu, arwah baru berumur awal 40-an. Setiap bulan pasti mereka berulang-alik ke beberapa hospital. Pak Usu dengan setianya membawa arwah ke hospital dan adakalanya ditemani 2 anak lelaki mereka yang bongsu. Diakhir hayat, arwah sangat menderita kerana badannya membengkak dengan teruk sehinggakan beliau hendak berjalan pun sukar. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya penyakit arwah kerana keadaan arwah yang agak menyedihkan setiap kali kami berjumpa. Beliau meninggal di hospital dengan didignos sebagai kegagalan pelbagai organ, pada usia 50tahun.

Dari kisah mereka, saya merasakan betapa singkatnya hidup ini. Hari ini mungkin kita rasa kita sihat, esok-esok belum tentu bagaimana. Hari ini kita bermain dengan gembiranya dengan anak-anak kita, esok belum tentu mereka dapat bermain dengan kita. Jika kita memang menghidap sebarang penyakit kronik, kita atlist boleh mengagak bila kita akan 'pergi'. Sebaliknya jika kita sentiasa merasakan diri kita sihat, jarang diserang penyakit, adakah itu satu jaminan bahawa kita memang btul-btul sihat & akan trus sihat pada esok hari dan hari-hari seterusnya? Waalahualam...

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri kita, anak2 & keluarga kita yang tercinta. Bukan saja dari segi pemakanan kita, tetapi secara menyeluruh. Pastikan keluarga kita mendapat pemakanan yang seimbang, ditambah pula dengan pengambilan supplemen bagi menampung kekurangan nutrisi, beriadah secara konsisten dan sebagainya. Jadikanlah gaya hidup sihat amalan hidup kita supaya kita x menyesal di kemudian hari...

* ingin dapatkan rangakain produk SHAKLEE? hubungi saya di 0192826397. konsultasi akan diberikan sebelum anda membeli sebarang produk *
rangkaian produk shaklee
**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 7 March 2013

Tonsil, Demam, Sakit Telinga...Nyahhh la Kamu...

March 07, 2013
Dalam masa 2 minggu ni, keluarga kami tiba2 jatuh sakit...mbe kepenatan disbbkan travel hari tu yang x berkesudahan. Mana taknya, lepas seminggu travel sempena cuti tahun baru cina, travel plak ikut ayah g meeting, pastu travel lagi sbb balik kecemasan, mak usu Ummi meninggal dunia...memang nampak sangat la anak2 kepenatan. Bukan takat anak2 je, Mama & Ayah pun sama...

Blong lepas 2 hari g skul, trus demam sampai kering2 bibir, ada saya citer kat sini. Memang sangat kesian. Masalahnya, demamnya time tu mmg sgt lain dari biasa sbb w/pun badan dia dah x panas, walaupun dia dah aktif bermain sana sini, tapi x lama pastu nanti suhu badannya akan nak tiba2 n dia akan mula penat dan terlepek je. Rupa-rupanya, blong kena TONSIL [ :'( ] last dia kena adalah setahun yang lepas. Nasib kami cepat bawak g klinik sebab menurut kata mak, tonsil ni bahaya jugak sbb kalo x dirawat dia bleh membiak sekaligus bleh menutup saluran pernafasan..fffuhhhhhh scary...

Lepas blong sihat, tengok2 x lama pastu Mama plak kena tonsil. Simptom yang sama dengan blong, demam sampai mengigil2, tekak sakit giler, telinga sakit, sampaikan nak telan air liur pun sangat sakit. No wonder la blong x mo minum air & makan jauh sekali masa dia sakit ari tu...

Buat yang x tau camne sakit tonsil tu, meh tgk gambar ni. Suma orang ada tonsil ni, so meh la kita tambah ilmu pengetahuan sama2 supaya bila sakit, tau dah camne nak ubati.
rawat tonsil dengan shaklee
So apakah CARA MENGUBATInya?

1- melalui ubat antibitiok. Antibiotik ni biasanya diberikan bila tonsil ini adalah disebabkan oleh bakteria.
2- ubat sakit tekak. tapi doc yang saya jumpa menasihatkan adalah lebih baik dirawat dgn berkumur air garam+limau berbanding ubat sakit tekak sebab ianya lebih efektif. pengalaman saya ari tu, dapat ubat tekak tu, saya x mo hisap, ingat nak telan, mana tau x lepas telan, almost tercekik sebab dia x mo turun w/pun dah minum banyakkk air. nasib kuar balik masa muntah. rupanya tonsil tu dah cover saluran tekak saya huhuhu
3- panadol sebagai ubat tahan sakit/untuk hilangka demam (in which saya x amik pun, just minum Performance Drink Shaklee je kihkihkih)

Tonsil ni sangat suka menyerang kanak-kanak berumur antara 5-15tahun memandangkan pada usia ini mereka sangat aktif & ada yang tidak menjaga sangat kesihatan mulut & gigi. Jadi ibu2 dan bapa2, awasilah anak anda & perhatian serta kenali simptom2 tonsil agar ianya boleh dicegah dari awal....


**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================