Wednesday 28 February 2018

KENAPA RUGI JIKA TAK BELI YOUTH PROMO MAC INI....

February 28, 2018
Assalamulaikum....

Shaklee akan buat pelancaran YOUTH Skincare bermula 1 Mac nanti (tinggal beberapa hari je lagi kan)..
.
Ramai yang dah mula buat pre-order sekarang..
Sebabnya...
.
pengedar shaklee kemaman kemasek kerteh terengganu1) YOUTH PROMO Premium Set akan dapat FREE Radiance Vit C & E (bernilai RM300++)
2) YOUTH PROMO Premium Set akan dapat FREE Beauty Bag (bernilai RM50++)
3) YOUTH PROMO Starter Set akan dapat FREE Mirror (bernilai RM20++)
4) FREE POSTAGE (bernilai rm10.60/rm21.20)
5) FREE MEMBERSHIP (bernilai rm68.90)

6) CASH REBATE
.
Dannnn..
.
Dengar cerita, semasa pelancaran YOUTH kat Taiwan, terus SOLD OUT! 
Gigit jari weiiii siapa yang tak sempat beli.. 🤷🏻‍♀
Maka, haruslah taknak ketinggalan..
Kan?
.
Apa yang ada dalam SET PROMO YOUTH ni? 
.
🍒 YOUTH PROMO Premium Set 🍒
.
1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Moisturizer SPF 50
5. Advanced Renewal Night Cream - Light
6. Radiance Vitamin C & E (FREE)
.
🍒 YOUTH PROMO Starter Set 🍒
pengedar shaklee kemasek kemaman kerteh terengganu.
1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Age Defense Moisturizer SPF 50
4. Advanced Renewal Night Cream - Light
.
Cepat... Cepat..
Jangan lambat-lambat... 💃🏻💃🏻💃🏻
.
"Look Younger Longer"
.
Pre-order sekarang dengan wasap terus ke 👉🏻 http://preordersetyouth.wasap.my/

Follow saya di ig & fb page untuk menjadi antara yang terawal mendapat info yang terkini....😍

Vitamins Kita

Tuesday 27 February 2018

Youth Skincare Terbaru daripada Shaklee

February 27, 2018
Assalamualaikum......

pengedar youth shaklee kemasek kerteh kemaman terengganuBuat julung-julung kalinya Shaklee bakal memperkenalkan YOUTH Skincare Shaklee Produk Baru yg Bakal Gegar Malaysia yang akan menggantikan Enfuselle dan Nutriwhite. Produk baru ini adalah produk skincare yang inshaAllah lebih baik dari kedua-dua produk tersebut. 

Bestnya YOUTH Skincare Shaklee Produk Baru Bakal Gegar Malaysia ini kerana ia 100% menggunakan tumbuh-tumbuhan, tidak diuji ke atas haiwan dan bebas gluten! Dan yang paling best, semua produk ini mengandungi polifenol yang membantu membaikpulih kulit muka hingga ke peringkat sel 😱😱😱Best kan? Sihatkan kulit dari akarnya.

pengedar shaklee kemaman kemasek kerteh terengganu
YOUTH Skincare Shaklee ini terdiri daripada 6 jenis produk yang sangat amazing. Jom kita tengok apa yang bestnya setiap jenis item yang ada dalam Youth Skincare Shaklee ini.

🌷YOUTH Activating Serum
YOUTH Serum ni mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang membantu pemulihan secara kritikal. Dengan campuran vitamin, polifenol, produk ini dapat:
  👍membantu penghasilan kolagen dan membaikpulih hingga pada tahap sellular.
  👍mengembalikan aura seri muka yang superb dan keremajaan kulit.

🌷YOUTH Perfecting Skin Toner
Dengan YOUTH Toner, kulit anda akan kelihatan lebih licin, lebih lembap dan juga terpelihara dari dari sel-sel yang telah mati (yang menjadikan kulit kusam) dan bebas dari segala pencemaran persekitaran (toksin-toksin). Ia membantu menjadikan kulit kita lebih berseri-seri!

🌷YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
Melindungi kulit kita dari sinaran matahari. Sumber bahan semulajadi dari hidupan laut biopolimer yang terdapat di dalam moisturizer ini membantu melindungi kita daripada pencemaran. Kesan dari vitamin yang terkandung di dalam produk ini dapat membantu melembapkan kulit wajah kita dan meningkatkan penampilan tona warna kulit yang lebih sekata.

🌷YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
Produk 3 dalam 1 ini mengandungi :
  👍pH yang seimbang
  👍Bebas sabun
  👍Gabungan daripada vitamin dan polifenol serta alga mengilatkan & menjernihkan kulit.

🌷YOUTH Advanced Renewal Night Cream
Krim malam ini dapat menyokong proses pembaharuan sel kulit muka kita sewaktu kita sedang tidur. Dengan campuran bahan botani yang sangat best, ia membantu penghasilan kolagen dan elastin yang membuatkan kulit kita kelihatan lebih muda, lebih lembut & halus, dan glowing!

🌷YOUTH Radiance C + E
Formula gabungan vitamin C tulen dan vitamin E ini membantu mencerahkan kulit dan ia telah terbukti dapat mengurangkan kesan garisan-garisan dan kedutan. Ia juga membantu mengurangkan pigmentasi, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Bestkan produk Youth? InshaAllah Mac 2018 dah ada dipasaran. So korang kalau nak Pre-Order sekarang sangatlah digalakkan, bagi menggelakkan anda menangis di bucu katil akibat stok habis..... 

Jom Pre-Order HARI INI juga....
.
Utk pre-order, whatsapp saja saya disini 👉 http://preordersetyouth.wasap.my/

Follow saya di ig & fb page untuk menjadi antara yang terawal mendapat info yang terkini....😍

Vitamins Kita

Monday 26 February 2018

Lebih 10 Sebab Kenapa Anda Wajib Dapatkan Set Penjagaan Kulit Muka Shaklee

February 26, 2018
Assalamualaikum.....

Korang......psssttttt.....
👇
SHAKLEE ADA SKINCARE BARU!!!
.
Ya, Shaklee bukan ada vitamin yang berkualiti je, tapi turut juga mempunyai set skincare yang sangat hebat! Kalau sebelum ni Shaklee ada Nutriwhite dan Enfuselle, tetapi kali ni Shaklee telah mencipta skincare yang jauh lebih hebat lagi iaitu YOUTH 😍
.
Pernah dengar tak pasal YOUTH?
.
Ok, ni sedikit sebanyak tentang YOUTH ya...
.
pengedar youth shaklee🍒 Menjalani Research selama 8 tahun
🍒 Diuji oleh Pakar Oftalmologi
🍒 Diuji oleh Pakar Dermatologi
🍒 8 paten- paten diproses
🍒100% vegan, berasaskan tumbuhan
🍒100% telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yg kelihatan muda
🍒Bebas daripada 1500 bahan kimia terlarang
🍒Gluten free
🍒Tidak diuji ke atas haiwan
🍒Kulit wajah dijamin akan kelihatan 10tahun lebih muda dari usia selepas penggunaan YOUTH ini
🍒Sesuai untuk semua jenis kulit
.
It is proven‼
U can get a decade younger skin by using YOUTH
Taknak ke umur dah 35, tapi dapat kulit umur 25 ❓🙈🤭

Bestkan YOUTH
Ada banyak lagi saya nak share tentang YOUTH ni...
Tungguuuuuuu...
.
pengedar shaklee kemasek kerteh kemaman terengganu
Yang penting, InshaAllah Mac 2018 YOUTH akan berada dipasaran Malaysia. 
So korang kalau nak Pre-Order sekarang sangat-sangat lah digalakkan sebab dengar-dengar set skincare YOUTH ni sangat LAKU KERAS di negara lain dan licin hanya selepas beberapa hari sahaja pelancarannya 😱😱
.
Jadi....
Sanggup ke korang menjadi antara yang menggigit jari sahaja tu....
Kalo tak, jom cepat hubungi saya ye...

📱http://preordersetyouth.wasap.my/

Follow saya di ig & fb page untuk menjadi antara yang terawal mendapat info yang terkini....😍

Vitamins Kita




Wednesday 7 February 2018

Dear Diary Day 38

February 07, 2018
Assalamualaikum...
public gold agen kemasek kemaman terengganu
Hari ni tadi, macam biasalah pagi-pagi bukak apps google kat handphone, kunun nak bukak blog
BeautifulNara 😅 Sekali ternampak berita tentang emas. Katanya harga emas lebih stabil berbanding pasaran saham yang mula merudum. Terus bukak website Public Gold dan tengok-tengok eh harga emas tengah turun...RM184/gram...Wow, good opportunities ni...

Sebelum tu, saje la nak bagitau yang suami saya sekarang tengah berdikit-dikit buat part time as Public Gold agent. So kalo korang ada nak buat simpanan dalam bentuk emas, boleh la roger dia 👉 0192826300 (zaha). Kami memang survey dan study dulu sebelum menceburkan diri dalam field ni, yelah benda melibatkan duit bukan senang-senang nak kluarkan kan...

So terus la saya whatsapp kat prospek yang selama ni dok aim nak bukak akaun GAP ni la under Public Gold. Memandangkan harga ni kira agak murah, maka terus la dia sign up dan bukak akaun untuk anaknya. Untungkan....

public gold agen kemaman terengganu
Sekarang ni simpanan dalam bentuk cash kat bank bukan lah the only way untuk kita menyimpan. Boleh opt untuk simpanan dalam bentuk emas juga sebab emas sememangnya diketahui lebih stabil dan diterima dimana-mana. Malah, dengan Public Gold ni, kita boleh pilih sama ada nak biarkan emas yang fizikal tu duduk dendiam kat bank ataupun kita nak simpan sendiri. Terpulang...

Nanti saya akan buat satu entry khas untuk cerita tentang Public Gold ni ye dan hasil dari apa yang kami survey 😊tapi kalo korang memang dah lama aim nak beli emas kat Public Gold ni, boleh terus contact suami saya HARI  NI juga ye sebab rugi sangat kalo tak grab harga harini....

Till then...

XOXO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : kalo nak beli supplemen Shaklee, boleh la hubungi saya ye 👇

pengedar shaklee kemaman terengganu




Friday 2 February 2018

Dear Diary Day 33

February 02, 2018
Assalamualaikum....

Harini hari Jumaat. Kalo kat terengganu ni, hari Jumaat ialah hari cuti, kira hari minggu la. Biasanya hari Jumaat kami akan ke Pasar Tani untuk topup stok bahan mentah. Tapi harini, terasa malas nak pergi memandangkan stok masih ada, plus esok katanya ada jualan murah bahan mentah kat Paka. Jadi rasa nak g tengok esok jela....

baking cookies
Sepanjang hari, spend masa dengan anak-anak je. Kluar breakfast, then singgah cuci mata tengok kain potong kat Mesra Mall (read : terbeli 5 pasang kain huhuhuhu), then lepak kat rumah je.

Nak dekat petang, tetiba dapat message ni kat whatsapp :

"As salam nisah. Hari ni nisah ada ke kat rumah? Fahim ni sibuk suruh tanya. Dia nak main dengan ashraf.😌😌😅 petang2 kalau ada kejap je takpe bagi dorang main sama."

Lalu saya pun reply...

"Wsalam... Ada je...dtg la dlm pkul 5.30 ke atas xpe... Sbb diorg nak g teman jiran depan umah ni kjap.."

Bila bagitau kat anak-anak, seronok bukan main diorang. Yelah, kat kawasan taman kami ni tak de budak yang sebaya diorang nak diajak main. Alih-alih pun main sesama mereka jela...

Nak jadi cerita, fikir-fikir ada budak-budak nak datang main, buat biskut pun sedap juga. Teringat pernah salin satu resepi biskut yang dapat dari grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang femes yang fb tu. Belek resepi, tengok barang ada, apa lagi...Trus start baking...Dan hasilnya.....

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

pengedar shaklee kemaman kemasek kerteh terengganu
biskut choc fudge

Nampak tak rekahan tu? Cantikkan....Ni 1st time buat tau dan alhamdulillah menjadi dengan sangat cantik dan sedap (ada manis sikit la...maybe next time boleh kurangkan sikit gula kot 😬) Oh ya...sebelum terlupa, nak share resepi untuk biskut yang sangat mudah dibuat tapi sedap sangat ni.....

Bahan-bahan....

212gm dark chocolate
3sb salted butter
2 telur size A
1/2 cawan gula pasir
65gm gula perang
1sk vanilla esen
1/4sk baking powder
1/2sk garam
150gm tepung gandum

Cara-caranya :
1. Panaskan oven pada suhu 170c
2. Cairkan coklat + butter secara double boil. Pabila dah cair, boleh la diketepikan
3. Ambil bekas lain, pecahkan telur+gula+vanilla....Kacau sehingga pucat & sedikit kembang
4. Masukkan coklat yang dah dicairkan tadi dan kaup balik sehingga sebati
5. Masukkan adunan tepung+baking powder+garam (bahagikan kepada 3 bahagian) ke dalam campuran diatas tadi. Kaup balik sehingga sebati semuanya
6. Biarkan campuran rehat agak dalam 10minit
7. Sementara tu, lapik kan bekas dengan kertas baking  @ silicone liner (wajib buat kalo tak nanti biskut melekat pada baking tray)
8. Cukup masa,  boleh la scoop kecik-kecik adunan tadi ke dalam baking tray. Pastikan jarak antara setiap satu jauh sebab nanti biskut ni akan mengembang
9. Bakar selama 8minit SAHAJA. Cukup masa, keluarkan dan biarkan ianya sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Amacam? Senang je kan...Dapat la dalam 50biji lebih juga biskut ni kalo buat 1 aduanan. Puas la makan dan boleh la hantar ke jiran sikit sorang kuikuikui

Jadi bleh la korang cuba....Ngap-ngap makan dengan anak-anak sambil tengok tv seronok juga...Cuba tau, jangan lupa...😆
Till then....

XOXO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : kalo berminat dengan sebarang produk Shaklee, boleh la hubungi saya ye...

pengedar shaklee kemaman terengganu




Thursday 1 February 2018

Dear Diary Day 32

February 01, 2018
Assalamualaikum.....

hobi anak-anak

Entah apa masalahnya dengan akuarium kecil anak-anak tu, hari ni ikan bandaraya pulak yang mati. Masuk ni, rasanya dah 8ekor ikan mati semuanya (batch yang beli serentak). 6 ekor guppy, seekor swordtail n seekor bandaraya. 

Frust jugak kalo ikutkan sebab ikan bandaraya ni kalo ikutkan  antara ikan yang paling tahan lasak dan tak perlukan penjagaan yang rapi pun. Tapi entah la kenapa dia pun boleh mati. So lepas ni takde dahla ikan yang nak tolong cucikan akuarium tu. Memang harapkan pada pam kecik tu jelah. Dan jawabnya setiap minggu jatuh hukum WAJIB cuci akuarium dan segala perhiasan dalam tu supaya takla busuk satu rumah dengan bau airnya.......

Adakah perlu beli ikan bandaraya yang lain demi menjamin kebersihan akuarium tu?

Tunggu dululah. Kita tengok tahap ketahanan dan survival ikan-ikan yang masih ada. 4ekor guppy, seekor swordtail dan lagi 2 ekor tak ingat spesis apa. Nantikan lagi update tentang ikan belaan anak-anak kami ni ye...😄

Til then....

XOXO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : kalo berhajat nak beli supplemen yang SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM, boleh hubungi saya ye...👇

pengedar shaklee kemaman kerteh terengganu