Friday 2 February 2018

Dear Diary Day 33

Assalamualaikum....

Harini hari Jumaat. Kalo kat terengganu ni, hari Jumaat ialah hari cuti, kira hari minggu la. Biasanya hari Jumaat kami akan ke Pasar Tani untuk topup stok bahan mentah. Tapi harini, terasa malas nak pergi memandangkan stok masih ada, plus esok katanya ada jualan murah bahan mentah kat Paka. Jadi rasa nak g tengok esok jela....

baking cookies
Sepanjang hari, spend masa dengan anak-anak je. Kluar breakfast, then singgah cuci mata tengok kain potong kat Mesra Mall (read : terbeli 5 pasang kain huhuhuhu), then lepak kat rumah je.

Nak dekat petang, tetiba dapat message ni kat whatsapp :

"As salam nisah. Hari ni nisah ada ke kat rumah? Fahim ni sibuk suruh tanya. Dia nak main dengan ashraf.😌😌😅 petang2 kalau ada kejap je takpe bagi dorang main sama."

Lalu saya pun reply...

"Wsalam... Ada je...dtg la dlm pkul 5.30 ke atas xpe... Sbb diorg nak g teman jiran depan umah ni kjap.."

Bila bagitau kat anak-anak, seronok bukan main diorang. Yelah, kat kawasan taman kami ni tak de budak yang sebaya diorang nak diajak main. Alih-alih pun main sesama mereka jela...

Nak jadi cerita, fikir-fikir ada budak-budak nak datang main, buat biskut pun sedap juga. Teringat pernah salin satu resepi biskut yang dapat dari grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang femes yang fb tu. Belek resepi, tengok barang ada, apa lagi...Trus start baking...Dan hasilnya.....

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

pengedar shaklee kemaman kemasek kerteh terengganu
biskut choc fudge

Nampak tak rekahan tu? Cantikkan....Ni 1st time buat tau dan alhamdulillah menjadi dengan sangat cantik dan sedap (ada manis sikit la...maybe next time boleh kurangkan sikit gula kot 😬) Oh ya...sebelum terlupa, nak share resepi untuk biskut yang sangat mudah dibuat tapi sedap sangat ni.....

Bahan-bahan....

212gm dark chocolate
3sb salted butter
2 telur size A
1/2 cawan gula pasir
65gm gula perang
1sk vanilla esen
1/4sk baking powder
1/2sk garam
150gm tepung gandum

Cara-caranya :
1. Panaskan oven pada suhu 170c
2. Cairkan coklat + butter secara double boil. Pabila dah cair, boleh la diketepikan
3. Ambil bekas lain, pecahkan telur+gula+vanilla....Kacau sehingga pucat & sedikit kembang
4. Masukkan coklat yang dah dicairkan tadi dan kaup balik sehingga sebati
5. Masukkan adunan tepung+baking powder+garam (bahagikan kepada 3 bahagian) ke dalam campuran diatas tadi. Kaup balik sehingga sebati semuanya
6. Biarkan campuran rehat agak dalam 10minit
7. Sementara tu, lapik kan bekas dengan kertas baking  @ silicone liner (wajib buat kalo tak nanti biskut melekat pada baking tray)
8. Cukup masa,  boleh la scoop kecik-kecik adunan tadi ke dalam baking tray. Pastikan jarak antara setiap satu jauh sebab nanti biskut ni akan mengembang
9. Bakar selama 8minit SAHAJA. Cukup masa, keluarkan dan biarkan ianya sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Amacam? Senang je kan...Dapat la dalam 50biji lebih juga biskut ni kalo buat 1 aduanan. Puas la makan dan boleh la hantar ke jiran sikit sorang kuikuikui

Jadi bleh la korang cuba....Ngap-ngap makan dengan anak-anak sambil tengok tv seronok juga...Cuba tau, jangan lupa...😆
Till then....

XOXO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : kalo berminat dengan sebarang produk Shaklee, boleh la hubungi saya ye...

pengedar shaklee kemaman terengganu




No comments:

Post a Comment