Sunday, 21 January 2018

10 Manfaat Utama Coq-Trol

January 21, 2018
Assalamualaikum....

shaklee  kemasek kerteh kemaman terengganu
Kecoh sekarang ni tentang vitamin terbaru Shaklee yang bernama Coq-Trol Health tu...Korang ada dengar tak? Kalo belum, tak apa. Hari ni meh saya nak cerita serba sikit tentang Coq-Trol Health ni. Yang dah pernah dengar pun boleh baca jugak, boleh menambahkan ilmu.....

Apa itu sebenarnya Coq-Trol Health ni ?

CoQ10 ni adalah satu enzim yang ada dalam badan kita yang disimpan dalam mitochondria sel badan kita. Mitochondria ni tugasnya macam bateri. Ia bekalkan tenaga untuk sel. Mitochondria ni juga lah yang melindungi sel badan kita dari radikal bebas dan juga dari bakteria dan virus yang merupakan punca kepada penyakit.

Semakin kita berusia , semakin kurang CoQ10 terhasil. Logikla kan, badan dah mula slow down 😅

Apa sebenarnya manfaat CoQ10 ni pada badan kita ek....

10 manfaat utama Coenzyme Q10 ( CoQ10 )

🍃Meningkatkan Kesihatan Jantung Keseluruhan

Enzim ini membantu dalam pengekalan keadaan oksidatif normal kolesterol LDL. Bersama-sama dalam meningkatkan peredaran darah yang lebih baik untuk jantung, enzim ini juga membantu otot jantung bekerja secara optimum. Enzim ini juga bermanfaat dalam melindungi dinding arteri daripada pelbagai keadaan yg dianggap bahaya, termasuk lemak.

Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung.

Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

🍃 Mencegah Migrain

Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil CoQ10 sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.

🍃 Elakkan Penyakit Gusi

CoQ10 adalah makanan tambahan yang baik untuk penyakit gusi. Anda boleh mengambil mereka secara lisan dalam bentuk makanan tambahan.

🍃 Meningkatkan Tenaga

Kajian telah menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria, yang mana CoQ10 membantu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan tubuh anda.

🍃 Membantu Penurunan Berat Badan

Sebagai antioksidan, CoQ10 boleh membebaskan badan manusia daripada toksin berbahaya, dengan itu memastikan kadar metabolik yang lebih baik. Semakin tinggi kadar metabolisme, lebih cepat penurunan berat badan akan berlaku. Sifat antioksidan enzim ini membantu dalam meningkatkan kadar pembakaran lemak semasa senaman, dengan itu menggalakkan penurunan berat badan.

🍃 Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah setara seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.

🍃 Membantu Dalam menguatkan rambut

CoQ10 adalah antioksidan yg melawan kerosakan radikal bebas dan menguatkan rambut anda. Selain mencuci banyak kotoran dari kulit kepala anda, ia juga mengurangkan keguguran rambut. Oleh itu, ia membanturambut anda kelihatan lebih tebal.

🍃 Mengurangkan keradangan

Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif – dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.

🍃 Membantu Dalam Rawatan Penyakit Genetik Dan Diwarisi

Para penyelidik telah mengkaji kesan CoQ10 pada beberapa gangguan yang diwarisi di mana terdapat mitokondria yg gagal berfungsi. CoQ10 memulihkan semula mitokondria yg tidak berfungsi dan mengalirkan tenaga seperti sedia kala. Enzim ini juga membantu dalam meningkatkan stamina untuk digunakan oleh mereka yg bina badan.

🍃 Untuk Sihat, Kulit muda

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada kulit anda. Sifat antioksidan enzim ini membantu dalam membaiki kerosakan radikal bebas dan mengurangkan garis-garis halus, kedutan, dan tanda-tanda penuaan. Oleh itu, enzim ini boleh digunakan untuk memiliki kulit yang lebih anjal, lebih muda dan bebas dari kesan sinaran UV.

Sekarang dah tahukan kelebihan dan manfaat CoQ10 ini. Jadi, dah sampai lah masanya untuk and ambil CoQ-Trol ni sebagai vitamin tambahan harian dalam diet anda. Ianya boleh dikatakan memelihara fungsi badan tidak kira kesihatan ataupun kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki

Jadi...

Apa yang anda dok tunggu lagi....

Rugi sangat la kalo tak start ambil CoQ-Trol ni sebagai salah satu daripada vitamin wajib ambil setiap hari...CoQ-Trol ni, ala-ala Vivix tau sebenarnya, cuma bahan-bahan yang digunakan kuantitinya kurang la dari Vivix. Harga pun jauh lebih murah dari Vivix. So kalo selama ni anda dok berkira nak beli Vivix sebab harganya yang WOW itu, tak peeee......Anda masih sempat lagi nak beralih kepada CoQ-Trol Plus plak ye....

Whatsapp je saya untuk order ye 👉http://shakleekemasek.wasap.my/

Atau kalo anda nak order je sendiri terusss dengan Shaklee, boleh klik sini 👉http://bit.ly/2F4PLnX

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CoQtrol shaklee kerteh terengganu

Thursday, 11 January 2018

Coq-Trol Bantu Bekalkan Tenaga Berpanjangan

January 11, 2018
Assalamualaikum......
shaklee kemasek terengganu
Pernah tak korang dengar tentang CoQ10?
Dulu, back in 2015 kalo tak silap, Shaklee ada kluarkan produk ni, tapi sekejap je. 
Tapi kini...ianya telah kembali..malah dengan formula yang lebih hebat lagi....😱😱😱
Memperkenalkan........
(drum roll please....)
👇
CoQ-Trol..

kuatkan otot jantung
Ada banyak sangat manfaat CoQ-Trol ni tau..
Antaranya:
🍒 Tingkatkan kekuatan otot
🍒 Cepatkan pemulihan luka
🍒 Kuatkan otot jantung
🍒 Sokong fungsi jantung yang sihat
🍒 Tingkatkan paras tenaga bagi yang mengambil statin untuk rendahkan kolestrol dalam darah (statin menyekat penghasilan CoQ10 dalam badan)
🍒 Meningkatkan jumlah sperma
🍒 Meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
🍒 Meningkatkan kualiti ovum
🍒 Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
🍒 Meningkatkan tekstur kulit
🍒 Menjana fungsi otak yang sihat
🍒 Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

Jadi tunggu apa lagi...

Segera dapatkan sebotol CoQ-Trol HARI INI juga dan rasakan lah perbezaannya...
Lepas tu, boleh la repeat lagi beli...dan lagi...dan lagi...dan lagi...
Atau kalo nak untung, join terus as Shaklee member...of coz dengan saya, dan anda boleh nikmati PENJIMATAN BERGANDA setiap kali anda repeat order CoQ-Trol ni....
Best ke best.....😋
Untuk dapatkan CoQ-Trol ini, boleh wasap terus ya..
Ataupun boleh klik link di bawah, untuk pembelian terus dengan Shaklee..
👇🏻
http://bit.ly/2F4PLnX
Happy shopping.....😎

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

pengedar shaklee kemasek


Friday, 5 January 2018

Dear Diary Day 5

January 05, 2018
Assalamualaikum...

Harini blong n en asben g beli ikan. Akhirnya selelpas beberapa kali tunda, sampai juga hajat blong nak beli ikan untuk bela. 

Kisahnya, blong minta hadiah ikan sebagai hadiah final exam dia last year. Alhamdulillah dia dapat no 3 dalam kelas dan no 5 dalam darjah. No bad kan (syukur..🙌...)..Sepatutnya hujung tahun lepas lagi nak beli, tapi tak sempat sebab bulan Disember aritu kami lama balik ke bangi. So macam jenuh la plak kalo ada bela ikan, nak kena kelek akuarium tu kan....

Memandangkan hari ni ada pasar tani, maka pergilah blong n ayahnya untuk beli ikan. Mama pesan, nak beli ikan tu beli ikan yang lasak dulu, tengok boleh jaga ke tak. Ikan lasak ni macam ikan puyu, ikan laga tula. Takde kena manja-manja sangat bela. Just kena tukar air n bagi makan je.

Maka belilah mereka 3 ekor ikan puyu. Then bubuh dalam akuarim kecik yang plastik tu. Akuarium ni beli dah dulu masa bela kura-kura 🐢 (dan ikan dapat free...) Tu pun beli tak dirancang masa ada Karnival Nelayan dulu kat Kerteh ni. Tapi ikannya semua tak tahan lama. Tak tau sebab tak cukup oksigen ke, tak cukup makan ke...atau penat turun naik kereta kemasek-bangi-kemasek 👀

So masuk la mereka ke rumah baru untuk sementara waktu. Harap bertahan la ye....

Excited punya pasal, balik solat jumaat rupanya diorang ni g mrDIY untuk beli batu dan pokok hiasan. Beria sungguh blong. Takpe, kita support je mana yang boleh 😅

shaklee kemasek kerteh kemaman terengganu
source : pinterest
till then....

XOXO

p/s : kalo nak cari supplemen Shaklee, boleh la roger saya ye....

shaklee terengganu

Tuesday, 2 January 2018

Dear Dairy Day 2

January 02, 2018
Assalamualaikum...

Day 2 in year 2018. Hari ni baru berkesempatan jenguk bngah kat sekolah. 1st day semalam ayahnya yang hantar sebab mama kena temankan bchik.

Lepas dah hantar bchik kat tadika, n bchik pun nampak dah selesa tak de drama airmata bagai, so mama pun gerak la ke sekolah bngah. Agak ada 10minit sebelum sampai waktu break minum pagi, so tuunggu jela dalam kereta dengan baby lily. Nasib baik la si comel sorang ni baik je, lena tido dalam car seat dia..😴 Kebetulan hujan renyai-renyai pulak tu...

Turun g jenguk jap kelas bngah, tengok semua tengah duduk baik. Ada pengawas tolong cikgu kawal kelas.

shaklee kemasek kerteh kemaman terengganuCukup masa, elok sebaris keluar bngah n kengkawan dalam barisan. Mula nampak girls je dulu, then baru barisan boys. Happy giler muka bngah time lalu depan kereta mama, siap tunjuk bekal dia. Hari ni bawa nasi goreng n nugget. Agak semua pelajar dah settle duduk, dah baca doa semua mama pun g la jenguk kantin. Tengok dari jauh je sebab nak biar bngah bergaul dengan kengkawan dia. Alhamdulillah elok la makan, siap suap kawan dia nugget. Kawan pun ada yang minta nugget, okla share la kan....

Ingat kenyang dah la. Sekali bngah datang kat mama tanya,

Bngah: "Mama, boleh tak saya nak g beli makanan?"
Mama:  "Nasi goreng n nugget dah habis? Tak kenyang lagi ke?"
Bngah: "Nugget dah habis, nasi goreng je belum. Pedas la mama"
Mama: "Okla, g la beli" (dalam hati tahu dah, macam mana pun dia memang nak beli 😅)

Settle semua, then mama pun balik la. Banyak lagi urusan nak buat kat rumah.

Till then.....😘

XOXO

p/s: yang berminat nak dapatkan vitamin Shaklee, boleh la hubungi saya ye....

shaklee kerteh terengganu





Monday, 1 January 2018

Dear Diary Day 1

January 01, 2018
Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita di tahun baru....Tahun 2018 yeay....

Masuk tahun baru, maknanya umur pun bertambah la setahun. Walaupun tarikh lahir kita mungkin jatuh pada hujung tahun, seperti November ke...Disember ke...tapi secara teknikalnya, umur kita tetap dah bertambah setahun lagi. Kalo nak daftar sekolah pun ikut tahun lahir, bukan ikut bulan lahir kan...

Bila masuk tahun baru je, apa yang selalu dikaitkan?

Semestinya azam baru untuk tahun tu...Betul tak? Samalah saya...Dulu masa kecik-kecik memang setiap tahun mesti ada pasang azam baru bila masuk je tahun baru. Tapi entah la, tercapai ke tak pun tak ingat dah huhuhu...🙈

Untuk tahun ni, tak de la saya beria sangat pun pasang azam. Yelah, umur pun dah 30-an, so rasa macam tak sesuai je pasang azam kuikuikui   Cuma tahun ni saya bercita-cita dan dok pasang hajat nak repeat pergi ke umrah hujung tahun ni. Ntah kenapa terasa rindu sangat plak pada bumi Madinah dan Tanah Haram bila dok tengok kengkawan dan sedara mara yang berpeluang menjejak kaki ke sana pada cuti sekolah yang baru lepas ni. Semoga dipermudahkan... Doa la kan saya ye...😉

pengedar shaklee kemasek
Lagi satu saya azam nak update blog yang dah bersawang ni setiap hari. Nak buat blog ni ala-ala diari la. Rasa macam best je...Teringat pulak zaman kecik-kecik dok tulis diari tiap hari. Siap ada beli diari yang ada kunci kat tepi tu sebab tak mo orang lain baca hahaha...Ala-ala diari rahsia la kan hihihihi 

Tapi diari blog ni tak la rahsia, sebab blog ni pun saya create dari awal sebab nak berkongsi cerita dengan semua readers...

So to all readers, sudi sudi la drop komen lepas dah lawat blog saya ye..Nanti saya g jenjalan kat blog korang plak ye....

Till then...

XOXO

p/s : yang berhajat nak order Shaklee, boleh la hubungi saya ye...

shaklee terengganu

Thursday, 9 March 2017

Please Be Alert Jika Anak Anda Tiada Respon Bila Dipanggil...sambungan

March 09, 2017
Assalamualaikum...

Kita sambung ye cerita tentang masalah bngah tu.

Jumaat minggu lepas kami g la jumpa doktor pakar ENT kat KMC. Lepas doktor cek, masukkan kamera melalui both telinga dan juga hidung, resultnya memang ada sesuatu yang tak kena dengan both pancaindera bngah ni.

Kesan dari selsema dan batuk berkahak yang berpanjangan ni, telinga sebelah kiri bngah dipenuhi dengan air. Sampaikan ruang udara yang dalam telinga tu tertutup. Pressure dalam telinga tu seolah diblok dengan air yang banyak sampai signal suara dari luar tak boleh nak masuk. Haaaa gitu la lebih kurang penerangan yang mudah.

Tapi..

Doktor tak tau setakat mana tahap ketidak dengaran bngah ni. So doktor suruh buat audio test plak kat bahagian audio nilah.



Testnya mudah je.  Bngah akan duduk dalam satu bilik kedap suara bersama dengan audiologist (ntah btul ke dak pangkat ni 😌), then dibagi pakai macam earphone. Depan bngah ada satu mainan yang masukkan buah dalam lubangnya..lupa nak snap gambar... Audiologist tu akan pasang bunyi macam bunyi burung dan setiap kali bngah dengar bunyi tu, bngah kena masukkan satu buah dalam bekas lubang tu. Frekuensi bunyian tu akan mula dari kuat dan kemudian makin slow.

Lepas tu, ada satu lagi headphone kecil dipasang di belakang telinga bngah dan test lebih kurang sama dijalankan. Kali ni nak tengok sensitivity saraf telinga bngah plak.

Dan hasilnya....

Tak leh nak bubuh plak gambar....nanti adjust semula...Resultnya...both sides telinga bngah 50% tak dengar....

Aduhai...no wonder la dia jadi macam tu. Panggil tak berjawab, tengok tv volume kuat, rupanya ada masalah pendengaran anakku huhuhuhu 😭😭😭😭😭 kesian bngah, sia-sia je kena marah kadang-kadang sebab ingat dia saje buat tak dengar huhuhuhu..

But then..it's not end yet...

Back to doktor ENT, kes bngah ni tak teruk lagi. So doktor suggest tuk try keringkan dulu bahagian dalam telinga bngah dan hidung dia. Sebab puncanya ialah air tu tadi. Belum sampai tahap kena operate lagi. Doktor bekalkan 3 jenis ubat untuk spray hidung bngah, dan satu ubat selsema.

Alhamdulillah lepas seminggu guna ubat spray tu, nampak ada perubahan. Bngah dah kurang batuk berkahak, selsema dah stop, dia pun tak berbau busuk sangat dah, busuk peluh balik sekolah tu biasa la kan, dan yang paling ketara, bngah dah tak tengok tv dengan volume yang kuat. Even kalo kita panggil pun, dia menyahut dah walaupun arahan yang kita bagi dia tak dengar. But at least dia datang dan tanya balik, mama cakap pe tadi? 😉😉

Sekarang kami konsisten je guna ubat spray tu. InshaAllah hujung bulan ni ada followup. Harap ada la good news untuk bngah. InshaAllah....

Sama-sama doakan bngah kembali sihat ye...😘😘😘

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee kerteh


Sunday, 5 March 2017

Please Alert Jika Anak Anda Tiada Respon Apabila Dipanggil

March 05, 2017
Assalamualaikum...

Masuk bulan mac ni, maknanya dah almost 3 bulan anak-anak kita start sekolah kan.. Kejap tul masa berlalu, sedar tak sedar je kan..

Harini saya nak cerita sikit tentang anak kami no 2, Arsyad Hakim @ bngah... Nak jadi cerita, sejak mula sekolah, bngah ni ntah kenapa boleh dikatakan asek batuk dan selsema je, non stop.. Pagi-pagi je bila bangun, mula la dia batuk. Bukan takat batuk biasa tu, tapi batuk berkahak. Dan ianya tak stop takat waktu pagi je, tapi berterusan sepanjang hari. Malah kadang time tido pun terbatuk-batuk. Sian dia 

Beberapa kali jugak la kami g klinik amik ubat. Mula doktor suspek dia ada asma, kebetulan plak awal tahun, bulan januari n februari ni kan masih lagi musim tengkujuh kat pantai timur ni. So doktor hanya bagi ubat untuk reda kan asma dia la. Plus ubat batuk pun doktor bagi jugak.

Tapi...

Ianya tak jugak settle. Tak settle maksudnya, masih lagi berlaku. Adalah dia baik kejap dalam seminggu gitu, then jadi semula. Kami ni mula la risau sebab sampai bila nak bergantung pada ubat batuk ni kan. Doktor siap bagi antibiotik lagi, tapi saya tak start pun bagi sebab dah berapa kali amik antibiotik, tapi still sama. Saya tak nak dia bergantung sangat pada ubat-ubat ni. Nanti sistem imun dia tak reti nak protect dia dah sebab asek bergantung pada ubat je kan...

Dalam pada tu, saya usahala juga bagi dia omegaguards memandangkan doktor sendiri cakap dia ada simptom asma. Omegaguards ni, minyak ikan yang memang bagus untuk asma la. Vitamin c pun memang tak tinggal. Tapi..still sama jugak. Sampai kami pun pelik. 2-3 kali jugak la ulang alik klinik sampai doktor nak refer bngah to pakar kanak-kanak sebab bngah ni kan expremature baby, so doktor just concern la kot ada kaitan kan. But then saya mintak hold dulu.

Then, kami, saya dan en asben, mula buat pemerhatian kami. Dan kami dapati ada beberapa perubahan pada bngah ni, iaitu :

1⃣ dia kurang beri respon bila kami panggil atau bercakap dengan dia. Seolah dia tak dengar pun..

2⃣ time tengok tv, dia akan bukak sound agak kuat. Adakalanya sampai 30volume tu..

3⃣ dia ada satu bau yang kurang menyenangkan especially time balik sekolah. Bukan bau peluh budak-budak, tapi macam bau masam hanyir gitu...

Satu hari, saya pun saje la panggil dia dan buat simple test. Saya try bisik soalan kat telinga dia, memula kanan then kiri plak. Saje nak tau sebenarnya dia memang tak dengar @ dia saje buat tak dengar tiap kali kami panggil dia selama ni.



Dan hasilnya....

Soalan yang saya bagi tu, jawapan dia salah. Padahal, hanyalah soalan biasa yang memang saya tanya setiap hari.

Maka..

Mulala saya ni nervous. Dan start suspek macam-macam. Try mintak en asben pula bisik soalan tanya kat dia. Pun sama... Jawapan yang dia beri salah....

So what next??

Kami pun g semula klinik, minta doktor cek kedua belah telinga dia. Dan seperti yang kami jangka, memang ada something wrong kat dalam telinga dia. Yang paling obvious kata doktor, coz doktor ni hanya boleh cek guna kanta dia je, xde special alat sebab bukan doktor pakar kan, gegendang telinga dia tak kelihatan seperti biasa dan seolah ada cecair dalam telinga dia. Most probably effect dari selsema yang berpanjangan tu..

Ok...that's it....

Saya pun trus minta doktor bookkan appoinment dengan pakar ENT yang akan datang kat klinik dalam masa terdekat. Namun, atas advice doktor, dia suruh kami trus ke hospital dan jumpa doktor pakar ENT kat hospital sebab lebih detail pemeriksaan boleh dibuat berbanding doktor pakar ENT yang datang ke klinik setiap bulan.

Lepas bincang dengan en asben, kami pun setuju dan terus minta surat refer ke Kuantan Medical Center (KMC). Dan jumaat lepas tepat jam 10.30am kami dah terpacak kat KMC untuk jumpa doktor pakar ENT tersebut....

Nanti saya sambung ye hasil pemeriksaan dengan pakar ENT tu ye...memang sangat suprising 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~