Tuesday, 10 February 2015

Berjaya Megamall Kuantan Ada Tempat Mainan Untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum....

Duduk kat kertih ni, memang seriously tak banyak tempat untuk anak-anak bermain. Playground pun ada la 2-3 tempat, tapi fasilitinya agak menyedihkan lah. Dengan rosaknya, dengan dah terkopaknya, langsung takde ciri-ciri keselamatan. Ada satu tempat tu, usha juga nak pergi, tapi tak terpergi-pergi sebab ianya kat open space, pastu langsung tak de pokok-pokok kat area situ. So kalo g waktu petang, kena tunggu tak panas sangat la pulak. Kalo time hujan memang tak dapat langsung la nak main kan.

Paling kerap kitorg g bawa anak-anak beriadah adalah kat kelab rekreasi petronas tu. Mandi swimming pool atau pun main badminton. Jadila, at least anak-anak ada la juga beriadah. Kadang bawa juga bola g court badminton tu. Budak-budak ni, janji dapat berlari dengan bebas, sukan sikit-sikit, hati sudah gembira.

Last week, kami g lagi lepak kat rumah adik kat kuantan. Hajat hati nak g repair handphone kat kuantan parade tu, tengok-tengok LED yang rosak. Terus tak jadi repair sebab kos repair tu dah boleh dapat 1 handphone baru. En asben pun g usha roof carrier untuk alza pun tak jumpa yang berkenan. 

castle bouncer kanak-kanakFikir-fikir, dah sampai kuantan, nak la bawa anak-anak g main. So kami pun menuju la ke Berjaya Megamall. Hajat nak g main kat rumah angin yang boleh lompat-lompat tu. Tak tau la namanya apa huhuhu. Tempat ni ada kat level satu Berjaya Megamall tu, betul-betul depan Mr DIY. Harga untuk seorang budak RM8 kalo tak silap. Boleh la main selama mana nak. Ada 2 benda alah ni, pastu ada a few lagi la mainan macam jongkang jongkit tu, buaian dan lain-lain. Okla untuk level blong n bngah kan...

Nak dijadikan cerita, hari tu en asben yang drive dan dia masuk parking thru entrance lain. Wah...quite scary jalan parking tu. Dah la sempit, pastu parkingnya sangat limited. Sempat la juga jumpa kereta yang selfish, yang sesuka hati parking kat laluan orang. Dah kena tegur dengan security pun tak enjak jugak. Last-last kena high beam dengan driver lain baru nak kalih.

Kami dapat parking kat level 3. Kiranya kalo kluar tangga tu trus smapai kat tempat boling dan panggung wayang tu. Kluar dari tangga, trus nampak sesuatu yang membuatkan blong n bngah melompat keriangan. Tempat main yang sangat best, macam yang diorang biasa g kat The Mines. Siap ada area pasir tu lagi. Apa lagi...Terus budak-budak ni bukak selipar, dan masuk. Kelam-kabut la en asben nak membayar. Tak menyempat-nyempat dah diorang nak main. Dan bermain la mereka 2 beradik dengan gembiranya beberapa jam. Satu yang saya suka tempat-tempat macam ni adalah, kita boleh kluar dan masuk sepanjang hari tanpa had. Kira berbaloi la dengan harga yang dibayar kan. Sesekali bagi anak-anak happy, apa salahnya.

Jom layan gambar-gambar tempat tu. Nanti anda pun boleh la bawa anak anda bermain kat situ sampai diorang pengsan hihihi....

tempat main kanak-kanak di kuantan
main pasir ni memang favourite bngah

tempat main kanak-kanak di kuantan
tempat main yang luas

tempat main kanak-kanak di kuantan
turut disediakan tempat duduk untuk ibubapa yang menunggu anak bermain
tempat main kanak-kanak di kuantan
happily main pasir yang tak mengotorkan baju & seluar
tempat main kanak-kanak di kuantan
panjat ball tower pula
tempat main kanak-kanak di kuantan
turun kat slides berpusing
tempat main kanak-kanak di kuantan
soft board everywhere
tempat main kanak-kanak di kuantan
the happiness - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
the smiles - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
ada juga slides biasa
tempat main kanak-kanak di kuantan
information
tempat main kanak-kanak di kuantan
the entrance
Inginkan anak anda sihat dan cergas selalu? Berikan mereka khasiat yang mereka perlukan setiap hari semaksimum mungkin agar mereka dapat membesar dengan cerdasnya. Set anak bijak Shaklee membantu anak anda mendapatkan nutrisi secukupnya setiap hari.

anak cergas shaklee

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

No comments:

Post a Comment