Showing posts with label vitamin c 500mg. Show all posts
Showing posts with label vitamin c 500mg. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Rahsia Tampil Jelita Di Mata Suami Sehingga Suami Tak Alih Pandangan

February 04, 2015
Siapa sini tak pernah kena chicken pox?? [bajet ramai la readers yang baca posting ni kan hehehe]...

Bagi yang dah pernah kena, pasti tau kan betapa azabnya bila kena chicken pox ni. Dah la gatal-gatal satu badan, pastu nak garu tak boleh sebab nanti habis berparut sana sini. Nak tahan je memang tak mampu la sebab memang gatal sangat-sangat. Pulak tu, bila tengok biji-biji tu, rasa gerammmmje...Rasa nak picit-picit je. Stress wei....

Kebah je dari chicken pox ni, datang pulak 'kerja' lain. Iaitu kerja nak menghilangkan parut-parut akibat dari tangan yang gatal dok menggaru biji-biji air yang kluar tu. Kalo yang kat badan tu, ok la, boleh cover. Tapi masalahnya yang kat muka. Memang bleh buat self confident menurun sampai tahap negative la. Tak percaya? Meh dengar apa kata akak ni...



Haaa...tu dia..Muka memang berparut tahap kalo tepek bedak 10 inci pun still nampak la. Kalo ikut akak tu, katanya, memang malu la. Nak jumpa orang pun segan. Dan yang paling terkesan adalah, terasa dirinya sudah tidak cantik di mata suami. Bahaya tu...Takkan nak biar suami tengok muka kita yang dok berparut sana sini tu kan. Kesian la dia...Kalo nasib baik, suami tu tahan je. Dapat suami yang tak berapa nak baik, ditinggalkan nya, haaa tak ke haru..kan...

Nasib akak ni cepat-cepat cari penyelesaian. Apakah vitamin yang akak ni try? Sama seperti apa yang akak cantik lagi sorang ni guna....Tak percaya? Meh baca testimoni dia plak...

kulit cantik shaklee

Ada Energizing Soy Protein, ada b complex, ada vitamin c, ada vitamin E dan ada juga GLA complex..5 jenis vitamin je, dah mampu memberikan hasil yang sangat memberangsangkan. Malah, harga 5 jenis vitamin ni adalah lebih murah dari set penjagaan kulit berjenama yang terdapat di pasaran tu....

Apa yang penting, vitamin-vitamin ini merawat badan anda secara keseluruhan dari dalam bagi memastikan anda mendapat hasil yang betul-betul memuaskan hati dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Jadi, memang sangat disyorkanlah bagi wanita yang ingin kembali jelita di mata suami untuk mendapatkan 5 jenis vitamin ini. Dijamin puas hati...

Ketahui dengan lebih lanjut dengan menghubungi saya ye...Free consultation khas untuk para pelanggan saya...

contact agen shaklee kertih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee kerteh contact

Wednesday, 21 January 2015

1 Rahsia Besar Dari Kaki Travel Yang Tak Penat Bila Balik Bertravel

January 21, 2015
Biasakan....Bila bertravel, balik tu memang lesu la...Nak plak kalo yang bertravel ke overseas dan bawa pulak anak-anak kecil. Dah la time travel tu nak kena kontrol anak-anak,  bila balik macam-macam keje nak buat. Dengan keadaan rumah la, kain baju, kerja opis lagi...Fuhhh...baca pun terasa penat.

Tapi...

Ada seorang kaki travel yang saya kenal tu, dia ni jenis tak penat. Dah la selalu g backpacking, ke overseas pulak tu. Kadang siap bawa 3 orang anak kecil lagi. Tapi...Dia ni macam tak kenal penat. Sekejap kat negara ni, pastu muncul pulak kat Malaysia, alih-alih besok bila tanya, dah kat negara lain plak. Memang salute la....

Bukan tu sahaja, sepanjang dia bertravel, kata-kata semangat dan pesanan kepada kumpulan anak businessnya langsung tak terabai. Ada sahaja pesanannya dalam bentuk kata-kata mahupun video. Dan dia tak pernah kelihatan penat dalam setiap video yang dipost itu. Menarik bukan??? 

Moh kita dengar apakah rahsia besar minah kaki travel ini yang juga dikenali sebagai Mummy Lyna Noh dikalangan ahli kumpulan iReach Family...



Apakah vitamin semulajadi yang beliau dok amalkan? 4 jenis je kan...tak banyak pun...

  • Vitalea : Multivitamin yang mengandunggi 20 lebih nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan kita
  • B complex : vitamin B yang paling lengkap yang sangat kita perlukan. membantu menukarkan gula di dalam badan menjadi tenaga
  • Vitamin C : menguatkan imun sistem supaya kita tidak mudah jatuh sakit ketika bertravel
  • CoQ Health : co-enzim yang sangat diperlukan oleh jantung kita agar jantung dapat menjalankan kerja mengepam darah dengan efektif sekaligus menyebabkan kita tidak berasa penat
  • ESP : membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan dan memelihara sel-sel badan agar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik
Hanya dengan mengamalkan 5 jenis vitamin ini, dengan izin dari-Nya, kaki travel ini TIDAK lagi mengalami keletihan yang melampau setiap kali selepas pulang dari berkelana

Anda pula bagaimana? Jangan bazirkan masa anda semata-mata hanya kerana penat akibat bertravel. Jangan jadikan ianya penghalang kepada minat anda. Dapatkan set vitamin ini HARI INI juga jika anda sayangkan minat berkelana anda....

Hubungi saya melalui mana-mana cara berikut....

contact agen shaklee kerteh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

contact agen shaklee kemasik

Monday, 21 April 2014

Pengalaman Berbeza Pada 3 Kehamilan

April 21, 2014
Setiap anak adalah berbeza, malah rezeki bagi setiap anak juga berbeza. Jadi tidak hairan lah jika si ibu turut mengalami pengalaman yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan walaupun mengandungkan dalam rahim yang sama dan hasil daripada hubungan yang sama. Ini semua adalah ketetapan yang telah dirancang dengan sebaiknya oleh Allah.

3 kali mengandung, saya memang menempuh pengalaman yang berbeza. Pada kehamilan pertama, saya adalah seorang yang sangat emosi. Daripada awal kehamilan, sehingga menjelang kelahiran anak, Muhammad Ashraf Hakim. Teringat bagaimana saya menangis dan mengadu kepada doktor gynea saya pada pertemuan pertama kerana geram dengan kerenah petugas di hospital yang seolah mempermainkan saya pada ketika itu gara-gara sukar mendapatkan GL. Dah la en asben tak de di sisi time tu, kena pula macam tu, memang geram la.

Kehamilan ke-2 pula, waktu tu kami duduk di Miri. Time ni en asben memang ada di sisi la sebab kami dok ikut dia keje kat sana. Tak sanggup kot duduk jauh-jauh, seberang laut plak tu. Kalo duduk jauh, jenuh pulak la nak jumpa, kena nak flight. Duit lagi...so better duduk sekali la kan...Kehamilan kali ni, dah kurang sikit emosinya, tapi jadi tak selera makan jela pulak. Yang lalu nak makan hanyalah Marrybrown je. So boleh kata tiap malam g makan Marrybrown kat e-mart tu. Lagi satu yang lalu makan, nasi lalapan. Tu je huhuhu....

Dalam 2 kehamilan ni, saya memang dok amik vitamin yang dibekalkan oleh klinik sahaja. Time ni memang tak kenal lagi Shaklee la...so bila doktor bagi vitamin, amik jela. Dok telan yang tujela, cuma bila dah hujung-hujung kehamilan yang pertama tu, adalah tambah makan pil susu kambing. Tu pun mak yang suruh sebab kata mak untuk elakkan baby kena jaundis. Dan memang alhamdulillah, Ashraf dulu tak kena jaundis...ada la sikit-sikit, standard la sebab hati baby baru nak suaikan diri, tapi tak de la sampai tahap kena warded atau jemur kat bawah lampu...

Time arshad pula, memang tak sempat la makan pape. Even air selusuh pun tak sempat ambil sebab terbersalin awal huhuhu...Hanya vitamin klinik sahaja la semata-mata. Arshad lahir premature at 26w akibat daripada infection ke atas placentanya.....entah apa la penyebabnya, sampai sekarang saya tak tahu sebab doktor sendiri pun tak tau. Kenapa saya bleeding dari kandungan umur 4 bulan pun hanya diketahui lepas bersalin. Ntah la....

Sekarang saya sedang mengandungkan anak ke-3. Saya suka juga sebenarnya mengandung ni....Terutamanya bila baby dah mula bergerak-gerak. Perasaan tu langsung tak boleh ditukar beli mahupun dirasai pada masa-masa lain. Suka tengok perut bergerak-gerak..Nak-nak pula baby tengah aktif ataupun lepas saya makan, memang berombak la perut akibat pergerakan baby ni...Subhanallah...Walaupun ada sakit-sakit, biasa la orang mengandung, tapi semua tu kan hanya sementara sahaja....

Tapi, kehamilan pertama dan ke-2 walaupun berbeza, tetap ada 1 persamaan, iaitu kerosakan pada kuku saya, ataupun lebih dikenali sebagai cekam. Baca denga lebih lanjut di sini. Memang huduh la kuku saya time tu. Tapi masa mengandungkan arshad, keadaannya lebih teruk berbanding masa mengandungkan ashraf. Walaupun time ashraf tu kena kat ibu jari kaki kanan, tapi tak lama lepas bersalin ianya sembuh (tu pun sebab saya buat minor operation untuk buang cekam tu). 

Cekam yang saya kena masa mengandungkan arshad pulak, amik masa dekat setahun lepas bersalin pun tak pulih juga. G klinik, mula ingat nak buat minor operation jugak, tapi doktor tak mau buat. Setakat bagi ubat je...Beberapa pakar juga la saya jumpa, sebab tak tahan tengok betapa huduhnya ibu jari tangan kiri saya time tu, belum kira lagi baunya yang busuk akibat nanah yang terkumpul kat bawah kuku tu, pun tak dapat selesaikan. Time tu memang agak terseksa la, dan down la sebab semua orang boleh nampak kuku saya tu. Kalo kat kaki, boleh juga la nak sorok esp bila keluar sebab pakai stokin, tapi ni kat tangan, camne nak tutup huhuhuhu

Berbanding sekarang, walaupun baby now dah masuk 28 minggu, alhamdulillah tak de lagi saya terkena serangan cekam ni. Semua kuku saya masih berada dalam keadaan yang elok dan cantik seperti biasa. Syukur sangat-sangat, dan harap ianya kekal sampai la saya bersalin nanti. 

shaklee untuk ibu mengandungApa yang berbezanya kehamilan kali ni dengan 2 kehamilan yang sebelum ini? Kali ni saya langsung tak ambil vitamin daripada klinik, sebaliknya saya mengambil set mengandung Shaklee sepenuhnya. Saya dah bagitau doktor gynea saya mengenai hal ini dan beliau tidak menghalangnya, malah setiap kali jumpa, baby berada dalam keadaan baik sahaja. Ujian kesihatan, ujian darah pun alhamdulillah semuanya baik dan elok. Sebab itulah beliau tidak pernah mendesak saya untuk mengambil vitamin klinik.

Vitamin Shaklee bukan sahaja membantu saya menjaga dan bayi daripada dalam, malah turut menjaga luaran saya. Jadi tidak hairan la kalo kuku saya dan kulit saya elok sahaja sepanjang kehamilan ini. Malah, ada sekali terdapat kesan di badan akibat pemakaian pakainan yang salah, tetapi alhamdulillah selepas konsisten mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee, parut tersebut semakin pudar dan elok seperti sedia kala. Yang lebih menariknya, setiap vitamin Shaklee yang saya ambil ni, akan meresap dengan sepenuhnya ke dalam badan dengan selamat tanpa sebarang bahan kimia, pewarna atau pengawet tiruan. Jadi, sememangnya ia sangat selamat untuk saya dan bayi. Secara tak langsung, saya telah mengurangkan risiko bayi terdedah kepada bahan kimia sejak dalam kandungan lagi.

Semoga adik baby akan terus membesar dengan sihat di dalam rahim mama. Jumaat ni kita jumpa lagi melalui scan ye. InshaAllah ayah pun akan turut serta sebab dah 2 kali appointment ayah tak join huhuhu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee

Rahsia Kekal Cantik Sepanjang Kehamilan

April 21, 2014
Lain orang, lain ragamnya. Sepanjang tempoh kehamilan, banyak je perkara-perkara yang sebelum ni kita tak buat, tiba-tiba kita buat, makan yang sebelum ni kita dok reject tahap maksimum, tetiba jadi mengidam nak makan, diri yang dulunya suka nak bermake up tiap kali keluar rumah hatta ke kedai runcit depan rumah je pun, tetiba jadi malas nak make up, even pakai bedak pun tak mau dan sebagainya.

Memang macam-macam la. Tapi bukan la semuanya akan mengalaminya, ada sesetengah yang biasa je, macam tak de perubahan. So bergantung la orang. Ini semua adalah berkaitan dengan hormon. Sepanjang kehamilan, hormon dalam badan akan berubah-ubah dan tak stabil, dan secara tak langsung, ia akan tereflect pada perbuatan seharian kita. So ini bukanlah satu perubahan yang pelik. 

Bagi yang gemar bercantik-cantik, atau pun yang mementingkan penjagaan diri, pasti ingin kelihatan cantik juga sepanjang kehamilan. Walaupun mungkin ada perubahan hormon, namun, keinginan untuk sentiasa kelihatan cantik, sekurangnya di mata suami, pasti ada. Hari ni, saya akan bongkar 1 rahsia bagaimana anda boleh kekal cantik, dan jelita, dengan cara yang paling minimum sepanjang kehamilan. Malah anda juga akan lebih sihat, bukan sahaja pada diri sendiri, sebaliknya juga kepada bayi yang sedang dikandung.

Hanya dengan 3 produk sahaja daripada rangkaian produk kesihatan dan penjagaan wajah Shaklee, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya....

esp shaklee     ✔ Energizing Soy Protein Shaklee yang sememangnya terkenal 
          dalam membantu menjaga kecantikan dan kesihatan diri anda 
          adalah produk yang sangat sesuai diamalkan sepanjang 
          kehamilan. Ianya bukan sahaja mampu membantu membekalkan 
          tenaga yang berpanjang sepanjang hari, malah ianya juga 
          membantu anda kekal cantik.
    ✔ Asid amino yang terdapat di dalam protein soyanya mampu 
         menjaga kulit anda supaya sentiasa cantik, gebu dan halus kerana 
         ianya akan memastikan sel-sel kulit anda yang baru adalah sel-sel 
         kulit yang sihat
    ✔ Selain itu, secara tidak langsung, bayi juga akan mendapat manfaat 
         kerana bayi akan menikmati apa sahaja yang diambil oleh ibunya 
         ketika di dalam perut. Jadi, jika si ibu mengambil sesuatu yang 
         berkhasiat, secara tidak langsung, bayi turut mendapat tempiasnya

vitamin c shaklee dewasa    ✍ Pengambilan vitamin c sepanjang kehamilan adalah sangat 
         digalakkan
    ✍ Ini kerana, ibu hamil sangat memerlukan vitamin c bagi memastikan 
         dirinya kekal sihat. Malah, vitamin c yang secukupnya, mampu 
         memastikan sistem imunisasi ibu sentiasa terpelihara agak ibu tidak 
         menghadapi sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh
         kehamilan
   ✍ Pengambilan vitamin c yang secukupnya juga mampu memastikan 
         kulit ibu sentiasa cantik, malah ianya juga mampu menghalang 
         daripada serangan jerawat & jeragat yang disebabkan perubahan 
         hormon dalam badan

pencuci muka nutriwhite    ❃ Walaupun dalaman ibu kini dijaga dengan baik oleh ESP Shaklee 
         dan juga Vitamin C, namun ibu tetap perlu menjaga kebersihan 
         luaran juga kerana kulit tetap terdedah kepada pencemaran apabila
         ibu berada di luar rumah
    ❃ Oleh itu, pastikan ibu mencuci muka dengan pencuci muka 
         Nutriwhite setiap hari bagi memastikan kotoran-kotoran yang ada 
         di luar sana tidak melekat secara kekal di muka
    ❃ Selain itu, pencuci muka Nutriwhite ini mampu membersih dengan 
         sangat mendalam dan akan memastikan pori-pori di muka sentiasa 
         bersih dan tidak tersumbat.

Sepanjang kehamilan kali ini, saya memang mengamalkan 3 produk ni. Alhamdulillah, saya jarang sangat ditimpa masalah kesihatan, mahupun demam dan selsema sepanjang tempoh ini. Malah, kulit pun lebih baik daripada sebelum hamil kerana sebelum ini, tidak la konsisten betul-betul. Tapi bila dah mengandung, saya cuba untuk konsisten tambahan pula bila fikirkan bayi yang sedang dikandung. Of course saya mahu berikan yang terbaik untuk bayi ni. Jadi, saya berusahala sebaik mungkin agar baby dapat yang terbaik sepanjang masa.

Kini anda juga boleh. Apa yang menariknya tentang ke-3 produk ini adalah, semuanya tahan lama. Energizing Soy Protein Shaklee 1 can mampu bertahan sehingga 2-3 bulan (bergantung pada kerajinan anda meminumnya), vitamin C pula, sebotol ada 180biji dan anda hanya ambil 1 biji sahaja setiap hari, jadi ia mampu bertahan sehingga 6 bulan!! Pencuci muka Nutriwhite, 1 tiub mampu bertahan sehingga 10 bulan kerana ianya banyak, dan anda hanya perlukan kuantiti yang sangat sedikit setiap kali menggunkannya. Jadi, dalam tempoh 9 bulan kehamilan, anda sebenarnya mampu berjimat banyak untuk memastikan diri anda tetap kekal cantik, dengan mengamalkan 3 produk ini sahaja. Sememangnya ianya sangat-sangat berbaloi.

Jadi, jangan lepaskannya. Peliharan kesihatan dan kecantikan anda dari luar dan dalam, untuk diri anda dan juga bayi, sepanjang kehamilan. Ibu kekal cantik, bayi tampil sihat.....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan keahlian shaklee
 

Friday, 18 April 2014

Bentan Akibat Langgar Pantang Selepas Bersalin....Sakitnya....

April 18, 2014
pantang dengan shakleeMengikut adat masyarakat Melayu kita, adalah satu kemestian bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk melalui satu ptempoh yang dipanggil berpantang. Namun, tempoh berpantang itu adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang berpantang setakat 40hari sahaja, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Tujuan berpantang ini adalah tak lain dan tak bukan untuk membantu mengembalikan kesihatan ibu selepas melalui proses kehamilan dan bersalin selama lebih 9 bulan. Maklumla, sepanjang tempoh tersebut, badan ibu telah mengalami banyak 'kerosakan' dan ianya perlulah dirawat supaya ibu kembali sihat seperti sebelumnya.

Namun, pada hari ini, terdapat segelintir ibu yang memilih untuk tidak berpantang. Pada pendapat mereka, badan mereka sudah pulih seperti sedia kala dan tidak perlulah mereka melalui proses berpantang. Yelah, sepanjang proses berpantang ini, terdapat beberapa perkara yang mana ibu-ibu tidak dibenarkan untuk melakukannya, malah pemakanan sepanjang tempoh ini juga perlu dijaga, dan terdapat sesetengah makanan perlu dielakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan proses berpantang terganggu.

Apabila pantang ini dilanggar, besar kemungkinan ibu tersebut akan terkena bentan. Bentan ini bermaksud, sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin. Yang dimaksudkan di sini adalah, ibu tersebut akan merasa sakit semula pada penghujung tempoh berpantang.

Punca dan Isyarat ibu terkena bentan adalah : 

 # mengambil makanan sejuk/ terlanggar benda keras
    =>> akibatnya, ibu akan merasa sejuk dan badan seakan nak pitam. ini adalah disebabkan 
            anggota dalam badan yang masih belum sembuh dengan betul
    =>> apabila ibu mengalami masalah ini, ianya akan mengambil satu jangka masa yang 
             agak panjang untuk kembali sembuh dan sihat seperti sediakala

Bentan boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu :
1) Bentan Urat
     - ianya terjadi apabila ibu terlalu lasak/aktif ketika dalam tempoh berpantang.
     - kesannya, ibu akan merasa lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan
         seperti pada lutut, dan mengigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, kejang otot 
         badan
     - masalah ini boleh dirawat dengan melakukan rawatan bertangas ataupun mandi wap

2) Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim

    - ini merujuk kepada kesakitan pada bahagian ari-ari yang sederhana/terlampau sakit 
        sehingga menyebabkan berlakunya tumpah darah
    - boleh terjadi apabila ibu mengangkat barang yang berat
    - boleh juga berlaku kesan daripada ibu tersepak objek yang besar atau pun jatuh 
        terduduk/terhempas

3) Bentan Urat Besar (pinggang)

    - urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa
        lenguh dan sakit di atas bahagian belalang
   - kebiasaannya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan/czer
   - pada sesetengah keadaaan, kesakitan tersebut boleh menjadi serius dan mengakibatkan
       rasa sakit pada bahagian pinggang dan tumit

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan ini, agar ibu kembali sihat dan cergas seperti biasa? Antaranya :

a) Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya
    - adalah dinasihatkan supaya ibu tidak melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh 
        berpantang, selain daripada menjadi diri sendiri dan bayi
    - dinasihatkan juga supaya ibu tidak mengangkat sebarang objek yang berat, mandi pada 
        satu tempoh yang lama, mengelakkan dari terkena hujan dan sebagainya 

b) Mengelakkan diri dari terkena jangkitan kuman
     - ibu hendaklah menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya sepanjang tempoh ini kerana
         pada waktu ini, ibu mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada bahagian 
         peranakan, saluran kencing, dan juga rahim  
     - jangkitan kuman ini mudah berlaku akibat daripada perubahan hormon yang sedang 
         dialami oleh ibu. 
     - dalam tempoh ini juga, darah nifas akan keluar dengan banyaknya, jadi, ibu perlulah
         kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ini
     - ianya boleh menyerang di mana-mana bahagian peranakan san faraj dan boleh 
         merebak melalui saluran darah seterusnya menyerang organ dalaman yang lain seperti
         buah pinggang dan sebagainya

c) Pemakanan
   - pemakanan haruslah dijaga sepanjang tempoh berpantang
   - elakkan pengambilan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan angin dalam 
       perut seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, nangka muda dan jantung
       pisang
   - banyakkan juga meminum air masak kerana badan memerlukan air yang secukupnya
       untuk proses penyembuhan, dan juga untuk penyusuan bayi

Tips mengelak bentan secara tradisional...
    set berpantang shaklee
  • sapu minyak panas di seluruh badan
  • pakai baju panas
  • berstokin sepanjang masa
  • pastikan berselimut ketika tidur
  • bertungku
Dapatkan set berpantang Shaklee yang mampu menjaga anda dalam tempoh berpantang sekaligus membantu mengembalikan kesihatan dan kecergasan badan anda. Ianya sangat mudah dan juga mesra bayi. Turut membantu dalam penyusuan bayi....Dapatkannya hari ini juga... 

sumber : majalah PaMa

Tapi...Ada akak sorang ni, masa berpantang baby ke-2, dia langsung tak berpantang, dan alhmadulillah tak de masalah bentan. Meh kita dengar, apa rahsia dia sampai dia rasa seronok giler sepanjang tempoh berpantang tu walaupun dia tak pantang betul-betul...


  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

 


Tuesday, 25 February 2014

Kesan Sampingan Set Mengandung Shaklee - Baby Jadi Besar?

February 25, 2014
"Kak, betul ke makan Shaklee ni baby jadi besar?"

"Kak, tadi g checkup baby, misi bising baby besar. Bila tau saya amik Shaklee, lagi la dia bising"

"Kak, banyak orang cakap kalo amik Shaklee nanti susah nak bersalin sebab baby besar. Betul ke? Takut la pulak saya nak amik Shaklee ni"

Di atas adalah beberapa contoh dialog-dialog yang biasa kita dengar bagi mereka yang baru pertama kali atau baru nak cuba ambil set mengandung Shaklee. Sejauh manakah kebenaran perkara ini kerana hal ini menyebabkan segelintir ibu mengandung menjadi takut untuk mengambil set mengandung Shaklee ini. 

Pada dasarnya, terdapat beberapa faktor yang menentukan saiz baby dalam kandungan ibu, antaranya :
  1. Genetik : jika ibu bapa atau keluarga mereka tergolongan dalam golongan yang berbadan besar, atau mempunyai frame badan yang besar, maka adalah tidak mustahil bayi juga akan mengikut keadaan tersebut
  2. Pemakanan : Sepanjang kehamilan, adalah sangat penting ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ditambah dengan pengambilan vitamin seperti yang disyorkan, mampu memberikan ibu sumber yang sukup seimbang untuk bayi. Namun, jika sepanjang kehamilan, ibu kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak gula, potensi bayi membesar dengan cepat di dalam rahim adalah tinggi
  3. Kenaikan berat badan ibu : berkaitan dengan pemakanan juga, sekiranya sepanjang kehamilan, berat ibu naik dengan sangat mendadak, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada saiz bayi yang besar
Jadi, apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung yang dikira sebagai seimbang tanpa menjejaskan bayi? Sila lihat carta dibawah...
 
nutrisi ibu mengandung
carta keperluan nutrisi mengikut RDA
 Bagaimana pula dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam vitamin yang terdapat dalam set mengandung Shaklee? Adakah ianya melebihi apa yang sepatutnya diambil oleh ibu yang mengandung? Mari kita lihat rumusan dibawah pula...

vitamin set mengandung shaklee

Secara dasarnya, nutrisi yang terdapat dalam set mengandung Shaklee adalah berpatutan seperti yang digariskan oleh RDA, jadi tidak timbul persoalan sama ada set mengandung Shaklee ini boleh menjadi penyebab bayi besar. Itu hanyalah sekadar mitos yang tidak patut dipercayai.

Oleh itu, kesimpulannya, ibu-ibu mengandung haruslah menjaga pemakanan mereka sepanjang tempoh kehamilan kerana itu sebenarnya yang menjadi punca kepada tahap kesihatan dan saiz bayi memandangkan bayi menyerap nutrisi daripada ibu. Berikan lah yang terbaik untuk si manja anda sejak mereka dalam kandungan lagi dengan membekalkan nutrisi yang terbaik yang mampu anda perolehi dari set mengandung Shaklee.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan pembelian set mengandung Shaklee yang sememangnya menjadi pilihan ibu-ibu mengandung kini. (malah ramai doktor pakar perbidanan turut mengesyorkan pengambilan set mengandung Shaklee ini ≧◠◡◠≦✌ )

set mengandung shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
side income-shaklee membership
 

Thursday, 19 December 2013

Doktor Yang Syorkan Energizing Soy Protein Shaklee

December 19, 2013
Lepas dapat tau saya pregnant (buat UPT sendiri), saya gatal la jugak nak pergi buat pengesahan kat klinik. Yelah, mana lah tau kot salah kan test yang saya buat. Dah cek dengan klinik hari apa ada doktor perempuan, then kami pun pergi la. Jenuh gak tunggu turn walaupun orang tak ramai pun sebenarnya. Sempat la g pos barang kat pejabat pos dulu kiranya (hangin gak time ni)...

Then bila sampai turn, cakap nak buat cek up semua, doktor mula cakap tak payah la sebab betul dah la tu yang saya buat. Tapi gatal nak juga, so doktor pun layan je kuikuikui...Sambil saya g amik urine, en asben pun sembang la dengan doktor tentang risk bersalin premature lagi untuk pregnancy kali ni. Yelah, ofkos kami risau memandangkan saya ni dah ada sejarah bersalin baby tak cukup bulan dan mostly doktor yang kami jumpa semua ada cakap possibility untuk berulang memang ada. Memang cuak hokey...

pregnancy test kit
contoh pregnany test kit
Sembang-sembang, so nasihat doktor cuma jaga pemakanan elok-elok, tak leh buat keje berat, tak boleh stress, pendek kata kena jaga diri dan kandungan baik-baik la. Then keputusan UPT doktor pun sama macam yang saya buat, +ve..Alhamdulillah...

Sebelum nak balik dah, doktor pun na prescribe la vitamin untuk ibu mengandung. Dengan laju je saya cakap, saya tak nak sebab saya makan B Complex dan Vitalea Shaklee. Tanya jugak doktor ok tak 2 vitamin ni. Doktor pikir-pikir jap, then doktor kata ok, tak de masalah. Tetiba doktor tanya, "Energizing Soy Protein Shaklee awak minum tak?" Oppsss...doktor tau rupanya tentang Shaklee hehehe...Then doktor pesan, sebaiknya awak minum Energizing Soy Protein tu setiap hari sebab awak mengandung dan menyusukan anak serentak, jadi awak perlu lebih tenaga. Saya pun minum Energizing Soy Protein juga masa mengandung hari tu sebab saya pun macam awak, mengandung dan menyusukan anak..Teettt..tu dia, pecah sudah rahsia doktor hihihi...Dan sememangnya semua vitamin ni terkandung dalam set mengandung Shaklee yang memang famous tu...

Tula dia...penangan Shaklee..bukan kita-kita je yang amik, para doktor pun tau kebaikan dan manfaat produk Shaklee. And mereka pun amalkan malah dok advice lagi kat patient, tapi klinik tu tak la sampai bagi vitamin Shaklee pada pelanggan mereka....

Jadi, apa lagi yang anda dok ragu-ragu tentang produk Shaklee ni? Dah terang lagi bersuluh yang ianya sememangnya bagus, berkesan, mesra alam dan murah. Setiap produknya dah melalui kajian dan saringan yang ketat sebelum dijual, so memang tak de apa la nak dirisaukan...Dapatkan dan berikan yang terbaik untuk diri anda dan si manja anda sejak dalam kandungan lagi...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397

TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 12 December 2013

Istimewanya Set Berpantang Shaklee

December 12, 2013
Berpantang dan jamu adalah 2 benda yang tidak dapat dipisahkan kerana setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti akan mengambil jamu ketika dalam tempoh berpantang. Secara jujurnya, saya sendiri tidak terkecuali. Ketika bersalin anak pertama, saya telah membeli satu set berpantang dari jenama yang memang terkenal. Harganya mencecah hampir RM500!!! MEmang agak mahal, tetapi kerana ketika itu, ilmu masih kurang, malah merupakan kali pertama berpantang, maka saya merasakan itu sudah adalah yang terbaik. Set itu sememangnya terdiri daripada jamu yang telah dipilkan, terdapat juga minyak-minyak untuk ibu yang berpantang dan bayi.

Walaupun begitu, saya tidak menghabiskan set berpantang itu kerana tidak tahan dengan bau serta rasa pil jamu tersebut. Walaupun blong ketika itu tidak terkenal jaundice yang teruk, tetapi saya tidak mengamalkannya kerana risau akan efek dari jamu tersebut. Pada kelahiran anak ke-2 pula, saya setakat membeli set berpantang yang basic sahaja, kerana adik acad dilahirkan pramatang, jadi saya sangat risau untuk mengamalkan jamu-jamu kerana takutkan efek yang akan terkena pada adik acad yang ketika itu sangat fragile. Set itu juga tidak habis, malah masih ada dalam simpanan saya.

Berdasarkan pengalaman 2 kali berpantang sebelum ini, saya terasa ianya adalah suatu pembaziran apabila saya membeli jamu-jamu ini tetapi tidak dimakan kerana risaukan kesannya kepada bayi. Tidak sesekali saya menafikan kebaikan jamu. Memang jamu telah dipercayai sejak dahulu lagi akan keberkesanannya, namun cuma mungkin dizaman ini, ada alternatif yang lebih baik untuk para ibu yang dalam berpantang, malah lebih mudah dan keberkesanannya bleh dilihat dengan cepat berbanding jamu.

set berpantang shakleeApa yang ada dalam set berpantang Shaklee? Set asas berpantang Shaklee ini terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan juga Zink. Ada ibu-ibu berpantang yang gemar menambah ESP (Energizing Soy Protein) kerana gemarkan tenaga tambahan yang boleh diperolehi daripada Energizing Soy Protein disamping membantu dalam pengeluaran susu badan.

Mari kita lihat apa yang istimewanya set berpantang Shaklee ini. Memandangkan Shaklee adalah supplemen, maka setiap vitamin yang terdapat dapat set ini bukan sekadar merawat diri ibu berpantang dari luar, malah ianya lebih kepada merawat dari dalam dan merawat sehingga ke sel-sel badan kita supaya badan kita pulih secara sepenuhnya untuk jangka masa yang panjang.

Vitalea : mengandungi 20+ jen ismultivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita terutama sekali selepas proses mengandung dan bersalin yang mana banyak urat-urat di dalam badan ibu yang telah 'terputus' mahupun 'tercabut' (bukan dalam erti kata yang sebenar). Jadi semua ini perlulah dirawat supaya badan ibu kembali segar dan sihat seperti sediakala

B Complex : lengkap dengan semua jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh ibu dan turut diperkaya dengan asid folik yang diperlukan oleh bayi. Walaupun bayi telah lahir, namun bayi masih memerlukan bekalan asid folik untuk membantu mereka menghasilkan sel darah merah dengan secukupnya

Vitamin C : membantu membentuk kembali kolagen dalam badan ibu yang telah hampir haus akibat daripada proses mengandung dan bersalin ini. Malah ianya sangat baik untuk membantu merawat luka daripada kelahiran mahupun pembedahan.


luka cepat sembuh dengan zink shaklee
contoh testimoni luka cepat sembuh dengan zink complex
Zink : mengandungi zink yang tinggi yang sememangnya sangat diperlukan oleh ibu yang baru lepas bersalin, terutamanya yang bersalin secara pembedahan. Sebelum ini, ibu bersalin biasa disarankan untuk mengambil pati ikan haruan untuk membantu memulihkan luka pembedahan. Ini kerana ikan haruan kaya dengan zink yang membantu proses ini. Namun kini, ibu tidak perlu risau lagi kerana ibu mempunyai alternatif lain yang lebih mudah, tidak berbau dan sangat berkesan.

Kesimpulannya, set berpantang Shaklee ini sememangnya adalah set berpantang yang terbaik di kala ini, malah ianya adalah sangat praktikal, mudah, berkesan dan yang paling penting, tiada kesan sampingan ke atas bayi. Malah harga nya juga jauh lebih jimat berbanding set-set berpantang yang ada di pasaran. Setiap vitamin yang terdapat dalam set ini mampu bertahan sehingga hampir 3 bulan, malah ibu boleh terus mengamalkannya walaupun telah habis berpantang untuk kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan.

Jadi, mengapa berfikir lagi?? Hubungi kami segera untuk mendapatkan set berpantang Shaklee yang sememangnya terhangat di pasaran kini. Jangan ketinggalan kerana setiap vitamin ni dalam set ini sangat laku sehingga ada di antaranya kerap mengalami kehabisan stok dan terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk stok yang baru. Hubungi kami hari ini juga untuk set berpantang anda....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 11 December 2013

PANAS!!!...Testimoni Berpantang Czer Dengan Set Berpantang Shaklee

December 11, 2013
berpantang dengan set shakleeBersalin secara czer adakalanya menjadi pilihan ibu-ibu yang mengandung di zaman ini. Mungkin kerana faktor kurang rasa sakit menyebabkan pilihan itu dibuat. Namun ada yang memang terpaksa bersalin secara czer atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan demi menyelamatkan ibu yang mengandung itu. Namun, apa pun pilihan yang dibuat, semestinya semua mahukan keselamatan ke atas ibu dan bayi itu terjamin.

Penjagaan bagi ibu yang bersalin secara czer adalah berbeza berbanding ibu yang bersalin secara normal kerana mereka perlu menjaga dan berhati-hati dengan luka pembedahan di perut mereka itu kerana jika tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau pun sesetengah kes, jahitan itu terbuka kembali. Jadi, penjagaan yang sangat rapi adalah penting dan perlu dititik beratkan. Jika ibu itu bersalin czer  dan bayi terebut merupakan bayi pertama, mungkin tidak terlalu rumit kerana ibu hanya perlu menguruskan diri dan bayi tersebut sahaja, tetapi bagaiman jika ibu tersebut mempunyai anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian? Sudah pasti ianya menjadi satu cabaran yang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.. Malah ibu itu juga perlu mempunyai tahap kesihatan yang super baik, demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama ibu tersebut tidak melalui fasa post natal yang teruk.

Ada sesetengah ibu yang beralin czer memilih untuk mengambil pati ikan haruan, ataupun gamat untuk memulihkan luka pembedahan itu. Namun, tidak semua dapat sembuh dengan baik dengan mengamalkan salah satu daripadanya. Malah ada customer saya yang ditanya oleh doktor tentang apa yang diamalkan ketika berpantang sebelumnya kerana doktor agak sukar mahu membuat pembedahan untuk kali ke-3 ini akibat daripada sel-sel baru yang sedang aktif walaupun jarak bersalin itu sudah hampir 3 tahun. Tidak kurang juga ada ibu yang luka pembedahannya mengambil masa yang lama untuk sembuh malah ada yang mengalami keadaan yang berair dan bernanah sehingga perlu berulang-alik ke klinik bagi mencuci bahagian pembedahan itu.

Ini adalah sangat memenatkan ibu tersebut kerana dalam masa yang sama, ibu itu perlu memberi perhatian kepada bayi dan turut memerlukan masa rehat yang panjang bagi memulihkan dirinya. Disebabkan itu, saya ingin mengesyorkan set berpantang czer khas untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara czer/pembedahan ini. Set ini telah diperakui oleh ramai pengguna, malah ada yang merasakan perbezaan yang sangat ketara berbanding bersalin sebelum ini.

Salah seorangnya adalah Puan Aya Radzuan yang sebelum ini, pada kelahiran anak pertama dan ke-2, yang juga melalui kaedah czer, mengamalkan pengambilan pati ikan haruan dan juga jamu. Namun, hasilnya tidak berapa memuaskan hati beliau menyebabkan beliau mencari alternatif untuk kelahiran bayinya yang ke-3 (juga melaui kaedah czer). Ikuti pengalaman beliau sendiri berpantang kali-3 dengan set berpantang Shaklee..



Bagaimana? Tidak inginkah anda tempoh berpantang yang lebih tenang, kurang sakit, masa sembuh yang lebih singkat dan dalam masa yang sama, bayi dapat menyusu secara eksklusif serta mendapat penjagaan yang rapi?? Ibu juga tidak perlu berulang alik ke hospital kerana luka pembedahan juga mampu sembuh dengan baiknya, malah ada ibu-ibu yang mengaku parut pembedahan mereka tidak terlalu ketara dan kelihatan lebih cantik berbanding dahulu.

set shaklee untuk ibu berpantangJadi, jangan berfikir lagi. Dapatka segera set berpantang Shaklee yang sememangnya menjadi rebutan ibu-ibu selepas bersalin kini. Ianya mudah, tidak perlu dibancuh, tidak pahit, mudah dibawa ke sana sini serta tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada ibu mahupun bayi itu sendiri. Saya akan bawakan lebih banyak testimoni di dalam entry yang akan datang, daripada ibu-ibu yang telah mengamalkan set berpantang Shaklee ini dan sangat berpuas hati dengan kesannya.

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan ataupun pembelian demi penjagaan yang lebih baik sepanjang tempoh berpantang anda.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday, 7 December 2013

Rawat Selsema Dengan Vitamin C Shaklee

December 07, 2013
Di musim hujan ini, cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan, mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai tahap imonisasi rendah dan juga kanak-kanak serta bayi. Orang dewasa pun tidak terkecuali jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.

selsema dirawat vitamin c shakleeSaya sendiri diserang selsema sejak Ahad lepas. Bermula dengan sakit telinga kanan secara tiba-tiba, diikuti dengan sakit tekak akhirnya hidung pun mula la berair. Memandangkan diri ini sedang mengandung serta menyusukan adik acad, maka saya memilih untuk TIDAK mengambil sebarang ubat selsema keran dikhuatiri ianya boleh mendatangkan efek kepada kedua anak ini. Yelah, kita tak tau apa yang terkandung dalam uabt selsema itu, bahan kimianya tidak diketahui selamat atau tidak untuk fetus yang baru nak membesar dan juga kanak-kanak yang berumur 2 tahun setengah.

Jadi apa optioin yang saya ada? Takkan nak biar je hingus dok meleleh dan badan lemah lemah kan. Dah la en asben nak balik kerteh, maka saya akan jadi Mama merangkap Ayah kepada blong n adik acad untuk jangka masa beberapa hari sepanjang ketiadaan en asben. So kenala juga buat sesuatu untuk merawat selsema ni kan...

set asas shakleeSebelum tu, saya memang sekarang setiap hari amik sebiji Vitalea, B Complex dan Vitamin C Shaklee untuk kandungan. Yelah, orang mengandung kan perlukan lebih tenaga dan vitamin untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. So memang sesuai sangat la ketiga-tiga jenis vitamin ini untuk keadaan saya ni. Vitalea yang kaya dengan 20+ jenis vitamin, mampu membekalkan vitamin dan mineral yang sangat saya perlukan. B Complex yang diperkaya dengan asid folik sememangnya sangat penting untuk kesihatan bayi, manakala Vitamin C pula sangat saya perlukan untuk kesihatan kuku saya bagi mengelakkan kejadian kuku rosak seperti apa yang telah saya alami pada kandungan sebelum ini.

vitamin c shaklee rawat selsema
Vitamin C yang sememangnya baik untuk imunisasi ini kini saya upkan kepada 2 tablet setiap hari bagi membantu saya merawat selsema saya ini. Setiap hari saya akan telah 4 tablet ini samada selepas breakfast ataupun selepas lunch. Selsema saya bermula dengan lubang hidung sebelah kanan. Tersumbat sebelah untuk 2 hari, kemudian ok dan berpindah pula ke lubang hidung sebelah kiri.2 hari juga untuk ianya pulih dan hari ini, Alhamdulillah, apabila bangun tidur, tiada lagi hingus yang memblock hidung saya dan kini selsema saya sudah hilang sepenuhnya.

Seronok rasanya bila dapat rawat selsema ni hanya dengan makan vitamin C shaklee. Bukan apa, saya ni jenis tak suka makan ubat, dah la ubat semua pahit-pahit, memang jenuh la. Pulak tu, tak tau ubat tu sesuai ke tak dengan keadaan kita ni. Tapi kini, saya dah tak risau dah sebab dah tak perlu makan ubat yang pahit tu, yang adakalanya boleh membawa efek mengantuk yang keterlaluan, malah vitamin tu juga mampu memberi kesan sampingan yang sangat baik kepada kulit saya. Semuanya dengan izin daripada-Nya jua. Alhamdulillah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================