Me & Myself...

Siapa Saya

Seorang surirumahtangga yang dahulunya bekerja sebagai seorang auditor. Lepas graduate dari universiti (saya menuntut di UIA [universiti islam antarabangsa] dulu), trus join audit company as a junior auditor. Selepas 5 tahun bekerja dan berumahtangga serta mendapat anak pertama iaitu Muhammad Ashraf Hakim, saya pun mula lah melompat kerja ke UKM Holdings Sdn Bhd atas sebab ianya lebih dekat dengan rumah.

Tak sampai setahun bekerja di situ, saya berhenti kerana mengikut en suami yang mendapat kerja di Miri. Maka bermulalah era surirumahtangga saya. 2 tahun di sana, dan mendapat seorang lagi anak, Muhammad Arshad Hakim, kami pulang ke Semenanjung memandangkan en suami mendapat pula tawaran bekerja di Petronas Carigali Malaysia, Kerteh.

Sebulan selepas berpindah ke Kerteh, saya terjun pula ke bidang WAHM (work-at-home-mom) ini dengan menjalankan business Shaklee secara online. Yelah, anak-anak pun dah semakin besar, jadi agak boring jugak la duduk rumah begitu sahaja. Badan pun makin 'membesar', takut lama-lama jadi gemukss pula, so kena la buat sesuatu yang memerlukan pemikiran dan membuatkan saya lebih aktif serta sibuk sentiasa. Barulah ilmu yang dipelajari sepanjang berpuluh tahun dahulu pun tak sia-sia...

work at home mom
my precious..
Mengapa Shaklee..

Kenapa Shaklee? Yaa...ramai yang bertanya...

Ok, secara jujurnya saya ni langsung tak tahu apa-apa tentang Shaklee. Sebelum join dulu, adalah juga beli Mealshakes dari ex-roomate masa kat UIA dulu. Beli tu sebab nak bagi anak yang sulung tu, blong, berselera makan. Cari sana-sini, try macam-macam, tapi still tak berjaya. Last-last sembang dengan kawan tu, dan dia suggest Mealshakes Shaklee. Dia hanya promote Mealshakes je, tak de langsung cerita tentang Shaklee. Reason saya beli time tu hanyalah sebab 1- kawan yang promote, kira support member la dan 2-dah hampir putus asa sebab blong memang tak mau makan sangat time tu, minum susu je..

Habis sebekas Mealshakes, saya cakap kat en asben, lepas ni stop la sebab macam tak de beza sangat. Alih-alih bila stop je Mealshakes tu, selera blong naik mendadak. Maybe time tu baru nak berfungsi Mealshakes tu  ≥►.◄≤ Tapi tak de la reluctant sangat, sebabnya.. kan Mealshakes tu mengandungi 20 jenis zat vitamin yang diperlukan oleh badan, jadi walaupun blong tak makan sangat time tu dan hanya minum susu sahaja, tapi dia jarang sangat sakit, most probably nutrisi yang ada dalam Mealshakes tu membantu membekalkan zat dan vitamin yang diperlukan oleh blong.
zahanis.blogspot.com
abang long Ashraf
Then kawan tu tanya pulak nak try tak Vitamin C Shaklee...sembang-sembang, okla setuju beli. Harga pun tak de la mahal sangat, RM90 je untuk 180biji. Saya ni sebenarnya tak de la rajin sangat makan vitamin, tapi support member punya pasal, boleh la. Kebetulan time tu pulak kuku ibu jari tangan kiri saya memang tengah teruk. Masalahnya bermula masa saya pregnant kali ke-2. Memang tiap kali pregnant akan jadi macam ni. Ibu jari kuku akan kena cagu, then akan melarat sampai berbulan lamanya. Time blong dulu, kena kat ibu jari kaki kanan, siap operate lagi lepas dah bersalin sebab nak buang kuku tu.

Tapi pregnant kali ke-2, keadaannya lebih teruk. Memang kuku ibu jari tangan kiri saya tu sampai jadi hitam, mengelembung dan bernanah la. Pergi doktor berapa kali dah, pakar pun dah jumpa tapi still sama. Last-last fed-up, saya biarkan je tak mo buat apa-apa. Masa beli vitamin C tu, tak de la plak terpikir akan ada effect kat kuku tu. Lepas beli, saya pun makan la vitamin C tu. Sehari sebiji je, tu pun kadang makan, kadang lupa hihihi...

Dan tanpa saya sedari, dengan izin Allah, kuku ibu jari kaki saya tu jadi elok. Actually tak perasan pun sebab dah putus asa kan, tot memang selamanya la macam ni, tapi Alhamdulillah ianya sembuh dan kuku tu tumbuh dengan eloknya seperti biasa. Macam masa sebelum mengandung dulu. Memang syukur sangat-sangat.
shaklee vitamin c
ni lah rupa kuku ibu jari kiri saya dulu
Lepas tu, bila pindah ke Kerteh ni, penyewa yang lama pulak tinggalkan beberapa barang Shaklee iaitu set Get Clean Shaklee tu. Time guna tu memang rasa best la, sebabnya percuma dan memang berkesan pun. Bayangkan pinggan plastik yang berminyak-minyak tu, bila basuh dengan Dish Wash Shaklee terus hilang dengan mudahnya. Tak perlu curah air panas bagai. Set sabun basuh baju dan pelembut fabriknya pun tak kurang hebat. Memang memberikan hasil yang memberangsangkan iaitu tak mudah renyuk, senang nak iron, malah baunya pun sangat harum, manis-manis buah gitu. Time tu dah tergerak hati nak beli lagi barang Shaklee, tapi tak terbuka mulut kat en asben sebab risau harganya mahal.

Alih-alih, sebulan lepas pindah tu ex-roomate tu ajak join Shaklee. Tanpa asas yang kuat, tanpa pengetahuan yang mendalam tentang produk semua, cuma berpandukan pengalaman menggunakan beberapa produk Shaklee dan bacaan serba sedikit, saya pun join la. Yelah, membership fee nya pun bukan mahal, RM75 je untuk 2 tahun kot (time tu Shaklee belum annouce membership fee for lifetime). So rasa okla, tak mahal sangat dan if tak dapat jual, tak rugi sangat sebab at least ada barangnya yang boleh digunakan untuk diri sendiri.

Maka bermulalah era berShaklee saya sampai lah ke hari ini...

Kini, Alhamdulillah walaupun saya hanyalah surirumah, tetapi saya mampu menjana pendapatan sendiri dan mempunyai duit poket sendiri walaupun saya tidak bekerja di luar. Saya mampu juga membeli barangan yang saya nak dengan duit saya sendiri dan tidak perlu meminta kepada en asben. Semuanya hanya dengan duit bonus yang diperolehi dengan berbusiness Shaklee ni. Yelah, sampai bila nak mengharapkan semuanya dari suami kan. Kita perlulah juga bertindak serta membantu menjana pendapatan keluarga, tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang...

Jadi jika anda ingin

✔ mengubah tahap ekonomi dan kewangan keluarga anda, ATAU
✔ mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik, ATAU
✔ membantu ramai orang dari segi kewangan dan kesihatan, ATAU
✔ sekadar ingin memenuhkan masa seharian anda

Apa kata anda sertai saya dan kumpulan saya bersama-sama menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan online Shaklee. Kami bukan sekadar mengejar kesenangan duniawi sebaliknya kami juga mengejar dan mengumpulkan bekalan untuk akhirat dengan menyeimbangkan perniagaan ini dengan amalan rohani, kerana sesungguhnya rezeki itu adalah datang daripada-Nya, jadi wajib la kita mendekatkan diri kita kepada-Nya jua supaya usaha kita lebih diberkati dan dipermudahkan segalanya...InshaAllah...(>‿◠)✌

================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_< 
================================================================

No comments:

Post a Comment