Apa sebenarnya produk-produk Shaklee ni? Adakah ianya Vitamin? atau Supplemen ke? Atau sejenis 'makanan segera', seperti tanggapan sesetengah orang. Biar betik!!! Selama 6 bulan saya kenal Shaklee, tak pernah sekali pun terfikir dalam kepala saya yang Shaklee ni produknya jatuh dalam kategori 'makanan segera'.
Sebabnya...
Sebelum kita consume sesuatu barang/produk/makanan/pakaian dan sebagainya, sudah tentu kita akan membuat sedikit penyelidikan mengenainya. Penyelidikan ni bukan la bermaksud kena bawak barang tu masuk makmal, cek itu, cek ini dan sebagainya. Memadailah dengan tahu apa kandungan bahan-bahan tu, selamat ke tidak, diperbuat daripada apa, malah bagi kami sekeluarga, kalo beli pakaian, kami takkan terus pakai, mesti basuh dulu. Itu pun salah satu langkah penyelidikan sebab kita tak tahu dah berapa lama pakaian tu ada kat kedai n sepanjang proses pembuatannya ia terdedah kepada apa. Tapi bila dah basuh, kan rasa selamat sikit walaupun kalau lepas dah basuh, pakaian tu rosak ke dah tak boleh pulangkan balik, tapi at least kita tau la pakaian tu x elok dan next timw for sure kita tak akan beli dah kat kedai tu.
Ok, bebalik kepada Shaklee...
Sebelum saya beli produk Shaklee, saya ada membuat sedikit bacaan. Yelah, sekarang ni bahan bacaan kan ada dimerata tempat. Buku je laptop, Google je, macam-macam info ada. Kalau ada duit lebih, boleh la beli buku. So dari situ, saya faham serba sedikit tentang Shaklee. Then try satu produk dulu, tengok hasilnya. Terus-terang saya cakap, kami sekeluarga bukanlah jenis orang yang suka makan vitamin ni. Even masa pregnant pun, sangat susah nak habiskan vitamin yang klinik bagi sebab sangat tak suka telan pil, hanya pikirkan demi anak je.
Kami try dulu Sustainable Release Vitamin C 500mg Shaklee sebab harganya murah dan banyak plak tu dalam 1 botol. Makan memang tak konsisten, bila teringat, amik makan. Kalo terlupa, selamat la jawabnya. Lepas beberapa bulan, saya perasan kuku ibu jari tangan kiri saya dah ok...Apa kaitan kuku ibu jari saya dengan Shaklee...
Dipendekkan cerita, tiap kali mengandung, mesti ada ibu jari kaki/tangan saya yang akan kena cagu/cekam. Tak tau apa itu cagu? Bleh baca kat sini. Time pregnant blong, kena kat ibu jari kaki kanan. Sampai kena operate buang kuku and it cost me RM300 huhuhu (time ni memang x kenal Shaklee lagi). Then bila pregnant adik acad, kena plak kat ibu jari tangan kiri. Memang siksa la, espacially bila nak pakai brooch ke, memang tak dapat. Start kena masa mengandung 3bulan kot. So sepanjang pregnant, sampai bb dah kluar (bb lahir premature 26w), sampai bb dah umur 1year, stil x ok gak. Dah g klinik, jumpa pakar sana-sini, amik ubat beratus (ubat harga puluh je, tapi kos doc pakar yg beratus), stil x ok jugak. Last-last saya biarkan je, and at the same time, makan Vitamin C Shaklee dengan tak konsistennya.
Few months lepas tu, baru perasan kuku dah start nak ok dah. Then terus consume, sampai la kuku dah ok 100% macam biasa. Tak payah dah operate macam dulu. Ada jugakla applykan beberapa petua, tapi tak berjaya, sampai rasa give up. Nilah antara rupa kuku saya sepanjang dekat 2 tahun lepas. Memang agak memalukan, samapi kadang terpaksa sorok-sorokkan jari..
But now, Alhamdulillah dah pulih seperti biasa..tak yah dah nak sorok-sork, n boleh dah pakai tudung n brooch macam biasa. Kalo nak salam orang pun dah x rasa malu sebab sumanya dah back to normal...
Bagaimana kuku saya bleh elok kalo Shaklee tu adalah 'makanan segera'? Seperti kita semua maklum, 'makanan segera' tu adalah makanan yang diproses, ditambah macam-macam, then jadilah makanan yang sentiasa sedia untuk dimakan pada bila-bila masa. Berbeza dengan vitamin/suplemen...Vitamin/suplemen adalah makanan penambah/pen'top up' kepada nutrisi makanan yang kita tak dapat nak penuhi dalam pemakanan seharian kita atas pelbagai sebab. Lagipun, tak pernah pulak lagi dengan orang rasa kenyang hanya dengan mengambil vitamin/suplemen sedangkan tujuan orang mengambil 'makanan segera' adalah untuk mengenyangkan perut.
Mungkin ada sesetengah pengedar Shaklee menyatakan "makanlah Shaklee jika anda kurang memakan buah-buahan/sayuran" atau "Shaklee penganti nutrisi harian anda" dan sebagainya. Pada saya, itu adalah satu tanggapan yang SALAH sama sekali kerana produk Shaklee TIDAK sekali-kali mampu untuk menggantikan nutrisi makanan yang terdapat dalam buah/sayuran/makanan harian yang lain.
Akan tetapi...
Kebanyakan buahan/sayuran/bahan mentah yang terdapat dipasaran hari ini kebanyakannya adalah terdedah kepada pencemaran mahupun perubahan genetik bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Oleh itu, satu lagi kepentingan vitamin/suplemen hari ini adalah untuk mencuci badandan organ dalaman kita dari segala jenis bahan kimia, bahan pencemaran dan sebagainya yang kita memang terdedah kepadanya setiap hari. Kerana itulah, Shaklee sentiasa memastikan produknya diperbuat dari sumber mineral yang asli dan semulajadi sahaja agar ianya mampu melindungi dan merawat tubuh badan kita dari dalam.
Setiap produk Shaklee TIDAK dibuat dengan sambil lewa. Setiap mineral mahupun vitamin yang ingin digunakan akan diperiksa dan diuji ketulenannya, ditapis dan dipilih dari sumber yang asli sahaja. Sebab itulah terdapat sesetengah produk Shaklee adakalanya terpaksa diberhentikan ataupun lambat direstok kerana ketiadaan/kesukaran mendapatkan bahan-bahannya.
Jadi, pada pendapat saya, sebelum kita dapatkan sesuatu, buatlah kajian dahulu, sekurang-kurangnya tahu secara basic tentang barang tersebut. Jangan la kita TAK tau apa-apa tentang produk, hanya pernah dengar je cakap-cakap orang, then trus suka-suka nak melabelkan atau menyamakannya dengan sesuatu yang totally different/TAK SAMA LANGSUNG.
Akhir kata...
"Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Memang Jadi Kipas-Susah-Mati, Tapi Tak La Fanatik Bulat-bulat"
So, tepuk dada, tanya selera.
**serta
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
segera tu cepat basi dan tak elok, shaklee bukan macam tu rasanya, memang ambil masa,
ReplyDeletetulah..tapi lain org, lain pemikirannya.. :)
Delete