Terasa masa berputar begitu pantas sekali. Alhamdulillah pada kurniaan Allah S.W.T. yang tak terhingga kepada kami, iaitu seorang bayi lelaki yang dilahirkan secara pra-matang. Siapa sangka bayi yang dulu dilahirkan dengan hanya seberat 945gm kini membesar dengan sihat dan cergas dan mencecah 9kg. Siapa sangka tanggapan negatif yang diberikan oleh para doktor hanyalah tanggapan yang salah semata-mata. Siapa sangka bayi yang dulu kerap kali berulang alik ke hospital kini membesar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah dan syukur sangat pada-Mu ya Allah ❤❤❤
Semuanya bermula ketika kandungan mama berusia 16minggu. Tiba-tiba sahaja mama mengalami pendarahan selepas mandi pada satu pagi. Bila diajukan kepada ayah, kami hanya beranggapan ianya hanyalah luka sahaja. Namun kami tetap bergegas ke klinik kerana risau jika ada masalah yang lain, tambahan pula ayah perlu ke offshore pada esok hari. Di klinik, doktor menyatakan terdapat masalah, namun ianya tidak merbahaya dan darah mungkin akan berhenti dalam masa beberapa hari selepas mama makan ubat. Namun, mengenangkan ayah akan ke offshore, dan kami tidak kenal sesiapa pun ketika itu, kami ketika itu tinggal di Miri, maka ayah mencadangkan mama & blong balik ke rumah atuk malam tu jugak.
Maka bermulalah kisah kami berulang alik antara Miri-Bangi-Miri kerana masalah ini. Beberapa kali mama berjumpa Doktor Kamsiah, di Klinik Pakar Wanita, Annur, namun didapati tiada masalah yang ditemui. Kedudukan rahim tiada masalah, uri/palcenta juga berada dalam keadaan yang baik. Jadi doktor hanya memberi ubat untuk memberhentikan darah dan menguatkan rahim sahaja.
adik dalam tummy mama |
Berjumpa Doktor Aida, menceritakan segala sejarah, lalu mama diperiksanya dan dia juga tidak jumpa apa masalahnya, Sekali lagi ubat diberikan dan doktor menasihatkan supaya banyak berehat dan jika darah tidak berhenti, hendaklah datang berjumpa beliau lagi dalam masa seminggu.
Seminggu berlalu, keadaan masih sama. Seminggu jugala mama tidak membuat sebarang kerja sebab ayah suruh rehat. Thank you ayah ❤❤❤ Beberapa hari kemudiannya, pada malam minggu, ayah mengajak keluar untuk membeli makanan. Mama ikut sama tapi hanya duduk dalam kereta sahaja. Balik ke rumah, tengah makan, tiba-tiba perut mama memulas, terasa seperti kontraksi sedang berlaku, Setiap 5min sakit tu terasa. Tapi mama masih tak anggap ianya sebagai tanda bersalin, kerana ketika itu kandungan baru berusia 25 minggu. Namun ayah berkeras supaya mama g klinik.
Keesokkan harinya, kami pergi berjumpa Doktor Aida. Tenyata apa yang mama rasa malam semalam adalah betul-betul kontraksi yang merupakan tanda-tanda bersalin. Pintu rahim telah terbuka 2cm ketika kandungan mama berumur 25minggu!!! Doktor Aida terus menasihatkan kami ke wad bersalin Hospital Miri kerana hospital mereka tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menyambut kelahiran bayi pra-matang. Jika mama ingin bersalin di situ juga, possibility untuk adik acad selamat adalah sangat rendah kerana pihak hospital tetap akan menghantar adik acad ke Hospital Miri juga, akan tetapi, ketika itu survival chances untuk adik acad adalah sangat rendah kerana macam-macam boleh berlaku sepanjang perjalanan & proses perpindahan tersebut.
Allahurabbi!!! bergegar jantung mama dan ayah mendengarkan berita itu. Rasa tidak percaya dengan apa yang Doktor Aida baru sebutkan. Namun, dalam keadaan itu, kami bergegas juga ke Hospital Miri setelah mendapat surat referral dari Doktor Aida. Dengan tidak membawa apa-apa bekalan pakaian, kami terus ke wad bersalin Hospital Miri. Serasa tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku namun kami berserah sahaja pada-Nya. Segala proses kemasukkan dilakukan dan mama terus masuk ke bilik bersalin. Seorang doktor pelatih lelaki cina membuat pemeriksaan dengan kasarnya dan mengesahkan pintu rahim telah terbuka sebanyak 2 cm. Ketika itu, perasaan sakit dan marah lenyap kerana terlampau geram dan malu dengan doktor tersebut. Sudahlah lelaki, kasar pulak tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ketika itu, kontraksi sudah tidak berlaku, malah sepanjang hari juga langsung tiada kontraksi.
Akhirnya mama dihantar ke wad apabila mendapat tiada kontraksi lagi. Maka bermulalah kisah ayah dan blong berulang-alik ke Hospital Miri untuk menjenguk mama. Ketika itu blong baru berusia 3tahun. Tarikh pada hari tu adalah 7/5/2011, seminggu sebelum tarikh lahir mama. Atuk dan opah bergegas terbang dari bangi ke Miri bila mendengarkan mama ditahan wad kerana dikhuatiri bersalin awal.
ღღღ sungguh besar pengorbanan mereka. tenkiu mak & ayah... ღღღ
buah hati mama |
Ada sekali doktor lelaki yang membuat pemeriksaan. Beliau siap masukkan kamera melalui bawah untuk mencari punca kepada keluarnya darah tersebut, namun tiada jawapan. Malunya perasaan ketika itu tak terucap kerana in total dekat 5 orang doktor berada dalam bilik tersebut, 2 lelaki dan 3 perempuan. Namun, tiada apa yang mama buat selain menahan perasaan dan bertawakkal kepada Allah. 3 hari sebelum adik acad lahir, false alarm berlaku lagi. Namun ianya sekejap sahaja, akan tetapi mama telah diajak oleh beberapa orang doktor untuk pergi ke wad bersalin kerana mereka bimbang adik acad akan dilahirkan pada hari tersebut. Tapi mama berdegil dan insist untuk duduk di bilik sahaja.
Malam 13/5/2011, dari jam 11 malam, mama mula merasa kontraksi. Otak mula berfikir macam-macam, tapi hati tetap menafikan. Sejam berlalu, kontraksi masih terasa. Butang kecemasan ditekan, namun tiada apa yang berlaku. Rosak rupanya. Berjalanlah mama dalam keadaan sakit ke kaunter nurse yang agak jauh dari bilik. Namun, bila diberitahu, dia langsung tidak mengambil berat, malah menyuruh mama balik ke bilik (@ mungkin dia salah faham dengan apa yang mama cuba sampaikan). Ayah pula ditelefon, namun handphone ayah mati kerana tiada bateri. Opah, atuk semua mama call, tapi tiada yang menjawab. Cubaan terakhir adalah telefon ke rumah, nasib baik opah yang ketika itu bangun untuk minum air mendengar dan mengangkat telefon. Alhamdulillah....
Terus ayah telefon balik ke hospital untuk memberitahu keadaan mama dan ayah pun bergegas ke hospital dengan kawan ayah, pakcik Wan Shahril. Di hospital, nurse kelam-kabut ke bilik mama dan menyuruh mama bersedia untuk ke wad bersalin. Nasib ayah sempat sampai sebelum mama ditolak masuk ke dalam wad bersalin. Nangis-nangis mama memikirkan nasib adik dan kalo boleh tak mau adik keluar lagi, sebab sepanjang seminggu di hopital, mama dimomokkan dengan chances adik untuk survive adalah sangat rendah sebab adik masih kecil lagi dan belum cukup matang. Namun, kenyataan tetap harus dihadapi dan zikrullah serta doa pada Allah sahajalah yang mampu ayah bekalkan dan mama baca.
Sepanjang malam mama di wad bersalin, sakit bukan kepalang. Ditambah pula terpaksa mendengar rintihan-rintihan dan keluhan dari ibu-ibu lain. Menjelang jam 5 pagi, beberapa minit selepas doktor memeriksa mama, dah menyatakan bukaan baru terbuka 5cm sahaja, tiba-tiba mama terasa nak bersalin. Dalam keadaan kelam-kabut, mama sempat memanggil nurse dan beberapa saat selepas itu, adik acad pun lahir, tanpa perlu diteran. Adik acad trus dibawa pergi tanpa sempat mama melihat walaupun sekilas. Alhamdulillah, adik acad lahir sama tarikh lahir dengan mama ✿✿✿✿✿
Bermulalah episod seluk-menyeluk oleh doktor untuk mengeluarkan uri adik acad yang koyak dan melekat kat rahim mama. Sakitnya bukan kepalang, lebih sakit dari bersalin, sampai tak tertahan sakitnya. Hanya Allah sahaja la yang tahu betapa sakitnya setiap kali doktor cabut uri yang melekat tu. Dekat sejam lebih keadaan tu, sampai adakalanya mama minta doktor berhenti sekejap kerana tak tahan sakit. Kemudian datang seorang doktor perempuan dan dengan agak kasar beliau menarik uri-uri tersebut. Akhirnya mama dah betul-betul tak tahan, mama minta ubat bius ataupun paling kurang operation untuk cuci. Nasib mama terpikir nak mintak, kalo tak mahu makan beberapa proses ini berjalan. doktor tersebut dengan muka masam dan marah-marah tinggalkan mama dan memberitahu nurse untuk ready kan mama untuk D&C. Sakit hati dengan doktor tersebut tak terasa kerana sakit dikorek lebih kuat.
Bius diberikan, pakaian ditukar, mama ditolak ketepi sementara menunggu operation theater kosong. Bila dah kosong, terus mama ditolak. Dalam keadaan mamai akibat bius, mama diterangkan segala hak, syarat dan segalanya. Mama dibius ketika dalam bilik operation. Tidak tahulah sama ada bius yang terlampau kuat atau mama yang tak kuat, tapi sepanjang D&C, mama mengigil-gigil kesejukan sampai terpaksa mengigit kain untuk mengurangkan gigi getaran dan lagaan gigi. Selesai D&C, mama ditolak ke wad dan mama terus pengsan penangan ubat bius.
24 jam mama diletakkan bawah pengawasan nurse dan dipakaikan tiub untuk kencing. Alhamdulillah semuanya ok dan besoknya mama dibenarkan balik ke bilik mama. Selepas mandi, nurse bagitahu NICU meminta susu untuk diberikan kepada adik acad. Pam susu ketika itu masih lagi dirumah. Kelam-kabut mama kol ayah mintak tolong hantarkan pam. Ketika itu, mama masih belum melihat adik acad. Perasaan ketika itu tertanya-tanya bagaimana keadaan adik. Alhamdulillah semuanya selamat, malah ayah sempat bagitau yang jari-jari tangan adik runcing macam baby girl. Tersenyum mama mendengarnya.
Mama pun mula mengepam susu sebaik ayah sampai ke hospital. Langsung tak terpikir sama ada susu badan ada atau tidak ketika itu, memandangkan adik acad lahir pada kandungan berusia 26 minggu. Alhamdulillah, kuasa Allah siapa yang dapat lawan. Kolostrum mula keluar berserta susu. Jumlahnya memang tidak banyak, tapi cukup untuk menampung keperluan adik acad. Selepas mengepam, mama dan ayah sendiri pergi ke NICU untuk melihat adik acad untuk kali pertam, bagi mama, dan entah kali berapa, untuk ayah.
gambar sekadar hiasan |
Debaran menunggu nama "son of hanisah" yg tk kunjung tiba debaran yg tk dpt d lupa.Kuasa Allah tk bertepi. Bl nama tu naik dpt kebenaran utk tgk acad tp ms tu nurse tgh sibuk memasang wayar pd adik dgn muka yg cemas...
ReplyDeletethanx bebeh for being there all d time...x tdo sepjg mlm, kn halau dgn guard, all those now are 'sweet' memories...
Delete