Thursday, 16 May 2013

Kenangan Manis, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 3)

26 minggu bayi pramatang
adik yang bersaiz kecil
Lebih kurang 2 minggu selepas adik acad keluar hospital, ujian mula datang. Sepanjang seminggu opah & atuk di rumah, semuanya baik-baik sahaja. Tiada sebarang masalah, malam adik acad dilayan seperti baby yang cukup bulan, dari segi mandinya, pakaiannya, tempat tdonya dan sebagainya. Rupa-rupanya, adik acad masih lagi dalam keadaan fragile. Kulitnya sensitif, tidak boleh terdedah kepada kotoran dan tidak boleh pergi ke tempat-tempat awam seperti shoping complex dan pasar.


Adik acad mula diserang  dibahagian punggung dan kemaluannya. Both tempah mula melecet, mama ingatkan adik kena diaper rashes. So mama dan ayah guna macam-macam cara, macam-macam krim tapi satu pun tak berhasil. Then bila adik ada apointment jumpa paed, mama tunjuk dan tanyakan pada doktor keadaan adik. Kebetulan pula masa doktor tengok, keadaan di tempat tersebut nampak sangat teruk sebab bahagian luka tu terkena air kencing adik. Terus adik direferkan kepada doktor pakar kulit.

Agak dalam 1-2bulan juga masalah adik berlarutan dan tiada penyelesaiannya. Semua ubat yang doktor berikan juga tidak menunjukkan kesan. Malah adakalanya mama tak pakaian adik diaper pun kat umah supaya tempat luka tu terdedah dengan harapan ianya cepat sembuh. Malangnya tidak berjaya juga, malah bertambah teruk. Malah adik acad penah ditahan diwad kanak-kanak selama seminggu untuk doktor review dan cuci, malangnya keadaan masih juga sama. Oleh kerana tiada apa-apa perbezaan, mama meminta doktor untuk membenarkan kami balik memandangkan lusa adalah hari raya.
26 minggu bayi pramatang
adik kena warded seminggu sebelum raya

Belum pun selesai masalah dibahagian kemaluan, tempat lain pula diserang. Oh ya, malam raya tu, ayah telah membotakkan kepala adik kerana kami risau adik kepanasan. Ayah cukur kepala adik sampai adik botak licin. Tempat yang mula-mula serang adalah tangan adik. Tangan adik jadi mengelupas dan melepuh. Terdapat gelembung-gelembung air juga ditangan adik, malah dipelipat tangan adik juga kena. Puncanya tidak diketahui, tapi bukan peluh sebab adik jarang berpeluh. Kemudian belakang kepala adik pula diserang. Mulanya keluar berbiji-biji berair, kemudian merebak sehingga ke separuh belakang kepala. Malah telinga adik juga diserang.
masalah bayi pramatang kulit
series of adik sakit kulit
Beberapa kali mama dan ayah berulang-alik ke hospital, namun keadaannya tetap sama. Pelbagai ubat telah disapu, namun tiada hasil. Malah ada ubat yang bila disapu akan menyebabkan keadaan semakin teruk. Namun mama dan ayah tetap tidak putus asa. Dalam pada itu, kami sempat pergi melancong ke Kota Kinabalu, Sabah kerana tiket telah dibeli setahu lebih awal, malah ketika itu mama belum pun mengandungkan adik lagi. Sehari sebelum ke KK, tengkuk adik pula diserang. Melepuh bagai terkena air panas. Habis keliling tengkuk adik sampai ke leher diserang. Entah la apa sebabnya, tiada yang tahu. Namun Alhamdulillah sepanjang di KK adik tidak meragam.

masalah kulit bayi pramatang
series of adik sakit kulit
Menjelang raya haji, pertama kali kami semua balik ke bangi. Raya puasa hanyalah disambut di Miri dengan ala kadar sahaja. Terkejut bukan kepalang semua orang yang melihat adik acad untuk pertama kalinya. Terus kami bawa adik ke klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur, namun Doktor kes adik sepatutnya dibawah kawalan Pakar Kulit. Terus kami dirujukkan ke wad kecemasan Hospital Serdang. Appointment demi appointment dibuat, dan makan berbulan-bulan. Malangnya keputusannya tetap sama. Pelbagai ikhtiar juga telah mama dan ayah buat, cara kampung, cara hospital, petua macam-macam, namun hasilnya tetap sama.

Ada sekali mama mendapat tips untuk mandikan adik menggunakan air teh. Alhamdulillah ada perubahan, tetapi selepas semua parut hampir hilang, adik diserang lagi sekali. Sama seperti serangan yang pertama. Malah, rambut adik yang mula tumbuh juga tidak berwarna hitam. Rambut yang tumbuh berwarna putih macam uban atuk. Keluarganya juga tidak banyak, nipis sahaja tapi oenuh jugak la kepala adik dengan rambut putih. Ujian lagi....

Akhirnya, awal tahun 2012, kami berjumpa seorang doktor pakar kulit di Hospital Serdang. Beliau baru berpindah dari Hospital Kuala Lumpur. Rujukan demi rujukan dilakukan, akhirnya beliau mencadangkan adik diberikan Redoxon yang mengandungi zink & vitamin C dan beliau suspect adik diserang Seborrheic Dermatitis with secondary Bullous Impetigo dan Acrodermatitis Enteropathica (boleh google untuk tengok gambar pesakit2 ini sebab saya tak sampai hati nak taruk kat sini huhuhu). Akan tetapi, Redoxon adalh tidak sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak dibawah 2 tahun, maka option yang ada adalah mama menyalurkannya melalui susu memandangkan adik masih menyusu badan ketika itu. Inilah manfaat penyusuan ibu yang sangat bermakna ketika itu.

Alhamdulillah....tak sampai 2 minggu selepas mama makan Redoxon (hanya 1 botol sahaja), semua masalah kulit adik hilang. Adik sembuh seperti sedia kala. Kulitnya cantik kembali seperti sebelum diserang. Syukur tak terhingga mama dan ayah ketika itu. Rupanya adik hanyalah kekurangan zink memandangkan adik lahir tidak cukup bulat. Bukan itu sahaja, rambut adik yang dahulunya berwarna putih, mula bertukar menjadi hitam seperti biasa.

Maka berakhir;ah kesengsaraan yang adik tanggung selama lebih 6 bulan. Alhamdulillah. Kini adik hanya menerima rawatan untuk mata (normal check up setahun sekali), paed dan ENT (untuk rawatan hidung adik yang collapse due to CPAP treatment. Dan adik kini membesar dengan cergasnya, dan adakalanya progress adik lebih advance berbanding blong ketika blong berumur sama dengan adik.
bayi pramatang sihat sepenuhnya
arsyad hakim sihat sepenuhnya

Alhamdulillah..inilah permata hati kami yang satu ketika dahulu kami tak sangka pun yang dia akan survive. Doa mama dan ayah, semoga adik acad membesar sebagai seorang anak yang baik, adik yang menyayangi dan menghormati blong dan adik-adik yang lain, seorang Muslim yang taat pada perintah-Nya dan akan berbakti kepada agama & negara. Amin...

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya itu sendiri".


2 comments:

  1. Nikmat Allah yang tiada sempadan. Sahabat & sahabiah, langit tak selalu cerah tapi mendung pasti akan berlalu. Jadi, cabaran hidup skrg insyaAllah akan jd satu kemanisan d ms dpn spt lahirnya Arsyad dlm hidup kami... Alhamdulillah ya Rabb...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sayu bace cerita ni.

    ReplyDelete