Thursday, 23 May 2013

Elakkan Risiko Uri Melekat Dengan Bekalan Nutrisi Yang Lengkap

Kelmarin terjumpa artikel tentang "Risiko Uri Melekat" dalam Majalah PaMa edisi June, 2013..

Agak tersentap bila membacanya sebab saya sendiri telah mengalaminya ketika melahirkan adik acad. Yang membuatkan saya tersentap ialah apabila membaca 5 langkah mengeluarkan uri yang dinyatakan dalam majalah tersebut, di mana antaranya ialah,

"Doktor akan memasukkan tangan ke dalam rahim dan mengeluarkan uri setelah bius diberikan. Biasanya ia dilakukan di bilik pembedahan. Doktor akan pastikan tiada sisa uri atau selaput uri tertinggal".

Terus berputar balik dalam kepala otak saya ni, apa yang saya lalui 2 tahun lepas. Sebaik sahaja adik acad lahir, dia terus dibawa pergi dengan menggunakan inkubator, tanpa sempat saya melihatnya. Itu x pe lagi, saya masih boleh terima sebab ketika itu nyawanya lebih penting memandangkan dia lahir tidak cukup bulan. Selepas itu, doktor pun memulakan operasi mengeluarkan uri adik acad yang terkoyak dan melekat pada dinding rahim saya, dan ini yang saya nak cerita.

Doktor langsung tidak memberi saya suntikan bius sebagai penahan sakit ketika itu. Sebaliknya doktor berusaha mengeluarkan uri dengan menyeluk tangan ke rahim saya banyak kali, sampai saya tak terkiralah berapa kali kerana tidak tertahan sakitnya sepanjang proses itu berjalan. Saya hanya diberikan suntikan untuk memberhentikan pendarahan memandangkan ketika itu risiko tumpah darah memang ada. Sudahlah doktornya lelaki, berbangsa cina pulak tu, bayangkan betapa malu dan sakitnya saya ketika itu. Sampai ada masanya, bila saya dah tak tertahan sangat sakit, saya meminta doktor untuk berhenti sekejap, malah menolak tangan doktor.

Dekat 2 jam saya rasa proses itu berlaku dan akhirnya apabila saya betul-betul tak tahan, saya meminta bius diberikan dan juga operation. Entah macam mana saya terfikir nak mintak bius, dan ketika itulah baru mereka menyiapkan ubat bius untuk saya. Namun, sebelum saya dibius, ada seorang doktor perempuan melayu datang dan beliau mencuba beberapa kali pula menyeluk tangannya ke dalam rahim saya untuk mengambil uri. Malah saya telah dimarah beliau kerana mengeraskan badan akibat sakit yang melampau ketika itu.

Nasib saya masih baik kerana rayuan saya untuk beliau berhenti didengar, walaupun saya juga dengar dalam masa yang sama beliau merungut2 marahkan saya. Akhirnya bius diberikan juga, namun mereka tidak lagi melakukan selukan itu sebaliknya terus menyediakan saya untuk sesi D&C.

Terfikir dalam kepala saya selepas semuanya selesai, mengapa mereka melakukan saya sebegitu,sedangkan terdapat cara yang lebih baik dan tidak menyakitkan pesakit. Tidakkah mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu hanya akan menyebabkan pesait bertambah sakit. Tiadakah mereka ada perasaan belas kasihan ketika itu.

Seringkali saya mendengar mereka menyatakan, mereka melakukan begitu demi menyelamatkan nyawa pesakit. Begitu juga dengan kes hidung adik acad yang kita rosak akibat pemekaian CPAP yang terlalu ketat seawal umurnya sehari. Kalo betul pun mereka melakukan semua itu demi untuk menyelamatkan nyawa, sekurangnya mereka perlulah masukkan juga elemen kasihan, dan bukan elemen biarlah pesakit sakit/biarlah pesakit hidungnya teruk asalkan mereka selamat & kerja aku selesai...

Apakah sebenarnya punca uri melekat ini? Terdapat banyak faktor, antaranya kelahiran lebih dari 4 kali, pernah melalui proses D&C sebelum ini dan juga kekurangan nutrisi oleh ibu mengandung dan inilah faktor yang menyebabkan adik acad lahir tidak cukup bulan dan urinya melekat.

Pengambilan nutrisi yang seimbang dan secukupnya sepanjang tempoh kehamilan adalah sangat penting kerana ibu bukan memerlukannya untuk dirinya sendiri sahaja, sebaliknya lebih dari itu kerana anak yang di dalam perut turut mendapatkannya dari ibu. Disebabkan itulah sepanjang tempoh ini, selain pemakanan, doktor turut membekalkan vitamin kepada ibu mengandung sebagai pelengkap nutrisi mereka.

set berpantang shakleeShaklee hari ini juga sangat prihatin kerana mempunyai rangkaian vitamin untuk keperluan ibu-ibu mengandung. Malah boleh juga diambil sehingga berpantang dan juga untuk penyusuan bayi. Kesemua vitamin Shaklee ini selamat untuk ibu dan bayi malah ada di antaranya adalah highly recomended oleh doktor, seperti Vitalea dan B Complex. Ini kerana kandungan vitaminnya yang lengkap, malah bersifat semulajadi yang selamat untuk ibu dan anak.

Akan saya kupaskan dengan lebih lanjut dalam entry yang lain mengenai set ini (^◡^ ). Sehingga kita bertemu lagi dalam entry seterusnya...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment