Tuesday 14 May 2013

Seronoknya Mengunyah Vitamin C Chewable Shaklee

Dulu saya penah citer, dalam entry ni yang vitamin 1st sekali yang saya amik dengan Shaklee ni adalah Vitamin C 500mg. Time tu beli memang x de niat apa-apa, saje nak tambahkan pengambilan supplemen dalam rutin seharian. Lagipun memang x kenal langsung Shaklee time tu. Dengar nama Shaklee pun kira 1st time la masa kawan saya, Efie Muhammad, tu kenalkan. Bila dah makan Vitamin C 500mg Shaklee tu, walaupun tak konsisten, rutin pun tak konsisten, memang terasa kebaikannya. Memang langsung tak menyesal la. Harganya pun murah je.....

vitamin c chewable shaklee

Lepas tu mulalah sejarah saya dengan Shaklee. Tak lama lepas saya join, mula la kecoh sana-sini tentang Vitamin C Organik tu , then mula la stok Vitamin C 500mg ni semakin menyusut dan sangat susah untuk diperolehi di pasaran. Kemuncaknya, Vitamin C 500mg ni langsung habis di pasaran hujung tahun lepas, kalo tak silap, dan sampai la sekarang. Merata-rata orang dok mencari tapi tak jumpa sebab stoknya memang dah habis dan sekarang tengah menunggu kelulusan KKM untuk formula baru Vitamin C 500mg ni.

Walaupun begitu, kehidupan harus diteruskan...Ramai yang tidak sanggup menunggu dah kemunculan Vitamin C 500mg, oleh itu ramai yang mula bertukar kepada Vitamin C Chewable 100mg. Chewable ini pada awalnya ditujukan kepada kanak-kanak, disebabkan itulah kandungan Vitamin C nya hanyalah 100mg, cukup untuk menampung keperluan kanak-kanak.

Tapi kini...

Dewasa dan kanak-kanak mula mengambil Vitamin C Chewable 100mg ini. Walaupun kandungan bagi setiap tablet hanyalah 100mg, tapi kita jika kita ambil 5 biji, bukankah kita sudah boleh mendapatkan 500mg Vitamin C (ofkos bukan makan 5 biji sekaligus la). Plus, ianya boleh dikunyah dan rasanya masam-masam oren, so sangat sesuai la untuk mereka-mereka yang tak suka telan vitamin...
chewable vitamin c shaklee

Kelebihan Vitamin C Shaklee (either 500mg or 100mg, sama je...)
  • menguatkan sistem imunisasi - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun.
  • mencantikkan kulit - membantu kulit lebih cerah, melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmentasi yang menjadi punca utama jeragat
  • membaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering & ruam
  • memerangi kanser - merupakan satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatjan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang sel-sel kanser
  • memperbaiki insomnia - memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.
Vitamin C CHewable 100mg ini bukan hanya mengandungi Vitamin C, tetapi juga diperkayakan dengan khasiat Rose Hips dan juga Citrus Bioflavonoids. Ramai juga yang sedia maklum bahawa sebiji Vitamin C 500mg Shaklee adalah bersamaan khasiatnya dengan 7 biji buah oren manakala bagi sebiji Vitamin C Chewable 100mg pula, khasiatnya adalah bersamaan dengan 2 biji buah oren. 

vitamin c shaklee
Mungkin ramai yang makan buah oren/buah-buahan lain setiap hari, tapi adakah khasiat yang diperolehi mencukupi? Menurut kajian, setiap hidangan buah0buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah tersebut ranum. Oleh itu, sekiranya buah tersebut tidak ranum, maka kandungan vitamin c nya juga adalah berkurangan. Kandungan vitamin c pada buah juga boleh berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada panas.

Jadi agaknya berapa mg saja kandungan vitamin c yang boleh kita perolehi dari buah-buahan yang kita makan setiap hari. Mungkin tidak mencukupi, oleh disebabkan itu kita perlu menampung kekurangan tersebut dengan pengambilan Vitamin C Chewable 100mg/500mg setiap hari.

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment