Monday 20 May 2013

Masa Terbaik Untuk Mengambil Vitamin

Bila dah beli Vitamin terutamanya Vitamin Shaklee, pasti the next thing yang orang nak tahu adalah jadual pengambilannya dan masa yang terbaik untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut. Ini adalah untuk memastikan kita mendapat khasiat dari vitamin tersebut pada kadar yang maksimum, baru lah berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Sebelum tu, kita haruslah kenal pasti sifat vitamin yang kita beli sama ada ianya jenis larut lemak ataupun larut air. Apakah perbezaan di antara kedua-dua jenis ini? Vitamin larut lemak akan larut bersama-sama dengan lemak manakala vitamin larut air pula akan larut bersama air demi menyebarkan khasiatnya.

Apakah vitamin larut lemak?

Jawapan : vitamin A, D, E dan K. Kesemua vitamin ini akan larut bersama-sama dengan lemak, oleh itu seeloknya ianya dimakan selepas kita mengambil makanan-makanan yang berlemak.

Apa pula vitamin larut air?

Jawapan : vitamin larut air adalah vitamin B dan C. Maka seeloknya vitamin jenis ini diambil dengan segelas air masak untuk memastikan ianya melarut dan diserap dengan baik oleh  badan kita

Bagaimana pula dengan vitamin selain dari yang dinyatakan di atas?

Jawapan : Vitamin seperti Ostematrix  adalah digalakkan di ambil sebelum tido bagi menjamin penyerapan yang paling tinggi kerana ketika itu badan kita sedang rehat. Bagi Lecithin dan OmegaGuard, ianya boleh diambil sebelum mahupun selepas kita makan kerana ia bertindak seperti vitamin larut lemak yang mana ianya memerlukan lemak untuk larut dengan baik.

Pantang Larang Dalam Pengambilan Vitamin Shaklee
  1. Vitamin yang mengandungi iron seperti Vitalea adalah tidak digalakkan diambil bersama-sama dengan susu/ESP/ostematrix kerana iron yang tersebut akan menyerap kalsium tadi dan bukannya badan kita.
  2. Vitamin E TIDAK boleh diambil bersama-sama dengan alfalfa kerana ianya boleh mengganggu kadar penyerapan alfalfa oleh badan kita.
  3. Adalah digalakkan supaya vitamin diambil selepas waktu makan bagi penyerapan yang maksimum. Adalah digalakkan juga mengambil vitamin mengikut dos yang dicadangkan untuk mengelakkan lebihan vitamin dalam badan yang boleh menyebabkan toksik.
  4. DILARANG sama sekali mengambil vitamin dengan minuman berkafein kerana kafein akan mengganggu kadar penyerapan vitamin oleh badan.
Berikut adalah jadual pengambilan Vitamin Shaklee secara generalnya...

jadual makan vitamin shaklee

Jadi, tingkatkan kadar penyerapan vitamin oleh badan anda dengan mencuba saranan yang telah saya nyatakan di atas dan patuhilah pantang larangnya. InshaAllah anda akan dapat rasai perbezaannya.

Selamat mencuba.. ^__^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment