Showing posts with label air masak secukupnya. Show all posts
Showing posts with label air masak secukupnya. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Serangan Strok Haba di Musim Panas

March 04, 2014
Negara kita kini sedang mengalami cuaca panas yang melampau. Rata-rata dilaporkan suhu adalah antara 30-35 darjah celcius. Dengan cuaca sebegini, banyak kawasan dilaporkan mula mengalami masalah kekeringan dan yang paling membimbangkan, paras-paras air di empangan terutamanya di kawasan selangor telah menunjukkan penyusutan yang membimbangkan.

Hutan-hutan juga banyak yang terbakar dan ini semakin memburukkan keadaan kerana ianya boleh menyebabkan jerebu. Jika keadaan ini berlanjutan, tidak mustahil ramai yang akan menghadapi masalah kesihatan, terutamannya kanak-kanak dan warga emas.

Salah satu masalah kesihatan yang dibimbangai dan bole menyebabkan kematian jika tidak dirawat dan ditangani dengan segera adalah 'strok haba'. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5 darjah celcius, manakala suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Apakah tanda-tanda orang yang diserang strok haba ini? Mari kita lihat....
  • sakit kepala  berdenyut
  • mual
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan 
  • pitam
Selain itu, suhu yang tinggi ini juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang mana ianya boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena serangan strok haba ini?

Menurut Dr Noor Hisham lagi, seseorang yang terdedah kepada cuaca dan suhu panas secara berpanjangan disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca utama yang menyebabkan strok haba. 

Jadi, elakkan diri anda dari melakukan aktiviti luar terutama di tengahari untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya perlu, pastikan anda minum air masak pada kuantiti yang lebih dari biasa bagi mengelakkan badan anda dari mengalami dehidrasi yang boleh mendedahkan anda kepada risiko diserang strok haba ini. 

Bagaimana pula cara merawat sekiranya anda/ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda terkena serangan strok haba ini? 

Mudah sahaja, bawa mereka dengan segera ke hospital untuk rawatan. Tetapi sekiranya tidak sempat, apa yang boleh anda lakukan adalah bawa individu tersebut ke tempat yang teduh. Kemudian lapkan badan mereka dengan tuala basah. Sekiranya individu tersebut masih mampu bergerak, mandi kan nya secukupnya sehingga anda rasa suhu badan mereka sudah mencapai suhu badan yang normal iaitu sekitar 37 darjah celcius.

rawatan strok haba
salah satu cara untuk merawat strok haba
Jadi, sentiasalah berwaspada dan perhatikan orang-orang kesayangan anda sepanjang musim panas ini, terutamanya anak-anak kerana serangan strok haba ini jika tidak dirawat dengan segera, ianya boleh membawa kepada kematian.

performance drink shakleePastikan juga badan anda mendapat bekalan air masak yang secukupnya jangan sesekali memandang enteng perkara ini. Jika tak lalu nak minum air masak, apakata anda berikan mereka air oren Performance Drink Shaklee yang mampu mengawal kuantiti bendalir dalam badan anda. Bukan itu sahaja, ianya juga sangat sedap, tidak mengandungi pewarna atau perasa tiruan, tidak mengandungi gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan anda dan tidak bergas. Sangat sesuai diminum oleh kanak-kanak dan orang dewasa juga.

Diharap cuaca panas melampau ini tidak berpanjangan dan akan pulih seperti sediakala. Sama-sama lah kita berdoa demi kehidupan kita yang lebih baik setiap hari.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership
 

Thursday, 4 July 2013

Berat Badan Naik Lepas Ambil Supplemen?? OMG!!!

July 04, 2013
berat badan naik akibat vitaminAda sesetengah orang yang menghadapi masalah berat badan naik selepas ambil supplemen. Mengapakah ini terjadi dan di manakah silapnya?? Sedangkan supplemen TIDAK mengandungi sebarang kalori. Mari kita lihat apakah di antara asbab kejadian seperti ini berlaku..

Antara punca mengapa berat badan naik selepas mengamalkan supplemen adalah :

1- mindset : dulu kita tak pernah ambil sebarang multivitamin, so kita menjaga pemakanan, makan mengikut piramid makanan (walaupun adalah sangat possible untuk seseorang itu betul-betul ikut piramid makanan) dan sebagainya. tapi kini, setelah kita mengambil multivitamin, kita mula berfikir yang badan kita sudah mendapatkan segala vitamin yang diperlukan, maka kita pun mula tidak makan ikut piramid makanan lagi, tapi makan ikut-suka-ati-jer. konsep ini adalah sangat SALAH kerana multivitamin bukan bertujuan untuk membekalkan kesemua vitamin yang diperlukan, sebaliknya hanyalah sebagai PELENGKAP sahaja, i.e. menampung mana-mana vitamin yang kita tak dapat dalam sehari itu.

2- b complex yang membantu mengurangkan perasaan stress : adakalanya kita menghadapi keadaan yang stress dalam kehidupan. lalu kita mengambil vitamin b complex, bagi membantu mengurangkan perasaan stress tersebut. bagi sesetengah orang, bila perasaan stress itu hilang, mood untuk makan/minum akan bertambah dan ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal pemakanannya seterusnya akan menyebabkan berat badan naik.

3- bila kita mengambil supplemen, badan akan menjadi lebih cergas dan bertenaga, dan secara tak langsung kita akan kurang tidur, berbanding waktu dulu. maka, apabila waktu berjaga kita lebih panjang dari waktu tidur, secara tidak langsung kita akan makan lebih banyak dari dulu.

4- supplemen juga boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma sesorang @ keupayaan badan membakar lemak lebih tinggi. dengan ini, kandungan karbon dioksida dan air dalam badan juga akan meningkat dan tahukah anda bahawa air adalah lebih berat daripada lemak?

5- badan kita yang sebelum ini mempunyai banyak lemak, kita sudah bertukar menjadi otot. dan seperti air, otot juga adalah lebih berat daripada lemak, maka kemungkinan pertambahan berat tersebut adalah disebabkan oleh otot juga ada.

6- adakalanya apabila seseorang itu mengambil supplemen, kebarangkalian untuk dia minum air masak dalam 3 liter sehari adalah rendah. apabila badan tidak mendapat bekalan air yang secukupnya, sel-sel akan merasa "dahaga", seterusnya menghantar isyarat kepada otak yang akan diproses menjadi "lapar". apabila ini berlaku, badan akan bertindak untuk makan. seperti supplemen, air juga TIDAK mengandungi kalori, tetapi sebaliknya apabila badan kita kekurangan air, tetapi tinggi kandungan garam, maka situasi yang dipanggil "water retention" akan berlaku dan ini boleh menyebabkan berta badan naik dan agak sukar untuk diturunkan....(sila baca entry ini untuk ketahui tips minum 3 liter air masak dalam sehari).

berat naik akibat vitaminJadi sekiranya anda menghadapi masalah berat badan naik selepas mengambil supplemen, cuba cek balik satu persatu sebab diatas. Mungkin salah satu sebab yang disenaraikan itu ada pada anda...(‐^▽^‐)

Atau mungkinkah ianya hanya perasaan anda sahaja....




**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 20 May 2013

Masa Terbaik Untuk Mengambil Vitamin

May 20, 2013
Bila dah beli Vitamin terutamanya Vitamin Shaklee, pasti the next thing yang orang nak tahu adalah jadual pengambilannya dan masa yang terbaik untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut. Ini adalah untuk memastikan kita mendapat khasiat dari vitamin tersebut pada kadar yang maksimum, baru lah berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Sebelum tu, kita haruslah kenal pasti sifat vitamin yang kita beli sama ada ianya jenis larut lemak ataupun larut air. Apakah perbezaan di antara kedua-dua jenis ini? Vitamin larut lemak akan larut bersama-sama dengan lemak manakala vitamin larut air pula akan larut bersama air demi menyebarkan khasiatnya.

Apakah vitamin larut lemak?

Jawapan : vitamin A, D, E dan K. Kesemua vitamin ini akan larut bersama-sama dengan lemak, oleh itu seeloknya ianya dimakan selepas kita mengambil makanan-makanan yang berlemak.

Apa pula vitamin larut air?

Jawapan : vitamin larut air adalah vitamin B dan C. Maka seeloknya vitamin jenis ini diambil dengan segelas air masak untuk memastikan ianya melarut dan diserap dengan baik oleh  badan kita

Bagaimana pula dengan vitamin selain dari yang dinyatakan di atas?

Jawapan : Vitamin seperti Ostematrix  adalah digalakkan di ambil sebelum tido bagi menjamin penyerapan yang paling tinggi kerana ketika itu badan kita sedang rehat. Bagi Lecithin dan OmegaGuard, ianya boleh diambil sebelum mahupun selepas kita makan kerana ia bertindak seperti vitamin larut lemak yang mana ianya memerlukan lemak untuk larut dengan baik.

Pantang Larang Dalam Pengambilan Vitamin Shaklee
  1. Vitamin yang mengandungi iron seperti Vitalea adalah tidak digalakkan diambil bersama-sama dengan susu/ESP/ostematrix kerana iron yang tersebut akan menyerap kalsium tadi dan bukannya badan kita.
  2. Vitamin E TIDAK boleh diambil bersama-sama dengan alfalfa kerana ianya boleh mengganggu kadar penyerapan alfalfa oleh badan kita.
  3. Adalah digalakkan supaya vitamin diambil selepas waktu makan bagi penyerapan yang maksimum. Adalah digalakkan juga mengambil vitamin mengikut dos yang dicadangkan untuk mengelakkan lebihan vitamin dalam badan yang boleh menyebabkan toksik.
  4. DILARANG sama sekali mengambil vitamin dengan minuman berkafein kerana kafein akan mengganggu kadar penyerapan vitamin oleh badan.
Berikut adalah jadual pengambilan Vitamin Shaklee secara generalnya...

jadual makan vitamin shaklee

Jadi, tingkatkan kadar penyerapan vitamin oleh badan anda dengan mencuba saranan yang telah saya nyatakan di atas dan patuhilah pantang larangnya. InshaAllah anda akan dapat rasai perbezaannya.

Selamat mencuba.. ^__^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================