Monday, 20 May 2013

Sakit Lepas Makan Vitamin Shaklee, Kenapa Agaknya...

Ada sesetengah pelanggan saya, mahupun orang lain yang mengambil Vitamin Shaklee, mengalami beberapa masalah selepas mengambilnya, seperti pening kepala, jerawat, kelesuan, cirit-birit dan sebagainya. Tapi, sepanjang saya mengamalkan Shaklee, saya tidak pernah mengalami sebarang sakit-sakit ini, alhamdulillah.

Mengapakah kejadian ini berlaku? Bukan kah pengambilan Vitamin adalah untuk menampung keperluan nutrisi harian dan zat-zat yang tidak cukup, maka bukankah sepatutnya badan kita menjadi lebih sihat kerana segala kekurangan telah ditambahkan melalui vitamin.

Keadaan ini adalah dikenali sebagai healing crisis/krisis pemulihan. Ia terjadi akibat daripada tindakbalas tubuh kita yang selama  ini kekurangan khasiat yang disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Apabila kita mula mengambil vitamin/supplemen, dan nutrisi mula dibekalkan, badan kita akan menjadi terkejut, seterusnya berlakulah krisis pemulihan ini.

vitamin shaklee
Namun begitu, keadaan ini tidak akan berlanjutan, melainkan tubuh badan seseorang itu terlalu lemah ataupun beliau sangat jarang mengambil makanan yang berkhasiat sebelum ini. Dalam tempo ini juga, sel-sel yang lama, yang telah rosak, akan digantikan dengan sel-sel yang baru, yang lebih baik kerana sel-sel yang baru ini tadi telah mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya.

Apabila badan kita telah mendapatkan sel-sel baru yang lebih baik, maka badan akan menjadi lebih cergas dan cerdas kerana kesemua jaringan dalam badan berada dalam keadaan yang baik. Sel-sel badan mengambil masa selama 90hari untuk bertukar kepada yang baru.

Krisis pemulihan ini juga adalah tempoh dimana toksin-toksin yang selama ini berada dalam badan kita, yang terdiri daripada sisa makanan, makanan berkimia, lemak, kurang tidur, antibiotik serta pengambilan ubat-ubatan sebelum ini, dinyahkan dari tubuh kita. Suplemen/vitamin ini akan membantu kita mendetoksifikasikan kesemua toksin-toksin ini tadi, seterusnya membantu menguatkan sistem imunisasi kita.

Oleh itu, janganlah anda merasa risau atau marah jika anda mengalami simptom-simptom yang dinyatakan di atas selepas anda mengambil vitamin Shaklee. Kerana ia sebenarnya adalah satu petanda yang baik, ke arah mempersiapkan tubuh badan kita yang lebih sihat. Apa yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh ini adalah minum air masak sebanyak mungkin, mendapatkan rehat yang secukupnya dan tambahkan pengambilan sayuran & buahan. Semoga berjaya... ^___^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment