Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

Welcome To The Family, Anas....

October 15, 2014
Hampir 4 bulan dah berlalu..Sungguh cepat masa berjalan...Ini bermakna hampir 4 bulan juga keluarga kami telah menerima ahli baru...Seorang bayi lelaki yang sangat comel, yang mana kelahirannya telah dipermudahkan oleh Ilahi..Hanya beberapa jam sahaja kesakitan yang dirasai oleh mama sebelum dia dilahirkan ke dunia...

Welcome to the family, our beloved baby boy..Muhammad Anas Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham...such a very adorable baby..same like you brothers....

baby boy
gambar umur 3 bulan
 Apakah maksud nama dia? Rujuk di sini untuk maksud nama anak-anak...Kita disarankan sangat supaya memberi nama yang baik-baik, yang mempunyai maksud yang baik kepada anak-anak kerana panggilan nama itu adalah satu doa. Nak pulak apabila dipanggil oleh ibu bapa..Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab ye...

Anas bermaksud : kemesraan, cinta, kasih, mesra, periang....
Hakim pula bermaksud : bijaksana....

Semoga Muhammad Anas Hakim membesar sebagai seorang muslim yang bijaksana, penuh dengan kasih sayang dan sentiasa gembira dalam menghadapi apa juga yang dilakukan...Amin...

InshaAllah mama dan ayah akan berikan didikan yang terbaik untuk Anas dari segi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat dan juga abang-abang Anas. 

Anak-anak membesar dengan sangat pantas...jadi jangan lupa dan jangan culas untuk mengambil gambar mereka setiap hari supaya anda tidak merasa ketinggalan melihat mereka membesar. Proses pembesaran mereka ini sangat sekejap, dan ianya tidak akan boleh diulang kembali. Jadi, habiskan sekurangnya 10-15minit melayan kerenah anak-anak walau bagaimana sibuk pun anda...

baby shaklee
bangun tdo muka blur n garang
baby shaklee
disebalik toys dlm crabnya
baby shaklee
happy face bangun dari afternoon nap
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana income dengan shaklee 

Thursday, 8 May 2014

Trimester ke-3, Paling Mencabar (29-40minggu)

May 08, 2014
Trimester ke-3 (29-40 minggu) adalah tempoh yang tak kurang mencabar. Awal kehamilan, trimester pertama dikira mencabar kerana pada ketika itu masih di awal kehamilan. Segalanya perlu dijaga kerana fetus ketika itu masih lagi tidak berapa stabil, ditambah dengan keadaan ibu yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang sedang dialami.

Trimester ke-2 dikira agak selesa kerana kesihatan ibu sudah semakin baik, malah bayi dalam kandungan juga semakin selesa.

Namun, masuk trimester ke-3, ibu akan sekali lagi menghadapi minggu-minggu yang mencabar. Dengan keadaan perut ibu yang semakin membesar, berat badan ibu yang semakin meningkat, perubahan emosi yang tidak menentu malah terdapat juga bahagian badan ibu yang turut mengalami perubahan. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan ibu semakin tidak selesa, malah ada sesetengah ibu yang mula mengurangkan pelbagai aktiviti harian kerana sudah tidak larat untuk melakukannya.

Ada juga ibu yang mula mengalami masalah kesihatan. Contohnya saya sendiri. Masuk sahaja trimester ke-3, saya mula tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Jika terlebih makan, mula la rasa nak muntah yang sangat memeritkan. Tekak terasa sangat perit sampai adakalanya terpaksa memuntahkan segala isi perut kerana terasa makanan yang dimakan sudah seperti nak keluar sendiri, terutamanya pada waktu malam. Kesannya, berat badan saya tidak naik seperti yang diharapkan ketika cek-up bulanan dilakukan, namun, alhamdulillah berat bayi naik dengan baiknya. Kuasa Allah....subhanallah...

Ok, apakah lagi perubahan yang bakal dihadapi oleh ibu-ibu dalam trimester ke-3 ni?? Mari kita lihat....

1- Sakit punggung
# ibu akan mula merasa kesakitan pada punggung. perkara ini berlaku kerana beban yang ibu pikul lebih berat berkadar langsung dengan pembesaran bayi anda di dalam kandungan

2- Payudara
# payudara akan mula mengeluarkan cecair kolostrum. kolostrum adalah makanan bayi pertama yang sangat kaya dengan protein dan antibodi
# pada timester ke-3 ini, anda juga akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar/sembelit. Ini berlaku kerana tekanan rahim yang membesar dan menghimpit usus yang menyukarkan perjalanan makanan dalam badan. Selain itu peningkatan hormon progesteron turut menyumbang kepada masalah ini

4- Pernafasan
# pada minggu ke-33 hingga ke-36, kebanyakan ibu hamil akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Ini disebabkan tekanan bayi yang berada di bawah diafragma dan menekan paru-paru ibu. Tetapi masalah ini akan hilang secara beransur-ansur setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul dan tidak lagi menekan paru-paru. ini biasanya kana berlaku pada 2-3 minggu sebelum bersalin. Anda akan berasa lega dan dapat bernafas dengan lebih mudah. Selain itu juga, rasa seperti terbakar di dada (heart burn) biasanya juga akan turut hilang. Ini disebabkan berkurangnya tekanana dari tubuh bayi kepada si ibu.

5- Kerap membuang air kecil
# pembesaran rahim di dalam perut akan menekan pundi kencing anda. Ini menyebabkan anda menjadi lebih kerap membuang air kecil. Ketika kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul, perasaan ingin membuang air kecil anda akan lebih menjadi lebih kerap

6- Masalah tidur
# pada trimester ke-3 ini, perut ibu menjadi sangat besar dan bayi akan lebih kerap menendang pada waktu malam. Ini menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur lena pada waktu malam

7- Kemutan pada perut
# pada ketika ini, anda akan sering merasakan kemutan/kontraksi pada perut. Ini dipanggil braxton hicks contraction atau kontraksi palsu. Kontraksi ini tidak sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran. Kemutan yang dirasai merupakan rasa sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat

# pertumbuhan bayi akan menyebabkan peningkatan tekanan pada kaki dan pergelangan kaki anda. Tekanan ini kadangkala akan menyebabkan pembengkakan pada bahagian tubuh anda juga. Ia disebut sebahagian edema. Ini merupakan perkara biasa yang disebabkan oleh perubahan hormon yang menghalang pengeluaran air dari badan

# kekejangan pada bahagian kaki akan sering terjadi pada minggu-minggu kehamilan trimester ke-2 & ke-3. Ia biasanya berkaitan dengan perubahan dalam peredaran darah, tekanan pada saraf kaki ataupun kekurangan kalsium dalam badan

10- Cairan vagina
# peningkatan cairan vagina ketika hamil adalah normal. Cairan biasanya kelihatan jernih. Pada awal kehamilan, ianya sedikit likat dan akan  menjadi cait apabila semakin hampir mendekati saat kelahiran

11- Dinding rahim
# dinding rahim akan menjadi nipis. Ini menyebabkan bunyi-bunyian yang kuat dapat didengar dan boleh menjejaskan perkembangan bayi anda seperti bunyi kapal terbang dan kenderaan lain. Kandungan anda juga akan menjadi semakin peka kepada cahaya. Bahkan, ibu boleh melihat bentuk kaki, tangan dan punggung bayi setiap kali dia bergerak. Ketidakselesaan seperti pedih ulu hati, kekejangan, sukar bernafas dan keletihan semakin kerap terasa

12- Berat badan
# pertambahan berat badan akan mula berkurangan atau pun tidak akan berlaku. Malah, pada minggu kehamilan, anda mungkin akan kehilangan berat badan sedikit. Keseluruhan peningkatan berat badan yang normal sehingga sekarang adalah sekitar 12kg. Sekiranya anda mengalami peningkatan berat badan yang kurang dari 13kg, berkemungkinan besar, anda mampu untuk menurunkan berat badan dengan mudah selepas bersalin nanti. 

Semakin hampir menjelang hari kelahiran, semakin banyak cabaran yang bakal ibu rasai. Tetapi semuanya akan lenyap sebaik mendengar tangisan pertama bayi anda. Jadi, bertahan la dan nikmatilah saat-saat ini yang anda mungkin hanya akan lalui sekali lagi selepas beberapa tahun.

vitamin hamil shakleeUntuk memastikan kesihatan diri yang sebaiknya sepanjang kehamilan ini, disyorkan supaya anda mendapatkan set kehamilan Shaklee yang sememangnya telah terbukti mampu membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi. Ianya selamat, semulajadi malah halal dan mudah untuk diambil. Dapatkan segera untuk bekalan nutrisi yang terbaik untuk anda dan si manja anda....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

hubungi shaklee

Tuesday, 22 April 2014

Kawal Diabetis Ketika Hamil Sebelum Ianya Menjadi Lebih Teruk

April 22, 2014
kencing manis ketika hamil
Tahukah anda bahawa ibu mengandung mempunyai risiko diserang diabetis ketika sedang hamil, walaupun sebelum itu kesihatan ibu sangat memuaskan? Ianya dikenali sebagai diabetis kehamilan (GDM). Mengikut statistik, hampir 20% daripada jumlah ibu mengandung diserang GDM setiap tahun. Biasanya ia dikesan ketika kandungan berusia antara 24 minggu ke 28 minggu. Risiko yang lebih tinggi bakal dihadapi oleh ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan diabetis ini ataupun pernah kena pada kehamilan sebelumnya.

 Bagaiman ini boleh berlaku? GDM ini boleh berlaku apabila badan ibu tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan. Plasenta bayi akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Lazimnya, pankreas ibu akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, ibu mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa. Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.
 
diabetis ketika hamil
Adakah keadaan GDM ini merbahaya?

Ya, sekiranya ianya tidak dikawal dari awal, ianya boleh membahayakan ibu dan juga bayi dan bayi mempunyai risiko mati di dalam kandungan akibat plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membekalkan bekalan secukupnya untuk bayi. Malah, ibu yang menghadapi GDM biasanya dinasihatkan supaya bersalin lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Bayi juga mempunyai risiko kecacatan. Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi.

Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes, katanya. Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil. Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah, katanya. Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.

Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi. Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan, menurut beliau lagi. 

Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula. Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula. Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.

Adakah Shaklee dapat membantu ibu hamil dalam perkara ini? 
 
energizing soy protein shakleeYa...Ibu hamil boleh mencuba mengawal kencing manis anda dengan pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee. Energizing Soy Protein Shaklee yang rendah indeks glisemik amat sesuai dengan ibu yang menghidap kencing manis. Tanpa bahan pengawet, perisa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya, sememangnya selamat untuk ibu dan juga bayi anda. 
 
Apa pentingnya indeks glisemik rendah yang ada dalam Energizing Soy Protein Shaklee ini? Karbohidrat dengan indeks glisemik rendah membantu memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam badan ibu. Oleh itu, ia akan dapat membantu mengekalkan paras gula yang rendah di dalam badan. Tambahan pula, ang boleh Energizing Soy Protein Shaklee ini boleh membuatkan ibu berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak rasa seperti nak mengunyah makanan yang manis setiap masa. Oleh itu, ibu dapat mengawal kuantiti makanan yang diambil dan bukanlah makanan yang manis yang boleh membahayakan ibu dan juga bayi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
jana pendapatan dengan keahlian shaklee
 


Monday, 21 April 2014

Pengalaman Berbeza Pada 3 Kehamilan

April 21, 2014
Setiap anak adalah berbeza, malah rezeki bagi setiap anak juga berbeza. Jadi tidak hairan lah jika si ibu turut mengalami pengalaman yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan walaupun mengandungkan dalam rahim yang sama dan hasil daripada hubungan yang sama. Ini semua adalah ketetapan yang telah dirancang dengan sebaiknya oleh Allah.

3 kali mengandung, saya memang menempuh pengalaman yang berbeza. Pada kehamilan pertama, saya adalah seorang yang sangat emosi. Daripada awal kehamilan, sehingga menjelang kelahiran anak, Muhammad Ashraf Hakim. Teringat bagaimana saya menangis dan mengadu kepada doktor gynea saya pada pertemuan pertama kerana geram dengan kerenah petugas di hospital yang seolah mempermainkan saya pada ketika itu gara-gara sukar mendapatkan GL. Dah la en asben tak de di sisi time tu, kena pula macam tu, memang geram la.

Kehamilan ke-2 pula, waktu tu kami duduk di Miri. Time ni en asben memang ada di sisi la sebab kami dok ikut dia keje kat sana. Tak sanggup kot duduk jauh-jauh, seberang laut plak tu. Kalo duduk jauh, jenuh pulak la nak jumpa, kena nak flight. Duit lagi...so better duduk sekali la kan...Kehamilan kali ni, dah kurang sikit emosinya, tapi jadi tak selera makan jela pulak. Yang lalu nak makan hanyalah Marrybrown je. So boleh kata tiap malam g makan Marrybrown kat e-mart tu. Lagi satu yang lalu makan, nasi lalapan. Tu je huhuhu....

Dalam 2 kehamilan ni, saya memang dok amik vitamin yang dibekalkan oleh klinik sahaja. Time ni memang tak kenal lagi Shaklee la...so bila doktor bagi vitamin, amik jela. Dok telan yang tujela, cuma bila dah hujung-hujung kehamilan yang pertama tu, adalah tambah makan pil susu kambing. Tu pun mak yang suruh sebab kata mak untuk elakkan baby kena jaundis. Dan memang alhamdulillah, Ashraf dulu tak kena jaundis...ada la sikit-sikit, standard la sebab hati baby baru nak suaikan diri, tapi tak de la sampai tahap kena warded atau jemur kat bawah lampu...

Time arshad pula, memang tak sempat la makan pape. Even air selusuh pun tak sempat ambil sebab terbersalin awal huhuhu...Hanya vitamin klinik sahaja la semata-mata. Arshad lahir premature at 26w akibat daripada infection ke atas placentanya.....entah apa la penyebabnya, sampai sekarang saya tak tahu sebab doktor sendiri pun tak tau. Kenapa saya bleeding dari kandungan umur 4 bulan pun hanya diketahui lepas bersalin. Ntah la....

Sekarang saya sedang mengandungkan anak ke-3. Saya suka juga sebenarnya mengandung ni....Terutamanya bila baby dah mula bergerak-gerak. Perasaan tu langsung tak boleh ditukar beli mahupun dirasai pada masa-masa lain. Suka tengok perut bergerak-gerak..Nak-nak pula baby tengah aktif ataupun lepas saya makan, memang berombak la perut akibat pergerakan baby ni...Subhanallah...Walaupun ada sakit-sakit, biasa la orang mengandung, tapi semua tu kan hanya sementara sahaja....

Tapi, kehamilan pertama dan ke-2 walaupun berbeza, tetap ada 1 persamaan, iaitu kerosakan pada kuku saya, ataupun lebih dikenali sebagai cekam. Baca denga lebih lanjut di sini. Memang huduh la kuku saya time tu. Tapi masa mengandungkan arshad, keadaannya lebih teruk berbanding masa mengandungkan ashraf. Walaupun time ashraf tu kena kat ibu jari kaki kanan, tapi tak lama lepas bersalin ianya sembuh (tu pun sebab saya buat minor operation untuk buang cekam tu). 

Cekam yang saya kena masa mengandungkan arshad pulak, amik masa dekat setahun lepas bersalin pun tak pulih juga. G klinik, mula ingat nak buat minor operation jugak, tapi doktor tak mau buat. Setakat bagi ubat je...Beberapa pakar juga la saya jumpa, sebab tak tahan tengok betapa huduhnya ibu jari tangan kiri saya time tu, belum kira lagi baunya yang busuk akibat nanah yang terkumpul kat bawah kuku tu, pun tak dapat selesaikan. Time tu memang agak terseksa la, dan down la sebab semua orang boleh nampak kuku saya tu. Kalo kat kaki, boleh juga la nak sorok esp bila keluar sebab pakai stokin, tapi ni kat tangan, camne nak tutup huhuhuhu

Berbanding sekarang, walaupun baby now dah masuk 28 minggu, alhamdulillah tak de lagi saya terkena serangan cekam ni. Semua kuku saya masih berada dalam keadaan yang elok dan cantik seperti biasa. Syukur sangat-sangat, dan harap ianya kekal sampai la saya bersalin nanti. 

shaklee untuk ibu mengandungApa yang berbezanya kehamilan kali ni dengan 2 kehamilan yang sebelum ini? Kali ni saya langsung tak ambil vitamin daripada klinik, sebaliknya saya mengambil set mengandung Shaklee sepenuhnya. Saya dah bagitau doktor gynea saya mengenai hal ini dan beliau tidak menghalangnya, malah setiap kali jumpa, baby berada dalam keadaan baik sahaja. Ujian kesihatan, ujian darah pun alhamdulillah semuanya baik dan elok. Sebab itulah beliau tidak pernah mendesak saya untuk mengambil vitamin klinik.

Vitamin Shaklee bukan sahaja membantu saya menjaga dan bayi daripada dalam, malah turut menjaga luaran saya. Jadi tidak hairan la kalo kuku saya dan kulit saya elok sahaja sepanjang kehamilan ini. Malah, ada sekali terdapat kesan di badan akibat pemakaian pakainan yang salah, tetapi alhamdulillah selepas konsisten mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee, parut tersebut semakin pudar dan elok seperti sedia kala. Yang lebih menariknya, setiap vitamin Shaklee yang saya ambil ni, akan meresap dengan sepenuhnya ke dalam badan dengan selamat tanpa sebarang bahan kimia, pewarna atau pengawet tiruan. Jadi, sememangnya ia sangat selamat untuk saya dan bayi. Secara tak langsung, saya telah mengurangkan risiko bayi terdedah kepada bahan kimia sejak dalam kandungan lagi.

Semoga adik baby akan terus membesar dengan sihat di dalam rahim mama. Jumaat ni kita jumpa lagi melalui scan ye. InshaAllah ayah pun akan turut serta sebab dah 2 kali appointment ayah tak join huhuhu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee

Rahsia Kekal Cantik Sepanjang Kehamilan

April 21, 2014
Lain orang, lain ragamnya. Sepanjang tempoh kehamilan, banyak je perkara-perkara yang sebelum ni kita tak buat, tiba-tiba kita buat, makan yang sebelum ni kita dok reject tahap maksimum, tetiba jadi mengidam nak makan, diri yang dulunya suka nak bermake up tiap kali keluar rumah hatta ke kedai runcit depan rumah je pun, tetiba jadi malas nak make up, even pakai bedak pun tak mau dan sebagainya.

Memang macam-macam la. Tapi bukan la semuanya akan mengalaminya, ada sesetengah yang biasa je, macam tak de perubahan. So bergantung la orang. Ini semua adalah berkaitan dengan hormon. Sepanjang kehamilan, hormon dalam badan akan berubah-ubah dan tak stabil, dan secara tak langsung, ia akan tereflect pada perbuatan seharian kita. So ini bukanlah satu perubahan yang pelik. 

Bagi yang gemar bercantik-cantik, atau pun yang mementingkan penjagaan diri, pasti ingin kelihatan cantik juga sepanjang kehamilan. Walaupun mungkin ada perubahan hormon, namun, keinginan untuk sentiasa kelihatan cantik, sekurangnya di mata suami, pasti ada. Hari ni, saya akan bongkar 1 rahsia bagaimana anda boleh kekal cantik, dan jelita, dengan cara yang paling minimum sepanjang kehamilan. Malah anda juga akan lebih sihat, bukan sahaja pada diri sendiri, sebaliknya juga kepada bayi yang sedang dikandung.

Hanya dengan 3 produk sahaja daripada rangkaian produk kesihatan dan penjagaan wajah Shaklee, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya....

esp shaklee     ✔ Energizing Soy Protein Shaklee yang sememangnya terkenal 
          dalam membantu menjaga kecantikan dan kesihatan diri anda 
          adalah produk yang sangat sesuai diamalkan sepanjang 
          kehamilan. Ianya bukan sahaja mampu membantu membekalkan 
          tenaga yang berpanjang sepanjang hari, malah ianya juga 
          membantu anda kekal cantik.
    ✔ Asid amino yang terdapat di dalam protein soyanya mampu 
         menjaga kulit anda supaya sentiasa cantik, gebu dan halus kerana 
         ianya akan memastikan sel-sel kulit anda yang baru adalah sel-sel 
         kulit yang sihat
    ✔ Selain itu, secara tidak langsung, bayi juga akan mendapat manfaat 
         kerana bayi akan menikmati apa sahaja yang diambil oleh ibunya 
         ketika di dalam perut. Jadi, jika si ibu mengambil sesuatu yang 
         berkhasiat, secara tidak langsung, bayi turut mendapat tempiasnya

vitamin c shaklee dewasa    ✍ Pengambilan vitamin c sepanjang kehamilan adalah sangat 
         digalakkan
    ✍ Ini kerana, ibu hamil sangat memerlukan vitamin c bagi memastikan 
         dirinya kekal sihat. Malah, vitamin c yang secukupnya, mampu 
         memastikan sistem imunisasi ibu sentiasa terpelihara agak ibu tidak 
         menghadapi sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh
         kehamilan
   ✍ Pengambilan vitamin c yang secukupnya juga mampu memastikan 
         kulit ibu sentiasa cantik, malah ianya juga mampu menghalang 
         daripada serangan jerawat & jeragat yang disebabkan perubahan 
         hormon dalam badan

pencuci muka nutriwhite    Walaupun dalaman ibu kini dijaga dengan baik oleh ESP Shaklee 
         dan juga Vitamin C, namun ibu tetap perlu menjaga kebersihan 
         luaran juga kerana kulit tetap terdedah kepada pencemaran apabila
         ibu berada di luar rumah
    ❃ Oleh itu, pastikan ibu mencuci muka dengan pencuci muka 
         Nutriwhite setiap hari bagi memastikan kotoran-kotoran yang ada 
         di luar sana tidak melekat secara kekal di muka
    ❃ Selain itu, pencuci muka Nutriwhite ini mampu membersih dengan 
         sangat mendalam dan akan memastikan pori-pori di muka sentiasa 
         bersih dan tidak tersumbat.

Sepanjang kehamilan kali ini, saya memang mengamalkan 3 produk ni. Alhamdulillah, saya jarang sangat ditimpa masalah kesihatan, mahupun demam dan selsema sepanjang tempoh ini. Malah, kulit pun lebih baik daripada sebelum hamil kerana sebelum ini, tidak la konsisten betul-betul. Tapi bila dah mengandung, saya cuba untuk konsisten tambahan pula bila fikirkan bayi yang sedang dikandung. Of course saya mahu berikan yang terbaik untuk bayi ni. Jadi, saya berusahala sebaik mungkin agar baby dapat yang terbaik sepanjang masa.

Kini anda juga boleh. Apa yang menariknya tentang ke-3 produk ini adalah, semuanya tahan lama. Energizing Soy Protein Shaklee 1 can mampu bertahan sehingga 2-3 bulan (bergantung pada kerajinan anda meminumnya), vitamin C pula, sebotol ada 180biji dan anda hanya ambil 1 biji sahaja setiap hari, jadi ia mampu bertahan sehingga 6 bulan!! Pencuci muka Nutriwhite, 1 tiub mampu bertahan sehingga 10 bulan kerana ianya banyak, dan anda hanya perlukan kuantiti yang sangat sedikit setiap kali menggunkannya. Jadi, dalam tempoh 9 bulan kehamilan, anda sebenarnya mampu berjimat banyak untuk memastikan diri anda tetap kekal cantik, dengan mengamalkan 3 produk ini sahaja. Sememangnya ianya sangat-sangat berbaloi.

Jadi, jangan lepaskannya. Peliharan kesihatan dan kecantikan anda dari luar dan dalam, untuk diri anda dan juga bayi, sepanjang kehamilan. Ibu kekal cantik, bayi tampil sihat.....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan keahlian shaklee
 

Sunday, 20 April 2014

Bengkak Kaki / Edema Ketika Hamil Adalah Perkara Biasa

April 20, 2014
Trimester ke-3 (7 bulan ke atas), adalah tempoh kehamilan yang agak mencabar, selain daripada alahan yang dialami di awal kehamilan. Pelbagai penyakit dan rasa tidak selesa akan mula menyerang dan dirasai oleh ibu yang hamil ketika dalam tempoh ini. Ada yang mampu menghadapinya dengan baik, ada pula yang terpaksa berehat sahaja sepanjang tempoh ini.

Salah satu masalah/penyakit yang sering dihadapi oleh ibu hamil dalam tempoh ini adalah bengkak kaki/edema. Masalah ini adalah biasa dialami. Mengapakah ianya boleh terjadi?

bengkak kakiKetika hamil, badan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan cecair berbanding waktu lain. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu. Oleh itu, badan ibu boleh menjadi bengkak akibat daripada darah dan cecair yang berlebihan ini. Perut ibu yang semakin membesar sepanjang tempoh ini juga akan menyebabkan tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutamanya kaki. Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu duduk terlalu lama ketika melakukan kerja di pejabat ataupun duduk lama di dalam kenderaan.

 Anggota badan yang sering disering bengkak ini adalah kaki, tangan dan muka. Ada juga yang menyebutnya sebagai sembam, dimana tangan/kaki atau muka ibu akan kelihatan lebih kembung dari biasa.

Kebiasaannya, anggota badan ini akan kelihatan membengkak pada waktu petang dan menjelang malam. Ini kerana, sepanjang hari, pelbagai aktiviti dilakukan oleh ibu hamil dan menyebabkan kejadian bengkak kaki ini berlaku. Namun, menjelang pagi, ianya akan menyurut balik kerana ibu telah pun mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang malam.

 Antara sebab lain mengapa bengkak kaki ini boleh berlaku adalah : 
  • cuaca yang sangat panas
  • berdiri terlalu lama
  • menjalankan aktiviti harian untuk satu jangka masa yang panjang/terlalu lama
  • kurang potassium dalam badan
  • mengambil makanan yang terlalu masin
  • pengambilan kafein yang terlalu banyak
 
Jadi, bagaimana pula caranya untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah bengkak kaki ini? Terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan, antaranya :
    cara atasi bengkak kaki
  • elakkan diri daripada melakukan atau makan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyumbang kepada bengkak kaki
  • tinggikan sedikit kaki dengan mengalaskan dengan bantal ketika tidur/rehat
  • memakai kasut yang selesa apabila keluar daripada rumah dan elakkan memakai kasut tinggi
  • minum air yang banyak
  • banyakkan melakukan aktiviti di dalam air seperti berenang
  • sapukan ais di kawasan yang bengkak
  • memakai seluar ketat atau stokin sokongan
  • elakkan pakaian yang ketat di sekeliling pergelangan tangan, kaki dan buku lali
  • jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki
  • sekiranya anda melalui perjalanan yang jauh, sebaiknya berhenti sebentar untuk merehatkan kaki anda  
Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja. Jadi, bertahan lah ya wahai ibu-ibu demi untuk bayi yang anda sedang kandung.
 
Peringatan, sekiranya tangan atau muka ibu tiba-tiba sahaja membengkak, ataupun kaki sebelah ibu membengkak berbanding kaki yang satu lagi, itu mungkin petanda kepada pre-eklampsia. Ini adalah satu keadaan yang serius, jadi ibu haruslah segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan tidak menjadi semakin teruk.

testimoni bengkak kaki surut dengan ostematrix Nota : Pengambilan supplemen kalsium boleh membantu mengatasi masalah ini...cubalah...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan shaklee