Sunday, 20 April 2014

Bengkak Kaki / Edema Ketika Hamil Adalah Perkara Biasa

Trimester ke-3 (7 bulan ke atas), adalah tempoh kehamilan yang agak mencabar, selain daripada alahan yang dialami di awal kehamilan. Pelbagai penyakit dan rasa tidak selesa akan mula menyerang dan dirasai oleh ibu yang hamil ketika dalam tempoh ini. Ada yang mampu menghadapinya dengan baik, ada pula yang terpaksa berehat sahaja sepanjang tempoh ini.

Salah satu masalah/penyakit yang sering dihadapi oleh ibu hamil dalam tempoh ini adalah bengkak kaki/edema. Masalah ini adalah biasa dialami. Mengapakah ianya boleh terjadi?

bengkak kakiKetika hamil, badan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan cecair berbanding waktu lain. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu. Oleh itu, badan ibu boleh menjadi bengkak akibat daripada darah dan cecair yang berlebihan ini. Perut ibu yang semakin membesar sepanjang tempoh ini juga akan menyebabkan tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutamanya kaki. Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu duduk terlalu lama ketika melakukan kerja di pejabat ataupun duduk lama di dalam kenderaan.

 Anggota badan yang sering disering bengkak ini adalah kaki, tangan dan muka. Ada juga yang menyebutnya sebagai sembam, dimana tangan/kaki atau muka ibu akan kelihatan lebih kembung dari biasa.

Kebiasaannya, anggota badan ini akan kelihatan membengkak pada waktu petang dan menjelang malam. Ini kerana, sepanjang hari, pelbagai aktiviti dilakukan oleh ibu hamil dan menyebabkan kejadian bengkak kaki ini berlaku. Namun, menjelang pagi, ianya akan menyurut balik kerana ibu telah pun mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang malam.

 Antara sebab lain mengapa bengkak kaki ini boleh berlaku adalah : 
  • cuaca yang sangat panas
  • berdiri terlalu lama
  • menjalankan aktiviti harian untuk satu jangka masa yang panjang/terlalu lama
  • kurang potassium dalam badan
  • mengambil makanan yang terlalu masin
  • pengambilan kafein yang terlalu banyak
 
Jadi, bagaimana pula caranya untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah bengkak kaki ini? Terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan, antaranya :
    cara atasi bengkak kaki
  • elakkan diri daripada melakukan atau makan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyumbang kepada bengkak kaki
  • tinggikan sedikit kaki dengan mengalaskan dengan bantal ketika tidur/rehat
  • memakai kasut yang selesa apabila keluar daripada rumah dan elakkan memakai kasut tinggi
  • minum air yang banyak
  • banyakkan melakukan aktiviti di dalam air seperti berenang
  • sapukan ais di kawasan yang bengkak
  • memakai seluar ketat atau stokin sokongan
  • elakkan pakaian yang ketat di sekeliling pergelangan tangan, kaki dan buku lali
  • jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki
  • sekiranya anda melalui perjalanan yang jauh, sebaiknya berhenti sebentar untuk merehatkan kaki anda  
Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja. Jadi, bertahan lah ya wahai ibu-ibu demi untuk bayi yang anda sedang kandung.
 
Peringatan, sekiranya tangan atau muka ibu tiba-tiba sahaja membengkak, ataupun kaki sebelah ibu membengkak berbanding kaki yang satu lagi, itu mungkin petanda kepada pre-eklampsia. Ini adalah satu keadaan yang serius, jadi ibu haruslah segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan tidak menjadi semakin teruk.

testimoni bengkak kaki surut dengan ostematrix Nota : Pengambilan supplemen kalsium boleh membantu mengatasi masalah ini...cubalah...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan shaklee

No comments:

Post a Comment