Pada 31/3/2014 yang lepas, mak saya telah melalui satu pembedahan lutut. Ianya dilakukan di lutut sebelah kanan. Planning asal nak buat pada kedua-dua belah, tapi nampak gayanya, macam mak dah agak trauma dengan pengalaman operate lutut sebelah kanannya.
Ok, kenapa mak operate lutut kanan ni sebenarnya? Bagi yang biasa dengan struktur lutut kita ni, pasti anda tahu bahawa di celah lutut kita sebenarnya terdapat satu cecair.
"Sendi lutut sihat mengandungi bahan cecair pelincir dikenali sebagai
cecair sinovial yang tinggi. Cecair ini yang mengandungi asid hialuronik
berfungsi sebagai pelinciran dan kusyen yang mengurangkan geseran pada
sendi lutut ketika kita berjalan atau membongkok. Ia turut mempunyai daya menyerap hentakan untuk melindungi sendi lutut ketika kita melakukan aktiviti fizikal seperti melompat."
Dalam kes mak, bahan pelincir tersebut telah pun kering. Ianya adalah atas faktor usia memandangkan mak pun dah berumur 59 tahun tahun ni. Proses kehilangan cecair pelincir ini sebenarnya berlaku secara perlahan-lahan, dan memakan masa beberapa tahun, namun, sekiranya ia tidak dikawal dari awal, akhirnya ia akan habis begitu sahaja dan kesannya lutut tidak mampu lagi menyerap hentakan mahupun menanggung berat badan/apa-apa aktiviti yang kita lakukan.
Masalah ini telah pun mak hadapi sejak beberapa tahun. Selain pengambilan supplemen, mak pernah juga mengambil suntikan bagi memasukkan cecair tiruan ke dalam lutut bagi menggantikan cecair asal yang telah pun mula menghilang. Namun, kesannya hanyalah sementara, mungkin disebabkan faktor umur serta berat badan mak juga.
Akhirnya, selepas mendengar pengalaman dari kawan-kawan, mak mengambil keputusan untuk membuat pembedahan memasukkan besi ke lutut (saya tak tau la macam mana pembedahan ni sebenarnya sebab saya tak berani nak dengar sebab saya ni penakut dan mudah ngeri bila dengar cerita tentang pembedahan ni). Tapi more or less, saya rasa pembedahan mak adalah seperti dalam gambarajah berikut.
Lebih kurang 3 hari mak berada di Hospital Putrajaya dan dijaga oleh adik saya (memandangkan dia seorang je yang masih belum berkahwin), akhirnya mak dibenarkan balik setelah doktor berpuas hati yang mak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Cukup seminggu mak dijaga oleh adik, maka tibalah giliran saya pula untuk menjaga mak. So secara tak langsung blong pun terpaksa lah ponteng sekolah kerana mak kat Bangi.
Untungnya lah saya kerana anak-anak dah agak besar dan boleh faham arahan dan membantu mana-mana yang patut. Jadi, walaupun saya sedang mengandung, namun Alhamdulillah saya dapat menjaga mak dengan baik dengan dibantu oleh 2 pembantu kecil saya. Pertolongan kecil seperti tolong opahnya tutup lampu/bukak kipas/ambil barang/sampaikan pesanan dari opah kepada mama di dapur dan sebagainya boleh la dilakukan oleh blong. Si bngah pula lebih kepada membantu menghiburkan hati opah dengan gelagatnya yang nakal dan 'kerja-kerja mengemas bilik opah' (read : menyepahkan bilik opah).
Adakalanya bila boring, blong akan g bilik opah dan 'mengajar' opah di white board bilik opah yang sebenarnya digunakan oleh atuknya dengan tujuan menulis tarikh-tarikh penting/kenduri yang perlu dihadiri. Selalunya, pelajaran yang diajar oleh blog tak lain dan tak bukan adalah peta dari rumah atuk nak balik ke rumah ayah di Kerteh. Dan peta blong tu adakalanya lengkap dengan 'bobby trap', sungai, jambatan, flag, start point & finish line dan sebagainya....Adakalanya berebut 2 beradik ni nak mengajar opah sebab si bngah ni memang tak boleh tengok abangnya buat apa-apa, mesti dia pun nak buat yang sama juga.....
Begitulah mereka 2 beradik sepanjang seminggu membantu mama menjaga opah. Adakalanya, mama akan homeschool kan mereka dengan buku latihan yang mama bawa. So belajar la juga blong walaupun ponteng sekolah...Yelah, ilmu tu kan tetap penting, tapi tak semestinya ianya hanya boleh didapati di sekolah kan...kan rumah pun boleh juga, janji ada keinginan.
Asalnya seminggu je, namun atas beberapa faktor, kami lanjutkan lagi beberapa hari. Maka, hanya pada hari selasa lepas baru kami pulang ke Kerteh. Selepas seminggu lebih ponteng sekolah, kelmarin blong start sekolah balik, tapi hanya untuk 2 hari sahaja la hihihihi....Nasib baik blong bukan jenis yang liat nak ke sekolah, jadi walaupun hari selasa tu kami hanya sampai ke rumah kami pada malam, namun blong tetap bersemangat untuk ke sekolah pada keesokan harinya.
Lain pula gelagatnya dengan bngah. Masih tidak faham dengan apa yang berlaku, tapi yang pasti malam tu ketika kami sampai ke rumah kami, reaksi bngah adalah, "Alaa...tak nak umah ayah, nak umah atuk" (baca dengan intonasi budak 3 tahun) huhuhu....Nasib la adik, mama, ayah dan blong ada keje lain nak buat kat umah kita. Lagipun hari Jumaat ni adik kan ada small konvo untuk playgroup...
Tenkiu pada both anak-anak mama yang banyak tolong mama jaga opah dan en asben yang memberi keizinan untuk saya jaga mak. Namun walaupun kami jaga mak kat Bangi, en asben sebenarnya berada dekat je dengan kami sebab dia ada training kat KL..betapa cantiknya perancangan Allah..Subhanallah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment