Monday, 14 April 2014

Saiz Payudara Penentu Kuantiti Susu Badan, Benar Atau Mitos?

susu badan bersama shakleeMenyusu bayi dengan susu badan kini mula mendapat tempat dan menjadi pilihan para ibu yang baru lepas bersalin. Tidak kiralah sama ada ibu itu bekerja ataupun hanya sekadar suri rumah, ianya telah menjadi pilihan. Ini kerana, ramai ibu-ibu yang mula sedar tentang kepentingan dan kebaikan susu badan kepada bayi mereka berbanding susu formula atau susu tepung. 

Namun begitu, tidak kurang ramai juga ibu-ibu yang mempersoalkan kebolehan mereka untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurangnya untuk tempoh 6 bulan yang pertama. Ini biasa terjadi kepada para wanita yang mengandungkan anak pertama. Kekurangan ilmu dan pendedahan kepada penyusuan bayi ini merupakan antara penyebab kepada persoalan ini. 

Malah tidak kurang juga yang mempersoalkan kemampuan mereka berdasarkan saiz payudara dan badan mereka. Tidak dinafikan, masih ada lagi wanita yang mempunyai mentaliti bahawa saiz pyudara yang kecil dan badan yang kurus tidak mampu menghasilkan susu badan yang banyak untuk menampung keperluan bayi mereka. Ramai yang beranggapan bahawa, wanita yang mempunyai payudara yang bersaiz besar lebih
beruntung kerana mampu menghasilkan susu badan yang banyak. Betul kah begitu??

Ini adalah satu pemikiran yang salah. Kuantiti susu badan adalah ditentukan dengan pertalian berikut :

Supply VS Demand  

Susu badan TIDAK akan terhasil sekiranya tiada permintaan daripada bayi atau dalam erti kata lain, ibu tidak menyusukan bayi. Semakin kerap bayi disusukan, atau susu badan dipam, maka semakin banyak susu badan dihasilkan. Otak akan mendapat isyarat setiap kali susu bayi menyusu yang menyatakan bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu bagi menampung keperluan/permintaan bayi itu. Jika ibu malas/sering skip jadual penyusuan, secara automatik otak dan badan mendapat isyarat bahawa susu badan tidak perlu dihasilkan terlalu banyak. Dan ini akan mengakibatkan penghasilan susu badan akan merudum, dan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila ibu mula merasa down atau pun stress.

Jadi, kesimpulannya, tidak kira bagaimana bentuk badan anda, ataupun saiz payudara anda, sekiranya anda rajin menyusukan bayi anda, tidak kiralah samada secara terus atau pun mengepam (bagi ibu yang bekerja), bayi anda pasti akan mendapat bekalan susu yang secukupnya. Namun, jika keadaan yang sebaliknya berlaku, maka jawabnya bayi anda bakal menikmati susu formula seawal anda habis berpantang.

Jadi, apakah peranan set penyusuan Shaklee dalam hal ini?

Set penyusuan Shaklee bukanlah bertujuan untuk menambah susu badan, sebaliknya ianya lebih kepada membantu ibu-ibu supaya tidak terlalu letih dan mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya untuk diri sendiri dan juga bayi. Maklumlah, selepas bayi lahir, ibu-ibu sering keletihan, terutama dalam tempoh berpantang kerana jadual tidur bayi yang tidak menentu. Oleh itu, set penyusuan Shaklee membantu mengatasi masalah ini, sekaligus menyebabkan ibu-ibu mampu menghasilkan susu badan dengan lebih banyak kerana sentiasa bertenaga dan tidak letih untuk menyusukan bayi setiap 2-3 jam.

Malah, set penyusuan Shaklee juga terdiri daripada vitamin yang membantu ibu-ibu untuk kembali pulih dari luka bersalin. Jadi, ianya sangat menjimatkan, seolah-olah terdapat 2 fungsi dalam satu set. Menjimatkan bukan? Ianya juga baby friendly, di mana ianya boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin kerana ianya tidak memudaratkan kepada bayi. Set penyusuan dan set bersalin Shaklee sememangnya kini menjadi pilihan ibu-ibu di masa kini, bagaimana pula dengan anda?

p/s : dapatkan e-book mengenai tips penyusuan dengan pembelian setiap set penyusuan Shaklee daripad kami...khas untuk anda SAHAJA....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee malaysia





No comments:

Post a Comment