Sunday, 20 April 2014

Jimat Air Di Rumah Pada Hujung Minggu

Hujung minggu semalam adalah hari main air untuk anak-anak. Kisahnya, sepatutnya pada pagi Jumaat, ada klas adik acad ada klas playgroup yang dirancang diadakan di pantai. Kalo ikut plan asal, ada small convo nak dibuat pada pagi tersebut. Kononnya untuk meraikan anak-anak dalam playgroup ni yang berjaya habiskan modul 1 yang telah ditetapkan. Dekat 2 minggu jugak la plan dibuat, siap dah plan untuk buat potluck dan dah diberikan menu masing-masing, tetapi, tak selalu yang dirancang menjadi.

Pagi tu, saya punya la bengun awal dan menyiapkan sandwich, sebab tulah menu yang saya patut bawa. Anak-anak pun dikejutkan untuk bangun seawal pkul 7 untuk bersiap-siap. Majlis sepatutnya berlangsung pkul 8.30am, so mestilah kena siap awal. Kalo lambat takut cuaca panas pulak...Tapi, bila dah siap semua, tiba-tiba cikgunya kol kata terpaksa cancelkan majlis sebab ada kanak-kanak lain yang tak sihat. Ada yang demam, ada yang kena cirit-birit dan sebagainya. Punyalah sedih, tambah pulak bila tengok anak-anak dah excited dari malam lagi.

So kami decide untuk proceed je. Sandwich yang dah siap kami bahagi-bahagi pada jiran. Simpan sikit untuk kami je, so tak de la membazir. Memula plan nak pegi pantai kat belakang Rantau Laut, tengok-tengok, dah tak boleh  masuk. So proceed ke Pantai Kemasik. Sampai situ dah dekat pkul 9pagi. Tapi cuaca dah agak panas. Duduk sekejap makan sandwich, then terus en asben ajak blong g main pasir n buat castle...Adik acad plak, seperti biasa, tak mau pijak pasir. Dia nak main, tapi x mo pijak pasir, disuruhnya ayah dia dukung. Tapi ayah tak layan hahahaha...So tinggal la dia dengan mama...

Tak lama tu, dia dah mula boring duduk dengan mama. Mula la ajak pergi kat blong. Tapi mama malas nak layan sebab dia nak suruh dukung. Mama ni tak larat dah nak mendukung dia, dok bawa perut ni lagi, nak jalan kat pasir, memang penat la huhuhu...Macam tau-tau je, tak lama tu ayah datang. Selamat la adik acad g kat blong ayah tolong dukung.

Selamat la mereka main pasir kat pantai. Tercapai la hajat blong nak buat sand castle dengan bantuan ayah dan alat-alat yang dibawa. Adik acad plak, dari tak suka nak pijak pasir, habis bergelumung dengan pasir. Sampai peluh-peluh dok main pasir ikut acuan dia...Agak-agak dekat pkul 10, mama pun jenguk la mereka. Time tu matahari memang dah terik giler, panas sangat. So dah sampai masa untuk balik la..

Time nak balik ni mula la segala drama keluar sebab anak-anak tak puas main lagi. Tak mau balik la plak huhuhu...Jenuh la ayah n mama buat macam-macam helah, akhirnya berjaya juga settlekan mereka. Sampai rumah, ayah terus mandikan anak-anak. Cuci segala pasir yang melekat kat mereka. Mama pulak terus masuk dapur masak untuk anak-anak yang konpem kelaparan. Siap semua, masa untuk mama pula mandi dan basuh baju yang penuh pasir. Time ni memang badan dah letih giler. Anak-anak pun memang nampak keletihan.

Sebenarnya bukan penat sangat sebab main pasir kat pantai tu. Tapi lebih kepada dhydrate sebab berjemur bawah matahari kat pantai tu. Air masak memang minum banyak la. Pkul 11.30am, ayah n blong dan belayar dulu. Mama pula bersengkang mata tunggu kain baju siap untuk disidai sambil diteman oleh adik acad. Siap je semua keje, giliran mama dan adik acad untuk join ayah n blong. Sampai ke petang, kami memang rehat je kat rumah. Tak larat dah nak keluar untuk aktiviti lain hari tu huhuhuhu

Bsoknya, hari sabtu, bawa pula anak-anak mandi swimming pool kat Kelab Rekreasi Petronas. Kalo semalam berjemur matahari dan mandi pantai, bsoknya mandi kolam pula. Tapi tak la tengah panas sebab kami pergi petang. Kena pula kebetulan sebelum pergi tu, air kat rumah slow je. So memang sesuai la g kolam, sebab lepas tu boleh terus mandi kat kelab hohoho...So kalo balik rumah nanti betul tak de air, sekurang anak-anak dan en asben dah siap mandi la....Bijak kan...

Lepas mandi tu, kami g pulak TMC..makan dan solat siap-siap. Lepas isya baru balik...Sampai rumah, cek air, alhamdulillah ada. Tapi macam baru nak ada sebab bila buka paip tu, air yang masih meletup-letup dan kotor. 5 minit biarkan air mengalir, then baru ok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Air yang kononnya ditadah untuk persediaan menghadapi kebarangkalian tak de air, masih elok tersimpan. Biarla dulu, mungkin esok/lusa boleh guna untuk cuci tandas...

So jika rumah anda sedang mengalami catuan air/ atau terputus bekalan air, jangan bimbang. Masih ada jalan untuk mengatasinya, iaitu dengan pergi mandi di kolam renang/pantai/mana-mana shopping mall hihihi....

kids main air - hujung minggu
bersedia untuk melakukan terjunan - kegemaran acad
kids main air - hujung minggu
main slides kat pool bahagian kanak-kanak
kids main air - hujung minggu
berusaha mengumpul pasir dalam bekas
kids main air - hujung minggu
sand castle blong & ayah
kids main air - hujung minggu
kumpul pasir dalam bekas pulak
kids main air - hujung minggu
teman mama sebelum g main pasir
kids main air - hujung minggu
2 beradik main pasir di tengah panas pagi
kids main air - hujung minggu
blong posing dgn sand castle dia
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

keahlian shaklee
 


No comments:

Post a Comment