Ok, itu adalah mitos.....Tak de maknanya Shaklee nak bantu anda capai impian dalam hanya sekelip mata. Selagi anda tak berjaya daki 7 buah gunung, berenang merentas 7 lautan, anda takkan berjaya capai impian anda. Tak denya Shaklee nak bagi anda selepuk duit sehari selepas anda join. Itu semua propa je hokey...
Tetapi....
Shaklee MEMANG boleh bantu anda capai impian. Caranya, anda mestilah berusaha untuk daki 6 tingkat bonus yang ada dalam Shaklee, daki 7 tangga ranking dalam Shaklee dan sanggup bersengkang mata untuk mencapai dan melakukan segala yang upline anda sarankan untuk berjaya dalam Shaklee ni. Bukan sekadar hari ni sign up, then borong stok sampai puluh-puluh ribu, lepas tu goyang kaki tunggu bonus masuk. Memang tak dapat la kalo itu yang anda amalkan.
Dalam islam sendiri, kita disarankan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Kalo kita setakat duduk je, lepas dok mengharap keajaiban berlaku, minta maaf la....Sangat salah konsepnya di situ. Sebab tulah, zaman Rasulullah dulu, walaupun baginda adalah seorang utusan Allah, manusia yang paling dekat dengan-Nya, tetapi adakah baginda hanya duduk goyang kaki sahaja di rumah dan tunggu Allah hantar rezeki setiap hari? Takkan...baginda turut berusaha seperti manusia biasa untuk meneruskan kehidupan. Itu kisah Rasulullah...Inikan pula kita, manusia biasa, yang tak tau la jauh mana jarak kita dengan-Nya. Mestilah berusaha lebih lagi berbbanding baginda jika betul kita nak berjaya di dunia ni...
Ok, hari ni nak cerita tentang seorang downline saya yang bermula dari kosong di dalam Shaklee ni, namun, selepas beberapa bulan berusaha, sedikit demi sedikit, tangga bonus dan ranking dalam Shaklee didakinya.
Bermula dengan modal serendah RM65, dia menyertai kumpulan Shaklee dan seterusnya dimasukkan ke dalam kumpulan STARS saya, kerana dia memang berminat untuk berbusiness dengan Shaklee memandangkan dia adalah seorang surirumah. Pada asalnya, dia hanya mencuba Mealshakes untuk anak sulungnya yang dilahirkan secara pramatang hampir 4 tahun yang lalu. Tujuan dia mencuba mealshakes ini kerana anaknya menghadapi masalah sembelit yang agak teruk. Perlahan-lahan, kesan mealshakes ini dapat dilihat ke atas anaknya. Sembelit semakin hilang, selera makan anaknya semakin bertambah, malah sistem imunisasi anaknya juga semakin baik dimana anaknya semakin jarang jatuh sakit.
Bermula dari situ, dia mencuba pula produk-produk Shaklee yang lain seperti set untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, berat badannya semakin turun, walaupun pada kadar yang perlahan, namun, apa yang lebih menggembirakan adalah, bentuk badannya mula terbentuk kembali dan inci-inci di badan yang selama ini menjadi satu masalah kepadanya, kini mulai hilang dan menyusut sedikit demi sedikit. Sungguh memuaskan hati, dan kini dia semakin yakin dengan produk Shaklee dan aktif berkongsi kebaikan produk Shaklee ini dengan rakan-rakan dan keluarga.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah, bagaimana dia sangat bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam Shaklee ni. Tidak dinafikan sememangnya ada sesetengah waktu kita akan merasa down, namun, itu langsung tidak mematahkan semangat dia. Kenapa? Kerana dia mendapat sokongan yang tanpa henti-henti daripada kumpulan rahsia kami, serta dia sentiasa mengamalkan amalan-amalan yang diajar di dalam kumpulan kami, terutamanya yang terdapat dalam Masterchecklist.
Kini, selepas 5 bulan lebih bersama Shaklee, dia sudah mampu tersenyum...Malah, dengan duit bonus yang diperolehinya pada bulan lepas, dia mampu membawa keluarganya pergi bercuti ke Cameron Highlands dengan duit tersebut, tanpa dibantu langsung oleh sesiapa, hatta suaminya pun. Seronok bukan? Dapat menggembirakan hati orang-orang yang kita sayang, melihat anak-anak gembira dan tersenyum keseronokan, terasa penat lelah selama ini terbayar. Namun, itu bukanlah petanda bahawa titik noktah sudah pun ditemui. Tidak sekali-kali, sebaliknya, lebih banyak usaha yang perlu dilaburkan untuk memastikan lebih banyak kejayaan bakal diperolehi di masa hadapan. Lebih banyak impian yang ingin dikecapi selepas ini dan semuanya boleh dicapai dengan Shaklee. Nothing is impossible...
Tahniah iR Supervisor Jazilah Ilyas....Kini segala titik peluh dan airmata Ja mula terbalas sedikit demi sedikit....Let's catch more dreams with Shaklee....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment