Sunday, 20 April 2014

Perubahan Pada Ibu Hamil Pada Trimester Pertama (0-12 minggu)

pregnant with shaklee
Ada sesetengah wanita hamil yang tidak sedar bahawa dirinya sedang hamil, terutamanya pada awal kehamilan (trimester pertama). Ini biasa terjadi kepada wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang sekata pada setiap bulan. Jadi, adalah agak sukar untuk mereka mengetahui waktu subur mereka, seterusnya mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka ada melakukan hubungan intim pada waktu subur yang seterusnya membuahkan hasil, iaitu cahaya mata.

Namun, beberapa perubahan yang dialami oleh wanita boleh menjadi petunjuk/tanda-tanda bahawa beliau sedang mengandung. Ini kerana, tubuh badan anda sebenarnya sedang mempersiapkan diri anda untuk menghadapi fasa seterusnya.

Antara perubahan yang biasa dialami oleh wanita hamil pada awal kehamilan mereka adalah:

1- sakit kepala
     - wanita yang baru hamil biasanya akan berhadapan dengan sakit kepala yang luar biasa 
         berbanding waktu lain.
     - ini adalah diakibatkan oleh rasa mual, lelah, lapar dan tekanan darah rendah
     - selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh tekanan mahupun depresi yang berlaku 
         kepada diri anda

2- pening kepala
    - hal ini berlaku kerana terdapatnya peningkatan aliran darah ke dalam tubuh sebagai
        persediaan untuk ke tahap yang seterusnya
    - apabila sistem peredaran darah sedang menyesuaikan diri , anda mungkin akan berasa
        pening kepala sekiranya anda mengubah posisi dalam keadaan tiba-tiba seperti 
        daripada posisi baring kepada berdiri

3- berasa lelah
   - ibu hamil akan cepat merasa lelah, kerana pada waktu ini, tubuh anda sedang bekerja 
       dengan aktif untuk menyesuaikan diri secara fizikal dan emosi untuk proses kehamilan
  - waktu tidur anda juga mungkin akan terganggu pada tempoh ini

4- morning sickness (mual & muntah)
   - biasanya, wanita hamil akan mula mengalami morning sickness ini pada bulan ke-2 
       kehamilan.
  - namun, setiap wanita tidak berhadapan dengan keadaan morning sickness yang sama. 
      ada yang mungkin berasal mual terhadap sesuatu makanan, ada pula yang mual 
      terhadap suami sendiri dan sebagainya
  - keadaan ini adalah berkaitan dengan hormon di dalam diri masing-masing

5- meludah
   - pada waktu ini, wanita hamil akan berasa air liur menjadi berlebihan, oleh itu, perasaan
       ingin meludah dengan kerap akan muncul.
   - namun, tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. bagi yang menghadapinya,
       jangan merasa malu untuk meludah apabila anda berasa ingin melakukannya, tetapi 
       sebaiknya, jangan lah meludah di tempat awam, sebaliknya lakukan di dalam tandas
6- perubahan saiz payudara
   - payudara secara perlahan-lahan akan membesar lebih daripada biasa
   - ini terjadi disebabkan oleh hormon kehamilan yang sedang meningkat dan menyebabkan
       pembuluh darah semakin membesar
   - selain itu, dalam tempoh ini juga, anda akan dapati daerah sekitar puting dan puting susu 
       anda akan menjadi lebih gelap daripada biasa.
   - ini adalah disebabkan oleh peningkatan persediaan darah ke seluruh badan.

7- emosional
   - emosi wanita yang hamil pada waktu ini akan turut terjejas dan berubah serta menjadi 
       kurang stabil
   - ini adalah disebabkan perubahan hormon yang sedang berlaku di dalam badan

8- kejang perut (cramp)
   - wanita hamil bakal menghadapi salah satu daripada perkara berikut : 
        # kekejangan pada perut 
        # kekejangan seperti senggugut 
        # rasa sakit seperti ditusuk yang timbul sebentar dan tidak tetap
   - jika anda menghadapi salah satu daripada tanda-tanda ini, jangan bimbing kerana ianya
       adalah bersifat sementara sahaja
   - ini adalah berpunca daripada pembesaran rahim anda untuk menampung kehadiran 
       bayi anda  

9- kerap membuang air kecil
   - rasa kerap ingin membuang air kecil adalah disebabkan perkembangan rahim di dalam 
       perut yang akan menekan pundi kencing anda.
  - ini juga disebakan oleh perubahan hormon yang sedang berlaku di dalam badan anda

10- sembelit
    - wanita hamil akan menghadapi masalah untuk membuang air besar
    - ini adalah disebabkan peningkatan hormon progesterone yang menyebabkan 
        pengenduran otot sehingga usus anda menjadi kurang efisien untuk bekerja

pregnant with shakleeJadi, sekiranya anda menghadapi sebahagian daripada simptom-simptom di atas, selain daripada kelewatan waktu haid anda, segeralah membuat ujian kehamilan sama ada secara sendiri ataupun di klinik. Semestinya ini adalah satu berita yang menggembirakan buat pasangan suami isteri terutamanya mereka yang baru melangsungkan perkahwinan mahupun yang sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata.

Bagi menghadapi tempoh kehamilan ini, adalah disarankan anda mendapatkan pemakanan yang seimbang selain pengambilan vitamin yang secukupnya bagi memastikan diri anda dan bayi anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sehingga kelahiran. Dapatkan set kehamilan trimester pertama shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu hamil yang mementingkan kesihatan diri dan bayi. Cubalah hari ini, anda pasti berpuas hati.
     
vitamin shaklee untuk kehamilan
  
sumber : Diari Hamil (Panduan Lengkap Kehamilan)
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan shaklee

No comments:

Post a Comment