Tuesday, 22 April 2014

Trimester Ke-2 (13-28 minggu), Perubahan Lebih Ketara

Jika sewaktu trimester pertama, ibu banyak mengalami alahan  dan perubahan yang boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu, berbbeza pula keadaannya apabila ibu mula memasuki trimester ke-2. Perlahan-lahan alahan, sakit-sakit dan sebagainya mula beransur-ansur hiang kerana badan ibu kita telah mula dapat menyesuaikan dengan perubahan-perubahan tersebut. Pada waktu ini juga, perut ibu akan mula kelihatan dan secara tidak langsung, orang luar akan mula perasan bawah ibu sedang hamil.

Mari ikuti beberapa perubahan yang bakal dilalui oleh ibu hamil pada trimester ke-2 ini...

1- Menjadi pelupa
sering kita dengar tentang fenomena ini. ibu yang hamil akan menjadi sedikit pelupa ketika sedang hamil
tidak diketahui mengapa ianya terjadi, tetapi mungkin kerana sepanjang kehamilan, ibu terlalu banyak berfikir dan terpaksa menumpukan perhatian kepada pelbagai perkara, jadi ini boleh menyebabkan perkembangan membran di dalam sel otak sedikit terganggu
dalam masa yang sama, perkembangan bayi yang sedang membesar juga boleh menyebabkan gangguan ini

2- Pening kepala
➣ ibu mungkin masih lagi mengalami pening kepala dalam tempoh ini.
➣ ini adalah disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah ibu menurun
➣ seterusnya boleh menyebabkan ibu pening kepala

3- Berdengkur ketika tidur
➣ satu lagi perubahan yang ketara sepanjang tempoh ini ialah, ibu akan berdengkur ketika tidur
➣ bagi ibu yang tidak biasa dengan keadaan ini, ianya boleh menimbulkan sedikit rasa tidak selesa
➣ peningkatan aliran darah di dlaam badan ibu akan menyebabkan sesak nafas dan pembengkakan membran mukosa pada bahagian dalam mulut, dan ini akan menyebabkan ibu sedikit berdengkur ketika sedang tidur

4- Hidung dan gusi berdarah
➣ perubahan hormon banyak menyumbang kepada permasalahan ini
➣ memandangkan aliran darah ketika dalam tempoh ini adalah lebih tinggi berbanding keadaan biasa, jadi tidak mustahil ibu bakal mengalami situasi ini
➣ ada juga ibu hamil yang menghadapi masalah hidung tersumbat

5- Sendawa dan buang angin
➣ keadaan usus yang meregang dalam tempoh ini akan menyebabkan perut ibu mudah kembung
➣ oleh itu, ibu akan kerap sendawa dan membuang angin walaupun hakikatnya ibu bukan berada dalam keadaan kenyang mahupun terlalu lapar

6- Payudara
➣ dalam tempoh ini, saiz payudara ibu akan semakin membesar dan mula mengeluarkan cecair kekuningan (kolostrum)
➣ puting dan keadaan disekelilingnya akan menjadi semakin gelap dan besar
➣ malah, terdapat bintik-bintik kecil akan mula timbul di sekitar puting ibu

7- Sakit ulu hati
➣ ibu akan kerap merasa panas atau seperti terbakar di bahagian bawah dada atau pun bahagian atas perut
➣ hal ini adalah disebabkan oleh asid perut yang memasuki bahagian saluran manakan di atasnya
➣ pada ketika ini, hormon progesteron akan meningkat dan menyebabkan otot saluran pencernaan ibu berada dalam keadaan rehat. Ia akan memberi kesan kepada bahagian atas perut, sehingga mendorong asid perut naik ke saluran makanan di atasnya seterusnya menyebabkan ibu merasa pedih pada ulu hati

mengandung sihat dengan shaklee8- Perut yang semakin membesar
➣ setelah 12 minggu hamil, rahim akan mula membesar dan melewati rongga pinggul
➣ secara puratanya, pembesaran rahim akan berlaku sekitar 1cm setiap minggu
➣ pada minggu ke-20, bahagian teratas rahim akan berada sejajar dengan umbilicus
➣ secara kasarnya, perut akan mula kelihatan secara ketaranya apabila kehamilan mula memasuki minggu ke-16

9- Pertumbuhan rambut dan kuku
➣ pertumbuhan hormon dalam badan akan menyebabkan kuku dan rambut ibu semakin kerap tumbuh dan lebih cepat memanjang berbanding waktu biasa
➣ adakalanya, rambut akan tumbuh di kawasan-kawasan lain yang tidak diingini. namun, keadaan ini hanyalah bersifat sementara dan akan hilang selepas ibu melahirkan bayi kelak

10-  Sakit perut di bahagian bawah
➣ pada minggu ke-18 sehingga minggu ke-24, ibu akan mengalami sakit pada bahagian bawah perut
➣ rasa sakit tersebut adalah seperti ditusuk atau seperti tertarik pada satu/2 sisi
➣ ini terjadi kerana ligamen dan otot ibu menjadi renggang untuk menahan rahim yang semakin membesar

11- Perubahan kulit
➣ garis bewarna coklat akan terbentuk dan dikenali sebagai linea nigra
➣ perubahan pada kulit wajah ibu pula dikenali sebagai chloasma/topeng kehamilan. ini terjadi akibat daripada kekurangan asid folik di dalam badan ibu
➣ stretchmark akan mula kelihatan di bahagian perut ibu dan menyebabkan kegatalan. kejadian ini adalah disebabkan oleh perut yang semakin merenggang kerana menampung pembesaran bayi di dalam rahim ibu

12- Kejang kaki
➣ ibu bakal menghadapi kekejangan pada kaki yang lebih kerap terutamanya pada waktu pagi
➣ ini adalah disebabkan oleh peredaran darah yang lebih lambat berbanding biasa di seluruh badan ibu

➣ bengkak pada mana-mana bahagian badan bagi ibu mengandung adalah perkara biasa. kira-kira 40% daripada ibu mengandung menghadapi keadaan ini
➣ ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon ibu yang menyebabkan penahanan cecair di dalam tubuh
➣ antara bahagian yang biasa menjadi bengkak adalah seperti kaki, muka dan tangan

14- Pergerakan bayi
➣ bermula pada minggu ke-15, ibu akan mula merasai pergerakan bayi
➣ pada awalnya, ibu akan terasa seperti kibasan sahaja. namun, pada penghujung trimester ke-2 ini, pergerakan akan lebih kerap dapat dirasai kerana bayi sudah semakin membesar dan aktif pada waktu ini

Jadi, sekiranya ibu mengalami perubahan-perubahan ini, janganlah merasa susah hati atau terbeban kerana semua ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Sebaik sahaja bayi dilahirkan kelak, perlahan-lahan keadaan ibu akan pulih dan kembali kepada asal. Jadi, nikmatilah pengalaman yang sangat berharga ini hanya untuk tempoh tertentu sahaja. Siapa tahu, selepas ini entah bila pula ibu bakal mengalaminya lagi.

vitamin shaklee untuk ibu hamilUntuk penjagaan kesihatan diri dan bayi yang optimum sepanjang tempoh kehamilan, dapatkan set mengandung Shaklee yang telah terbukti mampu menjaga ibu dan bayi dengan sebaiknya dan membekalkan serta melengkapkan segala nutrisi yang diperlukan oleh keduanya.






sumber : Diari Hamil (Panduang Lengkap Kehamilan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

keahlian shaklee

No comments:

Post a Comment