Monday, 21 April 2014

Penjagaan ATAU Pembedahan..Yang Mana Pilihan Anda

Tidak dinafikan bahawa apabila umur semakin meningkat, pelbagai penyakit boleh menyerang. Ini adalah satu lumrah alam yang tidak dapat dinafikan. Namun, kita masih mampu untuk mengawal tahap penyakit yang bakal menyerang apabila umur kita semakin lanjut dengan penjagaan kesihatan yang sebaiknya daripada sekarang.

Usia muda bukanlah satu penghalang untuk kita menjaga kesihatan. Sebaliknya, lebih awal kita sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan, maka badan kita pun akan menjadi lebih sihat walaupun umur kita meningkat. Kesedaran mengenai betapa pentingnya penjagaan kesihatan ini sangat penting, sebab itulah ianya diterapkan sejak kita di zaman sekolah rendah lagi. Namun ketika itu, pendedahannya adalah di tahap asas sahaja kerana bersesuaian dengan umur ketika itu.

Penyakit yang paling kerap menyerap seseorang apabila umurnya semakin bertambah adalah sakit sendi, terutamanya di bahagian lutut. Penjagaan lutut ini adalah sangat penting kerana walaupun ianya berada di bahagian bawah, iaitu kaki, namun peranannya sangat besar kerana lutut bertanggungjawab untuk menampung berat badan manusia selain menyediakan kusyen bagi menyerap hentakan setiap kali kita lompat atau melakukan sesuatu aktiviti.

Seperti yang saya terangkan dalam entry ni mengenai struktur lutut, boleh lah dirumuskan betapa pentingnya untuk kita menjaga sendi serta cecair yang terdapat di antara tulang lutut kita. Ini kerana, sekiranya sendi lutut sudah tidak kuat, dan cecair tersebut telah mula menghilang, lutut tidak akan mampu lagi untuk menampung berat badan kita. Malah, kita akan mula merasa sakit setiap kali hendak berjalan, apatah lagi apabila melakukan aktiviti lasak.

 Jadi, bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa sendi dan cecair di dalam lutut kita sentiasa ada? Pernahkan anda mendengar tentang glukosamin? Perkataan glukosamin ni saya memang dah dengar bertahun-tahun, tapi setakat dengar sahajalah, tanpa ada usaha nak tau dengan lebih lanjut ataupun memahami. Kenapa saya dengar lama dah? Sebab mak dan ayah saya memang mengambil supplemen yang mengandungi glukosamin ni sejak kebelakangan ni, mungkin sejak 4-5tahun yang lepas.

Glukosamin ni bertindak untuk memelihara cecair yang saya sebutkan tadi, kerana cecair tersebut akan berkurang apabila umur semakin meningkat. Kajian mendapati, supplemen yang mengandungi glukosamin sulfat juga mampu membantu mengurangkan kesakitan bagi mereka yang menghadapi masalah osteoarthritis yang sederhana, tidak kira pada lutut mahupun sendi-sendi yang lain. 

Bolehkah glukosamin ini didapati daripada makanan harian kita? Walaupun secara dasarnya, supplemen yang mengandungi glukosamin sulfat ini adalah diperbuat daripada cengkerang luar kerang, namun ianya sukar diperolehi daripada makanan harian kita.

Sekiranya sendi dan cecair di dalam lutut kita ini tidak kita pelihara sejak daripada sekarang, maka bersedialah untuk menghadapi kesakitan yang bukan calang-calang di masa hadapan. Saya sudah melihat sendiri bagaimana terseksanya mak saya ketika berhadapan dengan masalah ini sebelum beliau membuat pembedahan, oleh itu saya tahu betapa sakitnya apabila ia melanda. Ini kerana, apabila cecair ini semakin berkurang, pergerakan kita akan mula terbatas, kerana apabila lutut sudah merasa sakit, bagaimana anda hendak melakukan aktiviti-aktiviti lain kerana boleh dikatakan semua aktiviti harian kita melibatkan lutut kerana kita perlu bergerak untuk melakukannya.

 Pilihan lain sekiranya anda memilih untuk TIDAK menjaga kesihatan sendi dan cecair di dalam sendi dan lutut anda daripada sekarang adalah dengan mengambil suntikan yang mana kosnya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit ataupun pembedahan yang juga memakan belanja yang besar dan mengambil masa untuk pulih. Namun, walau yang mana satu pun pilihan anda, keupayaan anda untuk beraktiviti tetap terhad kerana sendi anda kini bergantung pada sesuatu yang tidak natural dan bersifat sementara. 

Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Menjaga kesihatan sendi daripada sekarang dengan mengamalkan pengambilan supplemen yang kaya dengan glukosamin seperti Advance Joint Health Shaklee yang ternyata menjimatkan dan berkesan, atau mengambil risiko untuk menghadapi pembedahan di masa hadapan? Tepuk dada, tanya selera......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan shaklee

No comments:

Post a Comment