Stretchmark....
Sememangnya satu tanda di badan yang sangat memalukan. Tidak kiralah pada lelaki mahupun wanita, ianya tetap menjadi satu trauma. Bagi mereka yang gemar berfesyen, tentulah ini satu kerugian kepada mereka kerana mereka tidak bebas untuk memilih pakaian yang mereka gemar kerana bimbang stretchmark mereka ini akan terdedah.
Kebiasaannya, stretchmark ini sering dihadapi oleh kaum wanita, terutamanya mereka yang baru lepas melahirkan anak. Ini kerana ketika hamil, perut mereka akan menegang akibat daripada perkembangan bayi di dalam rahim. Maka, sama ada suka atau pun tidak, mereka pasti akan menghadapi keadaan ini. Bezanya, sama ada mereka mampu mengawal kesan daripada stretchmark ini atau pun tidak.
Bagi lelaki pula, mereka tidak terlepas daripada masalah ini. Terutamanya, mereka yang menghadapi masalah kegemukan. Sama seperti ibu yang hamil, mereka ini juga akan menghadapi masalah stretchmark akibat daripada saiz perut yang semakin membesar, akibat daripada tabiat pemakanan yang tidak terkawal. Ada juga yang mengatakan, stretchmark juga boleh disebabkan oleh amalan meminum arak, namun sejauh mana kebenarannya, tidak la saya ketahui.
Terdapat juga punca lain yang menjadi penyumbang kepada masalah ini, antaranya selulit, pembesaran otot akibat daripada senaman dan sebagainya.
Jadi bagaimanakah cara untuk menghilangkan stretchmark ini. Bagi yang bukan islam, terutamanya di barat, ramai yang mengubah stretchmark ini daripada sesuatu yang buruk dan tidak suka dilihat kepada satu seni, iaitu dengan melukis tatoo pada tanda tersebut. Di Malaysia, bagi kaum Cina pula, ramai yang memilih untuk membuat rawatan laser, yang mana kosnya sudah tentu tinggi. Jadi, apakah pilihan yang ada untuk golongan biasa ini?
Antara pilihan yang ada ialah dengan mengamalkan menyapu krim untuk stretchmark/menghilangkan parut yang terdapat di pasaran. Anda boleh memilih pelbagai jenama yang terdapat di farmasi dan mengamalkan menyapunya di tempat-tempat yang terdapat kesan strecthmark itu setiap hari. Namun, kesannya mungkin memakan masa tambahan pula jika anda tidak mengamalkannya secara konsisten ataupun kesan tersebut terlalu teruk.
Satu lagi pilihan yang ada ialah dengan menghalang daripada berlakunya kesan tersebut dengan pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee secara konsisten sejak dari awal kehamilan. Bagaimana ianya mungkin terjadi? Protein yang terdapat di dalam Energizing Soy Protein Shaklee mampu menghalang daripada tisu-tisu dalam badan anda rosak akibat daripada keregangan ini. Dengan itu, walaupun perut anda semakin membesar akibat kehamilan, namun kesan daripada keregangan itu dapat dikawal dengan baik.
Bagi yang telah pun menghadapi masalah ini, Energizing Soy Protein Shaklee tetap dapat membantu juga kerana protein soya yang terdapat di dalam Energizing Soy Protein Shaklee itu juga mampu merawat tisu-tisu yang telah rosak dan menggantikannya dengan tisu baru yang lebih baik. Dengan itu, kesan regangan itu dapat diperbaiki dan dikurangkan dan mampu hilang dengan sepenuhnya dengan pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee yang konsisten, dengan syarat, kesan regangan tersebut tidak terlalu kritikal.
Mari lihat beberapa testimoni daripada pengguna Energizing Soy Protein Shaklee yang telah berjaya mengurang dan menghilangkan tanda strecthmark mereka hanya dengan Energizing Soy Protein Shaklee...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment