Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Melentur Buluh Dari Rebungnya

March 06, 2015
Tiga kali pregnant dan masih belum dikurniakan anak perempuan bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat suami dan saya. Kalo ikutkan planning masih ada 2 peluang lagi untuk dapatkan anak perempuan, tapi mungkin kena revise balik kot....Anyway, kami tak de la kecewa sangat pun sebab anak lelaki ke ataupun anak perempuan, pada kami sama je...Yang penting, didikan yang sepatutnya kami berikan tu..Yelah, anak ni kan amanah Allah...Tak berani kot nanti nak mengadapNya, tapi amanah yang diberikan tak dijaga dengan baik....

3 boys in the house, memang la boleh buat mama ni sokmo jadi tarzan. Yelah, bayangkan bila diorang start main, memang kluar segala macam tok nenenk mainan la...Dari yang kecik sampai ke yang besar (cuma yang kecik tu terkawal la sikit sebab tiap hari mama dok bebel yang kecik jangan sepah-sepah, nanti baby anas masuk mulut...fiiuuhhhhh.....)

Luckly diorang pandai la nak kemas balik lepas tu. Thanks to blong la sebenarnya yang rajin mengemas balik mainan. Bngah pulak, kadang kita suruh kemas balik, ikut mood dia..Kadang dia kemas,kadang tak huhuhu...Tapi kalo blong ada, dia rajin la sama-sama kemas (ada masanya cakap blong lebih valid dari apa yang mama cakap T_T)...Blong memang dah diajarlah dari kecik dulu (time dia masih anak tunggal hihihi), supaya kemas setiap toys yang dah dimain. Masa kecik dulu, blong ni hantu Thomas...Mana-mana pergi mesti ada Thomas dia..Sampai g hotel pun kadang bawa...Bngah pula, diajar juga, tapi biasala, lain anak lain perangai kan....

Adakalanya, hujung minggu, mama adalah rasa nak berehatkan..Tapi hujung minggu la juga anak-anak dan en asben ada kat rumah kan...Bila diorang ni pun ada kat rumah (hari biasa sibuk g skul n keje), mulalah makan macam-macam, end up bersepah la rumah...So memandangkan hujung minggu mama nak rehat jadi, tugas anak-anak dan en asben untuk mengemas...orang kata, "pandai sepah, pepandaila kemas balik kan...." 

Maka, tak hairan lah kalo kat rumah kami ni, kadang hujung minggu malam-malam boleh dengar bunyi vakum ke, atau siang boleh dengar bunyi tang tung bising basuh pinggan la, tu belum kira dapur sepah dan comot sebab en asben masak...Tapi it's okla, buat la camne pun janji semuanya happy...Lepas tu nanti, pandai-pandai la kemas balik ye...Ataupun kalo tak mencapai standard mama, nanti mama kemas la balik semula ye bila korang tidur....

anak-anak syurga dan suami tercinta
camni ke ayah?...tanya bngah...
anak-anak syurga dan suami tercinta
en asben mendemokan kepada blong cara menvakum yang btul
anak-anak syurga dan suami tercinta
ooo...camni ye ayah...senang je ni...

anak-anak syurga dan suami tercinta
apa yang penting? kerjasama....
anak-anak syurga dan suami tercinta
seskali, tolong "lipat" kain
anak-anak syurga dan suami tercinta
makan sepah, sapu sendiri
anak-anak syurga dan suami tercinta
askar kecik ditangkap menyorok bawah meja
 **********************************************
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
agen shaklee kemasik


Tuesday, 24 February 2015

Baby Berjalan Pada Umur 7 Bulan

February 24, 2015
perkembangan bayi 0-12

Kalau ikutkan carta perkembangan bayi kat atas tu, biasanya bayi boleh mula melangkah pada umur mencecah 1 tahun. Berdiri dan berjalan sambil memegang dinding ataupun kerusi pada umur 9 bulan. Ini adalah pada kebiasaannya lah, kira macam milestone gitu...

Tapi, tak mustahil jika ada bayi yang dapat melakukannya lebih awal daripada itu.

Bukan la nak puji anak sendiri, tapi nak share keseronokan kami apabila melihat baby anas yang dah mula nak bertatih pada umur 7 bulan hari tu. Mulanya kami tengok dia macam selalu je nak panjat-panjat untuk berdiri kat sofa ruang tamu. Bila dapat berpegang dan berdiri dengan stabil pada sofa, muka dia happy giler, siap kadang tu gelak-gelak lagi.

Then kami pun saje la try pegang dia konon-konon nak tatih. Sekali tengok betul-betul dia nak berjalan dan bertatih. Kadang bila saje-saje berdirikan dia (sebab sian tengok dia lama sangat baring/meniarap/duduk je), kaki dia ringan je diangkat macam nak jalan. Apalagi, kami pun layan kan lah dia berjalan. Tak sangka, cepat betul baby anas ni nak berjalan, walaupun dia sebenarnya tak pandai pun merangkak lagi. Yang dia pandai dan sangat expert sebelum ni adalah menjulur (bergerak ke depan menggunakan perut dan tangan). Kadang sampai ke dapur dia menjulur tu huhuhu...So mama haruslah sentiasa pastikan carpet dan tikar getah kat umah ni bersih supaya baju baby anas tak bertukar menjadi kain buruk huhuhu....

basic h shaklee serbagunaNasib ada basic h shaklee hihihi (sempat lagi promote kuikuikui). Mama tak perlu risau dah kini sebab basic h yang serbaguna, bebas bahan kimia, sangat selamat sebab diperbuat daripada extract jagung ni, sememangnya selamat untuk semua terutamanya bayi....

Tak percaya? Bleh tengok pelbagai testimoni dari pengguna yang telah berpuas hati dengan basic h ni. Memandangkan basic h ni adalah serbaguna, jadi testimoni yang ada ni meliputi pelbagai kegunaan. Memang sangat awesome tau....

Berjaya juga nak share video anak bertatih ni..Kena upload kat youtube dulu, then baru bleh share kat blog ni....Tak kisah la, janji boleh share. Nanti boleh dijadikan kenangan kan....


Sementara tu.....Jika anda ingin mendapatkan sabun serbaguna basic h ni, yang memang sangat best, dan murah pulak tu, silalah hubungi saya ye seperti berikut.......Rugi besar kalau tak dapatkan sebotol basic h ni.....

contact agen shaklee kemasik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
agen shaklee kemasik



Monday, 14 April 2014

Saiz Payudara Penentu Kuantiti Susu Badan, Benar Atau Mitos?

April 14, 2014
susu badan bersama shakleeMenyusu bayi dengan susu badan kini mula mendapat tempat dan menjadi pilihan para ibu yang baru lepas bersalin. Tidak kiralah sama ada ibu itu bekerja ataupun hanya sekadar suri rumah, ianya telah menjadi pilihan. Ini kerana, ramai ibu-ibu yang mula sedar tentang kepentingan dan kebaikan susu badan kepada bayi mereka berbanding susu formula atau susu tepung. 

Namun begitu, tidak kurang ramai juga ibu-ibu yang mempersoalkan kebolehan mereka untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurangnya untuk tempoh 6 bulan yang pertama. Ini biasa terjadi kepada para wanita yang mengandungkan anak pertama. Kekurangan ilmu dan pendedahan kepada penyusuan bayi ini merupakan antara penyebab kepada persoalan ini. 

Malah tidak kurang juga yang mempersoalkan kemampuan mereka berdasarkan saiz payudara dan badan mereka. Tidak dinafikan, masih ada lagi wanita yang mempunyai mentaliti bahawa saiz pyudara yang kecil dan badan yang kurus tidak mampu menghasilkan susu badan yang banyak untuk menampung keperluan bayi mereka. Ramai yang beranggapan bahawa, wanita yang mempunyai payudara yang bersaiz besar lebih
beruntung kerana mampu menghasilkan susu badan yang banyak. Betul kah begitu??

Ini adalah satu pemikiran yang salah. Kuantiti susu badan adalah ditentukan dengan pertalian berikut :

Supply VS Demand  

Susu badan TIDAK akan terhasil sekiranya tiada permintaan daripada bayi atau dalam erti kata lain, ibu tidak menyusukan bayi. Semakin kerap bayi disusukan, atau susu badan dipam, maka semakin banyak susu badan dihasilkan. Otak akan mendapat isyarat setiap kali susu bayi menyusu yang menyatakan bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu bagi menampung keperluan/permintaan bayi itu. Jika ibu malas/sering skip jadual penyusuan, secara automatik otak dan badan mendapat isyarat bahawa susu badan tidak perlu dihasilkan terlalu banyak. Dan ini akan mengakibatkan penghasilan susu badan akan merudum, dan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila ibu mula merasa down atau pun stress.

Jadi, kesimpulannya, tidak kira bagaimana bentuk badan anda, ataupun saiz payudara anda, sekiranya anda rajin menyusukan bayi anda, tidak kiralah samada secara terus atau pun mengepam (bagi ibu yang bekerja), bayi anda pasti akan mendapat bekalan susu yang secukupnya. Namun, jika keadaan yang sebaliknya berlaku, maka jawabnya bayi anda bakal menikmati susu formula seawal anda habis berpantang.

Jadi, apakah peranan set penyusuan Shaklee dalam hal ini?

Set penyusuan Shaklee bukanlah bertujuan untuk menambah susu badan, sebaliknya ianya lebih kepada membantu ibu-ibu supaya tidak terlalu letih dan mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya untuk diri sendiri dan juga bayi. Maklumlah, selepas bayi lahir, ibu-ibu sering keletihan, terutama dalam tempoh berpantang kerana jadual tidur bayi yang tidak menentu. Oleh itu, set penyusuan Shaklee membantu mengatasi masalah ini, sekaligus menyebabkan ibu-ibu mampu menghasilkan susu badan dengan lebih banyak kerana sentiasa bertenaga dan tidak letih untuk menyusukan bayi setiap 2-3 jam.

Malah, set penyusuan Shaklee juga terdiri daripada vitamin yang membantu ibu-ibu untuk kembali pulih dari luka bersalin. Jadi, ianya sangat menjimatkan, seolah-olah terdapat 2 fungsi dalam satu set. Menjimatkan bukan? Ianya juga baby friendly, di mana ianya boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin kerana ianya tidak memudaratkan kepada bayi. Set penyusuan dan set bersalin Shaklee sememangnya kini menjadi pilihan ibu-ibu di masa kini, bagaimana pula dengan anda?

p/s : dapatkan e-book mengenai tips penyusuan dengan pembelian setiap set penyusuan Shaklee daripad kami...khas untuk anda SAHAJA....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee malaysia





Wednesday, 1 January 2014

Tahun Baru, Baby Baru...

January 01, 2014
Tahun baru 2014 menjelma juga...

Mesti ramai yang dok pasang azam baru kan...Biasa la tu, tiap tahun mesti macam tu..tapi tercapai ke tak, sendiri jela yang boleh tafsirkan di hujung tahun nanti...

Azam saya tahun ni? Tak banyak, satu je...

Nak jaga baby Shaklee saya yang semakin membesar ni...sebelum baby yang sebenar dilahirkan Insha Allah dalam bulan Ramadhan tahun ni..(saya suka bersalin dalam bulan Ramadhan walaupun lepas tu pulun nak ganti puasa, sebab bulan Ramadhan syaitan semua kena ikat, so baby akan selamat dari segala gangguan...InshaAllah...)

Semoga tahun ini akan memberi lebih makna, lebih rezeki, lebih bermanfaat kepada kita semua dan dalam masa yang sama kita semua turut menambah dan mempertingkatkan amal ibadah masing-masing agar kita menjadi umat Islam yang lebih soleh/solehah...Bersamalah kita mengambil pengajaran yang berlaku di sekeliling kita dan menganggapnya sebagai satu peringatan buat kita semua agar kita tidak terus lalai dibuai mimpi...

Salam tahun baru dari kami di sini...khas untuk anda semua.....

Semoga tahun ini kesihatan anda juga lebih baik berbanding tahun sebelumnya...semestinya dengan SHAKLEE hihihi....