Showing posts with label rawat sendi. Show all posts
Showing posts with label rawat sendi. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

Cuti Sekolah Sebab Tolong Mama Jaga Opah

April 17, 2014
Pada 31/3/2014 yang lepas, mak saya telah melalui satu pembedahan lutut. Ianya dilakukan di lutut sebelah kanan. Planning asal nak buat pada kedua-dua belah, tapi nampak gayanya, macam mak dah agak trauma dengan pengalaman operate lutut sebelah kanannya.

struktur lutut manusiaOk, kenapa mak operate lutut kanan ni sebenarnya? Bagi yang biasa dengan struktur lutut kita ni, pasti anda tahu bahawa di celah lutut kita sebenarnya terdapat satu cecair.

 "Sendi lutut sihat mengandungi bahan cecair pelincir dikenali sebagai cecair sinovial yang tinggi. Cecair ini yang mengandungi asid hialuronik berfungsi sebagai pelinciran dan kusyen yang mengurangkan geseran pada sendi lutut ketika kita berjalan atau membongkok. Ia turut mempunyai daya menyerap hentakan untuk melindungi sendi lutut ketika kita melakukan aktiviti fizikal seperti melompat."

Dalam kes mak, bahan pelincir tersebut telah pun kering. Ianya adalah atas faktor usia memandangkan mak pun dah berumur 59 tahun tahun ni. Proses kehilangan cecair pelincir ini sebenarnya berlaku secara perlahan-lahan, dan memakan masa beberapa tahun, namun, sekiranya ia tidak dikawal dari awal, akhirnya ia akan habis begitu sahaja dan kesannya lutut tidak mampu lagi menyerap hentakan mahupun menanggung berat badan/apa-apa aktiviti yang kita lakukan.

Masalah ini telah pun mak hadapi sejak beberapa tahun. Selain pengambilan supplemen, mak pernah juga mengambil suntikan bagi memasukkan cecair tiruan ke dalam lutut bagi menggantikan cecair asal yang telah pun mula menghilang. Namun, kesannya hanyalah sementara, mungkin disebabkan faktor umur serta berat badan mak juga.

Akhirnya, selepas mendengar pengalaman dari kawan-kawan, mak mengambil keputusan untuk membuat pembedahan memasukkan besi ke lutut (saya tak tau la macam mana pembedahan ni sebenarnya sebab saya tak berani nak dengar sebab saya ni penakut dan mudah ngeri bila dengar cerita tentang pembedahan ni). Tapi more or less, saya rasa pembedahan mak adalah seperti dalam gambarajah berikut.

pembedahan lutut

Lebih kurang 3 hari mak berada di Hospital Putrajaya dan dijaga oleh adik saya (memandangkan dia seorang je yang masih belum berkahwin), akhirnya mak dibenarkan balik setelah doktor berpuas hati yang mak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Cukup seminggu mak dijaga oleh adik, maka tibalah giliran saya pula untuk menjaga mak. So secara tak langsung blong pun terpaksa lah ponteng sekolah kerana mak kat Bangi. 

Untungnya lah saya kerana anak-anak dah agak besar dan boleh faham arahan dan membantu mana-mana yang patut. Jadi, walaupun saya sedang mengandung, namun Alhamdulillah saya dapat menjaga mak dengan baik dengan dibantu oleh 2 pembantu kecil saya. Pertolongan kecil seperti tolong opahnya tutup lampu/bukak kipas/ambil barang/sampaikan pesanan dari opah kepada mama di dapur dan sebagainya boleh la dilakukan oleh blong. Si bngah pula lebih kepada membantu menghiburkan hati opah dengan gelagatnya yang nakal dan 'kerja-kerja mengemas bilik opah' (read : menyepahkan bilik opah).

Adakalanya bila boring, blong akan g bilik opah dan 'mengajar' opah di white board bilik opah yang sebenarnya digunakan oleh atuknya dengan tujuan menulis tarikh-tarikh penting/kenduri yang perlu dihadiri. Selalunya, pelajaran yang diajar oleh blog tak lain dan tak bukan adalah peta dari rumah atuk nak balik ke rumah ayah di Kerteh. Dan peta blong tu adakalanya lengkap dengan 'bobby trap', sungai, jambatan, flag, start point & finish line dan sebagainya....Adakalanya berebut 2 beradik ni nak mengajar opah sebab si bngah ni memang tak boleh tengok abangnya buat apa-apa, mesti dia pun nak buat yang sama juga.....

homeschoolingBegitulah mereka 2 beradik sepanjang seminggu membantu mama menjaga opah. Adakalanya, mama akan homeschool kan mereka dengan buku latihan yang mama bawa. So belajar la juga blong walaupun ponteng sekolah...Yelah, ilmu tu kan tetap penting, tapi tak semestinya ianya hanya boleh didapati di sekolah kan...kan rumah pun boleh juga, janji ada keinginan.

Asalnya seminggu je, namun atas beberapa faktor, kami lanjutkan lagi beberapa hari. Maka, hanya pada hari selasa lepas baru kami pulang ke Kerteh. Selepas seminggu lebih ponteng sekolah, kelmarin blong start sekolah balik, tapi hanya untuk 2 hari sahaja la hihihihi....Nasib baik blong bukan jenis yang liat nak ke sekolah, jadi walaupun hari selasa tu kami hanya sampai ke rumah kami pada malam, namun blong tetap bersemangat untuk ke sekolah pada keesokan harinya.

Lain pula gelagatnya dengan bngah. Masih tidak faham dengan apa yang berlaku, tapi yang pasti malam tu ketika kami sampai ke rumah kami, reaksi bngah adalah, "Alaa...tak nak umah ayah, nak umah atuk" (baca dengan intonasi budak 3 tahun) huhuhu....Nasib la adik, mama, ayah dan blong ada keje lain nak buat kat umah kita. Lagipun hari Jumaat ni adik kan ada small konvo untuk playgroup...

Tenkiu pada both anak-anak mama yang banyak tolong mama jaga opah dan en asben yang memberi keizinan untuk saya jaga mak. Namun walaupun kami jaga mak kat Bangi, en asben sebenarnya berada dekat je dengan kami sebab dia ada training kat KL..betapa cantiknya perancangan Allah..Subhanallah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

keahlian shaklee



Sunday, 4 August 2013

Sayangi Sendi Anda, Dapatkan Set Sendi Shaklee

August 04, 2013
Pernahkah anda mengalami pengalaman seperti ini?

badan lemah gemalaiTerpaksa panjat tangga bangunan 10 tingkat, tapi baru naik 3
tingkat badan dah mengah, kaki dah sakit, kepala dah 'pusing'? Tapi kena redah jugak sebab tak ada option lain....

Ini lah yang terjadi pada saya 2 hari lepas. As intro, saya ni bukan la jenis yang pergi bersukan setiap hari. Setakat naik turun tangga kat umah sendiri, kemas-kemas umah, cuci umah, main kejar-kejar dengan anak-anak tu adalah dan itulah pun senaman saya setiap hari as a surirumah. Kalo ada ikut en asben oustation,  berpeluangla pergi swimming kat swimming pool hotel. Dulu masa duduk kat Bangi, adalah juga pergi gym yang untuk perempuan kat Bangi and kadang pergi main squash kat UKM. Tapi sekarang bila pindah Kerteh, terhad sikit. Nak pergi bersukan kat Kelab Rekreasi Petronas kat Rantau tu, tak terpergi-pergi. Ada je halangannya huhuhu...

Ok, berbalik pada cerita tadi. Malam tu saya mendobi baju kat tingkat 8 hotel tu. Bilik kami di tingkat 18. Lepas masukkan baju dalam washing machine, saya tinggalkan la sebab it takes 45minutes untuk dibasuh. Saya pun naik ke bilik, en asben pun pergi la ke Masjid As-syakirin untuk solat isya' n terawih. Layan anak kat bilik, main & menyusu adik acad. Tak lama tu, adik acad pun tido. Blong stable lagi main game kat laptop. Cukup masa, saya perlu turun pulak untuk masukkan baju ke dalam dryer. Tapi masalahnya, kad access untuk hotel ada 1 je dan kalau saya cabut, maka anak-anak akan tinggal dalam kegelapan. Nak bawa mereka turun, adik acad baru tdo, lagipun macam mana saya nak masukkan baju dalam dryer kalo kena pegang adik acad.

Apa option yang ada? Tinggalkan anak-anak, selak pintu dan turun TANPA bawa access kad. Sounds dangerous kan sebab anak-anak kena tinggal. Tapi saya positif je sebab it's will only take like 5 minit kot untuk buat keje tu. So saya pun turun la. Siap keje, nak naik ke bilik, tak boleh guna lif, sebab, saya TAK bawa access card. Jadi, terpaksalah panjat tangga. 

10 tingkat nak naik. Setiap level 20 anak tangga, jadi in total 200 anak tangga saya perlu panjat. 3 tingkat yang pertama, masih ok lagi. Naik tingkat ke-4, kaki kanan dah mula sakit. Rasa macam dah tak boleh nak angkat. Usaha juga, berjaya naik 3 tingkat lagi. Lepas tu, kepala pulak pening, mula rasa macam nak pitam dah. Tapi paksakan juga sebab pikir anak-anak yang kena tinggal. Naik lagi 2 tingkat. Time ni memang dah rasa nak surrender, jadi apa yang saya buat, saya stop kejap. Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Saya buat 2-3x kali. Agak jantung dah gak tenang, tak berdenyut terlalu laju, kepala pun dah tak pusing, kaki pun dah relax sikit, saya gagahkan panjat lagi 2 tingkat terakhir. Demi anak-anak, saya push diri saya.

Alhamdulillah berjaya sampai ke bilik. Dan alhamdulillah adik acad masih lena tidurnya dan blong masih bermain laptop dengan selesa. Bukak je tudung dan jubah, terus saya rebah kat coach. Memang habis terus energy masa tu. Nak bercakap pun tak larat. Kaki sakit tak yang cerita la, memang tak tertahan. Baring pun sambil gantung kaki. Tak lama, terus tertido, tau-tau en asben dah balik dari masjid. Mintak tolong dia jela g amikkan baju yang dah siap nak atas.

Jadi apa kesimpulan yang boleh saya amik pada hari tu adalah, bersenam la setiap hari supaya badan kita sentiasa cergas. Peliharalah juga sendi-sendi di badan kita supaya mereka dapat melakukan tugas mereka dengan baik. Bagaimana caranya? Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari. Tapi kalo agak-agak TAK dapat nak penuhi pemakanan seperti piramid makanan, tambahkan pengambilan supplemen dalam diet seharian, dan pilihan saya semestinya SHAKLEE kerana ianya sudah bertapak dengan kukuhnya selama 50tahun, malah ianya DIJAMIN BERKESAN, MESRA ALAM & SELAMAT....
shaklee difference
Oh ya, sebelum tidur malam tu, saya telan 4biji Ostematrix. Alhamdulillah bangun pagi hilang dah sakit kaki dan badan pun lebih segar. Semuanya dengan izin daripada-Nya juga...(>‿◠)✌ Tapi sempena bulan promo Advance Joint Health Tablet ni, rasa nak ambil jugak la. Bukan selalu HARGANYA JATUH MENJUNAM kan...Anda macam mana? Jangan dok pikir lama-lama, nanti melepas ye...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Friday, 2 August 2013

Advance Joint Health Tablet : Hadiah Hari Raya Yang Unik

August 02, 2013
Promo Advance Joint Health Tablet kembali lagi...♥(ˆ⌣ˆԅ)

Memetik kata-kata Mr Ethan Wang, Marketing Director Shaklee Malaysia di Facebooknya, beliau berkata, "In this month of festive, we all will balik kampung and meet our parents, aunty, uncle, nenek, brother, .... The comment problem for them is joint pain. Thus, why not get them to try Adv. Joint Health and reduce the pain and increase the flexibility of joints".

Sakit sendi ShakleeTerbayang di kepala saya keprihatinan Shaklee perkara berkaitan kekeluargaan. Seperti yang semua sedia maklum, pada bulan Januari 2013 (kalau tak salah), Shaklee telah pun membuat promo untuk Advance Joint Health Tablet ni. Akan tetapi, mengenangkan pada bulan Ogos ini adalah Hari Raya dan kebanyakan rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa sekali pun, akan pulang ke kampung untuk berhari raya dan bercuti panjang, maka Shaklee sekali lagi mengadakan promosi untuk Advance Joint Health Tablet ini supaya kita semua dapat berkongsi kegembiraan sepanjang cuti ini bersama ibubapa yang tersayang TANPA ada yang tersisih.

Yelah, bayangkan bagaimana kita nak pergi beraya ke rumah sedara-mara beramai-ramai bersama ibubapa sekiranya ibubapa kita mengalami sakit-sakit sendi dan lutut. Bagaimana kita nak buat persediaan raya seperti membakar lemang, membuat kuih raya, masak pelbagai juadah makanan dan sebagainya, sekiranya mereka tidak sihat dan tidak mampu untuk bergerak. Pasti pergerakan mereka terbatas kan. (¬‿¬) Tak meriahla persiapan dan sambutan itu nanti...

Jadi, apa kata hadiahkan sebotol Advance Joint Health Tablet ini kepada ibubapa kita semua. Lagipun, Shaklee menyatakan perbezaan boleh dirasai seawal 5 hari selepas pengambilan Advance Joint Health Tablet ini (tapi ada pengguna yang dah rasai perbezaanya seawal 2 hari je!! /˚o˚\ ). Jadi sekiranya kita beli HARI INI dan poskan kepada mereka terus, so ngam-ngam raya nanti boleh la meronda keliling kampung dengan mereka kan...
 Advance Joint Health Tablet

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Sunday, 19 May 2013

Pelihara Sendi Anda Dengan Advance Joint Health Tablet Shaklee

May 19, 2013
Hari ni saya nak kenalkan Advance Joint Helath Tablet Shaklee. Baru lagi dalam pasaran, tak sampai 2 tahun, tapi kesannya memang sudah terbukti...

Tapi, sebelum saya tulis dengan lebih panjang lebar dalam entry hari ni, apa kata kita tengok dulu gambar dibawah ni, iaitu perbandingan antara sendi yang sihat dengan sendi yang tidak sihat...Dan cuba kita fikir, agak2nya sendi kita ni termasuk dalam kategori yang mana satu ye...

advance joint health shaklee

Mesti semua orang inginkan sendi yang sihat supaya kita dapat melakukan semua kerja dengan baik, dapat bersukan, dapat beraktiviti tanpa batasan dan sebagainya. Tapi semakin umur kita bertambah, sendi kita juga akan mula menjadi tidak sihat, sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik. Akibatnya, menjelang umur 40-50an, aktiviti akan mula terbatas. Sakit2 lutut, mudah terseliuh, tidak mampu berjalan dengan laju, tidak dapat bersukan dan sebagainya. Mesti tak seronokkan bila apa sahaja yang kita nak lakukan mula terbatas. Kita tidak lagi bebas bergerak, perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu mengelakkan dari memakan makanan-makanan yang boleh menyebabkan sendi kita sakit.

Ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan sendi yang sihat? Ini jawapannya :
  1. Tulang rawat yang berrtindak sebagai kusyen, dapat bertindak dengan baik untuk melindungi sendi. Membantu sendi-sendi bergesel sesama mereka dengan baik antara satu sama lain
  2. Bendalir Sinovia sentiasa ada dan cukup untuk menjalankan tugasnya sebagai bahan pelincir dalam sendi. Ia juga mampu memberikan khasiat yang secukupnya kepada sendi
  3. Tendon, iaitu struktur yang berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan ligamen, iaitu serat fleksibal yang bertanggungjawab mengikat tulang bersama-sama.
Andainya, anda mempunyai simptom-simptom berikut, bermakna anda sendi-sendi anda berada dalam keadaan yang tidak sihat dan antara faktor-faktor penyebabnya adalah....

faktor penyebab sendi sakit

 Jadi, bagaimana Advance Joint Health Tablet Shaklee ni membantu kita untuk mendapat sendi yang sihat? Apakah pula kandungannya...Teruskan membaca...

advance jointh health shaklee
  1. Ekstrak Boswellia : mengandungi asid boswelik yang menghalang fomasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubu yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.
  2. Ekstrak jagung : membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin adalah sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama dalam pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang menghasilkan pelincir.
  3. Vitamin C : membekalkan 100% nilai harian vitamin C, satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen
  4. Zink, kuprum dan magnesium : mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.
Setiap bahan yang digunakan untuk membuat Advance Joint Health Tablet ini telah diuji secara klinikal dan menunjukkan kesannya boleh dirasai seawal 5 hari, iaitu 28% lebih pantas  berbanding jenama lain di pasaran. Ianya juga bebas kekerang, bersifat vegeterian, bebas kondroitin untuk menyerap glukosamin dengan baik, mudah ditelan, bebas bahan tiruan, pewarna mahupun pemanis serta bebas gluten.

Mari kita lihat perbandingan di antara Advance Joint Health Tablet dengan produk yang sama dari jenama lain..

perbandingan advance joint health shaklee
Kini, pilihan ditangan anda. Buatlah pilihan yang bijak, yang berbaloi dengan nilai wang anda dan semestinya yang terbaik. Jadilah pembeli yang bijak!!!













**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================