Showing posts with label bengkak kaki. Show all posts
Showing posts with label bengkak kaki. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Trimester ke-3, Paling Mencabar (29-40minggu)

May 08, 2014
Trimester ke-3 (29-40 minggu) adalah tempoh yang tak kurang mencabar. Awal kehamilan, trimester pertama dikira mencabar kerana pada ketika itu masih di awal kehamilan. Segalanya perlu dijaga kerana fetus ketika itu masih lagi tidak berapa stabil, ditambah dengan keadaan ibu yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang sedang dialami.

Trimester ke-2 dikira agak selesa kerana kesihatan ibu sudah semakin baik, malah bayi dalam kandungan juga semakin selesa.

Namun, masuk trimester ke-3, ibu akan sekali lagi menghadapi minggu-minggu yang mencabar. Dengan keadaan perut ibu yang semakin membesar, berat badan ibu yang semakin meningkat, perubahan emosi yang tidak menentu malah terdapat juga bahagian badan ibu yang turut mengalami perubahan. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan ibu semakin tidak selesa, malah ada sesetengah ibu yang mula mengurangkan pelbagai aktiviti harian kerana sudah tidak larat untuk melakukannya.

Ada juga ibu yang mula mengalami masalah kesihatan. Contohnya saya sendiri. Masuk sahaja trimester ke-3, saya mula tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Jika terlebih makan, mula la rasa nak muntah yang sangat memeritkan. Tekak terasa sangat perit sampai adakalanya terpaksa memuntahkan segala isi perut kerana terasa makanan yang dimakan sudah seperti nak keluar sendiri, terutamanya pada waktu malam. Kesannya, berat badan saya tidak naik seperti yang diharapkan ketika cek-up bulanan dilakukan, namun, alhamdulillah berat bayi naik dengan baiknya. Kuasa Allah....subhanallah...

Ok, apakah lagi perubahan yang bakal dihadapi oleh ibu-ibu dalam trimester ke-3 ni?? Mari kita lihat....

1- Sakit punggung
# ibu akan mula merasa kesakitan pada punggung. perkara ini berlaku kerana beban yang ibu pikul lebih berat berkadar langsung dengan pembesaran bayi anda di dalam kandungan

2- Payudara
# payudara akan mula mengeluarkan cecair kolostrum. kolostrum adalah makanan bayi pertama yang sangat kaya dengan protein dan antibodi
# pada timester ke-3 ini, anda juga akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar/sembelit. Ini berlaku kerana tekanan rahim yang membesar dan menghimpit usus yang menyukarkan perjalanan makanan dalam badan. Selain itu peningkatan hormon progesteron turut menyumbang kepada masalah ini

4- Pernafasan
# pada minggu ke-33 hingga ke-36, kebanyakan ibu hamil akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Ini disebabkan tekanan bayi yang berada di bawah diafragma dan menekan paru-paru ibu. Tetapi masalah ini akan hilang secara beransur-ansur setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul dan tidak lagi menekan paru-paru. ini biasanya kana berlaku pada 2-3 minggu sebelum bersalin. Anda akan berasa lega dan dapat bernafas dengan lebih mudah. Selain itu juga, rasa seperti terbakar di dada (heart burn) biasanya juga akan turut hilang. Ini disebabkan berkurangnya tekanana dari tubuh bayi kepada si ibu.

5- Kerap membuang air kecil
# pembesaran rahim di dalam perut akan menekan pundi kencing anda. Ini menyebabkan anda menjadi lebih kerap membuang air kecil. Ketika kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul, perasaan ingin membuang air kecil anda akan lebih menjadi lebih kerap

6- Masalah tidur
# pada trimester ke-3 ini, perut ibu menjadi sangat besar dan bayi akan lebih kerap menendang pada waktu malam. Ini menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur lena pada waktu malam

7- Kemutan pada perut
# pada ketika ini, anda akan sering merasakan kemutan/kontraksi pada perut. Ini dipanggil braxton hicks contraction atau kontraksi palsu. Kontraksi ini tidak sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran. Kemutan yang dirasai merupakan rasa sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat

# pertumbuhan bayi akan menyebabkan peningkatan tekanan pada kaki dan pergelangan kaki anda. Tekanan ini kadangkala akan menyebabkan pembengkakan pada bahagian tubuh anda juga. Ia disebut sebahagian edema. Ini merupakan perkara biasa yang disebabkan oleh perubahan hormon yang menghalang pengeluaran air dari badan

# kekejangan pada bahagian kaki akan sering terjadi pada minggu-minggu kehamilan trimester ke-2 & ke-3. Ia biasanya berkaitan dengan perubahan dalam peredaran darah, tekanan pada saraf kaki ataupun kekurangan kalsium dalam badan

10- Cairan vagina
# peningkatan cairan vagina ketika hamil adalah normal. Cairan biasanya kelihatan jernih. Pada awal kehamilan, ianya sedikit likat dan akan  menjadi cait apabila semakin hampir mendekati saat kelahiran

11- Dinding rahim
# dinding rahim akan menjadi nipis. Ini menyebabkan bunyi-bunyian yang kuat dapat didengar dan boleh menjejaskan perkembangan bayi anda seperti bunyi kapal terbang dan kenderaan lain. Kandungan anda juga akan menjadi semakin peka kepada cahaya. Bahkan, ibu boleh melihat bentuk kaki, tangan dan punggung bayi setiap kali dia bergerak. Ketidakselesaan seperti pedih ulu hati, kekejangan, sukar bernafas dan keletihan semakin kerap terasa

12- Berat badan
# pertambahan berat badan akan mula berkurangan atau pun tidak akan berlaku. Malah, pada minggu kehamilan, anda mungkin akan kehilangan berat badan sedikit. Keseluruhan peningkatan berat badan yang normal sehingga sekarang adalah sekitar 12kg. Sekiranya anda mengalami peningkatan berat badan yang kurang dari 13kg, berkemungkinan besar, anda mampu untuk menurunkan berat badan dengan mudah selepas bersalin nanti. 

Semakin hampir menjelang hari kelahiran, semakin banyak cabaran yang bakal ibu rasai. Tetapi semuanya akan lenyap sebaik mendengar tangisan pertama bayi anda. Jadi, bertahan la dan nikmatilah saat-saat ini yang anda mungkin hanya akan lalui sekali lagi selepas beberapa tahun.

vitamin hamil shakleeUntuk memastikan kesihatan diri yang sebaiknya sepanjang kehamilan ini, disyorkan supaya anda mendapatkan set kehamilan Shaklee yang sememangnya telah terbukti mampu membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi. Ianya selamat, semulajadi malah halal dan mudah untuk diambil. Dapatkan segera untuk bekalan nutrisi yang terbaik untuk anda dan si manja anda....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

hubungi shaklee

Sunday, 20 April 2014

Bengkak Kaki / Edema Ketika Hamil Adalah Perkara Biasa

April 20, 2014
Trimester ke-3 (7 bulan ke atas), adalah tempoh kehamilan yang agak mencabar, selain daripada alahan yang dialami di awal kehamilan. Pelbagai penyakit dan rasa tidak selesa akan mula menyerang dan dirasai oleh ibu yang hamil ketika dalam tempoh ini. Ada yang mampu menghadapinya dengan baik, ada pula yang terpaksa berehat sahaja sepanjang tempoh ini.

Salah satu masalah/penyakit yang sering dihadapi oleh ibu hamil dalam tempoh ini adalah bengkak kaki/edema. Masalah ini adalah biasa dialami. Mengapakah ianya boleh terjadi?

bengkak kakiKetika hamil, badan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan cecair berbanding waktu lain. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu. Oleh itu, badan ibu boleh menjadi bengkak akibat daripada darah dan cecair yang berlebihan ini. Perut ibu yang semakin membesar sepanjang tempoh ini juga akan menyebabkan tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutamanya kaki. Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu duduk terlalu lama ketika melakukan kerja di pejabat ataupun duduk lama di dalam kenderaan.

 Anggota badan yang sering disering bengkak ini adalah kaki, tangan dan muka. Ada juga yang menyebutnya sebagai sembam, dimana tangan/kaki atau muka ibu akan kelihatan lebih kembung dari biasa.

Kebiasaannya, anggota badan ini akan kelihatan membengkak pada waktu petang dan menjelang malam. Ini kerana, sepanjang hari, pelbagai aktiviti dilakukan oleh ibu hamil dan menyebabkan kejadian bengkak kaki ini berlaku. Namun, menjelang pagi, ianya akan menyurut balik kerana ibu telah pun mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang malam.

 Antara sebab lain mengapa bengkak kaki ini boleh berlaku adalah : 
  • cuaca yang sangat panas
  • berdiri terlalu lama
  • menjalankan aktiviti harian untuk satu jangka masa yang panjang/terlalu lama
  • kurang potassium dalam badan
  • mengambil makanan yang terlalu masin
  • pengambilan kafein yang terlalu banyak
 
Jadi, bagaimana pula caranya untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah bengkak kaki ini? Terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan, antaranya :
    cara atasi bengkak kaki
  • elakkan diri daripada melakukan atau makan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyumbang kepada bengkak kaki
  • tinggikan sedikit kaki dengan mengalaskan dengan bantal ketika tidur/rehat
  • memakai kasut yang selesa apabila keluar daripada rumah dan elakkan memakai kasut tinggi
  • minum air yang banyak
  • banyakkan melakukan aktiviti di dalam air seperti berenang
  • sapukan ais di kawasan yang bengkak
  • memakai seluar ketat atau stokin sokongan
  • elakkan pakaian yang ketat di sekeliling pergelangan tangan, kaki dan buku lali
  • jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki
  • sekiranya anda melalui perjalanan yang jauh, sebaiknya berhenti sebentar untuk merehatkan kaki anda  
Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja. Jadi, bertahan lah ya wahai ibu-ibu demi untuk bayi yang anda sedang kandung.
 
Peringatan, sekiranya tangan atau muka ibu tiba-tiba sahaja membengkak, ataupun kaki sebelah ibu membengkak berbanding kaki yang satu lagi, itu mungkin petanda kepada pre-eklampsia. Ini adalah satu keadaan yang serius, jadi ibu haruslah segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan tidak menjadi semakin teruk.

testimoni bengkak kaki surut dengan ostematrix Nota : Pengambilan supplemen kalsium boleh membantu mengatasi masalah ini...cubalah...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana pendapatan dengan shaklee