Showing posts with label supplemen. Show all posts
Showing posts with label supplemen. Show all posts

Wednesday, 3 December 2014

Susu Formula Itu Adalah Makanan Tambahan

December 03, 2014
Kita sering dimomokkan denngan pengambilan susu untuk membesar. Dalam iklan-iklan kat tv tu, kalo tengok, semuanya dok promote ibu-ibu supaya beri anak-anak minum susu dari kecil sampai la diorang besar. Katanya, dengan minum susu, anak-anak akan mendapat bekalan kalsium yang secukupnya. Malah boleh dapat macam-macam lagi khasiat lain sebab susu formula zaman sekarang dah diperkaya dengan macam-macam nutrisi dan bukanlah kalsium semata-mata.

Tapi....

Sedarkah anda bahawa susu formula itu sebenarnya adalah satu daripada makanan tambahan yang ada di dunia ini. Kenapa saya cakap begitu? Jawapannya mudah sahaja....

Cuba anda tonton 1 iklan susu kat tv tu. Tak kisahla jenama apa. Biasanya jalan cerita dalam iklan tu mesti ada ciri-ciri ni :
  1. anak susah nak makan
  2. anak memilih makan
  3. anak terlalu aktif bermain sampai mengabaikan waktu makan
  4. mak kerisauan sebab anak kurang nutrisi
  5. bagi anak minum susu >>> selesai semua masalah di atas
  6. susu tersebut mempunyai pelbagai nutrisi yang diperlukan dalam piramid makanan
Betul tak? Secara tidak langsung, iklan tersebut menanam dalam diri ibubapa bahawa jika anak tak cukup nutrisi, food picker, kurang berat badan, sembelit dan sebagainya, mesti beri minum susu formula kerana susu formula akan dapat membantu menyelesaikan semua masalah ini. So nampak tak di sini bagaimana ibubapa disogok dengan memberi makanan tambahan ini kepada anak-anak tanpa disedari.

Sebetulnya, kanak-kanak perlu mendapatkan khasiat yang sebenarnya dari pemakanan mereka, dan bukanlah dari susu formula semata-mata. Jadi, sekiranya anak anda tidak minum susu, atau tidak gemarkan susu, atau anda rasa mahalnya la nak beri susu formula yang mana harganya makin hari makin naik, anda sebenarnya tidak perlu risau. Hanya pastikan anak anda makan dengan secukupnya mengikut keperluan khasiat yang selari dengan tumbesaran mereka sahaja. 

Ingat!!!!

Susu formula hanyalah makanan tambahan sahaja, dan bukanlah satu keperluan. Jadi jangan lah terlalu bergantung kepada susu formula semata-mata. Berikan anak anda makanan yang berkhasiat secukupnya kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Saya memilih untuk memberi makanan tambahan yang semulajadi kepada anak-anak saya melalui produk shaklee iaitu Mealshakes & Vitamin C Chewable, malah, mereka turut diberi pelbagai jenis makanan yang bersesuaian agar mereka mendapat khasiat yang diperlukan secara terus dari makanan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
buat duit dengan shaklee
 

Wednesday, 15 October 2014

Welcome To The Family, Anas....

October 15, 2014
Hampir 4 bulan dah berlalu..Sungguh cepat masa berjalan...Ini bermakna hampir 4 bulan juga keluarga kami telah menerima ahli baru...Seorang bayi lelaki yang sangat comel, yang mana kelahirannya telah dipermudahkan oleh Ilahi..Hanya beberapa jam sahaja kesakitan yang dirasai oleh mama sebelum dia dilahirkan ke dunia...

Welcome to the family, our beloved baby boy..Muhammad Anas Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham...such a very adorable baby..same like you brothers....

baby boy
gambar umur 3 bulan
 Apakah maksud nama dia? Rujuk di sini untuk maksud nama anak-anak...Kita disarankan sangat supaya memberi nama yang baik-baik, yang mempunyai maksud yang baik kepada anak-anak kerana panggilan nama itu adalah satu doa. Nak pulak apabila dipanggil oleh ibu bapa..Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab ye...

Anas bermaksud : kemesraan, cinta, kasih, mesra, periang....
Hakim pula bermaksud : bijaksana....

Semoga Muhammad Anas Hakim membesar sebagai seorang muslim yang bijaksana, penuh dengan kasih sayang dan sentiasa gembira dalam menghadapi apa juga yang dilakukan...Amin...

InshaAllah mama dan ayah akan berikan didikan yang terbaik untuk Anas dari segi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat dan juga abang-abang Anas. 

Anak-anak membesar dengan sangat pantas...jadi jangan lupa dan jangan culas untuk mengambil gambar mereka setiap hari supaya anda tidak merasa ketinggalan melihat mereka membesar. Proses pembesaran mereka ini sangat sekejap, dan ianya tidak akan boleh diulang kembali. Jadi, habiskan sekurangnya 10-15minit melayan kerenah anak-anak walau bagaimana sibuk pun anda...

baby shaklee
bangun tdo muka blur n garang
baby shaklee
disebalik toys dlm crabnya
baby shaklee
happy face bangun dari afternoon nap
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana income dengan shaklee 

Friday, 10 January 2014

Pentingnya Supplemen, Doktor Pun Amalkan

January 10, 2014
Saje nak share posting dari Dr Halina yang saya petik dari blog beliau....Untuk lebih details boleh baca kat sini ye...

supplement by doctor

Bila umur kita dah meningkat, dan kita semakin sibuk dengan kehidupan seharian sebagai ibu, isteri dan pekerja, namun, jangan sesekali kita mengabaikan kecantikan dan kesihatan diri sendiri. Sebab itulah bila umur dah masuk 30-an, wanita akan mula mencari supplemen yang sesuai untuk diri mereka bagi memastikan sekurangnya mereka dapat menjaga tubuh dan wajah mereka agar kelihatan bersesuaian dengan umur mereka.

Bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri, malah untuk dipersembahkan kepada suami juga agar suami tidak mencari yang lain. Selain tu, ianya juga dapat membantu wanita supaya sentiasa cergas dan dapat menjaga anak-anak dengan sebaiknya kerana diwaktu ini, anak-anak yang sedang membesar adalah sangat aktif. Oleh itu, ibu-ibu perlu sentiasa aktif dan cergas agar dapat menjaga anak-anak dengan sebaiknya.

Jadi, nampak tak kepentingan supplemen di sini? Selain pemakanan yang seimbang, gaya hidup yang sihat, supplemen adalah suatu keperluan di zaman ini kerana tidak semua vitamin dan mineral yang kita perlukan boleh didapati dengan mudah dari pemakanan seharian kita. Oleh itu, jangan lah anda memandang remeh tentang pengambilan supplemen ini, jika anda betul-betul sayangkan diri anda...

Bagi saya dan keluarga, semestinya SHAKLEE pilihan kami...Bagaimana pula dengan anda? Ingin mencuba SHAKLEE? Hubungi sahaja kami di sini..Anda pasti akan temui supplemen yang bersesuaian dengan diri anda, malah yang TERBAIK untuk keluarga anda juga. Jadi, apa tunggu lagi??? Dapatkan SHAKLEE HARI INI juga!!!

rangkaian produk Shaklee
*********************
STARS Shaklee contact info

Saturday, 27 July 2013

Zahir & Batin Collagen, Kini Terbongkar. Bukan Salah Shaklee

July 27, 2013
3 entry yang lepas adalah mengenai produk Shaklee iaitu Shaklee Collagen Powder. Hari ini banyak orang dok jual collagen kat pasaran, kat mall, kat kiosk, kat kedai jamu pun ada, malah boleh dikatakan setiap hari orang bercerita tentang kolagen (khas untuk wanita la ni, orang lelaki ada jugak, tapi tak cerita depan-depan la) ٩(●̮̃•)۶

shaklee collagen powderTapi tahukah anda apa sebenarnya yang dipanggil kolagen ni? Entry hari ini tiada kaitan dengan produk
Shaklee, sekadar nak cerita tentang kolagen supaya kita semua tahu dengan lebih mendalam segalanya tentang kolagen. Bila dah tau, boleh la digunakan sebagai panduan untuk memilih kolagen yang betul untuk diminum setiap hari agak kita semua dapat manfaat yang maksimum dari pengambilan produk kolagen itu....

Ok, apa itu kolagen (Collagen)??? ʃ(˘▽ƪ)

collagen
triple helix
Kolagen ==>> protein utama bagi tisu sokongan dalam protein badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan. Ia bertugas menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan manusia. Kolagen disusun 3 rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1,000-an dan ini merupaakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada : kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut & kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Terdapat 29% jenis kolagen, tetapi 90% daripadanya adalah terdiri daripada kolagen I, II, III dan IV.
    shaklee collagen powder
  • Kolagen I : terdapat pada tendon, pembuluh darah, kulit, ligatur, organ, tulang (komponen utama) dan gigi
  • Kolagen II : tulang rana (komponen utama) dan mata
  • Kolagen III : reticulate (komponen utama). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong tisu lembut seperti jantung, hati, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus dan rahim
  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang meliputi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata / endothelium yang melapisi permukaan dalam pembuluh darah
  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.
Jika kita kekurangan kolagen, apakah yang akan berlaku pada badan kita...(⊙.⊙(☉_☉)⊙.⊙) 

Penghasilan kolagen akan berkurang sebanyak 1.5% pada setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun. Walaubagaimanapun, kesan pengurangannya akan hanya dapat dikesan 10 tahun akan datang, iaitu seawal usia 35tahun. Selepas berusia 45-50 tahun, separuh daripada kolagen yang ada akan hilang. Ini bermakna, semakin kita bertambah usia, semakin berkurang kolagen dalam badan kita. Oleh disebabkan itu, kolagen banyak diambil bukan sahaja untuk tujuan kecantikan, tetapi juga dalam merawat penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporisis dan arteriosclerosis.

Kenapa kolagen diperlukan sebagai makanan tambahan/supplemen??
  1. pilih kolagen daripada sumber ikan kerana ianya adalah kolagen yang terulung
  2. ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  3. kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen I
  4. berat molekul rendah daripada 1,000 dalton adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi iaitu seberat 400,000 dalton
  5. menyediakan  predigested collagen telah dicernakan dahulu supaya cepat diserap
  6. kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
  7.  menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan)
  8. memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida
  9. menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan untuk mengekalkan fungsi sel
  10. mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  11. mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak 
  12. lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga
  13. mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi
  14. menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit
  15. mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Kini kita semua sudah celik dan tahu segalanya tentang kolagen, kira dah Master la kan...So apa lagi, jadikanlah kolagen sebagai salah satu makanan tambahan harian kita supaya kita sentiasa cergas, lebih bertenaga, tidak tua sebelum masanya dan dapat memikat hati suami setiap masa...

Yang pasti, Shaklee Collagen Powder tetap menjadi pilih saya...(✿◠‿◠)

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 27 June 2013

Ubat vs Supplemen...Apakah Perbezaannya...

June 27, 2013
Seorang kawan dari group Jutawan telah berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan di antara Ubat dan Supplemen. Mari kita lihat apakah perbezaan keduanya untuk lebih dan nilaikan sendiri antara keduanya...

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
ubat-ubatan


2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.


3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering kasar, seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
rangkaian produk shaklee

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

SECARA RINGKASANNYA...
ubat vs supplemen

Bak kata pepatah.... 

MENCEGAH ITUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI....ᕙ(`▽´)ᕗ

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================