Showing posts with label nutrisi. Show all posts
Showing posts with label nutrisi. Show all posts

Wednesday, 3 December 2014

Susu Formula Itu Adalah Makanan Tambahan

December 03, 2014
Kita sering dimomokkan denngan pengambilan susu untuk membesar. Dalam iklan-iklan kat tv tu, kalo tengok, semuanya dok promote ibu-ibu supaya beri anak-anak minum susu dari kecil sampai la diorang besar. Katanya, dengan minum susu, anak-anak akan mendapat bekalan kalsium yang secukupnya. Malah boleh dapat macam-macam lagi khasiat lain sebab susu formula zaman sekarang dah diperkaya dengan macam-macam nutrisi dan bukanlah kalsium semata-mata.

Tapi....

Sedarkah anda bahawa susu formula itu sebenarnya adalah satu daripada makanan tambahan yang ada di dunia ini. Kenapa saya cakap begitu? Jawapannya mudah sahaja....

Cuba anda tonton 1 iklan susu kat tv tu. Tak kisahla jenama apa. Biasanya jalan cerita dalam iklan tu mesti ada ciri-ciri ni :
  1. anak susah nak makan
  2. anak memilih makan
  3. anak terlalu aktif bermain sampai mengabaikan waktu makan
  4. mak kerisauan sebab anak kurang nutrisi
  5. bagi anak minum susu >>> selesai semua masalah di atas
  6. susu tersebut mempunyai pelbagai nutrisi yang diperlukan dalam piramid makanan
Betul tak? Secara tidak langsung, iklan tersebut menanam dalam diri ibubapa bahawa jika anak tak cukup nutrisi, food picker, kurang berat badan, sembelit dan sebagainya, mesti beri minum susu formula kerana susu formula akan dapat membantu menyelesaikan semua masalah ini. So nampak tak di sini bagaimana ibubapa disogok dengan memberi makanan tambahan ini kepada anak-anak tanpa disedari.

Sebetulnya, kanak-kanak perlu mendapatkan khasiat yang sebenarnya dari pemakanan mereka, dan bukanlah dari susu formula semata-mata. Jadi, sekiranya anak anda tidak minum susu, atau tidak gemarkan susu, atau anda rasa mahalnya la nak beri susu formula yang mana harganya makin hari makin naik, anda sebenarnya tidak perlu risau. Hanya pastikan anak anda makan dengan secukupnya mengikut keperluan khasiat yang selari dengan tumbesaran mereka sahaja. 

Ingat!!!!

Susu formula hanyalah makanan tambahan sahaja, dan bukanlah satu keperluan. Jadi jangan lah terlalu bergantung kepada susu formula semata-mata. Berikan anak anda makanan yang berkhasiat secukupnya kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Saya memilih untuk memberi makanan tambahan yang semulajadi kepada anak-anak saya melalui produk shaklee iaitu Mealshakes & Vitamin C Chewable, malah, mereka turut diberi pelbagai jenis makanan yang bersesuaian agar mereka mendapat khasiat yang diperlukan secara terus dari makanan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
buat duit dengan shaklee
 

Sunday, 16 June 2013

Risiko Berulangnya Kejadian Yang Tidak Diingini

June 16, 2013
Fuh fuh fuh...tiup sawang jap....

Ni la akibatnya bila dekat 2 minggu tak berblog...sawang merata-rata T_T

Pe nak buat, dok bertravel sana-sini, dengan line tenet yang kejap ok kejap x ok, dengan anak2 yang bercuti sekolah & dok mengkonker lappy mama, macam-macam la...tapi tu sepatutnya bukan alasankan hihihi...

Dalam dok bertravel tu, sempat la jugak memenuhi appointment dengan Gynea kat Hospital Pakar Wanita An-nur, Dr Khamsiah Muda. Just a follow up apt mengenai hormon yang tak stabil yang menyebabkan aturan haid tak teratur. Bukan pe, bila ada masalah haid ni, sekaligus menganggu urusan ibadah, so haruslah diselesaikan dengan cepat. Sambil-sambil tu sempat jugak la bertanya pada beliau ttg perancangan mengandung saya untuk masa depan, yelah, adik acad pun dah 2 thn, so sesuai sangat la kalo nak menambah ahli keluarga baru. So x de la gap btwn adik-beradik ni jauh sangat kan... ❤❤❤

Seperti yang readers sedia maklum, masa sy pregnantkan adik acad, sy hadapi masalah uri melekat (boleh baca entry ni) & bb pramatang (¬‿¬) [baca juga di sini]. Tapi, Alhamdulillah semuanya selamat. So bila dok berplanning untuk next pregnancy, saya kena amik tau la pasal risiko yang saya akan hadapi sebab saya ada baca banyak kes yang kes berulang pada next pregnancy. And YES, doc konpemkan chances untuk kejadian tu berulang memang ada dan ianya adalah 20%. Alamak, merisaukan huhuhu...Then d next question, of course la cara nak prevent kan...

Jawapannya : TIADA. Hanya doa dan usaha je....

Ok, sungguh merisaukan...Tak sanggup kot nak ulang balik peristiwa 2 tahun lepas...ulang alik spital, peristiwa seluk2 yang sangat menyakitkan, kulit adik kurang zink sampai sakit n kn admit, n sampai sekarang ni pun stil dok ulang alik spital untuk appointment mata, paed n hidung adik...Penat dah kot huhuhu (─‿‿─)

TAPI...

vitamin shakleeBukankah setiap penyakit ada penawarnya, kecuali kematian kan...So, mesti ada jugak penyelesaian untuk kes ni kan...Even doc pun dah cakap kena usaha kan....So macam mana nak selesaikan masalah ni?? Caranya mudah je, iaitu haruslah kita tahu root causenya kan....Dalam kes saya ni, puncanya ialah jangkitan kuman. So macam mana nak atasinya...Haruslah dengan menjaga kebersihan, sama ada di kawasan yang terbuka, mahupun yang tertutup..tahap imunisasi badan juga haruslah dipertingkatkan, sebab bila badan kita mempunyai tahap imunisasi yang tinggi, maka kuman pun susah nak jangkit sebab ada protection yang kuat kan....

Memandangkan sekarang ni dok amalkan makan Shaklee selain kurma & madu, so harap2 dapat la membantu badan ni kuat dan menyerap seberapa banyak nutrisi yang diperlukan. Plus, Shaklee kan memang ada set untuk mengandung yang memang lengkap dengan segala nutrisi yang diperluka oleh ibu yang mengandung. So inshaAllah la ianya dapat membantu...

Teruskan membaca entry seterusnya untuk ulasan yang panjang lebar untuk set mengandung Shaklee ye... ^_^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================