Wednesday 3 December 2014

Susu Formula Itu Adalah Makanan Tambahan

Kita sering dimomokkan denngan pengambilan susu untuk membesar. Dalam iklan-iklan kat tv tu, kalo tengok, semuanya dok promote ibu-ibu supaya beri anak-anak minum susu dari kecil sampai la diorang besar. Katanya, dengan minum susu, anak-anak akan mendapat bekalan kalsium yang secukupnya. Malah boleh dapat macam-macam lagi khasiat lain sebab susu formula zaman sekarang dah diperkaya dengan macam-macam nutrisi dan bukanlah kalsium semata-mata.

Tapi....

Sedarkah anda bahawa susu formula itu sebenarnya adalah satu daripada makanan tambahan yang ada di dunia ini. Kenapa saya cakap begitu? Jawapannya mudah sahaja....

Cuba anda tonton 1 iklan susu kat tv tu. Tak kisahla jenama apa. Biasanya jalan cerita dalam iklan tu mesti ada ciri-ciri ni :
  1. anak susah nak makan
  2. anak memilih makan
  3. anak terlalu aktif bermain sampai mengabaikan waktu makan
  4. mak kerisauan sebab anak kurang nutrisi
  5. bagi anak minum susu >>> selesai semua masalah di atas
  6. susu tersebut mempunyai pelbagai nutrisi yang diperlukan dalam piramid makanan
Betul tak? Secara tidak langsung, iklan tersebut menanam dalam diri ibubapa bahawa jika anak tak cukup nutrisi, food picker, kurang berat badan, sembelit dan sebagainya, mesti beri minum susu formula kerana susu formula akan dapat membantu menyelesaikan semua masalah ini. So nampak tak di sini bagaimana ibubapa disogok dengan memberi makanan tambahan ini kepada anak-anak tanpa disedari.

Sebetulnya, kanak-kanak perlu mendapatkan khasiat yang sebenarnya dari pemakanan mereka, dan bukanlah dari susu formula semata-mata. Jadi, sekiranya anak anda tidak minum susu, atau tidak gemarkan susu, atau anda rasa mahalnya la nak beri susu formula yang mana harganya makin hari makin naik, anda sebenarnya tidak perlu risau. Hanya pastikan anak anda makan dengan secukupnya mengikut keperluan khasiat yang selari dengan tumbesaran mereka sahaja. 

Ingat!!!!

Susu formula hanyalah makanan tambahan sahaja, dan bukanlah satu keperluan. Jadi jangan lah terlalu bergantung kepada susu formula semata-mata. Berikan anak anda makanan yang berkhasiat secukupnya kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Saya memilih untuk memberi makanan tambahan yang semulajadi kepada anak-anak saya melalui produk shaklee iaitu Mealshakes & Vitamin C Chewable, malah, mereka turut diberi pelbagai jenis makanan yang bersesuaian agar mereka mendapat khasiat yang diperlukan secara terus dari makanan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
buat duit dengan shaklee
 

No comments:

Post a Comment