Showing posts with label set berpantang. Show all posts
Showing posts with label set berpantang. Show all posts

Thursday, 15 January 2015

Set Berpantang Shaklee : Berpantang Dengan Penuh Keceriaan

January 15, 2015
Kalo mengandung 9 bulan dah cukup menyeksakan....Berpantang pun tak kurang peritnya..

Nak pula time berurut...Memang la time tu rasa ya Allah, tobat dah tak nak mengandung lagi hukhukhuk....

Tapi masa tu jela...bila dah sihat, dah lega, baby dah mula besar, perasaan nak mengandung dan tambah anak mula datang balik...Kejap je seriknya ahakkksss.....

Ok, berbalik pada citer tentang berpantang...Tak semua ibu-ibu berpeluang menghabiskan tempoh berpantang dengan berehat saja tanpa perlu menanggung apa-apa kesakitan. Sembelit, bengkak susu, badan berangin sampai sakit kepala, pedih pada tempat luka dan pelbagai lagi kesakitan yang perlu ditangggung. Dalam masa yang sama, kena pulak uruskan bayi yang baru lahir tu dan juga anak-anak yang lain (jika ada).

Mari kita dengan pengalaman ibu muda ni yang mempunyai pengalaman buruk semasa berpantang selepas melahirkan anak pertama sehingga terfikir tak mau dah tambah anak. Namun, sesuatu telah mengubah pendirian beliau sehingga terasa nak menambah-nambah anak pulak...Apakah yang menyebabkan beliau menukar fikiran? Mari kita ikuti pendedahan beliau....


Macam mana? Terasa-rasa nak cuba tak set berpantang Shaklee ni? Antara yang paling best dalam set berpantang Shaklee ni adalah :
  • takde tempoh tertentu sebelum boleh start amik. straight away lepas bersalin, dah sedar tu, dah boleh start minum Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) tanpa was-was
  • vitalea, b complex malah vitamin C (basic set vitamin), juga boleh trus ditelan dari hari pertama berpantang
  • zink dan ostematrix sangat-sangat membantu dalam pemulihan luka akibat bersalin serta membantu mengatasi dan mengelakkan dari tekena sembelit...oucchhhh......
  • alfalfa je yang perlu berjaga-jaga sebelum ambil....kena tengok baby ada jaundis ke tak..once baby dah clear, boleh terus amik alfalfa dengan tanpa ragu-ragu..yeayyy.....
Nilah dia rupa set berpantang Shaklee yang kini menjadi igauan ramai ibu-ibu yang baru bersalin....

berpantang shaklee

Dah rasa nak order...Pe lagi...Jom order sekarang jugak melalui mana-mana cara seperti berikut.....Konsultasi PERCUMA akan diberikan sehingga adnda merasa TIDAK rugi langsung membeli set berpantang Shaklee ni dari saya......

set berpantang shaklee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
jadi kaya dengan shaklee
 

Friday, 18 April 2014

Bentan Akibat Langgar Pantang Selepas Bersalin....Sakitnya....

April 18, 2014
pantang dengan shakleeMengikut adat masyarakat Melayu kita, adalah satu kemestian bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk melalui satu ptempoh yang dipanggil berpantang. Namun, tempoh berpantang itu adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang berpantang setakat 40hari sahaja, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Tujuan berpantang ini adalah tak lain dan tak bukan untuk membantu mengembalikan kesihatan ibu selepas melalui proses kehamilan dan bersalin selama lebih 9 bulan. Maklumla, sepanjang tempoh tersebut, badan ibu telah mengalami banyak 'kerosakan' dan ianya perlulah dirawat supaya ibu kembali sihat seperti sebelumnya.

Namun, pada hari ini, terdapat segelintir ibu yang memilih untuk tidak berpantang. Pada pendapat mereka, badan mereka sudah pulih seperti sedia kala dan tidak perlulah mereka melalui proses berpantang. Yelah, sepanjang proses berpantang ini, terdapat beberapa perkara yang mana ibu-ibu tidak dibenarkan untuk melakukannya, malah pemakanan sepanjang tempoh ini juga perlu dijaga, dan terdapat sesetengah makanan perlu dielakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan proses berpantang terganggu.

Apabila pantang ini dilanggar, besar kemungkinan ibu tersebut akan terkena bentan. Bentan ini bermaksud, sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin. Yang dimaksudkan di sini adalah, ibu tersebut akan merasa sakit semula pada penghujung tempoh berpantang.

Punca dan Isyarat ibu terkena bentan adalah : 

 # mengambil makanan sejuk/ terlanggar benda keras
    =>> akibatnya, ibu akan merasa sejuk dan badan seakan nak pitam. ini adalah disebabkan 
            anggota dalam badan yang masih belum sembuh dengan betul
    =>> apabila ibu mengalami masalah ini, ianya akan mengambil satu jangka masa yang 
             agak panjang untuk kembali sembuh dan sihat seperti sediakala

Bentan boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu :
1) Bentan Urat
     - ianya terjadi apabila ibu terlalu lasak/aktif ketika dalam tempoh berpantang.
     - kesannya, ibu akan merasa lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan
         seperti pada lutut, dan mengigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, kejang otot 
         badan
     - masalah ini boleh dirawat dengan melakukan rawatan bertangas ataupun mandi wap

2) Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim

    - ini merujuk kepada kesakitan pada bahagian ari-ari yang sederhana/terlampau sakit 
        sehingga menyebabkan berlakunya tumpah darah
    - boleh terjadi apabila ibu mengangkat barang yang berat
    - boleh juga berlaku kesan daripada ibu tersepak objek yang besar atau pun jatuh 
        terduduk/terhempas

3) Bentan Urat Besar (pinggang)

    - urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa
        lenguh dan sakit di atas bahagian belalang
   - kebiasaannya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan/czer
   - pada sesetengah keadaaan, kesakitan tersebut boleh menjadi serius dan mengakibatkan
       rasa sakit pada bahagian pinggang dan tumit

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan ini, agar ibu kembali sihat dan cergas seperti biasa? Antaranya :

a) Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya
    - adalah dinasihatkan supaya ibu tidak melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh 
        berpantang, selain daripada menjadi diri sendiri dan bayi
    - dinasihatkan juga supaya ibu tidak mengangkat sebarang objek yang berat, mandi pada 
        satu tempoh yang lama, mengelakkan dari terkena hujan dan sebagainya 

b) Mengelakkan diri dari terkena jangkitan kuman
     - ibu hendaklah menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya sepanjang tempoh ini kerana
         pada waktu ini, ibu mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada bahagian 
         peranakan, saluran kencing, dan juga rahim  
     - jangkitan kuman ini mudah berlaku akibat daripada perubahan hormon yang sedang 
         dialami oleh ibu. 
     - dalam tempoh ini juga, darah nifas akan keluar dengan banyaknya, jadi, ibu perlulah
         kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ini
     - ianya boleh menyerang di mana-mana bahagian peranakan san faraj dan boleh 
         merebak melalui saluran darah seterusnya menyerang organ dalaman yang lain seperti
         buah pinggang dan sebagainya

c) Pemakanan
   - pemakanan haruslah dijaga sepanjang tempoh berpantang
   - elakkan pengambilan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan angin dalam 
       perut seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, nangka muda dan jantung
       pisang
   - banyakkan juga meminum air masak kerana badan memerlukan air yang secukupnya
       untuk proses penyembuhan, dan juga untuk penyusuan bayi

Tips mengelak bentan secara tradisional...
    set berpantang shaklee
  • sapu minyak panas di seluruh badan
  • pakai baju panas
  • berstokin sepanjang masa
  • pastikan berselimut ketika tidur
  • bertungku
Dapatkan set berpantang Shaklee yang mampu menjaga anda dalam tempoh berpantang sekaligus membantu mengembalikan kesihatan dan kecergasan badan anda. Ianya sangat mudah dan juga mesra bayi. Turut membantu dalam penyusuan bayi....Dapatkannya hari ini juga... 

sumber : majalah PaMa

Tapi...Ada akak sorang ni, masa berpantang baby ke-2, dia langsung tak berpantang, dan alhmadulillah tak de masalah bentan. Meh kita dengar, apa rahsia dia sampai dia rasa seronok giler sepanjang tempoh berpantang tu walaupun dia tak pantang betul-betul...


  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

 


Tuesday, 17 December 2013

Testimoni : Berpantang Dengan Set Shaklee

December 17, 2013
Hari tu saya ada cakap nak share beberapa testimonial dari ibu-ibu yang telah berpantang dengan set Shaklee kan...Testimonial ni saya ambil dari para pengguna yang telah berpuas hati malah sangat happy dengan set berpantang Shaklee ni. Nanti lepas bersalin inshaAllah saya akan kongsikan testimonial saya sendiri pula ye...

Mari kita baca beberapa testimonial mengikut beberapa situasi yang berbeza....

set berpantang Shaklee1- Berat badan TURUN semasa dalam pantang

Mendapatkan berat ideal adalah impian setiap ibu yang mengandung. Semua target nak turunkan berat badan selepas melahirkan bayi. Tetapi, adakah ianya mustahil??

Sudah pasti TIDAK!! Dengan set berpantang Shaklee, anda mampu mendapatkan kembali bentuk badan dan berat yang anda kehendaki tanpa perlu berdiet atau risaukan mengenai susu badan. Menarik bukan?? Bagaimana caranya?? Pastikan anda tahu mengenai cara pengambilan set berpantang Shaklee ini dengan BETUL jika inginkan berat anda turun semasa berpantang. Ingin tahu caranya? Hubungi saya dan saya akan ajar selepas pembelian dibuat...

testimoni set berpantang Shaklee
2- SUSU badan MERIAH

Anda inginkan susu badan yang banyak supaya anda boleh membuat stok ebm untuk keperluan bayi apabila anda mula bekerja???

Inilah set yang anda cari. Selain membantu merawat dan menjaga badan anda sepanjang tempoh berpantang, ia juga membantu anda mendapatkan susu badan yang BANYAK yang mampu menampung keperluan bayi anda. Kaedahnya bagaimana? Hubungi saya untuk mengetahuinya...


testimoni set berpantang Shaklee
3- Badan SEGAR seawal minggu PERTAMA bersalin

Badan yang segar sepanjang tempoh bersalin adalah satu nikmat yang pasti diinginkan oleh semua ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana, ibu perlu menguruskan diri sendiri dan bayi sepanjang tempoh itu. Jadi adalah sukar sekiranya ibu berada dalam keadaan yang tidak sihat sepanjang tempoh bersalin.

Malah luka bersalin yang cepat sembuh juga merupakan satu impian ibu-ibu yang baru lepas bersalin kerana luka ini jika memakan masa yang terlalu lama untuk sembuh akan menimbulkan masalah lain kepada ibu-ibu. Namun, dengan set berpantang Shaklee, semua ini dapat dinikmati oleh ibu-ibu dan ibu-ibu akan dapat rasakan perbezaanya berbanding bersalin sebelum ini.

testimoni set berpantang Shaklee4- Boleh terus diamalkan dari HARI PERTAMA berpantang

Set berpantang Shaklee ini sememangnya boleh terus diambil oleh ibu yang baru bersalin dari hari pertama berpantang lagi (kecuali alfalfa). Ianya tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kerana ianya tidak mengandungi bahan berasaskan jamu.

InshaAllah set ini akan dapat membantu anda merawat luka bersalin dengan lebih cepat sekiranya anda mengamalkan pengambilannya seawal hari pertama bersalin.

Ketahui cara pengambilannya yang betul untuk kesan yang maksimum.



testimoni set berpantang shaklee
5- Mampu driver kereta untuk checkup bayi di klinik

Disebabkan badan telah merasa cergas sejak dari minggu pertama bersalin lagi, maka adalah tidak mustahil bagi ibu yang baru lepas bersalin ini untuk pergi sendiri ke klinik untuk menjalani post-natal check up.

Jadi, suami tidak perlu bersusah payah mengambil cuti yang mungkin tinggal sedikit semata untuk membawa isteri dan bayi ke klinik. Menarik, bukan??


Anda pula bagaimana? Apakah yang anda cari sebenarnya dalam satu-satu set berpantang itu? Bukan kah ciri-ciri impian itu boleh anda perolehi hanya dalam 1 set berpantang sahaja, iaitu set berpantang Shaklee. Berat badan turun dan kembali ideal, susu badan yang melimpah ruah, badan yang cergas, luka bersalin yang cepat sembuh dan sebagainya. Bagi saya, sememangnya inilah set berpantang yang dicari-cari selama ini kerana ianya mempunyai fungsi yang pelbagai. Malah harganya juga sangat JIMAT  kerana ianya mampu bertahan sehingga 3 bulan dan boleh dikongsi bersama suami untuk kesihatan bersama.

Jangan tunggu lagi..Hubungi saya segera untuk konsultasi dan pembelian set berpantang Shaklee ini. Anda pasti takkan menyesal selepas mendapatkannya.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 12 December 2013

Istimewanya Set Berpantang Shaklee

December 12, 2013
Berpantang dan jamu adalah 2 benda yang tidak dapat dipisahkan kerana setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti akan mengambil jamu ketika dalam tempoh berpantang. Secara jujurnya, saya sendiri tidak terkecuali. Ketika bersalin anak pertama, saya telah membeli satu set berpantang dari jenama yang memang terkenal. Harganya mencecah hampir RM500!!! MEmang agak mahal, tetapi kerana ketika itu, ilmu masih kurang, malah merupakan kali pertama berpantang, maka saya merasakan itu sudah adalah yang terbaik. Set itu sememangnya terdiri daripada jamu yang telah dipilkan, terdapat juga minyak-minyak untuk ibu yang berpantang dan bayi.

Walaupun begitu, saya tidak menghabiskan set berpantang itu kerana tidak tahan dengan bau serta rasa pil jamu tersebut. Walaupun blong ketika itu tidak terkenal jaundice yang teruk, tetapi saya tidak mengamalkannya kerana risau akan efek dari jamu tersebut. Pada kelahiran anak ke-2 pula, saya setakat membeli set berpantang yang basic sahaja, kerana adik acad dilahirkan pramatang, jadi saya sangat risau untuk mengamalkan jamu-jamu kerana takutkan efek yang akan terkena pada adik acad yang ketika itu sangat fragile. Set itu juga tidak habis, malah masih ada dalam simpanan saya.

Berdasarkan pengalaman 2 kali berpantang sebelum ini, saya terasa ianya adalah suatu pembaziran apabila saya membeli jamu-jamu ini tetapi tidak dimakan kerana risaukan kesannya kepada bayi. Tidak sesekali saya menafikan kebaikan jamu. Memang jamu telah dipercayai sejak dahulu lagi akan keberkesanannya, namun cuma mungkin dizaman ini, ada alternatif yang lebih baik untuk para ibu yang dalam berpantang, malah lebih mudah dan keberkesanannya bleh dilihat dengan cepat berbanding jamu.

set berpantang shakleeApa yang ada dalam set berpantang Shaklee? Set asas berpantang Shaklee ini terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan juga Zink. Ada ibu-ibu berpantang yang gemar menambah ESP (Energizing Soy Protein) kerana gemarkan tenaga tambahan yang boleh diperolehi daripada Energizing Soy Protein disamping membantu dalam pengeluaran susu badan.

Mari kita lihat apa yang istimewanya set berpantang Shaklee ini. Memandangkan Shaklee adalah supplemen, maka setiap vitamin yang terdapat dapat set ini bukan sekadar merawat diri ibu berpantang dari luar, malah ianya lebih kepada merawat dari dalam dan merawat sehingga ke sel-sel badan kita supaya badan kita pulih secara sepenuhnya untuk jangka masa yang panjang.

Vitalea : mengandungi 20+ jen ismultivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita terutama sekali selepas proses mengandung dan bersalin yang mana banyak urat-urat di dalam badan ibu yang telah 'terputus' mahupun 'tercabut' (bukan dalam erti kata yang sebenar). Jadi semua ini perlulah dirawat supaya badan ibu kembali segar dan sihat seperti sediakala

B Complex : lengkap dengan semua jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh ibu dan turut diperkaya dengan asid folik yang diperlukan oleh bayi. Walaupun bayi telah lahir, namun bayi masih memerlukan bekalan asid folik untuk membantu mereka menghasilkan sel darah merah dengan secukupnya

Vitamin C : membantu membentuk kembali kolagen dalam badan ibu yang telah hampir haus akibat daripada proses mengandung dan bersalin ini. Malah ianya sangat baik untuk membantu merawat luka daripada kelahiran mahupun pembedahan.


luka cepat sembuh dengan zink shaklee
contoh testimoni luka cepat sembuh dengan zink complex
Zink : mengandungi zink yang tinggi yang sememangnya sangat diperlukan oleh ibu yang baru lepas bersalin, terutamanya yang bersalin secara pembedahan. Sebelum ini, ibu bersalin biasa disarankan untuk mengambil pati ikan haruan untuk membantu memulihkan luka pembedahan. Ini kerana ikan haruan kaya dengan zink yang membantu proses ini. Namun kini, ibu tidak perlu risau lagi kerana ibu mempunyai alternatif lain yang lebih mudah, tidak berbau dan sangat berkesan.

Kesimpulannya, set berpantang Shaklee ini sememangnya adalah set berpantang yang terbaik di kala ini, malah ianya adalah sangat praktikal, mudah, berkesan dan yang paling penting, tiada kesan sampingan ke atas bayi. Malah harga nya juga jauh lebih jimat berbanding set-set berpantang yang ada di pasaran. Setiap vitamin yang terdapat dalam set ini mampu bertahan sehingga hampir 3 bulan, malah ibu boleh terus mengamalkannya walaupun telah habis berpantang untuk kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan.

Jadi, mengapa berfikir lagi?? Hubungi kami segera untuk mendapatkan set berpantang Shaklee yang sememangnya terhangat di pasaran kini. Jangan ketinggalan kerana setiap vitamin ni dalam set ini sangat laku sehingga ada di antaranya kerap mengalami kehabisan stok dan terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk stok yang baru. Hubungi kami hari ini juga untuk set berpantang anda....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 11 December 2013

PANAS!!!...Testimoni Berpantang Czer Dengan Set Berpantang Shaklee

December 11, 2013
berpantang dengan set shakleeBersalin secara czer adakalanya menjadi pilihan ibu-ibu yang mengandung di zaman ini. Mungkin kerana faktor kurang rasa sakit menyebabkan pilihan itu dibuat. Namun ada yang memang terpaksa bersalin secara czer atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan demi menyelamatkan ibu yang mengandung itu. Namun, apa pun pilihan yang dibuat, semestinya semua mahukan keselamatan ke atas ibu dan bayi itu terjamin.

Penjagaan bagi ibu yang bersalin secara czer adalah berbeza berbanding ibu yang bersalin secara normal kerana mereka perlu menjaga dan berhati-hati dengan luka pembedahan di perut mereka itu kerana jika tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau pun sesetengah kes, jahitan itu terbuka kembali. Jadi, penjagaan yang sangat rapi adalah penting dan perlu dititik beratkan. Jika ibu itu bersalin czer  dan bayi terebut merupakan bayi pertama, mungkin tidak terlalu rumit kerana ibu hanya perlu menguruskan diri dan bayi tersebut sahaja, tetapi bagaiman jika ibu tersebut mempunyai anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian? Sudah pasti ianya menjadi satu cabaran yang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.. Malah ibu itu juga perlu mempunyai tahap kesihatan yang super baik, demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama ibu tersebut tidak melalui fasa post natal yang teruk.

Ada sesetengah ibu yang beralin czer memilih untuk mengambil pati ikan haruan, ataupun gamat untuk memulihkan luka pembedahan itu. Namun, tidak semua dapat sembuh dengan baik dengan mengamalkan salah satu daripadanya. Malah ada customer saya yang ditanya oleh doktor tentang apa yang diamalkan ketika berpantang sebelumnya kerana doktor agak sukar mahu membuat pembedahan untuk kali ke-3 ini akibat daripada sel-sel baru yang sedang aktif walaupun jarak bersalin itu sudah hampir 3 tahun. Tidak kurang juga ada ibu yang luka pembedahannya mengambil masa yang lama untuk sembuh malah ada yang mengalami keadaan yang berair dan bernanah sehingga perlu berulang-alik ke klinik bagi mencuci bahagian pembedahan itu.

Ini adalah sangat memenatkan ibu tersebut kerana dalam masa yang sama, ibu itu perlu memberi perhatian kepada bayi dan turut memerlukan masa rehat yang panjang bagi memulihkan dirinya. Disebabkan itu, saya ingin mengesyorkan set berpantang czer khas untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara czer/pembedahan ini. Set ini telah diperakui oleh ramai pengguna, malah ada yang merasakan perbezaan yang sangat ketara berbanding bersalin sebelum ini.

Salah seorangnya adalah Puan Aya Radzuan yang sebelum ini, pada kelahiran anak pertama dan ke-2, yang juga melalui kaedah czer, mengamalkan pengambilan pati ikan haruan dan juga jamu. Namun, hasilnya tidak berapa memuaskan hati beliau menyebabkan beliau mencari alternatif untuk kelahiran bayinya yang ke-3 (juga melaui kaedah czer). Ikuti pengalaman beliau sendiri berpantang kali-3 dengan set berpantang Shaklee..



Bagaimana? Tidak inginkah anda tempoh berpantang yang lebih tenang, kurang sakit, masa sembuh yang lebih singkat dan dalam masa yang sama, bayi dapat menyusu secara eksklusif serta mendapat penjagaan yang rapi?? Ibu juga tidak perlu berulang alik ke hospital kerana luka pembedahan juga mampu sembuh dengan baiknya, malah ada ibu-ibu yang mengaku parut pembedahan mereka tidak terlalu ketara dan kelihatan lebih cantik berbanding dahulu.

set shaklee untuk ibu berpantangJadi, jangan berfikir lagi. Dapatka segera set berpantang Shaklee yang sememangnya menjadi rebutan ibu-ibu selepas bersalin kini. Ianya mudah, tidak perlu dibancuh, tidak pahit, mudah dibawa ke sana sini serta tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada ibu mahupun bayi itu sendiri. Saya akan bawakan lebih banyak testimoni di dalam entry yang akan datang, daripada ibu-ibu yang telah mengamalkan set berpantang Shaklee ini dan sangat berpuas hati dengan kesannya.

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan ataupun pembelian demi penjagaan yang lebih baik sepanjang tempoh berpantang anda.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================