Showing posts with label stok susu/ebm. Show all posts
Showing posts with label stok susu/ebm. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

Testimoni : Berpantang Dengan Set Shaklee

December 17, 2013
Hari tu saya ada cakap nak share beberapa testimonial dari ibu-ibu yang telah berpantang dengan set Shaklee kan...Testimonial ni saya ambil dari para pengguna yang telah berpuas hati malah sangat happy dengan set berpantang Shaklee ni. Nanti lepas bersalin inshaAllah saya akan kongsikan testimonial saya sendiri pula ye...

Mari kita baca beberapa testimonial mengikut beberapa situasi yang berbeza....

set berpantang Shaklee1- Berat badan TURUN semasa dalam pantang

Mendapatkan berat ideal adalah impian setiap ibu yang mengandung. Semua target nak turunkan berat badan selepas melahirkan bayi. Tetapi, adakah ianya mustahil??

Sudah pasti TIDAK!! Dengan set berpantang Shaklee, anda mampu mendapatkan kembali bentuk badan dan berat yang anda kehendaki tanpa perlu berdiet atau risaukan mengenai susu badan. Menarik bukan?? Bagaimana caranya?? Pastikan anda tahu mengenai cara pengambilan set berpantang Shaklee ini dengan BETUL jika inginkan berat anda turun semasa berpantang. Ingin tahu caranya? Hubungi saya dan saya akan ajar selepas pembelian dibuat...

testimoni set berpantang Shaklee
2- SUSU badan MERIAH

Anda inginkan susu badan yang banyak supaya anda boleh membuat stok ebm untuk keperluan bayi apabila anda mula bekerja???

Inilah set yang anda cari. Selain membantu merawat dan menjaga badan anda sepanjang tempoh berpantang, ia juga membantu anda mendapatkan susu badan yang BANYAK yang mampu menampung keperluan bayi anda. Kaedahnya bagaimana? Hubungi saya untuk mengetahuinya...


testimoni set berpantang Shaklee
3- Badan SEGAR seawal minggu PERTAMA bersalin

Badan yang segar sepanjang tempoh bersalin adalah satu nikmat yang pasti diinginkan oleh semua ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana, ibu perlu menguruskan diri sendiri dan bayi sepanjang tempoh itu. Jadi adalah sukar sekiranya ibu berada dalam keadaan yang tidak sihat sepanjang tempoh bersalin.

Malah luka bersalin yang cepat sembuh juga merupakan satu impian ibu-ibu yang baru lepas bersalin kerana luka ini jika memakan masa yang terlalu lama untuk sembuh akan menimbulkan masalah lain kepada ibu-ibu. Namun, dengan set berpantang Shaklee, semua ini dapat dinikmati oleh ibu-ibu dan ibu-ibu akan dapat rasakan perbezaanya berbanding bersalin sebelum ini.

testimoni set berpantang Shaklee4- Boleh terus diamalkan dari HARI PERTAMA berpantang

Set berpantang Shaklee ini sememangnya boleh terus diambil oleh ibu yang baru bersalin dari hari pertama berpantang lagi (kecuali alfalfa). Ianya tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kerana ianya tidak mengandungi bahan berasaskan jamu.

InshaAllah set ini akan dapat membantu anda merawat luka bersalin dengan lebih cepat sekiranya anda mengamalkan pengambilannya seawal hari pertama bersalin.

Ketahui cara pengambilannya yang betul untuk kesan yang maksimum.



testimoni set berpantang shaklee
5- Mampu driver kereta untuk checkup bayi di klinik

Disebabkan badan telah merasa cergas sejak dari minggu pertama bersalin lagi, maka adalah tidak mustahil bagi ibu yang baru lepas bersalin ini untuk pergi sendiri ke klinik untuk menjalani post-natal check up.

Jadi, suami tidak perlu bersusah payah mengambil cuti yang mungkin tinggal sedikit semata untuk membawa isteri dan bayi ke klinik. Menarik, bukan??


Anda pula bagaimana? Apakah yang anda cari sebenarnya dalam satu-satu set berpantang itu? Bukan kah ciri-ciri impian itu boleh anda perolehi hanya dalam 1 set berpantang sahaja, iaitu set berpantang Shaklee. Berat badan turun dan kembali ideal, susu badan yang melimpah ruah, badan yang cergas, luka bersalin yang cepat sembuh dan sebagainya. Bagi saya, sememangnya inilah set berpantang yang dicari-cari selama ini kerana ianya mempunyai fungsi yang pelbagai. Malah harganya juga sangat JIMAT  kerana ianya mampu bertahan sehingga 3 bulan dan boleh dikongsi bersama suami untuk kesihatan bersama.

Jangan tunggu lagi..Hubungi saya segera untuk konsultasi dan pembelian set berpantang Shaklee ini. Anda pasti takkan menyesal selepas mendapatkannya.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 16 May 2013

Kenangan Terindah, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 2)

May 16, 2013
Allahuakhbar....1st time tgk adik acad dalam inkubator, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. Kecil sangat dia masa tu. Penuh wayar dari hujung rambut sampai hujung kaki. Alat pernafasan, CPAP, saje dah terlalu besar sampai cover separuh muka dia. Tak sampai hati nak tengok lama-lama, risau air mata akan jatuh. Hati ini teringin sangat nak pegang dia, tapi keberanian tu tak ada. Kata ayah, doktor cakap adik ok. Malah doktor puji adik sebab masa lahir adik ada kuarkan bunyi sikit macam baby yang lahir cukup bulan. Ketika ini, adik ditempatkan dalam inkubator yang khas untuk baby pramatang yang baru lahir dan di dalam bilik khas. Inkubator ni memang dah direservekan untuk adik sejak pihak hospital tahu yang mama mungkin bersalin awal. Menurut doktor, hospital hanya mempunyai dalam 3-5 biji sahaja inkubator jenis ini. Alhamdulillah pilihan mama dan ayah untuk mama bersalin di Hospital Miri adalah pilihan yang betul, walaupun ada pahitnya sepanjang seminggu mama di hospital.

9 hari adik dipakaikan CPAP, beberapa hari adik diserang mild jaundis, berat menurun dari 945gm kepada 800gm+, akhirnya adik dipindahkan ke inkubator biasa dan ke mass room. Adik juga sudah mula berak seawal 1 hari dia dalam inkubator, dan tu adalah tanda-tanda ususnya sudah boleh memproses susu mama yang adik minum melalui tiub. Alhamdulillah, keadaaan adik acad sudah stabil. Ketika ini, adik hanya dipakaikan alat bantuan pernafasan yang biasa memandangkan adik masih tidak dapat bernafas sendiri kerana paru-parunya belum cukup matang. Ketika ini, mama sudah berani untuk mengusap2 adik melalui lubang ang terdapat  pada inkubator. Setiap kali mama dan ayah nak sentuh adik, kami mesti membasuh tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan adik dari terkena sebarang kuman.
bayi pramatang 26week
adik acad dalam inkubator
Beginilah keadaan adik acad ketika dalam inkubator. Adakalanya kulitnya menjadi terlalu kering kerana suhu dalam inkubator yang dikekalkan sama seperti suhu dalam kandungan mama. Jadi ketika itu, mama akan sapukan krim baby/baby oil kat kulit adik. Bila kuku adik dah panjang, mama akan potongkan kerana risau adik mencederakan badannya sendiri kerana adik tak boleh nak pakai sarung tangan sebab tangannya terlalu kecil. Dekat sebulan lebih adik hanya bertelanjang sahaja di dalam inkubator itu, jadi kalo adik kencing dan terpancut terkena inkubator, maka nurse akan cuci inkubator tu sekali untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.

Apabila berat adik dah mencecah 1kg+ barulah adik mula dipakaikan lampin. Masa nilah baru mama blajar balik macam mana cara melipat kain lampin... ^__^ blong hanya pakai diaper pakai buang, jadi memang tak ada pengalaman melihat kain lampin hihihi...2 bulan lebih adik duduk dalam inkubator, dan beberapa kali adik menghadapi apnea (keadaan di mana adik berhenti bernafas untuk seketika), Alhamdulillah semuanya selamat. Adik sentiasa memberikan respon yang +ve setiap kali diperiksa, malah pemeriksaan matanya juga tidak menghadapi sebarang masalah. Doktor juga telah mencuba beberapa kali mencabut alat bantuan pernafasan untuk melihat kemampuan adik bernafas sendiri. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya adik bersedia dan mampu untuk bernafas sendiri pada umur 2bulan.

Sepanjang adik berada di dalam inkubator ini juga, adik telah beberapa kali dimasukkan darah kerana menghadapi masalah kekurangan darah. Setiap kali sebelum darah dipindahkan, darah mama akan diambil dahulu bagi memastikan jenis darah yang akan dipindahkan kepada adik. Dan setiap kali selepas darah dipindahkan, adik akan dimonitor untuk melihat sekiranya terdapat penolakan darah antara darah lama dan darah baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Rezeki adik juga sangat murah ketika ini. Susu mama terlalu banyak sampaikan mama dan ayah pening memikirkan bagaimana hendak menyimpan susu yang begotu banyak. Beberapa kali operasi memindahkan susu ke rumah bos sewa bos ayah, Uncle Robert, dilakukan dan kedua-dua fridgenya kami guna untuk menyimpan susu adik. Bila freezer di rumah dah penuh, kami akan hantar ke sana sehinggalah kedua-dua freezer penuh juga. Adakalanya, kami terpaksa memilih mana-mana susu yang dah expired untuk dibuang bagi memberi ruang kepada stok susu yang baru. Akhirnya, setelah kedua-dua freezer tersebut tidak dapat menampung stok susu adik, ayah belikan mama deep freezer. Syukur pada-Nya. Walaupun diuji beberapa kali deep freezer tersebut mengahdapi masalah, dan bekalan susu rosak, namun, Allah telah menggantikannya dengan lebih banyak susu sehingga deep freezer juga penuh.   
stok ebm bayi pramatang saya
sebahagian stok susu adik
2 bulan lebih mama, ayah dan blong berulang-alik ke hospital untuk menjenguk adik. Lepas sahaja ayah abis kerja, kami akan bergegas ke hospital yang jauhnya memakan masa 40minit dari rumah. Walaupun hujan, mahupun tak sihat, kami pergi juga mengenangkan nasib adik yang keseorangan di hospital.
the brother
gelagat blong selama melawat adik
Akhirnya, selepas berat adik mencecah 1.6kg dan kesihatan adik dah stabil, adik akhirnya dikeluarkan dari inkubator dan diletakkan dalam baby coat. Namun ketika ini tiub susu adik masih belum dicabut. Hanya selepas beberapa hari, barulah ianya dicabut selepas doktor mendapati adik sudah mampu untuk mmenyusu secara terus dari mama. Bukan kepalang rasa kesyukuran dipanjatkan ketika itu dan sentiasa berdoa adik akan terus dicabut tiub susunya dan tidak perlu dipakaikan alat bantuan pernafasan langsung. Ketika inilah pertama kalinya adik dipakaikan baju, tapi baju hospital yang besar lah. Walaupun saiz S, tapi tetap besar untuk adik.
perjalanan bayi pramatang saya
adik now out from inkubator n free from tiubes
Sebulan pulak mama dan ayah berulang-alik 2 kali sehari ke hospital. Adakalanya mama pegi dari pagi dan pulang petang kerana menyusu dan menjaga adik di hospital. Target sepanjang tempoh ini adalah untukadik mencapa berat 1.8kg supaya adik dapt balik ke rumah. Setiap kali hari timbang, mama pasti berdebar-debar sebab nak tahu berapa berat adik.

Akhirnya, selepas adik hampir 3 bulan dihospital, pada 8/8/2011, adik dibenarkan balik, dengan berat badan mencecah 1.85kg. Syukur.....Atuk dan opah juga ketika itu baru sampai dari Bangi. Sebenarnya tiket tersebut dibeli untuk atuk & opah datang untuk menjaga mama & adik dalam pantang sebab adik sepatutnya lahir pertengahan bulan 8. Tapi, ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu melawan. "Sesungguhnya kita merancang, tetapi Allah lah sebaik-baik perancang".

bersambung....