Showing posts with label selsema. Show all posts
Showing posts with label selsema. Show all posts

Sunday, 5 March 2017

Please Alert Jika Anak Anda Tiada Respon Apabila Dipanggil

March 05, 2017
Assalamualaikum...

Masuk bulan mac ni, maknanya dah almost 3 bulan anak-anak kita start sekolah kan.. Kejap tul masa berlalu, sedar tak sedar je kan..

Harini saya nak cerita sikit tentang anak kami no 2, Arsyad Hakim @ bngah... Nak jadi cerita, sejak mula sekolah, bngah ni ntah kenapa boleh dikatakan asek batuk dan selsema je, non stop.. Pagi-pagi je bila bangun, mula la dia batuk. Bukan takat batuk biasa tu, tapi batuk berkahak. Dan ianya tak stop takat waktu pagi je, tapi berterusan sepanjang hari. Malah kadang time tido pun terbatuk-batuk. Sian dia 

Beberapa kali jugak la kami g klinik amik ubat. Mula doktor suspek dia ada asma, kebetulan plak awal tahun, bulan januari n februari ni kan masih lagi musim tengkujuh kat pantai timur ni. So doktor hanya bagi ubat untuk reda kan asma dia la. Plus ubat batuk pun doktor bagi jugak.

Tapi...

Ianya tak jugak settle. Tak settle maksudnya, masih lagi berlaku. Adalah dia baik kejap dalam seminggu gitu, then jadi semula. Kami ni mula la risau sebab sampai bila nak bergantung pada ubat batuk ni kan. Doktor siap bagi antibiotik lagi, tapi saya tak start pun bagi sebab dah berapa kali amik antibiotik, tapi still sama. Saya tak nak dia bergantung sangat pada ubat-ubat ni. Nanti sistem imun dia tak reti nak protect dia dah sebab asek bergantung pada ubat je kan...

Dalam pada tu, saya usahala juga bagi dia omegaguards memandangkan doktor sendiri cakap dia ada simptom asma. Omegaguards ni, minyak ikan yang memang bagus untuk asma la. Vitamin c pun memang tak tinggal. Tapi..still sama jugak. Sampai kami pun pelik. 2-3 kali jugak la ulang alik klinik sampai doktor nak refer bngah to pakar kanak-kanak sebab bngah ni kan expremature baby, so doktor just concern la kot ada kaitan kan. But then saya mintak hold dulu.

Then, kami, saya dan en asben, mula buat pemerhatian kami. Dan kami dapati ada beberapa perubahan pada bngah ni, iaitu :

1⃣ dia kurang beri respon bila kami panggil atau bercakap dengan dia. Seolah dia tak dengar pun..

2⃣ time tengok tv, dia akan bukak sound agak kuat. Adakalanya sampai 30volume tu..

3⃣ dia ada satu bau yang kurang menyenangkan especially time balik sekolah. Bukan bau peluh budak-budak, tapi macam bau masam hanyir gitu...

Satu hari, saya pun saje la panggil dia dan buat simple test. Saya try bisik soalan kat telinga dia, memula kanan then kiri plak. Saje nak tau sebenarnya dia memang tak dengar @ dia saje buat tak dengar tiap kali kami panggil dia selama ni.



Dan hasilnya....

Soalan yang saya bagi tu, jawapan dia salah. Padahal, hanyalah soalan biasa yang memang saya tanya setiap hari.

Maka..

Mulala saya ni nervous. Dan start suspek macam-macam. Try mintak en asben pula bisik soalan tanya kat dia. Pun sama... Jawapan yang dia beri salah....

So what next??

Kami pun g semula klinik, minta doktor cek kedua belah telinga dia. Dan seperti yang kami jangka, memang ada something wrong kat dalam telinga dia. Yang paling obvious kata doktor, coz doktor ni hanya boleh cek guna kanta dia je, xde special alat sebab bukan doktor pakar kan, gegendang telinga dia tak kelihatan seperti biasa dan seolah ada cecair dalam telinga dia. Most probably effect dari selsema yang berpanjangan tu..

Ok...that's it....

Saya pun trus minta doktor bookkan appoinment dengan pakar ENT yang akan datang kat klinik dalam masa terdekat. Namun, atas advice doktor, dia suruh kami trus ke hospital dan jumpa doktor pakar ENT kat hospital sebab lebih detail pemeriksaan boleh dibuat berbanding doktor pakar ENT yang datang ke klinik setiap bulan.

Lepas bincang dengan en asben, kami pun setuju dan terus minta surat refer ke Kuantan Medical Center (KMC). Dan jumaat lepas tepat jam 10.30am kami dah terpacak kat KMC untuk jumpa doktor pakar ENT tersebut....

Nanti saya sambung ye hasil pemeriksaan dengan pakar ENT tu ye...memang sangat suprising 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 1 December 2014

Cuti Sekolah Kembali Lagi....

December 01, 2014
Cuti sekolah kembali lagi....

Apakah perancangan yang telah anda buat untuk anak-anak anda?

Bagi kami, memandangkan ini cuti sekolah yang terakhir sebelum blong masuk ke alam persekolahan yang sebenar, maka kami plan nak bawa dia berjalan-jalan. Tapi, dalam pada itu, kami tetap masukkan juga dia ke dalam beberapa program yang bermanfaat...

Seminggu yang lepas, blong dah selamat attend kem solat di Masjid Tengku Mizan, Kertih selama 5 hari. Mulanya, risau juga kot dia tak mau join (atau tak dibenarkan join), memandangkan program tu sebenarnya dibuka untuk umur 7-17tahun (blong 6 tahun). Alhamdulillah dia sangat seronok sepanjang program tu. Malah setiap hari bangun dengan penuh semangat sebab nak pergi.

school holiday activityMinggu ni pulak, tak de join apa-apa...Cuma ikut ayahnya ke kl..Lepak kat hotel, then trus balik rumah atuk sebab sabtu nanti maude nak bertunang (inshaAllah...). Pastu trus stay rumah atuk sampai khamis sebab nak masukkan blong kat satu program ni (actually still berbelah bagi sebab program ni 3-full day program & campur umur dari 6-12 tahun)...

Lepas tu balik kertih, then ikut ayah g training kat Gebeng....Then barulah sampai masa untuk percutian yang sebenar....Seminggu ayah dah amik cuti untuk bawa blong, bngah n anas bercuti...Tapi tak pergi tempat yang blong nak sebab keadaan cuaca yang tak menentu...InshaAllah, kali ni bawa pergi indoor je...Next time kalo ada rezeki baru g yang outdoor....

Kemanakah detinasinya itu....

Jeng..jeng...jeng....

Nantikan update dalam entry di minggu tersebut....

Till then....

*pastikan anak-anak anda kekal sihat sepanjang cuti sekolah ini supaya setiap hari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.....*

##rahsia anak-anak saya kekal sihat >>>> MEALSHAKES & VITAMIN C##

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

income shaklee business


Monday, 3 November 2014

Pengalaman Sendiri Bersama....Omegaguards Shaklee

November 03, 2014
Sambil dukung bb anas yang dok menangis je tadi (meragam nak tdo), tetiba teringat perbualan dengan seorang ibu yang dok mendukung anaknya yang menangis je masa pergi Hospital Pakar Kuantan 2 minggu lepas. Time tu kitorang nak balik dah, lepas dekat 2 jam lebih bertapa kat hospital tu sebab nak jumpa doktor kanak-kanak.

Perbualannya lebih kurang gini...
 
Si ibu : nak balik dah ke?
Saya : a'ah, nak g amik ubat then nak balik
Si ibu : kenapa bb?
Saya : kena ekzema. tu muka jadi merah ni..(sambil tunjuk pipi bb anas). bb ni kenapa?
Si ibu : berkahak. banyak doktor dah pergi, ubat macam-macam dah, tapi tak kurang jugak. nangis je...(memang bb tu dari dia dtg saya tgk crancy je, maknya nak duduk pun tak dapat sbb bb tu akan nangis)
Saya : oooo...anak saya ni tak pernah pulak kena...dah try buat steam wap?

pam sedut hingus babytropika creamDan perbualan bersambung lebih kurang 5 minit dengan saya share tentang steam wap, setakat pembacaan dan apa yang saya tau. Praktikalnya memang tak pernah buat sebab baby anas tak pernah lagi setakat ni berkahak tahap yang banyak sampai susah nak tidur malam. Selsema pun walaupun pernah kena, tapi bukan la tahap kritikal. Kadang sapu krim tropikal n buat sedutan hingus guna pam yang kecil tuk , dia dah ok dah. Alhamdulillah...Lagi satu tips saya, tiap pagi saya amalkan tepuk belakang dia bila dia bangun pagi.

Tapi, apa yang saya perasan, kalo bb anas ni macam ada bunyi selsema atau berkahak, bila dia berak mesti akan kluar lendir-lendir. Kiranya dia akan berak kluar taik yang biasa tu (sorry bunyi geli sikit) beserta dengan lendir. Lepas tu hilang lah bunyi selsema @ kahaknya tu. 

vitamin selsema dan batukBila saya fikir-fikir balik, adakah amalan pengambilan omegaguards yang saya dok amalkan dari dalam pantang lagi menjadi penyebab atau membantu mencairkan kahak dan selsema bb anas sekaligus membuangnya melalui najis bb anas? Kalo betul la telahan saya ni, memang sangat berbaloi la saya amalkan omegaguards ni sebab hajat dihati amik nak turunkan berat badan (berat naik melampau time preggy, oh my....) tak tau la plak dapat kesan sampingan untuk bb anas. Kesan sampingan yang sangat baik plak tu...Memang tak sia-sia...

Rupa-rupanya ramai ibu-ibu lain yang mengamalkan pemberian omegaguards ni kepada anak-anak mereka sebagai pendinding dari serangan selsema dan batuk berkahak ni....Saya je yang tertinggal keretapi rupanya hihihi......

testimoni omegaguards shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
kaya dengan shaklee
 

Saturday, 7 December 2013

Rawat Selsema Dengan Vitamin C Shaklee

December 07, 2013
Di musim hujan ini, cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan, mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai tahap imonisasi rendah dan juga kanak-kanak serta bayi. Orang dewasa pun tidak terkecuali jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.

selsema dirawat vitamin c shakleeSaya sendiri diserang selsema sejak Ahad lepas. Bermula dengan sakit telinga kanan secara tiba-tiba, diikuti dengan sakit tekak akhirnya hidung pun mula la berair. Memandangkan diri ini sedang mengandung serta menyusukan adik acad, maka saya memilih untuk TIDAK mengambil sebarang ubat selsema keran dikhuatiri ianya boleh mendatangkan efek kepada kedua anak ini. Yelah, kita tak tau apa yang terkandung dalam uabt selsema itu, bahan kimianya tidak diketahui selamat atau tidak untuk fetus yang baru nak membesar dan juga kanak-kanak yang berumur 2 tahun setengah.

Jadi apa optioin yang saya ada? Takkan nak biar je hingus dok meleleh dan badan lemah lemah kan. Dah la en asben nak balik kerteh, maka saya akan jadi Mama merangkap Ayah kepada blong n adik acad untuk jangka masa beberapa hari sepanjang ketiadaan en asben. So kenala juga buat sesuatu untuk merawat selsema ni kan...

set asas shakleeSebelum tu, saya memang sekarang setiap hari amik sebiji Vitalea, B Complex dan Vitamin C Shaklee untuk kandungan. Yelah, orang mengandung kan perlukan lebih tenaga dan vitamin untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. So memang sesuai sangat la ketiga-tiga jenis vitamin ini untuk keadaan saya ni. Vitalea yang kaya dengan 20+ jenis vitamin, mampu membekalkan vitamin dan mineral yang sangat saya perlukan. B Complex yang diperkaya dengan asid folik sememangnya sangat penting untuk kesihatan bayi, manakala Vitamin C pula sangat saya perlukan untuk kesihatan kuku saya bagi mengelakkan kejadian kuku rosak seperti apa yang telah saya alami pada kandungan sebelum ini.

vitamin c shaklee rawat selsema
Vitamin C yang sememangnya baik untuk imunisasi ini kini saya upkan kepada 2 tablet setiap hari bagi membantu saya merawat selsema saya ini. Setiap hari saya akan telah 4 tablet ini samada selepas breakfast ataupun selepas lunch. Selsema saya bermula dengan lubang hidung sebelah kanan. Tersumbat sebelah untuk 2 hari, kemudian ok dan berpindah pula ke lubang hidung sebelah kiri.2 hari juga untuk ianya pulih dan hari ini, Alhamdulillah, apabila bangun tidur, tiada lagi hingus yang memblock hidung saya dan kini selsema saya sudah hilang sepenuhnya.

Seronok rasanya bila dapat rawat selsema ni hanya dengan makan vitamin C shaklee. Bukan apa, saya ni jenis tak suka makan ubat, dah la ubat semua pahit-pahit, memang jenuh la. Pulak tu, tak tau ubat tu sesuai ke tak dengan keadaan kita ni. Tapi kini, saya dah tak risau dah sebab dah tak perlu makan ubat yang pahit tu, yang adakalanya boleh membawa efek mengantuk yang keterlaluan, malah vitamin tu juga mampu memberi kesan sampingan yang sangat baik kepada kulit saya. Semuanya dengan izin daripada-Nya jua. Alhamdulillah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================