Showing posts with label ENT. Show all posts
Showing posts with label ENT. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Please Be Alert Jika Anak Anda Tiada Respon Bila Dipanggil...sambungan

March 09, 2017
Assalamualaikum...

Kita sambung ye cerita tentang masalah bngah tu.

Jumaat minggu lepas kami g la jumpa doktor pakar ENT kat KMC. Lepas doktor cek, masukkan kamera melalui both telinga dan juga hidung, resultnya memang ada sesuatu yang tak kena dengan both pancaindera bngah ni.

Kesan dari selsema dan batuk berkahak yang berpanjangan ni, telinga sebelah kiri bngah dipenuhi dengan air. Sampaikan ruang udara yang dalam telinga tu tertutup. Pressure dalam telinga tu seolah diblok dengan air yang banyak sampai signal suara dari luar tak boleh nak masuk. Haaaa gitu la lebih kurang penerangan yang mudah.

Tapi..

Doktor tak tau setakat mana tahap ketidak dengaran bngah ni. So doktor suruh buat audio test plak kat bahagian audio nilah.



Testnya mudah je.  Bngah akan duduk dalam satu bilik kedap suara bersama dengan audiologist (ntah btul ke dak pangkat ni 😌), then dibagi pakai macam earphone. Depan bngah ada satu mainan yang masukkan buah dalam lubangnya..lupa nak snap gambar... Audiologist tu akan pasang bunyi macam bunyi burung dan setiap kali bngah dengar bunyi tu, bngah kena masukkan satu buah dalam bekas lubang tu. Frekuensi bunyian tu akan mula dari kuat dan kemudian makin slow.

Lepas tu, ada satu lagi headphone kecil dipasang di belakang telinga bngah dan test lebih kurang sama dijalankan. Kali ni nak tengok sensitivity saraf telinga bngah plak.

Dan hasilnya....

Tak leh nak bubuh plak gambar....nanti adjust semula...Resultnya...both sides telinga bngah 50% tak dengar....

Aduhai...no wonder la dia jadi macam tu. Panggil tak berjawab, tengok tv volume kuat, rupanya ada masalah pendengaran anakku huhuhuhu 😭😭😭😭😭 kesian bngah, sia-sia je kena marah kadang-kadang sebab ingat dia saje buat tak dengar huhuhuhu..

But then..it's not end yet...

Back to doktor ENT, kes bngah ni tak teruk lagi. So doktor suggest tuk try keringkan dulu bahagian dalam telinga bngah dan hidung dia. Sebab puncanya ialah air tu tadi. Belum sampai tahap kena operate lagi. Doktor bekalkan 3 jenis ubat untuk spray hidung bngah, dan satu ubat selsema.

Alhamdulillah lepas seminggu guna ubat spray tu, nampak ada perubahan. Bngah dah kurang batuk berkahak, selsema dah stop, dia pun tak berbau busuk sangat dah, busuk peluh balik sekolah tu biasa la kan, dan yang paling ketara, bngah dah tak tengok tv dengan volume yang kuat. Even kalo kita panggil pun, dia menyahut dah walaupun arahan yang kita bagi dia tak dengar. But at least dia datang dan tanya balik, mama cakap pe tadi? 😉😉

Sekarang kami konsisten je guna ubat spray tu. InshaAllah hujung bulan ni ada followup. Harap ada la good news untuk bngah. InshaAllah....

Sama-sama doakan bngah kembali sihat ye...😘😘😘

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee kerteh


Sunday, 5 March 2017

Please Alert Jika Anak Anda Tiada Respon Apabila Dipanggil

March 05, 2017
Assalamualaikum...

Masuk bulan mac ni, maknanya dah almost 3 bulan anak-anak kita start sekolah kan.. Kejap tul masa berlalu, sedar tak sedar je kan..

Harini saya nak cerita sikit tentang anak kami no 2, Arsyad Hakim @ bngah... Nak jadi cerita, sejak mula sekolah, bngah ni ntah kenapa boleh dikatakan asek batuk dan selsema je, non stop.. Pagi-pagi je bila bangun, mula la dia batuk. Bukan takat batuk biasa tu, tapi batuk berkahak. Dan ianya tak stop takat waktu pagi je, tapi berterusan sepanjang hari. Malah kadang time tido pun terbatuk-batuk. Sian dia 

Beberapa kali jugak la kami g klinik amik ubat. Mula doktor suspek dia ada asma, kebetulan plak awal tahun, bulan januari n februari ni kan masih lagi musim tengkujuh kat pantai timur ni. So doktor hanya bagi ubat untuk reda kan asma dia la. Plus ubat batuk pun doktor bagi jugak.

Tapi...

Ianya tak jugak settle. Tak settle maksudnya, masih lagi berlaku. Adalah dia baik kejap dalam seminggu gitu, then jadi semula. Kami ni mula la risau sebab sampai bila nak bergantung pada ubat batuk ni kan. Doktor siap bagi antibiotik lagi, tapi saya tak start pun bagi sebab dah berapa kali amik antibiotik, tapi still sama. Saya tak nak dia bergantung sangat pada ubat-ubat ni. Nanti sistem imun dia tak reti nak protect dia dah sebab asek bergantung pada ubat je kan...

Dalam pada tu, saya usahala juga bagi dia omegaguards memandangkan doktor sendiri cakap dia ada simptom asma. Omegaguards ni, minyak ikan yang memang bagus untuk asma la. Vitamin c pun memang tak tinggal. Tapi..still sama jugak. Sampai kami pun pelik. 2-3 kali jugak la ulang alik klinik sampai doktor nak refer bngah to pakar kanak-kanak sebab bngah ni kan expremature baby, so doktor just concern la kot ada kaitan kan. But then saya mintak hold dulu.

Then, kami, saya dan en asben, mula buat pemerhatian kami. Dan kami dapati ada beberapa perubahan pada bngah ni, iaitu :

1⃣ dia kurang beri respon bila kami panggil atau bercakap dengan dia. Seolah dia tak dengar pun..

2⃣ time tengok tv, dia akan bukak sound agak kuat. Adakalanya sampai 30volume tu..

3⃣ dia ada satu bau yang kurang menyenangkan especially time balik sekolah. Bukan bau peluh budak-budak, tapi macam bau masam hanyir gitu...

Satu hari, saya pun saje la panggil dia dan buat simple test. Saya try bisik soalan kat telinga dia, memula kanan then kiri plak. Saje nak tau sebenarnya dia memang tak dengar @ dia saje buat tak dengar tiap kali kami panggil dia selama ni.



Dan hasilnya....

Soalan yang saya bagi tu, jawapan dia salah. Padahal, hanyalah soalan biasa yang memang saya tanya setiap hari.

Maka..

Mulala saya ni nervous. Dan start suspek macam-macam. Try mintak en asben pula bisik soalan tanya kat dia. Pun sama... Jawapan yang dia beri salah....

So what next??

Kami pun g semula klinik, minta doktor cek kedua belah telinga dia. Dan seperti yang kami jangka, memang ada something wrong kat dalam telinga dia. Yang paling obvious kata doktor, coz doktor ni hanya boleh cek guna kanta dia je, xde special alat sebab bukan doktor pakar kan, gegendang telinga dia tak kelihatan seperti biasa dan seolah ada cecair dalam telinga dia. Most probably effect dari selsema yang berpanjangan tu..

Ok...that's it....

Saya pun trus minta doktor bookkan appoinment dengan pakar ENT yang akan datang kat klinik dalam masa terdekat. Namun, atas advice doktor, dia suruh kami trus ke hospital dan jumpa doktor pakar ENT kat hospital sebab lebih detail pemeriksaan boleh dibuat berbanding doktor pakar ENT yang datang ke klinik setiap bulan.

Lepas bincang dengan en asben, kami pun setuju dan terus minta surat refer ke Kuantan Medical Center (KMC). Dan jumaat lepas tepat jam 10.30am kami dah terpacak kat KMC untuk jumpa doktor pakar ENT tersebut....

Nanti saya sambung ye hasil pemeriksaan dengan pakar ENT tu ye...memang sangat suprising 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 25 December 2013

Temujanji Yang Akhirnya Tamat Juga..

December 25, 2013
Mempunyai anak yang dilahirkan tidak cukup bulam (premature) bukan sekadar perlu menjaga dan memberi perhatian yang lebih berbanding aak-anak yang dilahirkan cukup bula, malah ianya lebih daripada itu. Apa yang lebihnya? Berulang-alik ke hospital demi memenuhi temujanji yang tidak berkesudahan dengan pelbagai doktor pakar.

Adik acad juga tidak terkecuali. Sejak discharge dari NICU, Hospital Miri, kami masih perlu berulang-alik ke hospital utuk menghadiri pelbagai temujanji yang telah diatur oleh pihak hspital untuk adik acad. Itu tidak termasuk berulang-alik untuk mengambil bekalan ubat dan vitamin utuk adik acad. Dicampur pula dengan serangan kulit yang menyerang adik acad selepas keluar dari NICU menyebabkan kami pernah berkampung selama seminggu di Hospital Miri, hanya beberapa minggu selepas adik acad keluar dari NICU. Lebih menyedihkan kerana ketika itu adalah bula Ramadhan, maka terpaksalah saya berpuasa dan berbuka dengan juadah hospital sahaja ketika itu. Namun, nasib menyebelahi kami kerana permintaan saya untuk discharge sehari sebelum hari raya dibenarkan oleh pihak hospital.

Menjelang raya haji, kami pulang ke Bangi untuk pertama kalinya dan pada waktu itu jugalah kami memindahkan semua rekod kesihatan adik acad ke Hospital Serdang, termasuk kes kulitnya, kerana kami bercadang untuk pulang ke Semenanjung selamanya. Tambahan pula, Hospital Serdang lebih dekat dengan rumah ibubapa saya dan mereka mempunyai fasiliti yang lebih lengkap.

Maka bermulalah episdod temujanji demi temujanji. Bertemu pakar dermatologi, pakar ENT, pakar opto dan PAED. Boleh dikatakan setiap bulan kami berulangalik ke hospital terutama untuk berjumpa pakar dermatologi memandangka keadaan kulit adik acad yang agak teruk ketika itu. Namun, berkat kesabaran kami (chewah..) dan ketabahan adik acad mengharungi penyakit tersebut, alhamdulillah akhirnya kesakitan adik acad sembuh juga. Hampir 8 bulan lebih adik acad mengharungi penyakit tersebut yang sememangnya jika kita sebagai orang dewasa melihatnya sendiri rasa tidak termampu untuk menanggungnya, inikan pula seorang bayi.

Selesai temujanji dengan pakar dermatologi, kami masih perlu pergi ke Hospital Serdang untuk temujanji yang lain. Namun, apabila umur adik acad meningkat, temujanji dengan pakar ENT dan pakr opto telah dikurangkan kepada setahun sekali sahaja kerana keadaa adik acad yang tidak bermasalah dan menunjukkan progress yang semakin baik pada setiap temujanji. 

Akan tetapi, temujanji dengan PAED masuh berjalan setiap 4 bulan. Jadi, kami perlu mengatur jadual dengan sebaiknya memandangkan kami telah berpindah ke Kerteh dan temujanji perlu dihadiri pada hari bekerja di Hospital Serdang. Hampir setahun juga kami berulang-alik semata-mata untuk memenuhi temujanji dengan PAED, da akhirnya, semalam adalah temujanji adik acad yang terakhir denga PAED. Setelah diperiksa oleh PAED, akan perkembangan adik acad, doktor berpuas hati dengan segalanya dan akhirnya doktor membuat keputusan untuk mendischarge adik acad dari temujanji dengan PAED.

Maka, berakhirlah temujanji yang sangat memakan masa, tenaga dan cuti suami. Alhamdulillah adik acad telah disahkan sihat dan bebas dari masalah kesihatan yang berkaitan kanak-kanak pada umurnya mencecah 2 tahun 7 bulan (umur lahir : 2 tahun 4 bulan). Kini, kami hanya perlu menghadiri temujanji untuk ENT & pakar opto sahaja yang setahun sekali di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur sahaja.

Kepada para ibubapa yang mempunyai anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, pesanan saya, jangan merasa sedih jika anda dikurniakan yang lahir tidak cukup bulan, kerana percayalah, anak itu kelak akan menjadi buah hati anda yang mampu membuatkan anda tersenyum dan gembira walau dalam apa keadaan sekali pun kerana aura anak ini adalah sangat berbeza dengan anak yang lahir cukup bulan. Malah, anda akan dapati anak ini mempunyai something extra yang tidak dimiliki oleh anak anda yang lahir cukup bulan. Bersyukur dan bertahanlah dengan apa yang bakal anda tempuhi bersama anak ini kerana pada penghujungnya anda akan merasa sangat berpuas hati dan akan hilang semua kesakitan, kepayahan, dan kesusahan yang telah anda hadapi pada awal kelahiran anak ini. Percayalah....

Namun, setiap anak ada kelebihan masing-masing. Jangan pula anda bertindak berat sebelah dan membeza-bezakan kasih sayang antara setiap anak anda. Sama-sama kita pelihara setiap permata hati kita dan didik mereka agar kelak mereka menjadi pemimpin keluarga yang baik dan tidak mensia-siakan ibubapanya di masa hadapan. InshaAllah...

temujanji anak pramatang/prem
gambar pertama & terakhir di PAED dan buku yang dilabel D=disharged oleh PAED
temujanji anak pramatang/prem
buku temujanji yang selepas ini hanya akan dikeluarkan setahun sekali sahaja
temujanji anak pramatang/prem
kad temujanji dengan Hospital Kuala Lumpur
temujanji anak pramatang/prem
temujanji ENT setahun sekali sahaja
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================