Wednesday, 25 December 2013

Temujanji Yang Akhirnya Tamat Juga..

Mempunyai anak yang dilahirkan tidak cukup bulam (premature) bukan sekadar perlu menjaga dan memberi perhatian yang lebih berbanding aak-anak yang dilahirkan cukup bula, malah ianya lebih daripada itu. Apa yang lebihnya? Berulang-alik ke hospital demi memenuhi temujanji yang tidak berkesudahan dengan pelbagai doktor pakar.

Adik acad juga tidak terkecuali. Sejak discharge dari NICU, Hospital Miri, kami masih perlu berulang-alik ke hospital utuk menghadiri pelbagai temujanji yang telah diatur oleh pihak hspital untuk adik acad. Itu tidak termasuk berulang-alik untuk mengambil bekalan ubat dan vitamin utuk adik acad. Dicampur pula dengan serangan kulit yang menyerang adik acad selepas keluar dari NICU menyebabkan kami pernah berkampung selama seminggu di Hospital Miri, hanya beberapa minggu selepas adik acad keluar dari NICU. Lebih menyedihkan kerana ketika itu adalah bula Ramadhan, maka terpaksalah saya berpuasa dan berbuka dengan juadah hospital sahaja ketika itu. Namun, nasib menyebelahi kami kerana permintaan saya untuk discharge sehari sebelum hari raya dibenarkan oleh pihak hospital.

Menjelang raya haji, kami pulang ke Bangi untuk pertama kalinya dan pada waktu itu jugalah kami memindahkan semua rekod kesihatan adik acad ke Hospital Serdang, termasuk kes kulitnya, kerana kami bercadang untuk pulang ke Semenanjung selamanya. Tambahan pula, Hospital Serdang lebih dekat dengan rumah ibubapa saya dan mereka mempunyai fasiliti yang lebih lengkap.

Maka bermulalah episdod temujanji demi temujanji. Bertemu pakar dermatologi, pakar ENT, pakar opto dan PAED. Boleh dikatakan setiap bulan kami berulangalik ke hospital terutama untuk berjumpa pakar dermatologi memandangka keadaan kulit adik acad yang agak teruk ketika itu. Namun, berkat kesabaran kami (chewah..) dan ketabahan adik acad mengharungi penyakit tersebut, alhamdulillah akhirnya kesakitan adik acad sembuh juga. Hampir 8 bulan lebih adik acad mengharungi penyakit tersebut yang sememangnya jika kita sebagai orang dewasa melihatnya sendiri rasa tidak termampu untuk menanggungnya, inikan pula seorang bayi.

Selesai temujanji dengan pakar dermatologi, kami masih perlu pergi ke Hospital Serdang untuk temujanji yang lain. Namun, apabila umur adik acad meningkat, temujanji dengan pakar ENT dan pakr opto telah dikurangkan kepada setahun sekali sahaja kerana keadaa adik acad yang tidak bermasalah dan menunjukkan progress yang semakin baik pada setiap temujanji. 

Akan tetapi, temujanji dengan PAED masuh berjalan setiap 4 bulan. Jadi, kami perlu mengatur jadual dengan sebaiknya memandangkan kami telah berpindah ke Kerteh dan temujanji perlu dihadiri pada hari bekerja di Hospital Serdang. Hampir setahun juga kami berulang-alik semata-mata untuk memenuhi temujanji dengan PAED, da akhirnya, semalam adalah temujanji adik acad yang terakhir denga PAED. Setelah diperiksa oleh PAED, akan perkembangan adik acad, doktor berpuas hati dengan segalanya dan akhirnya doktor membuat keputusan untuk mendischarge adik acad dari temujanji dengan PAED.

Maka, berakhirlah temujanji yang sangat memakan masa, tenaga dan cuti suami. Alhamdulillah adik acad telah disahkan sihat dan bebas dari masalah kesihatan yang berkaitan kanak-kanak pada umurnya mencecah 2 tahun 7 bulan (umur lahir : 2 tahun 4 bulan). Kini, kami hanya perlu menghadiri temujanji untuk ENT & pakar opto sahaja yang setahun sekali di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur sahaja.

Kepada para ibubapa yang mempunyai anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, pesanan saya, jangan merasa sedih jika anda dikurniakan yang lahir tidak cukup bulan, kerana percayalah, anak itu kelak akan menjadi buah hati anda yang mampu membuatkan anda tersenyum dan gembira walau dalam apa keadaan sekali pun kerana aura anak ini adalah sangat berbeza dengan anak yang lahir cukup bulan. Malah, anda akan dapati anak ini mempunyai something extra yang tidak dimiliki oleh anak anda yang lahir cukup bulan. Bersyukur dan bertahanlah dengan apa yang bakal anda tempuhi bersama anak ini kerana pada penghujungnya anda akan merasa sangat berpuas hati dan akan hilang semua kesakitan, kepayahan, dan kesusahan yang telah anda hadapi pada awal kelahiran anak ini. Percayalah....

Namun, setiap anak ada kelebihan masing-masing. Jangan pula anda bertindak berat sebelah dan membeza-bezakan kasih sayang antara setiap anak anda. Sama-sama kita pelihara setiap permata hati kita dan didik mereka agar kelak mereka menjadi pemimpin keluarga yang baik dan tidak mensia-siakan ibubapanya di masa hadapan. InshaAllah...

temujanji anak pramatang/prem
gambar pertama & terakhir di PAED dan buku yang dilabel D=disharged oleh PAED
temujanji anak pramatang/prem
buku temujanji yang selepas ini hanya akan dikeluarkan setahun sekali sahaja
temujanji anak pramatang/prem
kad temujanji dengan Hospital Kuala Lumpur
temujanji anak pramatang/prem
temujanji ENT setahun sekali sahaja
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment