Petang semalam, akhirnya anak sulung saya, Muhammad Ashraf Hakim atau kami pangginl blong telah pun selamat disunatkan di Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi melalui teknik lazer. Dengan semangat penuh wajar, tanpa merasa takut-takut atau pun bimbang, blong mengikut mama pergi ke klinik. Walaupun dia tahu dia akan disunatkan, tapi kebimbangan langsung tak terpancar diwajah blong tika kami melangkah keluar dari rumah atuk menuju ke klinik. Siap singgah kedai dulu sebab dia cakap nak beli makanan. Oh ya, kami pergi berdua sahaja, mama n blong, sebab ayahnya still on the way dari Kerteh.
Sampai klinik, appointment yang dibuat adalah pada pukul 4petang. Tengok-tengok pembantu klinik cakap, tunda pukul 4.45pm sebab budak yang appointment pukul 3.30pm baru je sampai dan sedang disunatkan. Ok la, kami duduk tunggu dulu. Time tu ada dalam 4-5 orang budak sedang tunggu turn juga. Dalam hati mama ni, dup dap dup dap dah sambil dok berdoa supaya cepat lah ayah sampai...Blong stil relax lagi, main handphone mama, saje kasi dia bertenang dan buat-buat tak nampak budak-budak yang dah selesai bersunat tu. Takut nanti dia tengok diorang, dia rasa cuak pulak...
Ok la, sampai masa nama blong dipanggil, kami pun masuk la ke bilik untuk sunat tu. Doc suh bukak seluar dan baring kat atas katil. Time tu la baru dia mula refuse tak mau sunat. Tak mau barig atas katil, nak turun dan nak balik. Ayah nya pulak tak sampai-sampai lagi. Mama pun mulala cuakksss huhuhu...Kesian pun ada, tapi dok pikir kami punya plan bulan depan, cekal kan jugak hati. Long cut short, akhirnya berjaga la juga doc memulakan proses menyuat, dengan 2 orang pembantu memegang erat kaki blong..Mama pulak dok pujuk-pujuk dia sambil pegang kedua tangan blong supaya dia tak tolak tangan doktor.
Menjerit melalak la anak mama sorang ni..."Tak mau sunat" "Tak mau potong bird" Semua tak mau la. Punya la kuat dia menjerit sampai doktor yang duduk kat bilik rawatan selang 4 pintu datang cakap "Kuat suaranya ni, nanti boleh join Tegar menyanyi" Huhuhu...Half way proses berjalan, ayah pun sampai. Mama pun lega la sikit, sebab atlis bila nampak ayahnya dia adalah sikit rasa cuak nak jerit kuat-kuat sebab blong tau ayah dia tak suka dia menjerit kuat-kuat macam tu.
So sepanjang proses berjalan, blong kejap nangis, kejap jerit, kejap bertenang, maybe sebab terasa sakitnya proses itu. Mama plak memang tak tengok la sebab sama ngeri juga..Maybe terasa lama proses berjalan, sambil-sambil nangis tu, sempat gak blong tanya "Bila nak siap ni, kenapa lambat sangat. Potong rambut kejap je. Potong rambut tak sakit" (wiken sebelum tu nangis juga sebab tak mau potong rambut, tapi lepas dipujuk-pujuk mau la dia dan dia ingat bersunat kejap je macam potong rambut)...Proses ini megambil masa lebih kurang 20minit. Naik cramp la juga pinggang mama sebab dok tunduk nak peluk dia dan pegang both tangannya...
Akhirnya, selesai la proses sunat...Rasanya lepas ni memang jenuh la nak ajak dia g klinik sebab mesti dia trauma sikit dengan pengalaman ni. Selesai semua, kuar dari bilik rawatan, blong masih mampu senyum dan gelak-gelak lagi dengan ayahnya. Maybe sebab ubat bius tu masih ada...Otw balik rumah atuk pun, stil boleh gelak-gelak dan sembang dengan Mama, tapi half way dia tertido. Penat menjerit dan menangis la tu..Sampai rumah atuk, ayahnya angkat bawa masuk. The blong terjaga....Maka....Bermula la lagi sekali episod nangis dia huhuhuhu....Ubat bius dah habis la tu....
Dan setiap 5-10minit dia akan nangis, sakit-sakit...Mama pun sampai dah tak tau nak buat camne...Melayan la juga dia sekejap...Sejam jugak la, tolong garu kaki la, pegang kain la, bukakkan laptop la n etc etc etc...Adik acad pun jenuh kena dijarakkan sebab takut adik terlanggar kat kawasan yang terlarang tu. Adik kan kecik, so mana la dia nak tau apa, jadi sebelum berlaku kejadian tak diingini, maka elokla berhati-hati. End pun Mama dan Ayah tertido awal sebab dok tunggu je dia, tiba-tiba dalam pkul 10pm macam tu dengar dia nangis, katanya "Semua orang tido, tak de yang jaga, so saya nangis la"....huhuhu....Manja tul anak Mama sorang ni...Last-last dekat pukul 12am baru dia tertido dengan sendirinya dengan tak makan dan hanya minum air sikit je..
Pkul 2am pulak, bangun nangis lagi sebab sakit...Tapi sekejap je...Ni dok tido tak tau la sampai pkul berapa, biarkan saje dia berehat dahulu. Pengalaman sungguh anak lelaki sulung bersunat ni...Next week will be adik acad punya turn pulak. Tapi untuk adik acad, kami akan amik teknik "Sutureless"...Entah apa la tekniknya ni, tapi menurut kata pegawai yang in-charge tu, teknik ni tak sakit dan boleh terus sembuh seperti sedia kala lepas selesai proses tu. Hope betul la sebab adik acad still on diaper dan Mama pun tak tau macam mana nak handle...
ceria menunggu tur bersunat dengan Mama |
dah selesai bersunat. mata bengkak menangis banyak sangat |
tertido kepenatan otw blk rumah atuk |
menangis bila sampai rumah sebab ubat bius dah mula hilang |
tdo kepenatan sampai ke pagi |
Semoga blong akan terus tabah dan cepat sembuh supaya blong boleh pkai seluar balik...(dah siap fikir nak beli underwear apa pulak lepas ni hihihi)
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment