So ahad lepas dia pun bertolak la ke Kuantan sebab hari isninnya, 2/12/2013 dia akan start balik mengajar di sana. 6 bulan tinggalkan rumah, of kos la banyak benda-benda nak dikemas. Bilik pulak sure berhabuk semuakan. Ketika ini, hujan memang dok turun dah kat sana, tapi tak la terlampau lebat mahupun berterusan.
halaman rumah yang dinaiki air |
Memandangkan ini kali pertama dia menghadapi musim tengkujuh di pantai timur, tiada sebarang expectation yang dibuat kerana tidak tahu keadaan kawasan perumahannya bagaimana di musim tengkujuh tahun lepas. Jadi, dia tidak membuang sebarang persiapan bagi menghadapi banjir ini. Malah, pagi semalam, walaupun rumahnya telah mula dinaiki air, dia still pergi keje seperti biasa. Mungkin barang-barang kat rumah yang sebelum ni diletakkan di bahagian lantai dan kawasan yang rendah sudah pun dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.
Lalu dia pun pergi la ke tempat kerja seperti biasa. Menjelang tengahari, dia mula post di whatsapp group family mengatakan Kuanta telah banjir teruk. Malah dari kolej beliau, kenderaan ringan sidah tidak dapat dipandu keluar kerana air telah naik tinggi. Dalam erti kata lain, dia mula ternampak-nampak bayang-bayang yang dia akan stranded di kolej pada hari itu. Dengan hanya sehelai sepinggang, sambil mengenangkan nasib rumah dan barang-barangnya, dia pasrah meghadapi keadaan banjir ini. Inilah pengalaman pertama kali menghadapi banjir yang begitu teruk seumur hidupnya.
keadaan bandar kuantan pada 1/12/2013 |
hujan yang turun tidak berhenti di kuantan |
jalan-jalan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan |
Dan menjelang malam tadi, update dari adik mengatakan sumber elektrik akan diputuskan memandangkan air juga telah mula naik di kawasan stesen janakuasa TNB. Jadi, bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini, maka bekalana letrik diputus. Dan adik saya malam tadi nampaknya memang tidak dapat balik ke rumah dan hanya tidur di kolej nya sahaja. Sehingga kini, tiada update terbaru diterima kerana kami juga tidak dapat menghubungi beliau. Mungkin handphonenya dimatikan bagi menjimatkan bateri memandangkan bekalan elektrik diputuskan dan tidak diketahui bila pula akan disambungkan kembali.
Semoga kuantan secara amnya akan dapat pulih secepat mungkin dan semoga adik saya tabah menghadapi ujian ini. Kami sekeluarga mendoakan keselamatannya dan juga barang-barangnya yang penting. Amin...
Untuk kakak iparku, Pn Hazlina Mohd Kassim, juga yang duduk di Kuanta tu, semoga akak dan family selamat semuanya. Nasib baik rumah akak di kawasan yang agak tinggi. Syukur alhamdulillah....
Kepada ibubapa, awasilah anak anda. Jangan dibiarkan mereka bermain air di luar rumah dan sentiasa pastikan mereka ada bersama-sama anda setiap masa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jagalah juga kesihatan anda sekeluarga kerana kebiasaannya di musim-musim hujan dan banjir ini, banyak penyakit mudah tersebar. Diharapkan semuanya selamat dan akan balik ke keadaan asal secepat mungkin. Amin...
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment