Friday 6 December 2013

Business Dan Amalan Rohani Berjalan Seiring - Kelainan Jutawan Shaklee

Kelmarin dan semalam rata-rata kawan-kawan di dalam facebook saya membuat posting tentang kutipan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan. Banyak badan-badan NGO dan juga orang perseorangan (yang dipercayai) membuat kutipan dan pengumpulan barangan yang amat diperlukan oleh mereka-mereka ini seperti bahan makan, pakaian, selimut, barang keperluan, wang dan sebagainya.

Malah ada juga rakan-rakan dari group Jutawan Shaklee kami membuat kutipan kilat dari rakan-rakan mereka dan menggunakan duit tersebut bagi membeli barang keperluan ini. Ada yang berjaya mengutip RM4,000 dalam masa 1 jam sahaja dan terus menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya untuk membeli barangan supaya dapat dihantar ke sana dengan segera kerana keadaan agak kritikal di sana.

Bersyukur sangat dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat prihatin untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik. Kerana ini adalah satu bantu prikemanusiaan yang tidak perlu dipertiakan kerana ianya juga mungkin melibatkan nyawa terutama sekali warga emas, bayi dan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan juga, di dalam group besar Jutawan Shaklee kami, kami turun mewarwarkan mengenai mana-mana ahli kami yang terlibat dengan situasi ini, sekiranya memerlukan sebarang bantuan kewangan dan yang berkaitan supaya memakluman kepada upline agar kami semua dapat membantu mereka. Inilah sifat kekeluargaan yang terdapat dalam kumpulan besar kami. Mana-mana ahli kami yang ditimpa musibah, pasti kami semua akan cuba membantu sebaik mungkin.

Bukan niat untuk menunjuk, sebaliknya sekadar berkongsi mengenai kumpulan kami yang bukan hanya berniaga atas paksi kebendaan ataupun kemewahan, sebaliknya juga kearah kerohanian dan menjaga hubungan sesama ahli dan Pencipta kami. Tidak semua ahli di dalam kumpulan kenal sesama sendiri, yelah mana mungkin kami kenal ahli yang mencecah 10,000+ yang ada di dalam kumpulan itu, namun ukhwah tetap terjalin dengan baiknya.

Alhamdulillah kerana saya ditemukan dengan business yang betul, dijalankan dengan cara yang betul, malah tidak pernah diajar oleh upline untuk membuat sesuatu yang bertentang dengan agama mahupun prinsip perniagaan hanya semata-mata untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Semoga semua yang berada di dalam group Jutawan Shaklee ini akan sentiasa success dalam perniagaan masing-masing serta cemerlang juga di akhirat sana nanti. InshaAllah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment