Thursday, 19 December 2013

Sunat Kanak-kanak Berumur 2 tahun Setengah di Hospital Annur Bangi

Genap seminggu blong bersunat, tibalah masa adik acad pulak bersunat. Pada umur 2 tahun setengah, mama dan ayahnya dah decide nak sunat, kesiankan..Kecik lagi dah kena sunat...Tapi agaknya nape kena sunat begitu awal? Ada problem ke dengan "anu" adik acad tu...Yelah, biasanya orang melayu kita ni kan jarang yang sunatkan anak lelaki awal, unless ada masalah dengan "anu" nya tu...Contoh macam anak sedara saya sendiri dan juga budak yang kami jumpa kat hospital masa tengah tunggu turn nak sunat adik acad...

Sebenarnya tak de pape masalah pun "anu" adik acad tu (walaupun masa bb tu pernah kena serangan kulit akibat tak cukup zink kat situ), cuma kami decide nak sunatkan dia awal sebab kami plan nak g umrah tahun depan. So alang-alang tengah cuti sekolah, jadi kami pun sunatkan dia. So sempat la nak sembuh sebelum kami bertolak ke Mekah nanti...InshaAllah...

So pagi tu, memandangkan pembantu doktor dah pesan kena puasa at least 6 jam (sebab adik acad akan dibius untuk sunat ni), so malam tu start la adik acad dipuasakan. Selalu memang ok je dia malam pun tak bangun menyusu, tapi malam tu ntah kenapa, pkul 2 pagi dia bangun nangis nak menyusu pulak. Bila saya kira-kira jam, patutnya tak leh bagi susu dah, tapi tak sampai pulak tak bagi. So tawakkal jela and bagi dia menyusu sikit sampai tertdo balik.

Pkul 6.45am kami pun gerak pegi Hospital Pakar Annur di bangi. Guna taktik bagi en asben yang pegang adik acad supaya dia tak cari-cari susu kat mama. Mama pulak jadi driver pagi tu. Sampai hospital, isi borang semua, then kami pun tunggu la turn, kami diberi turn n 2, sebab sampai lambat sikit je dari orang yang turn no 1. Tak pe...kita tunggu la.. Sambil-sambil tunggu tu, hospital suh byar deposit RM1,000 (kami amik teknik sutureless untuk sunatkan adik acad sebab tak sakit sangat dan boleh pkai diper lepas sunat). Memang expected la amount tu sebab masa survey dah tanya. Ingatkan settle kat situ je bil...Rupanya....huhuhu (nanti sambung kat bawah). Dalam pkul 7.45am kami dibawa ke bilik persediaan untuk operation. Macam seram je sebab macam nak kena undergo big operation kan...Adik acad diberi baju untuk tuka, mama pun sama sebab mama yang akan ikut masuk dalam OT (operation theather). Mula tak nak gak masuk sebab sendiri pun takut, tapi en asben suh jugak masuk, so pasrah jela...

Dekat 15 minit jugak la menunggu. Sambil tu kami dihidangkan dengan bunyi tangisan dari budak yang turn n 1 tu (budak tu umur 2 tahun). Memang menangis je budak tu dari kami sampai kat bilik persediaan sampai la dia kuat dari OT. Bila budak tu keluar, doktor pun keluar juga. Doktor tanya-tanya sikit tentang adik acad, suh kami sign borang persetujuan, then masuk la mama dan adik acad ke dalam OT. Adik acad ni memang dari mula kuar umah, sampai dah masuk OT memang senyap je..Muka memang ngantuk abis la, yelah kalo dah malam tu dk terbangun je, mana tak ngantuk kan.

Bila doktor suh letak adik acad atas katil tu, adik acad pun pasrah je. The doktor bedungkan adik acad, tapi tangan dikeluarkan la, sebab doktor nak cucuk bius kat tangannya. Langsung tak berkuit pun adik acad tu. Tengok je kat muka doktor. Nangis tak, meronta tak, muka blur je, kira pasrah habis la. Alhamdulillah doktor pun senang nak cari urat kat tangan adik acad (tangan adik acad memang banyak bekas kena cucuk jarum hasil duduk di NICU selama 3 bulan masa lepas lahir dulu). 3 jenis ubat doktor masukkan, yang last tu ubat bius. Lepas masuk ubat bius tu, mula la dia mamai. Dah la dah memang ngantuk, kena pulak ubat bius, memang nak tdo la jawabnya...Tapi tak tdo juga, mata macam terpejam-terpejam, tapi dia still sedar...

10 minit je doktor sunatkan adik acad, then siap. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Doktor pun puji adik acad sebab baik je dan langsung tak meronta. Kata doktor, "kalo semua budak baik dan diam macam ni kan senang" hihihi... Siap cuci semua, nurse pun bawa adik keluar dan letakkan atas katil sementara. Berbanding budak yang sebelum tu, saya tengok badannya memang menggeletar masa dibawa keluar dari OT tu. Kesan dari ubat bius tu. Tapi adik acad tak de menggeletar sangat, maybe kurang kot dosage biusnya. 5 minit baring kat katil tu, then nurse pun ready nak bawa naik ke ward (diletakkan kat ward untuk sementara waktu untuk tengok ok ke tak).

Naik ward, baring kan elok-elok, terlelap sekejap adik acad. Tapi lepas tu bangun sebab budak yang sebelum dia dok nangis lagi (duduk ward quad je sebab bukan nak duduk lama). So mama pun amik la dan tidokan kat bahu sambil peluk dia. 5 minit lepas tu, terus lena. Lena yang memang tak sedar  papelah. Bila ayah datang (ayah g beli bekpes untuk mama kjap), ayah pun tolong letakkan atas katil. Selimut semua, memang lena sungguh la, tak sedar pape pun. Dah settle semua, ayah pun balik sebab ayah nak kena uruskan blong kat umah pulak dan juga g travel agen untuk buat pembayaran umrah semua.

Dalam 1 jam lebih mama menunggu adik acad. Merasala mama makan breakfast kat spital (makan roti dengan jem je pun n air coklat cadbury). Tapi tak kenyang, mama makan pulak nasi lemak ayah beli, nasib ada nasik lemak, memang lapo giler. Nak kuar g beli tak boleh sebab takkan nak tinggalkan adik acad sensorang kan. Makan, chatting, update fesbuk, tu la keje mama sepanjang tunggu adik acad. Budak yang bilik sebelah tu memang dok nangis jela, risau gak adik acad terbangun. Ada jugak baby menangis, rupanya kongsi gak wad dengan ibu yang baru lepas bersalin.

Dalam pukul 11am macam tu, adik acad terbangun. Bangun terkejut sebab dengan bunyi budak nangis. Mula dia pun macam nak nangis, tapi bila nampka milo, terus mintak nak milo. Dahaga la tu sebab berapa jam dah puasa. Dah minum milo dan air kosong, dia mintak nak makan pulak. Alamak, makanan semua mama dah habiskan. So kenala g cari makan kat bawah. G tanya kat nurse, cakap nak g makan dulu. Nurse kata ok, dan boleh la nak tuka ke baju biasa dah. Lepas tukar baju, tengah-tengah tunggu lif, staff bahagian billing datang bagi bil dan cakap dah boleh balik (unexpected sebab ingatkan doc akan cek dulu sebelum dibenarkan balik, rupanya tak huhuhu). 

So kemas-kemas barang semua, kol atuk mintak tolong amik sebab ayah stil kat cheras lagi. G bayar bil (terkejut kena bayar lagi rm400+ sebab masa tanya dulu katanya kos cuma RM1,000 je sebab tak yah overnight kat hospital), mintak nurse bukak jarum kat tangan, then tengok atuk dah sampai. Tapau nasik, then kami balik. Sampai umah, adik acad dah aktif macam biasa balik. Makan nasik, minum air semua, then ayah balik main jap, tak lama lepas tu semua pengsan...Dengan ayah, dengan mama, dengan adik acad semua tdo smpai dekat pkul 4petang. Blog je yang tak tdo sebab blong bangun lambat hahaha...

So tula kisah kami menyunatkan anak bujang no 2 kami yang berumur 2 tahun setengah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan lepas dekat seminggu ni adik acad pun ok je. Semoga adik acad akan cepat sembuh dan tidak mengalami apa-apa masalah...Amin... ^__^

bersunat di Hospital Annur Bangi
berkepit dengan ayah je sepanjang di hospital
bersunat di Hospital Annur Bangi
masih berkepit dengan ayah masa menunggu turn
bersunat di Hospital Annur Bangi
bergambar sepam lepas dah tukar baju
bersunat di Hospital Annur Bangi
selesai bersunat. dibungkus sebab sejuk kesan bius
bersunat di Hospital Annur Bangi
masih mamai lepas 5 minit selesai
bersunat di Hospital Annur Bangi
tertdo sekejap di wad
bersunat di Hospital Annur Bangi
my spiderman hand hihihi
bersunat di Hospital Annur Bangi
tdo lena kesan bius + memang mengantuk sebab bangun awal
bersunat di Hospital Annur Bangi
tdo plak kat rumah lepas makan, minum dan main kjap dengan atuk
bersunat di Hospital Annur Bangi
i'm ok...mandi air garam setiap hari
nota kaki : jika ingin anak anda sembuh dari luka sunat dengan cepat tanpa sebarang masalah, berikan mereka Mealshakes shaklee yang kaya dengan zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga vitamin c chewable bagi menguatkan imunisasi mereka...
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

2 comments:

  1. Hai sis.... nk tnye lh.. senang tak jaga lpas sunat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..untuk kes anak yang no 2 ni memang sangat senang, sebab xde jahitan, xde alat n tak de papela...doc guna gam je..lps sunat, habis bus, anak dah boleh pkai diaper n main mcm biasa....

      Delete