Ibu mengandung memang mudah berangin. Nak-nak pulak di awal kehamilan sebab selera makan berkurang akibat daripada alahan/morning sickness. Adakalanya keadaan ini berlanjutan walaupun pada trimester ke-2. Ada ibu mengandung yang berselera nak makan, tetapi apabila makanan terhidang di depan mata, selera tu entah ke mana. Akibatnya perut akan dimasuki angin kerana tiada makanan yang masuk.
Seperti saya sendiri, apabila angin mula menyerang, bukan setakat perut terasa kembung, tekak mual, malah ianya akan berjangkit sehingga ke pinggang dan juga kaki. Apabila keadaan ini berlaku, langsung tiada satu kerja pun yang dapat dilakukan kerana badan terasa sangat lemah. Bayangkan bagaimana nak menguruskan anak-anak yang lain dan juga suami jika keadaan berpanjangan seperti ini. Pasti ini akan menyebabkan anak-anak terasa terpinggir, begitu juga dengan suami. Lebih malang jika suami adalah jenis yang tidak mengambil berat / tidak faham dengan keadaan si isteri (nasib baik en asben ku jenis yang faham, alhamdulillah...)
Jadi bagaimana nak atasi keadaan ini? Sebab ianya memang sangat merimaskan dan menyekat pergerakan dan aktiviti seharian ibu mengandung. Antaranya :
1- Amalkan pemakanan yang berulang-ulang. Makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Makanan yang diambil pula bukan lah makanan ringan yang tidak berkhasiat dan bukan la juga nasi setiap masa, tetapi ianya merangkumi buah-buahan, snek-snek yang sihat seperti kekacang dan sebagainya.
2- Jika terasa mual, bancuh dan minum la minuman kegemaran anda secara suam. Ini kerana, minuman yang suam ini mampu membantu menolak angin yang berlegar-legar dalam badan supaya keluar sama anda melalui mulut atau pun kentut.
Sebaiknya, ibu yang mengandung adalah disarankan supaya makan mengikut masa dan tidak memandang ringan mengenai pemakanan sepanjang temph mengandung ini kerana ianya bukan sekadar melibatkan ibu itu sahaja, sebaliknya juga bayi yang dikandung dan juga orang-orang tersayang yang berada disekeliling. Sememangnya menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar, kerana bukan sekadar menjaga diri sendiri tetapi lebih dari itu.
Jadi, sentiasa pastikan diri ibu sentiasa sihat, cergas dan ceria setiap hari supaya segala perancangan dan aktiviti berjalan lancar sentiasa. Akhir kata, jangan lupa untuk mendapatkan sebotol Peppermint Ginger Plus Shaklee hari ini juga demi mengeluarkan angin-angin yang tidak sihat dalam badan anda. Ianya juga sesuai untuk suami yang sering mengalami keletihan, kelesuan akibat bekerja di pejabat. Jangan lepaskan peluang ini kerana stok Peppermint Ginger Plus Shaklee ini adalah sangat TERHAD!!
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment